Professional Documents
Culture Documents
KAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS PEKERJAAN DI TAMAN FAJAR, BATU 7, SANDAKAN, SABAH
Nama: Siti Syasya Nabilah Sanudin Tingkatan: 2 Imam Bukhari Nama Guru: Awg. Sharil Omar
Tandatangan Murid
Tandatangan Guru
..
...
Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya, Encik Awang Sharil Omar atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau ketika menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada pengetua sekolah saya, Ustaz Roslan Diming kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Sanudin Kosmas dan Puan Supinah Raiman yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini sehinggalah kajian ini selesai.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas yang terlibat menjalankan kajian ini iaitu Nurul Hazirah Mat Nor, Nur Syakirah Abdul Razil dan Rina Rahayu Ramli.
Pendahuluan
Saya, Siti Syasya Nabilah Sanudin, pelajar Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sandakan telah diberi tugasan oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang fungsi petempatan.
Saya telah memilih tajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Taman Fajar, Batu 7, Sandakan. Sebab Saya memilih Taman Fajar sebagai tempat kajian saya ialah kerana, ia merupakan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.
Objektif Kajian
Memerhati dan mengkaji komposisi penduduk di Taman Fajar. Mengkaji jenis-jenis pekerjaan di Taman Fajar. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan di Taman Fajar.
Kawasan Kajian
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Airport, Taman Sejati dan Taman Fajar Perdana.
Jenis Petempatan
Taman Fajar adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa Cina dan India.
Peta Sabah
Peta Malaysia
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: Kaedah pemerhatian Kaedah temu bual Kaedah rujukan
Kaedah Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati komposisi penduduk mengikut kaum dan jantina
Kaedah Rujukan
Saya membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat tambahan dan untuk menyempurnakan lagi hasil kajian saya.
Hasil Kajian
Berikut adalah dapatan hasil kajian saya semasa kajian di Taman Fajar. Jadual di bawah menunjukkan komposisi penduduk dari segi : Kaum Jantina Pekerjaan
Jadual 1.1 : Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, Jantina dan jenis pekerjaan.
Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Nama
En. Salman Ariff Pn. Afiqah Alfina En. Mohd. Afiq Asyraf En. Zalaily Zabana En. M. Nurfazlie En. M. Ariff Farhan Pn. Nur Syamimie Pn. Hassha Pn. Nurain En. Ruzaile Pn. Nechfina En. Izzat Azizi En. Zulhafizan
Kaum
M M M M M M M I M M C M M
Jantina
L P L L L L P P P L P L L
Pekerjaan
Pengurus FELDA (Kerajaan) Guru (Kerajaan) Pengurus Pertubuhan Ladang (Kerajaan) Pengurus FELDA (Kerajaan) Doktor (Kerajaan) Juruteknik (Swasta) Guru (Kerajaan) Juruwang (Swasta) Berniaga Guru Besar (Kerajaan) Guru Tadika Methodist (Swasta) Juruteknik (Swasta) Doktor (Kerajaan)
Pn. Nur Azimah En. Borhan En. Fikri Pn. Siti Zubaidah En. Muhd. Adam En. Rithzan En. Elvian
M M M M M M C
P L L P L L L
Guru (Kerajaan) Pesara (Kerajaan) Berniaga Pengetua (Kerajaan) Berniaga Guru (Kerajaan) Berniaga
Swasta P
Kerajaan L
///////
Lain-lain L /// / P /
Jumlah
P ////
// / /
17 2 1
Jadual 1.2: Borang akuran menunjukkan komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.
Kaum
Swasta L P 1 1 2 4
Kerajaan L 7 7 11 P 4 4
Lain-lain L 3 1 4 5 P 1 1
Jumlah
Peratus
2 2
17 2 1 20
Jadual 1.3: Komposisi penduduk Taman Fajar mengikut kaum, jantina dan jenis pekerjaan.
Jadual 1.3 menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum, jantina dan pekerjaan mengikut kaum. Daripada 20 orang responden, terdapat seramai 12 orang lelaki dan 5 orang perempuan kaum Melayu, 1 orang lelaki dan 1 orang kaum Cina serta 1 orang perempuan kaum India. Jadual di atas boleh ditukar kepada graf bar berganda. (lihat Graf 1.1)
Dapatan kajian daripada Graf 1.1 menunjukkan bahawa kawasan kajian saya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina,dan kaum India. Daripada 20 orang responden, kaum Melayu 17 orang (85%), kaum Cina 2 orang (10%) dan kaum India 1 orang (5%). Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri daripada orang Melayu, diikuti orang Cina dan India.
Graf 1.1 menunjukkan kaum Melayu yang bekerja dalam sektor swasta seramai 2 orang, sektor Kerajaan 11 orang dan sektor lain-lain seramai 4 orang. Kaum Cina yang bekerja dalam sektor swasta pula ialah 1 orang, tiada yang bekerja dalam sektor
kerajaan dan 1 orang bekerja dalam sektor lain-lain. Di kalangan kaum India pula, seramai 1 orang yang bekerja dalam sektor swasta dan tiada yang bekerja dengan sektor kerajaan dan lainlain.
Graf 1.2 menunjukkan jenis pekerjaan mengikut jantina. Kaum lelaki yang bekerja dalam sektor kerajaan ialah 2 orang, dalam sektoe swasta 4 orang dan 1 orang dalam sektor lain. Bagi kaum perempuan pula, terdapat 2 orang bekerja dalam sektor swasta, 7 orang dalam sektor kerajaan dan 4 orang dalm sektor lain.
Rumusan
Hasil daripada kajian yang saya telah jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka bekerja dalam sektor swasta, kerajaan dan lain-lain. Mereka hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu sama lain.Ini menggambarkan rakyat negara Malaysia yang pelbagai kaum dapat hidup bersama dan bersatu dalam satu negara yang aman dan harmoni. Dari segi jantina kaum lelaki masih merupakan golongan yang paling ramai bekerja manakala kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan semakin ramai. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki dan wanita bersama-sama mengejar peluang pekerjaan. Kegiatan ini akan membantu negara Malaysia membangun dalam sektor ekonomi.
Lampiran
Tandakan (/)
Jenis Pekerjaan
Isi Kandungan Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran Muka surat