Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Guru Berdedikasi

Guru Berdedikasi

Ratings: (0)|Views: 56 |Likes:
Published by Amni Wahidah

More info:

Published by: Amni Wahidah on Jun 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/03/2013

pdf

text

original

 
 4        8       
PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN
1.0PENGENALAN
Pendidikan merupakan usaha sistematik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dankemahiran kepada pihak yang tertentu (pelajar) dengan berusaha memperkembangkan potensiindividu dan perubahan yang berlaku dalam diri. Ia dilakukan secara proses pembelajarandan pengajaran di mana pembelajaran berlaku apabila pendidik (guru) menyampaikanmaklumat dan pelajar menerima maklumat tersebut serta mengaplikasikan dalankehidupannya.Pendidik perlu mengaplikasikan strategi-strategi tertentu dalam pengajaran. Strategi pengajaran yang dipilih dan digunakan menunjukkan kebijaksanaannya dalam memilihsesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sesuatu pengajaran. Pemahaman terhadapkonsep-konsep ini dapat membantu guru memilih kaedah dan teknik pengajaran sertamembentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk digunakan olehseseorang guru kepada murid di dalam bilik darjah dan mecapai objektif pengajarannya.Pendekatan kaedah pengajaran tidak dibentuk sewenang-wenangnya, akan tetapi ia berasaskan teori dan prinsip pegangannya.
1.1PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, STRATEGI DAN AKTIVITI
Juriah Long(2010), menyatakan
pendekatan
ditakrif sebagai prinsip atau pegangan teoriyang menjadi panduan kepada guru dalam pengajaran. Ia juga merupakan kaedah atau cara,langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas tidak kira dalammengatasi masalah atau sebagainya (Kamus Dewan 2005).
Kaedah
pula ialah prosedur  pengajaran yang dibentuk berasaskan teori dan psikologi (Juriah Long, 2010). Keberkesanandalam memilih kaedah yang digunakan dapat dilihat melalui pemahaman pelajar mengenaiapa yang dipelajari akan menunjukkan bahawa kaedah yang dipilih bersesuaian dengan pengajaran atau sebaliknya. Juriah Long (2010), menyatakan
teknik 
pula adalah tatacara pengajaran yang disarankan oleh sesuatu kaedah. Kemahiran atau alat guru yang digunakanuntuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pembelajaran dan pengajarannya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan pendekatan yang sesuai.
Strategi
pengajaran bermaksud pengajaran yang dipilih oleh guru bagi menyampaikan isi pengajaran. Strategi ini amat penting bagi menarik perhatian pelajar dan memberi impaks dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
 
 4        8       
PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN
Sementara
aktiviti
pengajaran dalah gerak kerja atau tugas yang dirancang untuk dilaksanakan oleh guru dan murid dalam sesuatu pelajaran bagi mencapai objektif pengajaranatau pembelajaran (Juriah Long 2010).
2.0KAEDAH PENGAJARAN
Kebiasaannya, kaedah ialah cara atau peraturan untuk membeuat sesuatu. Seperti yangdiperkatakan sebelum ini, kaedah adalah prosedur pengajaran yang berasaskan teori dan psikologi. Penggunaan teori pengajaran dan melihat psikologi dalam bilik darjah atau bilik kuliah akan menjadikan penggunaan kaedah pengajaran yang berbeza. Selain itu, kaedah pengajaran ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusundan dalam setiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Perrott(1986) menerangkan antara langkah yang boleh digunakan, iaitu:
 Planning 
 
(Perancangan)Guru perlu merancang pengajaran sebelum melakukan proses pembelajaran dan pengajaran.Perancangan pengajaran memerlukan tujuan pengajaran, objektif yang spesifik dan teknik  pengajaran.
 Implementation
(perlaksanaan)Guru mengaplikasikan perancangan yang telah dilakukan agar proses pembelajaran dapatdijalankan dengan teratur dan sistematik.
 Evaluation
(Penilaian)Pemahaman oleh pelajar terhadap pengajaran merupakan penilaian yang penting bagimengetahui keberkesanan pengajaran yang dilakukan. Penilian ini boleh dilakukan melaluiujian atau boleh dilihat melalui peperiksaan.
 
 4        8       
PEDAGOGI:KAEDAH PENGAJARAN
Perkara-perkara tersebut merupakan asas pengajaran yang berkesan disamping pengetahuanseorang guru tersebut. Langkah-langkah disusun sedemikian rupa dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang berkedan dan menarik. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (
 
effective teaching 
 
). Pengajaran dan pembelajaran yang baik,menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu sepertiyang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaranyang berkesan ini ialah guru yang berdedikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkahyang tersusun dengan menggunakan alat bantuan mengajar yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.Inilah yang dinamakan guru yang efektif (
effective teacher 
). Guru yang berkesanmenggunakan gaya pembelajaran yang efektif. Di mana, pemilihan kaedah pengajaran dangaya pembelajaran mempunyai hubung kait yang boleh memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Guru bertanggungjawab mengaplikasikan kaedah pengajaran berbeza dengan mengambilkira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Melalui gaya pembelajaran juga guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan setiap pelajar. Kaedahyang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan melakukan perbincangan, pertukaran idea, dan keupayaan berhujah. Seorang guru tidak boleh menggunakan gaya pembelajaran pelajar pintar terhadap pelajar yang kurang pintar. Hal ini akan memberi kesan terhadap pemahaman pelajar. Guruyang berkesan
 
 bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah fahamdan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek  personaliti, kerana personaliti guru juga boleh mempengaruhi sikap pelajar. 
2.1FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAHMENGAJAR 
Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran. Lantaran itu, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai dengan gaya penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. Tiada satu kaedah yang boleh dikatakansebagai kaedah terbaik kerana pemilihan kaedah dalam mengajar mempengaruhi beberapafaktor. Antara faktor-faktor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuai agar sesuatukaedah itu lebih berjaya dan berkesan menurut Pierce dan Lorber (1977) adalah:-

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->