You are on page 1of 14

KRITIKAN SENI TAMPAK

ZZZT3343 KRITIKAN SENI TAMPAK

TUGASAN INDIVIDU

ATIQAH NABIA BT MOHAMAD A132940

KRITIKAN SENI TAMPAK

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Gambar Maklumat lukisan Kerja lapangan Diskripsi Analisis Unsur-Unsur Seni Analisis Prinsip Seni Interprestasi Pertimbangan PERKARA M/S 3 3 4 6 6 11 13 14

KRITIKAN SENI TAMPAK

1.0 GAMBAR

2.0 MAKLUMAT LUKISAN Lukisan ini bertajuk Suasana di kampung. Lukisan ini telah dihasilkan oleh seorang pelukis bernama Haron Mokhtar. Lukisan ini adalah jenis catan air Lukisan ini bersaiz 604cm x 450cm. Lukisan ini dikeluarkan pada tahun 2007. . Pengkarya mempersembahkan catan ini dalam aliran realisme.

KRITIKAN SENI TAMPAK

3.0 KERJA LAPANGAN

3.1 BIODATA PELUKIS

Haron Mokhtar telah dilahirkan di Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Isteri beliau bernama Shamsiah Hamjah bertugas sebagai seorang jururawat di Klinik Kesihatan Sungai Besar. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di dalam Diploma in Art Education, UITM Shah Alam pada tahun 1987-1988. Kini beliau bertugas

sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam.

KRITIKAN SENI TAMPAK

3.2 PENCAPAIAN PELUKIS

HADIAH : Anugerah Khidmat Cemerlang Pendidikan JPNS.(2005 Saguhati MEKARCITRA 50 TAHUN KEMERDEKAAN (2007)

PAMERAN PERSEORANGAN Haron Mokhtar Siri Kaseh Sayang Galeri Shah Alam.(1995) Haron Mokhtar In Pursuit Of Penang, The Artists Space, Hotel Concorde Shah Alam.(1999) Haron Mokhtar Siri Atas Bawah Pusaka, Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur.(2005)

KRITIKAN SENI TAMPAK

4.0 DISKRIPSI Lukisan ini menunjukkan suasana di sebuah rumah kampung. Rumah ini diperbuat daripada kayu papan . rumah ini juga kelihatan besar dan luas. Terdapat dua buah tangga untuk naik ke atas rumah dimana tangga di sebelah kiri adalah tangga belakang manakala tangga di sebelah kanan adalah tangga hadapan. Selain itu , rumah ini juga dikelilingi oleh banyak pokok-pokok kelapa yang tinggi. Kelihatan juga dua baris ampaian yang diikat pada pokok kelapa. Terdapat pakaian yang sedang dijemur diampaian tersebut antaranya ialah kain batik. Terdapat barangbarang di bawah rumah tersebut. Selain pokok kelapa, terdapat tumbuhan-tumbahan lain di sekitar rumah tersebut. Bumbung rumah ini juga diperbuatkan daripada zink.

5.0 ANALISIS

5.1 UNSUR-UNSUR SENI Bahagian analisis ini akan menyentuh unsur unsur seni seperti garisan, bentuk, warna, jalinan, ruang dan nilai. Terdapat beberapa jenis garisan iaitu halus, tebal, beralun, bertitik, bergigi dan putus putus. Bagi lukisan yang di pilih, garisan yang terdapat ialah garisan tebal yang terdapat di tiang rumah. Garisan halus pula terdapat pada batang pokok kelapa. Selain itu, terdapat juga garisan bergigi yang terdapat pada daun pokok kelapa.

Garisan Halus

Garisan Gergigi Contoh Garisan

Garisan Tebal

KRITIKAN SENI TAMPAK

Bagi unsur bentuk, ianya terhasil daripada gabungan garisan dan seterusnya menghasilkan keluasan, ketinggian dan permukaan.bentuk yang terdapat dalam lukisan ini adalah berbentuk konkrit dimana lukisan ini mempunyai sifat tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh di lihat daripada gambar diatas. Bentuk yang boleh dilihat ialah bentuk rumah kayu,bentuk tangga rumah, bentuk pokok kelapa, bentuk kain batik. Bentuk rumah terhasil daripada garisan tegak,melintang dan tebal. Bentuk tangga rumah terhasil daripada garisan melintang dan garisan tebal, bentuk pokok kelapa terhasil daripada garisan menegak. Manakala bentuk kain batik pula terhasil daripada garisan melintang dan menegak.

Bentuk Rumah

Bentuk Pokok Kelapa Contoh Bentuk

Bentuk Kain Batik

Seterusnya adalah unsur seni yang sangat penting iaitu warna. Ia terjadi dengan adanya cahaya dan bersifat natural serta mempunyai kaitan dengan emosi atau psikologi. Jenis- jenis warna ialah warna asas, warna sekunder, warna tertier,warna panas dan warna sejuk. Contoh warna asas yang terdapat dalam lukisan ini ialah warna kuning pada tingkap rumah, dan warna biru pada pakaian yang dijemur di hujung kanan ampaian. Contoh warna sekunder yang terdapat dalam lukisan ialah warna hijau,iaitu warna pada daun-daun pokok kelapa. Manakala, Contoh warna sejuk ialah warna biru muda, iaitu pada langit. Contoh warna panas pula ialah

KRITIKAN SENI TAMPAK

Warna panas

Warna asas (merah) Contoh Warna

Warna Sejuk

Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Membuatkan sesuatu itu nampak menarik dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Terdapat 2 jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh merupakan jalinan yang dapat disentuh seperti arca. Manakala, jalinan tampak merupakan jalinan yang tidak dapat disentuh dan hanya dapat dilihat. Contoh dalam lukisan ini meruapakan jalinan tampak kerana tidak dapat disentuh dan hanya dapat dilihat.

Contoh Jalinan Tampak

KRITIKAN SENI TAMPAK

Ruang merupakan kawasan yang kosong dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-objek menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan. Ruang mampu dibentuk melalui warna, garisan dan juga bentuk. Contohnya, ruang antara rumah dengan pokok-pokok kelapa yang berada di belakang rumah yang menampakkan semakin jauh jarak antara ruang tersebut semakin kurang jelas dan kecil pokok kelapa tersebut.

Contoh Ruang

KRITIKAN SENI TAMPAK

10

Nilai iaitu refleksi dari unsur kecerahan dan kegelapan yang dihasilkan oleh warna dan jalinan. Nilai juga mempunyai pengaruh estetika dalam sesebuah unsur seni. Contoh bagi unsur ini adalah pada bahagian bawah bumbung rumah yang kelihatan gelap berbanding bahagian lain. Hal ini kerana pantulan cahaya matahari yang datang dari arah Barat Daya menyebabkan bahagian bawah bumbung rumah itu terlindung dari cahaya matahari.

Contoh Nilai

KRITIKAN SENI TAMPAK

11

6.0

PRINSIP-PRINSIP SENI

Prinsip seni terhasil daripada unsur unsur seni yang terdapat didalam sebuah lukisan. Prinsip seni terbahagi kepada 4 iaitu kedudukan (balance), imbangan (proportion), irama (rythm), penekanan (emphasis) dan kesatuan (unity).

Imbangan merujuk kepada persamaan dari segi berat, tarikan, ataupun tumpuan perhatian kita secara visual dan ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu symmetrical, asymmetrical dan radial. Imbangan yang terdapat dalam lukisan ini ialah asymmetrical iaitu dimana apabila di belah dua, keadaan sebelah kiri dan sebelah kanan adalah tidak seimbang. Keadaan ini dapat di lihat pada lukisan dimana, pelukis lebih memberatkan keadaan di sebelah kanan. Jika diperhatikan rajah sebelah ini, didapati bahawa terbanyak objek di sebelah kanan berbanding di sebelah kiri.

Imbangan

KRITIKAN SENI TAMPAK

12

Kedudukan merujuk kepada saiz atau skala dalam kepelbagaian elemen elemen atau unsur unsur seni. Ia juga menunjukkan kesesuaian atau logical kedudukan elemen seni didalam sebuah karya. Kedudukan dalam erti kata lain memfokuskan kepada perhubungan antara objek dan bahagian keseluruhan dalam sebuah karya. Dalam lukisan ini,kedudukan lukisan adalah bersesuaian dengan maksud lukisan di mana pelukis telah melukiskan lukisan ini mengikut keadaan yang logic. Contohnya, keadaan sampan yang kelihatan seperti ingin memulakan perjalanan di mana pelukis mengarahkan sampan ke arah selatan. Irama pula merujuk kepada susunan elemen elemen seni yang boleh mempengaruhi mood atau perasaan. Irama boleh dibahagikan kepada 5 iaitu ombak, radial, tegak, mendatar dan letupan. Contoh yang dapat ditunjukkan adalah irama tegak tiang bawah rumah dan batang pokok kelapa. Irama mendatar pula pada ampaian pakaian dan anak tangga.

Prinsip seterusnya ialah penekanan yang merujuk kepada sesuatu yang menjadi tumpuan. Tambahan pula, objek dominan yang sering menjadi tumpuan atau yang difokuskan. Penekanan boleh dilihat dari segi bentuk, warna, jalinan, posisi dan saiz. Penekanan dari segi bentuk dapat dilihat pada bentuk rumah yang menjadi objek utama dalam lukisan ini. Penekanan warna yang digunakan oleh pelukis pula ialah pada papan rumah dan batang pokok kelapa yang berwarna coklat. Selain itu, penekanan warna juga dapat dilihat pada warna kehijauan pada daun-daun tumbuhan. Manakala, penekanan saiz dapat di lihat apabila pelukis melukiskan saiz besar pada rumah, saiz kecil pada objek lain seperti pakaian di ampaian dan pokok-pokok.

Akhir sekali, prinsip seni mempunyai kesatuan dalam penghasilan lukisan yang seimbang. Kesatuan merujuk kepada pengumpulan sebahagian atau keseluruhan elemen elemen dan prinsip prinsip seni. Prinsip kesatuan ini dapat dilihat dalam lukisan yang dilukis oleh Haron Mokhtar di mana beliau telah meletakkan semua elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni yang perlu ada seperti penekanan warna, saiz, imbangan dan sebagainya.

KRITIKAN SENI TAMPAK


7.0 INTREPRESTASI

13

Bahagian ini menceritakan tentang apa yang pelukis ingin sampaikan pada karya mereka. Menurut lukisan yang di karya oleh pelukis, lukisan ini menggambarkan suasana di rumah kampung yang kelihatan sangat cantik dan nyaman. Pelukis juga cuba untuk menunjukkan bagaimana keadaan rumah di kampung. Pemilik rumah ini juga dapat ditafsirkan sebagai kategori sederhana tidak berada dan tidak terlalu miskin. Hal ini kerana keaadaan rumah ini kelihatan luas dan besar disamping di tingkap rumah ini terdapat langsir yang dipasang kemas. Dapat ditafsirkan terdapat banyak bilik di dalam rumah tersebut. Selain itu, usia rumah ini juga kelihatan sudah lama kerana berdasarkan warna kayu ataupun papan rumah tersebut yang kelihatan kecoklatan. Terdapat elemen rumah kampung zaman kini pada lukisan ini kerana terdapat ukiran corak yang cantik pada papan rumah tersebut. Terdapat sebuah bilik kecil yang diperbuat daripada batu dan berbumbungkan zink di luar rumah tersebut. Hal ini dapat ditafsirkan terdapat bilik air di luar rumah tersebut. Berdasarkan kepada warna kekuningan di papan rumah tersebut serta kelihatan bayang-bayang di tanah depan rumah tersebut, dapat ditafsirkan bahawa warna kekuningan itu terhasil daripada pancaran cahaya matahari yang panas dan baying-bayang tersebut menggambarkan waktu itu sekitar pukul 3-5 petang. Pemilik rumah ini juga dilihat menjemur pakaian di ampaian luar rumah dan boleh ditafsirkan ketika ini pakaian itu sudah kering kerana sudah dijemur daripada waktu pagi. Pokok-pokok kelapa di sekitar rumah ini juga dapat ditafsirkan sudah tua kerana berdasarkan batang pokok-pokok kelapa itu sudah sangat tinggi dan semakin condong.

KRITIKAN SENI TAMPAK


8.0 PERTIMBANGAN

14

Oleh itu, markah yang dapat diberikan untuk lukisan ini ialah tujuh daripada sepuluh markah. Ini kerana, tidak dapat dikenalpasti objek apakah yang terdapat di bawah rumah tersebut. Ampaian pakaian yang diikat pada batang pokok kelapa itu juga tidak dapat dikenalpasti samaada ampaian tersebut diikat menggunakan tali atau dawai besi. Tumbuhan lain selain daripada pokok kelapa yang terdapat di sekitar rumah tersebut juga tidak jelas. Kekuatan pada catan Haron Mokhtar ini terletak pada bentuk rumah dan kedudukan pokok pokok kelapa yang mengelilingi rumah tersebut menampakkan seperti keadaan rumah di kampung yang sebenar.Ditambah pula dengan penjemuran pakaian di hadapan rumah yang memang sama seperti keadaan di kampung.

You might also like