You are on page 1of 7

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

REVIEW ARTIKEL Can Schools Regulate Student Dress and Grooming in School
Fred C. Lunenburg
Sam Houston State University

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPF4013 DISEDIAKAN OLEH NURHAINI FALINI BINTI AHMAD L20112008600 KUMPULAN X NAMA PENSYARAH: PUAN ZALINA BINTI AHMAD

PROGRAM GSTT/DPLI 2012 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


1

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

Can Schools Regulate Student Dress and Grooming in School 1.Pengenalan Artikel hasil tulisan Fred C. Lunenburg yang bertajuk Can School Regulate Student Dress and Grooming in School? Membangkitkan mengenai isu adakah pihak lembaga sekolah boleh mengawal selia pakaian pelajar dan gaya berdandan di sekolah. Penyelidik juga menjelaskan bahawa artikel ini menerangkan sama ada lembaga sekolah berhak atau boleh menggubal peraturan-peraturan yang munasabah dan relevan mengenai penampilan pakaian pelajar ketika berada di sekolah . Penyelidik juga ada menyentuh tentang peraturan-peraturan tertentu yang berhubung dengan penampilan seseorang pelajar . Di samping itu, penyelidik menerangkan bahawa pelajar berhadapan dengan cabaran dan halangan untuk menentukan hak penampilan pakaian mereka di mana hak mereka terikat dengan Pindaan Pertama Kebebasan Perlembagaan. Dalam hasil kajian Fred ini, juga menyatakan bahawa ada beberapa sebab musabab mengapa pihak sekolah menetapkan undang-undang berpakaian terhadap pelajar sekolah atau universiti, kerana ia mempunyai kaitan dengan kesihatan, standard keselamatan, Gang-related dress1, pakaian kontroversi dan pakaian seragam sekolah. Kesemua aspek ini diambil kira oleh penyelidik dalam hasil penulisannya yang berkaitan wajarkah sesebuah lembaga sekolah itu mengawal atau menetapkan satu etika pemaikaian yang sesuai dan menjelaskan mengapa etika ini harus diperkenalkan. 2. Sinopsis Menurut penyelidik, pihak sekolah berhak menetapkan garis panduan atau etika pemakaian dan berdandan kepada pelajar tidak kira sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Selama bertahun-tahun isu ini menjadi kontroversi dan kerap melibatkan pihak mahkamah namun, Mahkamah Agung Amerika Syarikat juga tidak konsisten dalam menangani isu ini kerana ia bersifat de minimus2. Walaupun pada pandangan pelajar, ia merupakan satu cabaran
1

Kanak-kanak atau remaja yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian kumpulan yang menunjukkan kepentingan dalam kumpulan. 2 Tentang hal yang remeh atau minimal.

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

atau seperti menghalang hak mereka dalam bebas memilih pakaian dan dandanan, tetapi pihak sekolah telah menggubal satu peraturan dalam Pindaan Pertama yang menggariskan undang undang pemakaian dan dandanan yang bersesuaian dan munasabah. Penyelidik juga ada menerangakan bahawa the standard of reasonableness centers yang telah menggariskan bahawa pelajar telah telah dilindungi di bawah hak Pindaan Pertama Perlembagaan dan hak-hak pelajar harus diimbangi dan diselaraskan dengan hak yang sah oleh pihak sekolah untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas dari sebarang gangguan. Penyelidik menegaskan di dalam penyelidikannya bahawa pihak mahkamah telah meminta agar pihak sekolah membuat satu wajaran yang sesuai agar hak dan kebebasan pelajar tidak dicabuli. Menurut penyelidik juga, pelajar-pelajar merasakan melalui pakaian dan cara dandanan, pelajar-pelajar dapat menunujukkan ekspresi diri mereka, dan pelajar-pelajar ini beranggapan seandainya hak mererka dalam isu pemakaian ini disekat, tetapi bagi pihak pihak sekolah, isu pakaian sekolah adalah satu justifikasi. Pihak sekolah juga mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka harus meletak satu garis panduan mengenai isu pemakaian dan dandanan pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini berkait rapat dengan isu kesihatan, keselamatan dan pakaian yang mempunyai unsur-unsur yang boleh mencetus kontroversi. Penyelidik telah menggariskan empat sebaba yang penting mengapa perlunya pihak lembaga sekolah wajar mengenakan undang-undang pemakaian atau etika berpakaian dan dandanan di sekolah oleh pelajar-pelajar. Antaranya ialah berkaitan dengan aspek kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah. Penampilan yang berlebihan menurut penyelidik berkemungkinan akan mengundang bahaya. Contoh yang diberikan oleh penyelidik, sekiranya seorang pelajar yang berambut pajang dan tidak diikat dengan kemas boleh mengundang bahaya jika dia berada di makmal sains dan membuat uji kaji. Jika melakukan uji kaji yang melibatkan bahan mudah bakar, berkemungkinan terdedah dengan ancaman rambut tersambar api. Hal ini amat dititik beratkan oleh pihak sekolah kerana ia melibatkan keselematan pelajar. Justeru itu, berdasarkan kajian penyelidik, pihak sekolah boleh mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mengawal selia pakain dan cara dandanan pelajar-pelajar yang terdedah kepada bahaya. Selain dari gaya penampilan rambut, penyelidik menjelaskan bahawa pemakaian barang-barang perhiasan dan barangan kemas yang berlebihan juga boleh mengundang bahaya di mana, ia memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk terdedah dengan ancaman ragut. Selain dari ancaman ragut,

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

pemakaian barang kemas juga berkemungkinan mengundang bahaya sewaktu berada di kelas pertukangan atau sewaktu menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Selain isu kesihatan dan standard keselamatan, penyelidik juga menekankan pengaruh Gang-Related Dress juga merupakan antara sebab musabab mengapa pihak sekolah perlu mengawal selia cara pemakaian dan dandanan pelajar-pelajar. Cara pemakaian yang berunsurkan kumpulan ini menurut penyelidik boleh menjadi isu yang sensetif dan kontroversi yang negative di persekitaran sekolah dan universiti seandainya tidak dibendung. Hal ini kerana, jenis pakaian yang dipakai oleh mereka biasanya boleh mencetus kontriversi contohnya memakai pakaian yang menunjukkan perkauman, di samping terdapat di kalangan mereka yang memekai pakaian yang menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya, seperti bahasa yang kesat, corak atau gambar pakaian yang lucah, di mana tidak sesuai dengan persekitaran pendidikan. Di samping itu, terdapat pandangan yang di ambil oleh penyelidik mengenai ahli-ahli kumpulan ini, iaitu menurut Guzik V. Drebus (1970) ahli-ahli kumpulan ini sering memakai pakaian yang bersimbol dan melambangkang identiti kumpulan mereka. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat di antara ahli kumpulan mereka memakai pakaian yang menggambarkan keganasan yang boleh menimbulkan kebimbangan dan ketidak senangan di kalangan pelajar lain. Untuk itu wajarlah bagi pihak sekolah dan di bawah perintah mahkamah membenarkan satu kod etika pemakaian diseragamkan dalam mengawal selia cara pemakaian dan dandanan pelajar-pelajar di seklah agar tidak menimbulkan kontoversi. Dengan cara ini pihak sekolah dapat mengawal GangRelated Dress terus menular di sekolah atau di universiti . Sekali gus dapat mempertingkatkan kualaiti keselamatan di tempat belajar. Untuk mengelak dari timbulnya kontrversi, penyelidik menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Arkankas (Pugley V.Sellmeyer,1923) mengekalkan peraturan sekolah yang melarang pelajar memakai pakaian yang berleher rendah, atau apa-apa pakaian yang tidak sopan atau penggunaan alat solek yang berlebihan. Menurut Pyle V. South, dari Headly Peraturan ini dibuat untuk mengelak dari berlakunya sebarang ketidak puasan hati dengan standard pakaian,berdasarkan bangsa, etnik, warna kulit, agama, atau negara asal. Untuk itu pemakaian pakaian seragam sekolah dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidk diingini berlaku. Penyelidik melihat pemakaian pakaian seragam boleh merapatkan jurang antara pelajar. Menurut kajian penyelidik, dengan berpakaian seragam sekolah
4

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

perbezaan dari segi taraf sosioekonomi keluarga tidak terlalu menonjol kerana semua pelajar yang dating dari latar belakang ekonomi yang berbeza akan berpakaian yang sama dan tidak timbol isu iri hati di kalangan pelajar, di samping dapat mewujudkan suasana belajar yang selesa dan selamat.

3.Kekuatan & Manfaat Kandungan

Setelah membaca keseluruhan artikel jurnal ini hasil kajian penyelidik bernama Fred. C Lunenberg, saya berpendapat bahawa artikel ini mempunyai kekuatan tersendiri. Di dalam kajian ini, penyelidik telah memberi persoalan adakah sesebuah sekolah itu boleh mengawal selia atau tidak etika berpakaian dan dandanan pelajar-pelajar di sekolah. Dalam hal ini, Fred mengupas bahawa terdapat sebab dan musabab mengapa pihak sekolah berhak mengawal selia cara pemakaian dan dandanan pelaja-pelajar, di samping mendapat sokongan dari pihak mahkamah. Fred dalam hasil kajiannya ini telah menjelaskan faktor yang perlu ditekankan oleh pihak sekolah, tentang isu pemakaian di sekolah. Faktor utama yang dilihat penting oleh Fred ialah dari sudut keselamatan dan kesihatan. Hal ini wajar ditekankan oleh Fred kerana isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh. Seandainya pelajar-pelajar bebas memakaian apa sahaja jenis pakaian, mereka langsung tidak menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, malah berpakaian mengikut fesyen tanpa memikir sama ada pakaian itu sesuai atau tidak dengan persekitran pelajar. Sebaga contoh yang diberikan oleh Fred, ialah situasi di mana pelajar perempuan yang berambut panjang dan tidak mengikat rambut dengan kemas. Sewaktu menjalankan uji kaji, berkemungkinan akan terdedah dengan bahaya. Untuk itu wajar sekali jika pihak sekolah menetapkan undang-undang pelajar yang merambut panjang haruslah mengikat rambut dengan kemas di samping dapat mengelak dari berlakunya bahaya. Di sini, penyelidik dilihat cuba menunjukkan kesungguhan pihak sekolah untuk mengenakan peraturan berkenaan dengan pakaian seragam di sekolah untuk mendisplin pelajapelajar, dan ini sememangnya satu usaha dan langkah yang baik yang di ambil oleh pihak sekolah dalam menangani isu gang-related dress, dan keselamatan pelajar. Selain untuk mengatasi dua isu di atas, pemakaian pakaian seragam dilihat juga dapat membentuk identiti sekolah dan memperlihatkan budaya yang positif di sampaing dapat merapatkan jurang stratifikasi sosial yang wujud.

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

4. Kelemhan Kandungan Di dalam hasil kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan bahawa, hanya isu pakaian dan cara dandanan pelajar di sekolah merupakan sebab berlakunya gejala-gejala yang tidak baik di sekolah. Hal ini dapat dijelaskan di mana, di setiap perenggan artikel kajiannya, penyelidik membangkitkan isu pakaian yang melambangkan identiti berkumpulan antara penyumbang kepada berlakunya ketidaksamaan taraf pelajar dan penyelidik juga telah menjelaskan bahawa kebanyakkan pelajar-pelajar yang berpakaian mengikut kumpulan lebih menjurus ke arah perkauman. Tidak semua pelajar-pelajar ini memakai pakaian mengikut kumpulan adalah anti perkauman, tetapi mereka memakai pakaian yang sama di antara anggota kumpulan sebagai tanda sokongan mereka kepada kumpulan-kumpulan yang mereka sertai, contohnya kumpulan bola sepak, atau kumpulan yang meminati muzik. Untuk itu, penyelidik tidak seharusnya menganggap mereka ini sebagai pembawa masalah di sekolah. Selagi pakaian mereka masih sopan, dan tidak mengamcam keselamatan seharusnya mereka mengekalkan gaya pemakaian mereka. 5. Cadangan Memperelokkan Kandungan Bukan mudah untuk membuat perubahan, dan pastinya akan mendapat banyak tentangan dan kekangan. Namun begitu, sebagai lembaga sekolah yang bertanggung jawab menjadi tempat untuk melahirkan modal insan, wajaran dan ketegasan dalam membuat sesuatu peraturan perlulah dilaksanakan tanpa meragui kemampuan sama ada perubahan itu berjaya atau tidak. Selagi tidak mencuba kita tidak akan tahu apa kesan dan impaknya. Setelah memperkenalkan sesuatu peraturan pihak sekolah juga perlu membuat penambahbaikkan bagi memperelokkan lagi dan mengemaskan lagi peraturan yang ditetapkan selari dengan perubahan persekitaran yang sering berubah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh yang di buat oleh Kementerian Malaysia pada tahun 1985 berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil./1983 yang menghebahkan pindaan berkaitan pakaian seragm murid sekolah, di mana terdapat pindaan seperti pakaian murid lelaki yang membenarkan mereka memakain seluar pendek dan seluar panjang, dan murid perempuan pula diberi pilihan untuk memakai mini telekung yang bersesuian di samping menggariskan panduan kepada pelajar mengenai pakaian-pakaian yang sesuai dan dibenarkan ketika di dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
6

NURHAINI FALINI AHMAD L20112008600

Selain itu penambahbaikkan bukan sahaja dari segi cara pemakaian dan dandanan, tetapi juga harus dilakukan dari setiap segi. Sekiranya penyelidik menjelaskan melalui cara pemakaian dan dandanan pelajar dapat merapatkan jurang antara pelajar-pelajar, sebenarnya terdapat faktor lain yang boleh merapatkan jurang antara mereka, iaitu melalui pelbagai program-program seperti perkhemahan, kem-kem dan lain-lain. Aktiviti ini bukan sahaja memberi mereka pengetahuan, malah memupuk semangat kerjasama di samping dapat mengikis perasaan berpuak-puak atau berkumpulan. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang neutral dan bebas dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekacauan. Untuk mewujudkan suasana belajar, pihak sekolah termasuk guru-guru perlu mendekati dan menyelami diri murid-murid. Sesetengah murid gemar menonjolkan rasa ketidakpuasan hati mereka dalam pelbagai cara, dan kebanyakkan dengan cara yang salah. Untuk itu mereka merasakan melalui pakaian mereka dapat mengekpresikan diri mereka atau dengan kata lain, cara mereka menunjukkan protes dan tidak puas hati. 6. Rumusan Konklusi yang boleh diperolehi dari kajian Fred mengenai isu sama ada pihak lembaga sekolah boleh mengawal selia cara pemakaian dan dandanan pelajar di sekolah ialah, pihak sekolah perlu membuat satu peraturan yang sesuai bagi melaksanakan peraturan ini di samping dalam masa yang sama ia tidak melanggar hak-hak yang telah ditetapkan , di mana pelajar-pelajar juga mempunyai hak untuk cara pemakaian dan dan dandanan di sekolah. Selagi ianya tidak bertentangan dan tidak melanggarkan undang-undang peraturan, ia bersifat terkwal. Namun begitu, pelajar-pelajar haruslah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan, agar matlamat pihak sekolah untuk meminimalkan isu pemakaian di kalangan pelajar sekolah dapat dibendung dan terkawal.

93/100

You might also like