Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
3
bab 1Hati Asas Pergaulan
Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dantaulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi perananpenting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya denganberzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’
Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkankeimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiranyang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yangdiungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulanharian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupuntiada sebarang penjelasan melalui percakapan.Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesradan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalampergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawakepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencarihelah bagi melindung diri dari penipuan.Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapisetiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalahpenentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di haripembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalanyang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang