Seni Muzik Ghazal Johor
Ghazal adalah sejenis puisi arab yang berbentuk percintaan. Ghazaldinyanyikan dengan iringan alat muzik seperti syeringgi ,sitar, harmonium dantabla.
Ghazal merupakan salah satu seni muzik popular negeri Johor. KerajaanJohor sentiasa berusaha menaikkan seni muzik ghazal di peringkat negeri danantarabangsa.Pada ketika ini setiap daerah di Negeri Johor mempunyai kumpulan ghazalmasing-masing di kalangan orang-orang dewasa dan remaja. Setiap daerahmempunyai sekurang-kurangnya dua kumpulan ghazal. Programpenggembangan ghazal ini akan diteruskan kerana di setiap daerah kiniterdapat jurulatih ghazal yang mampu melaksanakannya.Kerajaan Johor telah mengenal pasti bahawa pengembangan ghazalseharusnya ditumpukan di peringkat remaja kerana telah berlaku keadaan dimana minat di kalangan masyarakat di bawah umur 50-an semakinberkurangan. Senario ini semestinya perlu dibendung bagi mengelakkan dariberlakunya kepupusan seni ghazal di dalam masyarakat kita