You are on page 1of 26

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang masalah, tujuan kajian, pernyataan masalah, rasional kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasi. Huraian bab ini merupakan gambaran umum tentang kajian yang dijalankan.

1.1

Latar Belakang Masalah

Pada 28 Februari 1991,Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Berdasarkan kepada wawasan ini, Matlamat terakhir yang dicitacitakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan perlu seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Hakikatnya, status Negara maju akan dapat dicapai sekirannya masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dapat dibentuk. Oleh hal yang demikian, bidang pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan impian Negara untuk mencapai matlamat wawasa 2020. Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) telah menggariskan dengan jelas tentang keperluaan terhadap tenaga buruh yang berilmu dan mempunyai kemahiran berfikir serta pengkajian semula kurikulum sekolah untuk memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar khususnya di peringkat rendah dan menengah. Tambahan itu, Falsafah Pendidikan Negara juga telah dinyatakan bahawa perkembangan daya intelek individu perlu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.
1

Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan dan corak pembelajaran yang bijak dan berkesan akan dapat melahirkan pelajar yang bijak. Penerapan dan penguasaan kemahiran berfikir telah dijadikan sebagai salah satu objektif dalam kurikulum sekolah sama ada dalam KSSR dan KBSM. Berdasarkan reformasi pendidikan, pengajaran pada hari ini telah berubah dari bentuk tradisional kepada inkuiri dan hands on, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Tambahan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kemahiran berfikir secara kritis supaya dijadikan sebagai sebahagian kemahiran untuk dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran (Som, 2003).

1.2

Rasional Kajian

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasakan kemahiran berfikir merupakan satu strategi yang penting untuk melatih pelajar supaya sentiasa berfikir dalam kehidupan seharian. Dalam usaha mencapai misi dan hasrat pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran yang menggunakan kemahiran berfikir adalah salah satu langkah alternatif yang berkesan untuk membantu pelajar menguasai sesautu topik dalam matapelajaran sains. Kajian tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis keatas pelajar sains adalah rasional kerana kurikulum pendidikan pada hari ini banyak melibatkan aplikasi dalam pembelajaran dan soalan-soalan yang dikeluarkan juga banyak menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Justeru, kajian ini dirangka bagi mengalakkan guru menggunakan kemahiran berfikir dalam proses P&P. Rentetan daripada pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memupuk kemahiran berfikir dalam diri para pelajar, penyelidik berpendapat satu kajian perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka dengan menggunakan kaedah P&P yang berbeza dengan kaedah biasa digunakan seperti biasa.

1.3

Pernyataan Masalah

Cabaran pendidikan pada hari ini ialah mengalakkan dan meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir terutamanya kemahiran berfikir kritis. Sesungguhnya kemahiran berfikir merupakan elemen penting yang perlu diterapkan sepanjang proses pengajaran dijalankan. Prinsip pendidikan sekarang memberikan lebih penekanan terhadap soalan aplikasi yang memerlukan pelajar berfikir pada aras tinggi. Oleh hal yang demikian, tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar perlu diketahui oleh guru sebelum sesautu teknik dan strategi pengajaran dijalankan bagi mengimbangi kemampuan mereka dengan strategi tersebut. Tambahan itu, guru digalakkan untuk sentiasa menggunakan teknik kemahiran berfikir kritis dalam pengajaran harian. Penggunaan Kemahiran berfikir mungkin agak susah pada awalnya untuk dikuasai oleh pelajar dan dipraktikan oleh guru. Tetapi apabila kaedah ini sentiasa diamalkan, impak yang luar biasa akan dapat dirasai oleh guru dan pelajar. Menurut Mimbs (2005), As one teacher leader wrote, I have to improve my teaching skills and incorporate critical thinking, problem solving and authentic assessment into my clases. I have improved, but it still requires work. Tambahan itu, menurut Mimbs (2005) lagi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelasaian masalah memberikan kuasa kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar terutamanya kemahiran berfikir seacar kritis pelajar melalui pendekatan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir (TBL). Terdapat ramai pelajar yang masih tidak dapat menguasai kemahiran befrikir kritis dimana telah menyebabkan mereka tidak dapat menguasai topik-topik yang sukar. Hakikakatnya, masalah ini mulai timbul apabila topik yang dipelajari itu mempunyai banyak fakta yang perlu diingatai dan terlalu abstrak. Saya memfokuskan kajian ini kepada dua kemahiran sahaja iaitu kemahiran banding dan beza dan kemahiran menyelesaikan masalah dan telah menggunakan keadah pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir pada pelajar sains tingkatan empatt.

1.4

Objektif Kajian

Kajian dijalankan dengan menyatakan objektif uatama kajian iaitu: i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sebelum dan selepas menggunakan kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir (TBL). ii. Mengkaji pencapaian pelajar dalam ujian sains sebelum dan selepas menggunkan kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir.

1.5

Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian ini, beberapa persoalan kajian dikemukan seperti berikut: i. Apakah tahap penguasaan kemahiran kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar sains tingkatan empat? ii. Adakah terdapat kesan positif penggunaan kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir dalam tahap penguasaan berfikir pelajar. iii. Adakah terdapat hubungan antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian mereka. iv. Adakah kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir sesuai dijadikan sebagai satu kaedah rutin dalam proses P&P.

1.6

Hipotesis Kajian

Hipotesis alternatif (H1) kajian adalah: i. Terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar antara pelajar kawalan dan pelajar bukan kawalan. ii. Terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir dengan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar. iii. Terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran berasakan kemahiran berfikir dengan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sains

iv.

Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran berfikir dengan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sains

v.

Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca.

1.7

Kepentingan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji memperkenalkan pembelajaran berasakan kemahiran berfikir (TBL) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran ini penting dalam meningkatkan tahap penguasaan berfikir kritis pelajar. Sesunguhnya tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian mereka. Melalui kajian ini juga, keberkesanan kaedah pengajaran tersebut dapat diketahui dan di jadikan sebagai satu bukti untuk mendorong guru mengaplikasikan kaedah tersebut dalam pengajaran. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, guru-guru harus menggunakan pemikiran kritis dengan lebih meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi kemahiran berfikir yang dipelajari dalam kehidupan seharian yang lebih autentik. Menurut Sternberg (2007), memikir secara kritis merupakan aspek penting dalam psikologi kerana kaedah ini terkandung dalam semua displin.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan 120 orang pelajar Tingkatan Empat dari duah buah sekolah di daerah Krian. Sampel kajian tidak dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang lalu. Di samping itu, Kajian ini hanya menyentuh atau membincangkan tentang pencapaian para pelajar dalam topik pembelajaran yang diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Disamping itu penyelidik juga hanya membataskan kajian terhadap tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir secara ktitis shaja. Kajian ini tidak mengkaji tahap penguasaan berfikir yang lain seperti
5

kemahiran berfikir secara kreatif. Kajian ini juga hanya menggunakan beberapa kemahiran berfikir dalam kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir (TBL). Jenis kemahiran berfikir yang akan digunakan dalam proses P&P juga adalah terhad dan bergantung kepada topik pembelajaran yang akan dijalankan. Antara jenis kemahiran berfikir yang akan diguanakan adalah seperti kemahiran banding beza, dan kemahiran menyelesaikan masalah.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0

Pendahuluan Bab ini membincangkan tentang tinjauan kajian lalu mengenai kepentingan kemahiran

berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia, isu kaedah pengajaran yang sesuai untuk menjalankan strategi pengajaran inkuiri bagi mengurangkan strategi pengajaran tradisional serta isu berkaitan kemahiran berfikir dengan pendidikan pada masa kini.

2.1

Takrifan Berfikir dan Kemahiran Berfikir

Kamus Dewan (2010: 410) menyatakan maksud berfikir berfikir ialah menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu) dan mempertimbangkan (dalam ingatan). Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir adalah pemikiran lateral yang bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi juga melihat pelbagai perspektif untuk melihat penyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1991) menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). John Barell (1991) saying I define thinking as asearch for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of option the attempt to arrive at logical, reasonable judgements and reflection on the process. (Merupakan kecekapan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menjelajahi pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan secara logik serta membuat refleksi atau tinjauan semula terhadap proses pemikiran yang dilalui).

Terdapat dua jenis kemahiran berfikir yang sering diguanakan oleh kita dalam kehidupan seharian. Kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru kepada pelajar semasa disekolah.

Jenis kemahiran berfikir

Kritis

Kreatif

Membanding beza Membuat kategori Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan Membuat ramalan Menyusul periksa dan andaian Membuat inferen

Menjana idea Mencipta analogi Mencipta metafora

Membuat keputusan dan penyelesaian masalah

2.2

Takrifan Kemahiran Berfikir Kritis

Manakala istilah pemikiran kritis merupakan gabungan di antara dua perkataan iaitu pemikiran dan kritis. Dari gabungan perkataan ini, istilah pemikiran berasal dari kata dasar fikir yang bermaksud ingatan, angan-angan, akal, sangka, anggapan, pendapat dan kira. Manakala terbitan kata fikir melahirkan istilah pemikiran yang diertikan sebagai perihal berfikir (memikir). Pemikiran juga dimaksudkan dengan sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Manakala istilah kritis pula berasal daripada perkataan Inggeris critic. Namun begitu, kata dasar kritis merupakan perkataan yang beasal daripada bahasa Yunani kriths (Kritikos) yang bermaksud menimbang (Judge). Menimbang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu itu benar atau salah. Kamus Oxford Dictionary of English memberi huraian terhadap maksud critical yang membawa maksud kritis, sebagaimana berikut; i) expressing adverse or disapproving comments or judgments. ii) expressing or involving an analysis of the merits and faults of a work of literature, music, or art. iii) (of a situation or problem) having the potential to become disastrous; at points of crisis. iv) Mathematics & Physics relating to or denoting a point of transition from one state to another v) (of a nuclear reactor or fuel) maintaining a self sustaining chain reaction. Menurut Kamus Dewan (2010:831), kritis ialah tidak begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu) , bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal.

Scrivan dan Paul (2004), mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah dimana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis merupakan proses intelektual secara berdisiplin, aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsi, mengaplikasikan, menganalisa, mensintesis atau menilai maklumat yang diperolehi atau dibentuk hasil daripada pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan atau komunikasi sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara menyeluruh. Sesungguhnya, pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

2.3

Tujuan Penyebatian Strategi KBKK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa faktor yang mendorong guru menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasakan kemahiran berfikir. Ini adalah untuk membolehkan pelajar: i. Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak dan betul. ii. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. iii. iv. v. vi. vii. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka. Bersikap terbuka dalam mnerima dan memberi pendapat. Membina keyakinan diri untuk berhujah, membuat pertimbangan berdasarkan bukti serta alasan dan berani memberi pandangan dan kritikan. Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti berfikir pelajar. Guru boleh menyediakan latihan dan aktiviti yang berasakan kepada perbincangan yang dapat menjana idea, membuat keputusan secara teliti, bijak dan bertanggungjawab.

2.4

Alat Kajian Kemahiran Berfikir Kritis

Terdapat pelbagai alat kajian kemahiran berfikir yang boleh digunakan untuk mengukur kemahiran berfikir terutamanya kemahiran befikir secara kritis. Antara alat kajian tersebut ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA), California Critical Thinking Dispositions Inventory (CCTDI), California Critical Thinking Skill Test (CCTST), Cornell Critical Thinking Test (CCTT) dan Minnesota Test of Critical Thinking (MTCT). Alat ukur kemahiran berfikir yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA). Menurut (Jenkins, 1998) WGCTA merupakan alat kajian yang biasa digunakan untuk mengukur Kemahiran Berfikir. Alat kajian ini merupakan alat kajian terawal yang dibina oleh Watson dan Glaser pada tahun 1980 untuk mengukur tahap Kemahiran Berfikir secara kritis.
10

Dalam alat ukur ini, konsep pemikiran kritis didefinisikan sebagai kesatuan sikap, pengetahuan, dan keupayaan yang merangkumi: i. Sikap ingin tahu serta kebolehan untuk mengenalpasti kewujudan masalah dan penerimaan bukti-bukti yang menyokong apa yang didakwa sebagai benar. ii. iii. iv. Pengetahuan syarat-syarat untuk membentuk kesimpulan yang sah. Penjanaan idea dan generalisasi yang disokong oleh bukti-bukti yang logik. Keupayaan mengaplikasikan sikap-sikap dan pengetahuan tersebut. Ini bermaksud sesuatu maklumat baru akan dianalisa dan dinilai terlebih dahulu dengan menggunakan pelbagai kemahiran berfikir kritis dan disokong dengan penaakulan yang logik sebelum boleh diterima.

Alat ukur / ujian ini mengandungi 80 item dan dibahagikan kepada lima subujian Kemahiran Berfikir Kritis seperti berikut: i. Membuat inferens (16 item): menguji kebolehan membezakan darjah kebenaran dan kepalsuan inferens berdasarkan data yang diberikan. Pelajar menentukan sama ada inferens yang dicadangkan itu benar, mungkin benar, palsu, mungkin palsu atau tidak cukup maklumat untuk membuat kesimpulan. ii. Mengusul periksa andaian (16 item): memerlukan pelajar mengenalpasti andaianandaian dan jangkaan-jangkaan awal berdasarkan pernyataan yang diberikan. iii. Membuat deduksi (16 item): menguji kebolehan mendeduksikan sesuatu kesimpulan daripada sesuatu pernyataan atau premis yang diberikan. iv. Membuat interpretasi (16 item): menimbangkan bukti dan membuat keputusan atau generalisasi berdasarkan data yang diberikan. v. Penilaian hujah (16 item): membezakan hujah-hujah yang lemah atau kuat bagi sesuatu soalan yang dikemukakan.

11

2.5

Kajian mengenai kemahiran Berfikir

Mastura (2002) telah menjalankan kajian mengenai Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif keatas 80 orang pelajar dari SMT Segamat dan SMK Buluh Kasap. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik bagi mengkaji perlaksanaan Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Berdasarkan kajian ini, tahap penerimaan pelajar terhadap perlaksanaan kaedah ini berada pada tahap yang sederhana. Menurut kajian yang dibuat oleh Massura (2002) terdapat hubungan linear antara kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif dengan pencapaian sains. Kajian ini telah dijalankan keatas 100 pelajar tingkatan empat dari SMK Semenchan, Kota Tinggi, Johor. Pengkaji ini telah menggunakan borang soal selidik yang diukur menggunakan skala Likert bagi mengetahui tahap penguasaan KBKK pelajar. Pencapaian sains diukur dengan menyediakan ujian sains yang mengandungi tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Mengikut kajian yang telah dibuat, wujudnya hubungan yang positif antara KBKK dengan pencapaian sains. Sekiranya seorang pelajar mempunyai Kemahiran Berfikir yang baik, pelajar tersebut akan mendapat skor yang bagus dalam ujian sains. Sabaria (2003) telah menjalankan kajian untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) terhadap Kemahiran berfikir Kritis, Kreatif, proses sains dan pencapaian Biologi keatas 200 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental dengan membahagikan pelajar kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Agihan pelajar adalah seimbang dan sama bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Kemahiran Berfikir Kritis ( WGTCTA). Dapatan kajian menunujukkan bahawa min Kemahiran Berfikir Kritis bagi kumpulan eksperimen selepas mengikuti pengajaran menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) meningkat berbanding sebelum mengikuti

pengajaran. Manakala min Kemahiran berfikir Kritis bagi kumpulan kawalan selepas pengajaran hanya mengalami sedikit peningkatan berbanding sebelum pengajaran. Hakikatnya, peningkatan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar eksperimen yang mengikuti Kaedah PBM. adalah lebih tinggi dalam kumpulan

12

Sarimah (2007) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam Kemahiran Berfikir Kritis pelajar sains tingkatan empat. Seramai 269 orang pelajar fizik dari lima buah sekolah di daerah Kulai terlibat dalam kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan kajian tinjauan sahaja yang meghubungkaitkan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Antaranya ialah hubungan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis merentasi jantina, etnik dan serta hubungannya dengan pencapaian PMR yang lepas. Alat kajian yang digunakan dalam ini ialah WATSON GLASER CRITICAL THINKING APPRAISAL A (WGTCA-A) yang mengandungi 80 item. Berdasarkan hasil kajian ini, tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar adalah pada tahap sederhana. Manakala pencapaian Sains PMR pelajar tidak menggambarkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar kerana tidak mempunyai hubungan yang bererti. Hasil kajian juga menunujukkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar tingkatan empat sains merentas etnik dan jantina adalah sama dan tidak terdapat perbezaan yang bererti. Fatma, Ishak dan Savas (1998) telah menjalankan kajian ke atas 1026 orang pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej di Turki. Sampel kajian terdiri dari 635 orang pelajar lelaki dan 391 orang pelajar perempuan yang berumur antara 12-22 tahun. Dari 1026 pelajar tersebut, 240 orang pelajar adalah pelajar sekolah rendah, 412 orang pelajar ialah sekolah menengah dan 347 orang terdiri daripada pelajar kolej. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian pelajar. Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah WGCTA yang telah diubahsuai ke dalam bahasa Turki oleh Koc dan Cikrikci (1993). Berdasarkan kepada dapatan kajian melalui analisis regresi, terdapat pertalian yang positif di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan Kemahiran Berfikir Kritis. Ini menunujukkan semakin tinggi pencapaian pelajar semakin tinggi Kemahiran Berfikir Kritisnya. Pelajar berpencapaian tinggi menunjukkan perbezaan min yang bererti terhadap Kemahiran Berfikir Kritis berbanding pelajar berpencapaian rendah. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berpencapaian tinggi akan mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang tinggi dan pelajar yang berpencapaian rendah akan mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang rendah.

13

Berdasarkan kepada kebanyakkan kajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidikpenyelidik terdahulu menunujukkan trend dapatan kajian yang hampir sama. Hal ini mempunyai kaitan dengan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh pengajar yang kurang berkesan dalam usaha untuk menerapkan kemahiran ini secara berkesan dalam proses P&P.

2.6

Pembelajaran Berasaskan Kemahiran Berfikir

Pembelajaran berasaskn kemahiran berfikir (TBL) merupakan satu kaedah pengajaran yang baru diperkenalkan. Kaedah ini belum lagi didedahkan secara menyeluruh kepada para pendidik di negara ini. walaubagaimanapun pelbagai kursus yang berkaitan dengan kaedah ini telah dianjurkan oleh para penyelidik pendidikan kepada guru. Hakikatnya, kaedah ini masih dalam proses penyelidikan untuk melihat sejauh mana kesan penggunaannya dalam proses P&P. kaedah ini merupakan salah satu usaha untuk memupuk kemahiran berfikir pelajar melalui proses penyebatian dalam sukatan matapelajaran dengan bantuan pengurusan grafik. Guru akan bertindak sebagai fasilitator untuk membantu pelajar bagi mengembangkan kemahiran berfikir mereka. Sebelum sesuatu pengurusan grafik diperkenalkan kepada pelajar, guru terlebih dahulu memberi penjelasan bagaimana cara untuk menggunakan pengurusan grafik itu dengan berkesan dan betul melalui contoh-contoh yang mudah difahami dan diterima oleh mereka. Penggunaan pengurusan grafik adalah amat penting dalam kaedah ini dan PG ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian topik yang diajar. Sebagai contoh, pengurusan grafik banding dan beza telah digunakan dalam P&P untuk menerangkan mengenai sel haiwan dan sel tumbuhan. Berdasarkan kaedah ini,guru dapat membantu pelajar memupuk kemahiran berfikir iaitu jenis kemahiran membanding dan membeza. Sesungguhnya, mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar, sama ada pemikiran kreatif, pemikiran kritis atau kemahiran membuat penjelasan dan kefahaman tanpa membantu mereka belajar cara menggunakannya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah tidak mencukupi (Mohd Nasuha, 1997) Disamping itu, melalui kaedah ini pembelajaran yang berpusatkan pelajar dapat diwujudkan sebagai langkah untuk mengurangkan kaedah P&P secara trandisional yang banyak berpusatkan kepada guru. Penekanan pengajaran kemahiran befikir dalam proses P&P adalah

14

merupakan faktor yang penting bagi memastikan kemahiran berfikir dapat dihayati oleh pelajarpelajar (Rajendran, 2001).

2.7

Konsep Kaedah Pembelajaran Berasakan Kemahiran Berfikir

Pembelajaran berasaskan Kemahiran Befikir merupakan satu strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menyahut seruan Falsafah Pendidikan Negara bagi menggalakan pelajar selalu berfikir. Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dipertingkatkan dalam kalangan pelajar melalui proses pengajaran secara eksplisit yang menggunakan situasi harian sebagai konteks pembelajaran (Ristow, 1988). Pelajar

dikatakan berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika kurikulum menegaskan dan memberikan tumpuan cara bagaimana ianya boleh dilakukan (Presseisen, 1986). Justeru pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah direkabentuk untuk membantu perkembangan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (Costa, 1988).

Pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir (TBL)

Kemahiran Berfikir Kritis

Pencapaian Dalam Sains

Rajah 1: Kerangka Konsepsual Kajian

Kaedah pembelajaran ini memerlukan kepada penyediaan pengurusan grafik yang perlu difahami oleh pelajar. Hal ini kerana, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlansung, para pelajar boleh dibantu dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik (PG) atau grafik Organiser (GO) merupakan sejenis alat berfikir yang dapat membantu mengurus cara befikir seseorang secara tersusun, sistematik dan menyedari proses pemikiran berlaku. . Hakikatnya, PG adalah suatu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digambarkan secara lebih mudah
15

dan jelas. Pengurusan grafik ini tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir kerana bergantung sepenuh kepada tahap pemahaman seseorng Pemilihan PG bergantung kepada tujuan, situasi dan perhubungan dengan aspek lain dan yang paling utama bentuk dan corak PG boleh diubahsuai mengikut kesesuaian.

Bagaimana?

Apa?

Pengurusan Grafik Mengapa? Bila?

Rajah 2: Faktor pemilihan pengurusan grafik Jenis Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza Mengkategori / Klasifikasi Menerangkan Sebab Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan Membuat Ramalan Membuat Inferens Menjana Idea Membuat Sekuens Mencipta Analogi Mencipta Metafora Membuat Keputusan Mengesahkan Sumber Maklumat Menyelesaikan Masalah
16

Strategi pengajaran kemahiran berfikir boleh dilakukan secara penyebatian sepenuh atau penyebatian separa. Penyebatian sepenuh merupakan penyebatian yang disepadukan secara menyeluruh dalam matapelajaran. Penyebatian separa pula merupakan penyepaduan yang hanya melibatkan sebahagian daripada unsur kemahiran berfikir dalam matapelajaran. Penyebatian kemahiran berfikir dalam P&P boleh dilakukan: 1. Dalam pengenalan 2. Dalam bahan dan aktiviti 3. Dalam refleksi dan metakognitif 4. Dalam pengukuhan 5. Dalam aplikasi 6. Dalam beberapa langkah P&P yang sesaui mengikut topil yang diajar. Cara penyebatian kemahiran berfikir dalam P&P 1. Cara pertama: kenal pasti komponen, tajuk pelajaran/tema, bahan dan kemahiran berfikir 2. Cara kedua: kenal pasti kemahiran berfikir, komponen, tajuk pelajaran/tema, dan bahan.

17

BAB 3

METADOLOGI

3.0

Pendahuluan Bab ini membincangkan mengenai bagaimana cara kajian ini dijalankan mengikut garis

garis panduan dan rujukan yang telah dirancang dengan betul dan teratur Bahagian ini membincangkan beberapa perkara berhubung dengan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, prosedur kajian, instrumen kajian dan kaedah analisis data.

3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskritif kuantitatif untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan pelajar sains tingkatan empat dan juga menguji tahap keberkesanan kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir. Kajian ini dibuat dengan menggunakan reka bentuk eksperimental. Penyelidikan eksperimental ini dikenali sebagai reka bentuk kuasi eksperimen yang biasa digunakan untuk menilai keberkesanan suatu benda atau kaedah apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua kumpulan responded yang dipilih tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama. Hakikatnya reka bentuk ini meruapkan satu alternatif untuk menggantikan reka bentuk eksperimen tulen apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006).

18

Prosedur kajian dan pengukuran pembolehubah-pembolehubah yang akan dilakukan oleh penyelidik adalah seperti yang diberikan dalam Rajah di bawah. Sampel (N) = 120

KumpulanEksperimen N = 60

Kumpulan kawalan N = 60 Kebolehpercayaan dan kesahan

Ujian Rantis

Ujian Pra WGCTA & Kertas Ujian Kumpul dan analisa data

Kaedah Pengajran Berasaskan Kemahiran berfikir


(TBL)

Kaedah Pengajaran Biasa ( PB )

Ujian Pasca WGCTA & Kertas Ujian

Kumpul dan analisa data

Rajah 1: Ringkasan Prosedur Penyelidikan

19

3.2

Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian terdiri daripada pelajar sains tingkatan empat di duah buah sekolah di

daerah Krian, Parit Buntar, Malaysia. Seramai 120 orang pelajar dipilih tanpa berdasarkan keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang lalu. 3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan ujian kemahiran berfikir kritis WATSON GLASER CRITICAL THINKING APPRAISAL FORM A sebagai instrumen kajian.WGCTA ini dijadikan sebagai satu alat pengukuran tahap kemahiran berfikir kritis pelajar sebelum dan selepas kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir dijalankan. WGCTA Form A yang akan digunakan dalam kajian ini telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu oleh Lam (1995).. Lam (1997) melaporkan darjah ketekalan dalaman sebanyak 0.73 dan kestabilan alat ukur ialah 0.70. Menurutnya ukuran-ukuran koefisien ini menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur ini adalah tinggi. Menurut Sabaria (2002) kesahan isi dan bahasa alat kajian ini telah disemak oleh guru bahasa dan juga orang yang mengajar kemahiran berfikir. Semua item dikekalkan kerana menurut Watson dan Glaser ujian ini perlu ditadbir menggunakan kesemua konstruk dan item kerana ujian ini hanya bermakna jika ditafsir secara keseluruhan (holistik). Di samping itu, kajian ini juga menggunankan Soalan ujian pencapaian sains yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Solan ujian ini dibina berdasarkan isi kandungan topik pengajaran yang diajar menggunakan kaedah ini di mana aras kedua-duanya mempunyai aras soalan yang sama. Soalan yang berbeza di gubah dalam kedua ujian pra dan pasca supaya tahap kefahaman pelajar setelah mengikuti kaedah pengajaran ini dapat dikenalpasti. Ujian sains ini mengandungi 15 soalan objektif, 2 soalan subjektif dan 1 soalan esei. Kesemua soalan dibina berlandaskan aras Taksonomi Bloom meliputi 40% aras pengetahuan dan kefahaman dan 60% aras aplikasi,analisis dan sintesisi yang berpandukan kepada kemahiran berfikir. Ketiga-tiga bahagian soalan tersebut akan dibina dengan merujuk kepada sukatan pelajaran sains, buku teks sains, ujian dan peperiksaan yang lepas. Kertas soalan ini akan dirujuk kepada guru sains dan guru bahasa bagi mendapat kesahan isi kandungan dan bahasa. Ujian rintis akan dijalankan terhadap alat ukur ini bagi membuat sebarang penambahbaikan .
20

3.4

Prosedur Kajian

Kajian ini dijalankan mengikut prosedur di bawah: i. Ujian kemahiran berfikir kritis WATSON GLASER CRITICAL THINKING APPRAISAL FORM A disedikan dan ujian pencapaian sains dibina oleh penyelidik. Kajian dilakukan di dua buah sekolah yang telah ditetapkan. Pemilihan pelajar dilakukan dengan bantuan guru-guru yang terlibat. iii. Para pelajar diedarkan dengan soalan ujian WGCTA dan ujian pra bagi isi kandungan yang telah ditetapkan.. iv. Setelah tamat ujian pra, aktiviti pengajaran yang mengguanakan kaedah pengajaran berasaskan kemahiran berfikir (TBL) dijalankan mengikut isi kandungan yang telah ditetapkan. Semua pelajar kumpulan eksperimen mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. v. Para pelajar diberikan set soalan ujian pasca setelah tamat semua aktiviti pengajaran. vi. Semua data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis dan hasilnya dibincangkan.

ii.

21

3.5

Prosedur Analisis Data

Analisa data dibuat berdasarkan kepada markah yang diperolehi semasa menjalankan ujian pra dan pasca bagai ujian soal selidik dan ujian kemahiran berfikir. Segala maklum balas akan disemak serta dikumpulkan dalam bentuk jadual bagi menunjukkan perbandingan pencapaian peratusan dalam kedua-dua ujian pra dan pasca. Bagi membuktikan secara statistik, ujian-t digunakan sebagai asas analisa data yang dapat menunjukkan keberkesanan kaedah dengan hipotesis kajian. Data yang dikumpul dianalisis secara manual dan bantuan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Sciences). Statistik yang turut digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah perbandingan min, sisihan lazim dan peratusan manakala statistik inferensi ialah satu hala dan korelasi Spearmans Rho.

Bil

Persoalan Kajian Apakah tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis

Kaedah Statistik Min, sisihan lazim, peratusan (Deskriptif) Kolerasi Spearmans Rho

dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat? Apakah hubungan antara kaedah Pembelajaran

berasaskan Kemahiran Berfikir dengan tahap penguasaan (inferensi) Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Apakah hubungan antara tahap penguasaan Kemahiran Kolerasi Spearmans Rho (Inferensi)

Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian mereka.

22

RUJUKAN

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Berfikir Secara Logik dan Kritis : Panduan Meningkatkan Ketajaman Analisis dan Membuat Keputusan. Shah Alam. PTS Consultants Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mastura Abdullah (2002). Kajian Mengenai KBKK dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Dalam Matapelajaran Sains Teras. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Massura Sirat (2002). Sejauhmana Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Matapelajaran Sains Tingkatan Empat. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

N.S.Rajendran (2010). Teaching and Acquiring Higher-Order Thinking Skills: Theory and Practice.Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikukulum (2001). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rajendran, N.S. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Pembentangan Kertas Kerja dalam Seminar/ Pameran Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, dari 1 hingga 2 Ogos 2001.
23

Sabaria Juremi (2003). Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Kemahiran Berfikir Kritis, Kreatif, Proses Sains dan Pencapaian Biologi. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Sabria Juremi dan Aminah Ayob (t.t). Menentukan Kesahan Alat Ukur-Alat Ukur Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Kemahiran Proses Sains dan Pencapaian Biologi. Diperoleh April 4, 2012, daripada http:// www.geocities.ws/drwanrani/SabariaJuremi.doc

Sarimah Kamrin (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sains Tingkatan Empat di Daerah Kulai: Analisis Kandungan. Tesis Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd.Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, & Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar.Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Tengku Zawawi Tengku Zainal (t.t). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam Kurikulum Sekolah Bestari. Diperoleh May 1, 2012 daripada http://mujahid.tripod.com/kbkk.html.

Watson, G dan Glaser, E.M. (1980). Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal. Form A. San Antonio: Psychological Corporation, Harcourt Brace dan Co.

Robert J.Swartz (t.t). Thinking-Based Learning; Making the Most of What we Have Learned About Teaching Thinking in the Regular Classroom to Bring Out the Best in Our Students. Diperolehi April 25, 2012, daripada http://www.nctt.net/pdfs/LeadershipArticle.pdf

24

Robert J.Swartz, Arthur L.Costa, Barry K.Beyer, Rebecca Reagan, & Brian Kallick (2008). Thinking-based Learning: Promotion Quality Student Achievement in the 21st Century. Diperolehi May 11, 2012 daripada http:// education.missouristate.edu/.../ThinkingBased_Learning_book_revi..

25

LAMPIRAN A

26

You might also like