You are on page 1of 7

Tokoh-tokoh Imam Tajwid

Sumber : http://nayie.blogspot.com/2009/03/tokoh-tokoh-imam-tajwid.html

i) Imam Asim Bacaan al-Quran berasaskan kepada pengambilan daripada guru atau disebut sebagai Talaqqi. setiap muslim mestilah mengetahui bahawa al-Quran yang dibaca pada hari ini adalah hasil daripada sistem Talaqqi yang telah dipraktikkan sejak zaman berzaman. Antara mereka yang terlibat dengan sistem ini adalah Imam Asim. Beliau ialah Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. Nama bapanya ialah Abdullah dan digelar Abu al-Najud. Manakala ibunya ialah Bahdalah dan Asim juga dikenali sebagai Asim bin Bahdalah. Asim digelar dengan Abu Bakar al-Asadi al-Kufi. Merupakan salah seorang ulama qurra yang seramai tujuh orang. Seorang tabiin dan telah meriwayatkan daripada Abi Ramthah Riraah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri yang kedua-duanya merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Imam Asim merupakan seorang ulama yang diakui keilmuannya sehingga kepada beliaulah segala ilmu al-Quran terkumpul pada zamannya di Bandar Kufah selepas Abu Abdul Rahman al-Sulami. Manusia pada zamannya mengembara dari segala pelusuk dunia untuk menuntut ilmu daripadanya. Pada Imam Asim terkumpul kefasihan dan ilmu Tajwid, ketekunan dan ketelitian. Daripadanya telah diriwayatkan ilmu Qiraat oleh Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syubah bin Ayash dan kedua-duanya merupakan muridnya yang termasyhur. Begitu juga murid-muridnya yang lain iaitu Abban bin Taghlab, Hammad bin Salamah, Sulaiman bin Mihran al-Amash, Abu al-Munzir Sallam bin Sulaiman, Sahl bin Syuib, Syaiban bin Muawiyah dan ramai lagi. Imam Asim meninggal dunia pada pengakhiran tahun 127H. Kelebihan-kelebihannya Imam Asim merupakan seorang Qurra amat yang tekenal dan mahir dengan segala ilmu al-Quran. Merupakan seorang yang mempunyai suara yang amat merdu apabila membaca al-Quran. Berkata Syubah: Aku masuk kepada Asim, dan beliau dalam keadaan hampir meninggal. Aku mendengar beliau mengulang-ulang ayat Beliau membacanya dengan amat sempurna seumpama bacaannya di dalam solat, kerana Tajwid di dalam pembacaan al-Quran adalah menjadi tabiat dan kebiasaannya. Sumbangan-sumbangannya Sumbangan Imam Asim dalam perkembangan ilmu al-Quran dapat dilihat melalui ramainya murid-murid yang menuntut ilmu ilmu al-Quran daripada beliau. Antara mereka ialah Imam Hafs dan juga Imam Syubah. Melalui perawi Imam Hafs bacaan Imam Asim telah berkembang dengan begitu luas ke serata dunia umat Islam. Selain daripada itu, Imam al-Syatibi juga telah melakukan

pemilihan bacaan dalam riwayat Imam Hafs dan ini lebih melebarluaskan bacaan Imam Asim. ii) Imam Hafs Sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran adalah begitu besar. Kebanyakan umat Islam di dunia pada hari ni membaca al-Quran dan mencetaknya adalah mengikut riwayat Hafs. Beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud alAsadi al-Kufi al-Bazzaz. Riwayat Hidup dan Menuntut Ilmu Hafs dilahirkan pada tahun 90H. Beliau mengambil ilmu Qiraat daripada Asim yang merupakan ayah tirinya secara talaqqi. Berkata al-Dani: Hafs mengambil Qiraat daripada Asim secara tilawah (bacaan). Beliau pergi ke Baghdad dan mengajar serta membacakannya kepada manusia. Kemudian menetap beberapa waktu di Mekah turut mengajar dan membacakan kepada manusia. Kelebihan-kelebihannya Berkata Yahya bin Main: Riwayat yang sahih daripada bacaan Asim adalah riwayat Abi Umar Hafs bin Sulaiman. Berkata Abu Hisham al-Rifai: Hafs merupakan murid Asim yang paling alim dengan qiraat Asim, Beliau lebih rajih dan sahih daripada Syubah pada Dabt al- Huruf (meletakkan baris huruf-huruf al-Quran) Sumbangan-sumbangannya Hafs merupakan seorang ulama yang masyhur di dalam bidang Qiraat al-Quran. Ulama-ulama terdahulu berperanan besar di dalam menyebarkan ilmu agama Allah s.w.t. Begitu juga Hafs turut mempunyai ramai muridnya sebagai bukti ketinggian ilmu dan sumbangannya kepada masyarakat Islam. Sumbangannya melalui majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya. Sehinggalah ilmu Qiraat ini berkembang sampai ke hari ini. Pada hari ini kebanyakan umat Islam menggunakan bacaan al-Quran mengikut riwayat Hafs. Ini menunjukkan terdapat keistemewaan dalam riwayat ini berbanding dengan riwayat-ruwayat lain. Antara keistemewaan riwayat ini ialah:

1. Sanad Imam Hafs bersambung dengan gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. 2. Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah di kalangan ulama yang muktabar dan dihormati pada zaman mereka. 3. Khilaf yang terdapat pada bacaan Imam Hafs adalah sedikit jika dibandingkan dengan riwayat-riwayat lain seperti terdapat hanya satu Imalah, satu Tashil, satu al-Raum atau al-Isymam, empat tempat Saktah dan lain-lain.

iii) Imam Al-Syatibi Nama al-Syatibi masyhur dan sering didengar sama ada dalam disiplin ilmu Tajwid atau ilmu Usul. Tetapi yang dimaksudkan disini ialah Imam al-Syatibi yangterkenal di dalam displin ilmu Qiraat atau Tajwid. Sumbangan besar Imam al-Syatibi dalam penyebaran ilmu al-Quran ialah melalui kitabnya Hirzu al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan Abu al-Qasim. Riwayat Hidup, Zaman Kemunculan dan Menuntut Ilmu Al-Syatibiy dilahirkan di Syatibah iaitu satu kota yang mempunyai benteng yang kukuh di timur Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Penama ini dilahirkan di akhir tahun 538 Hijrah dan ahli sejarah yang menulis berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan naiknya sesebuah kerajaan.beliau hidup dalam dua suasana berbeza iaitu Andalus dan Mesir. Selain itu beliau juga amat menyukai ulama dan berusaha untuk mendampingi mereka. Di samping itu beliau juga menggalakkan ulama menulis dan mengarang. Dengan itu lahirlah ulama yang masyhur antaranya ialah Abu Bakar bin Tufail (meninggal pada tahun 581 Hijrah), Abu Wahid bin Rasyad (meninggal pada tahun 595 Hijrah). Tindakan yang dilakukannya juga telah memberi nafas baru kepada perkembangan majlismajlis ilmu di Andalus dan Maghrib dalam semua ilmu, khususnya Ulum al- Quran, Fekah dan Usul. Beliau meninggal selepas solat Asar pada hari Ahad iaitu 28 Jamadil Akhir 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin. Sembahyang jenazahnya diimamkan oleh Abu Ishaq yang dikenali dengan al-Iraqi. Beliau ialah Imam Jami Mesir ketika itu. Usia al-Syatibiy ketika wafatnya ialah 52 tahun. Keperibadian, Kelebihan dan Sumbangannya al-Syatibiy mempunyai keperibadian yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai guru al-Quran dan tempat rujukan di Mesir dan dunia Islam. Antara keperibadian dan kelebihannya yang dapat dikutip melalui penulisannya dan pujian ulama sezamannya adalah seperti berikut:(i) Ikhlas Ramai dikalangan ulama memujinya dengan sifat ikhlasnya dalam perkataan dan perbuatan sehinggalah ia tersenarai dalam sejarah Islam. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: Tidak ada seseorang yang membaca syairku ini melainkan Allah s.w.t. akan memberi manfaat kepadanya lantaran aku menyusunnya kerana Allah s.w.t. dan ikhlas dalam penulisan tersebut. (ii) Mempunyai Ingatan yang Kuat Al-Syatibiy menguasai beberapa ilmu. Faktor penguasaan ilmu tersebut kerana beliau memiliki daya hafazan yang kuat dan ingatan yang mantap.

Daya ingatannya yang kuat membuatkannya mengatasi kawan-kawan dan setiap ilmu yang dipelajari dapat dikuasainya dengan baik. (iii) Sifat Wara Mengenai sifat wara al-Syatibiy, Abu Syamah telah berkata, guru kami Abu al-Hassan Ali bin Mohamad al-Sakhawi r.a. telah memberitahu kepada kami, bahawa sebab perpindahan al-Syatibiy ke Mesir ialah kerana ia diarah memegang jawatan sebagai penceramah di Syatibah. Beliau menolak tawaran tersebut dengan berhujah beliau akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. (iv) Sifat Sabar Al-Syatibiy telah diuji dengan ujian hilang penglihatan. Namun beliau tetap bersabar dengan mementingkan keredhaan Allah s.w.t. Meskipun tidak dapat melihat dengan mata tetapi penglihatan beliau begitu jauh dalam urusan ilmu dan agama. Sifat sabar al-Syatibiy juga dapat dilihat ketika beliau mengalami kesakitan, beliau tidak mengadu dan meronta kesakitan. (v) Beradab dengan Ulama Antara paparan yang dilihat mengenai sifat beradab al-Syatibiy bersama ulama ialah adabnya bersama Imam Abi Amru al-Dani pengarang kitab alTaisir. Al-Syatibiy telah mengarang dan mengolah matan qiraatnya Hirzu al-Amani bersumber dari Kitab al-Taisir ini. Meskipun al-Syatibiy telah mengolah dengan amat baik matannya itu dan diakui oleh ulama namun beliau tidak melihat dirinya mengatasi Abi Amru dan beliau juga melihat matannya juga tidak mengatasi al-Taisir. (vi) Sifat Mulia Al-Syatibiy r.a. mengadakan majlis pengajian selepas sembahyang subuh hinggalah ke solat zohor. Sepanjang tempoh tersebut beliau mengajar dan mendengar bacaan pelajarnya. Antara sikap beliau ialah melarang keras pelajarnya bercakap disamping hal-hal yang tidak ada kaitan dengan ilmu. Keperibadian Imam al-Syatibi Ketika berada di Kaherah, al-Qadi al-Fadil telah meminta al-Syatibiy mengajar alQuran di sekolahnya yang bernama al-Fadhiliyah. Bintang al-Syatibiy bersinar di Kaherah dan Mesir keseluruhannya. Beliau menjadi guru al-Quran di Mesir dan diatur oleh semua pihak. Pelajar-pelajarnya datang dari setiap pelusok Mesir dan negara Islam lain untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam khususnya Qiraat Tujuh. Al-Syatibiy amat mengambil berat tentang Qiraat Tujuh dan pengajarannya lebih tertumpu kepada pelajaran Qiraat Tujuh. Kepintaran al-Syatibiy dan kelebihan yang dimilikinya adalah menjadikan alSyatibiy tempat rujukan ulama dalam ilmu qiraat di Mesir. Sebelum al-Syatibiy mengarang syairnya Hirzu al-Amaniy dalam Qiraat Tujuh. Pentadbikan Bacaan Khusus Hafs Toriq Al-Syatibi Wajib ke atas semua yang membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada Asim dengan toriq al-Syatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku percampuran antara toriq-toriq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia merupakan suatu keaiban di sisi ulama Qurra. Di antara perkara-perkara utama

di dalam bacaan riwayat Hafs toriq al-Sytibiyyah: 1. Al-Takbir ( lafaz Allahu Akbar) lafaz al-Takbir tidak ada pada akhir surah al-Dhuha sehinggalah ke akhir mushaf (akhir al-Quran) mengikut toriq ini. 2. Dipanjangkan al-Mad al-Munfasil dengan kadar empat atau lima harkat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat. 3. Dipanjangkan al-Mad al-Muttasil dengan kadar empat atau lima harkat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat. 4. Diidghamkan Nun Sakinah dan tanwin pada huruf lam dan ra tanpa dengung. 5. Imam Hafs tidak akan melakukan Saktah kecuali pada empat tempat yang akan diterangkan kelak. 6. Diizharkan nun selepas daripada wau pada lafaz (( ))dan (( )) ketika dibaca secara wasal dengan kalimah selepas daripadanya. Tiada idgham di antara nun dan wau pada kalimah (( )) Surah Yasin: 2 dan pada kalimah (( .)) Surah al-Qalam: 1 7. Harus pada kalimah (( )) Surah al-Insan: 4, ketika waqaf dibaca dengan dua wajah: a) Hazaf (membuang) iaitu membuang huruf alif yang terakhir dan waqaf pada kalimah ini dengan sukun huruf lam. b) Isbat (menetapkan) huruf alif. Akan tetapi ketika wasal dibaca secara hazaf sahaja. 8. Harus pada kalimah (( )) dan kalimah (( )) pada firman Allah Taala: Surah al-Rum: 54. Dibaca dengan dua wajah iaitu dengan baris atas huruf dhad atau baris hadapan. Kedua-dua wajah ini adalah sahih dan dibaca melalui toriq Hafs daripada Asim dengan toriq al-Syatibiyyah. Baris atas adalah kebih baik daripada baris hadapan 9. Harus pada kalimah (( )) pada firman Allah Taala Surah al-Naml:36 ketika diwaqafkan dua wajah iaitu: Dengan mengisbatkan (menetapkan) ya atau menghazafkannya (membuang atau menghilangkannya). Iaitu dengan mewaqafkan pada nun sakinah atau al-Raum. Bentuk atau wajah yang pertama lebih utama untuk dibaca. Jika dibaca secara wasal, maka dengan mengisbatkan huruf ya berbaris atas. 10. Harus pada kalimah (( )) dua wajah iaitu dengan Tafkhim dan alTarqiq. Pada firman Allah Taala Surah al-Syuara : 63. Bacaan secara Tarqiq lebih utama. 11. Dipanjangkan huruf Ain pada pembukaan dua surah iaitu surah Maryam

(( )) dan Surah al-Syura (( )) dengan kadar empat atau enam harkat secara harus. Panjang kadar enam harkat adalah lebih utama. 12. Disaktah pada kalimah-kalimah berikut: (( ))surah al-Kahfi: 1, ()) surah Yasin: 52, (( )) surah al-Qiyamah: 27 dan (( )) surah alMutaffifin: 14. 13. Harus pada kalimah (( )) pada firman Allah Taala Surah Yusuf : 11 dibaca dengan dua wajah, iaitu: (a) Al-Isymam, iaitu mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris hadapan ketika menyebut huruf nun yang bersabdu. Dimana hanya akan diketahui oleh orang yang boleh melihat dan tidak bagi orang yang buta. (b) Al-Ikhtilas, iaitu ikhtilas merupakan baris hadapan ketika menyebut huruf nun. Dimana kekalnya dua pertiga sebutan dan hilang satu pertiga. Untuk menyempurnakan al-Ikhtilas, dibukakan idgham. AlIkhtilas ini adalah lebih baik bagi bacaan ayat al-Quran tersebut. 14. Wajib idgham ba kepada mim Idgham Mutajanisain. Pada kalimah Surah Hud: 42. 15. Wajib idgham tha kepada zal Idgham Mutajanisain di dalam firman Allah Taala (( )) Surah al-Araf: 176. 16. Harus dibaca dengan dua wajah pada bab kalimah (( )) iaitu di dua tempat di dalam Surah al-Anam, kalimah di dua tempat di dalam Surah Yunus dan (( )) pada Surah Yunus dan al-Naml. Wajah-wajah tersebut ialah: (a) Dibaca dengan Ibdalkannya dengan alif bersama dengan al-Isyba (Mad Lazim Kalimi Muthaqqal). (b) Dibaca dengan tashilkannya di antara hamzah dan alif bersama dipendekkan sebanyak dua harkat. 17. Dibaca (( :)) Surah al-Ghasyiah: 22 dengan huruf sod. 18. Harus pada kalimah (( )) Surah al-Qamar: 37 dibaca dengan dua wajah iaitu dengan huruf sod dan sin. Bacaan yang lebih utama ialah dengan sod. 19. Dibaca kalimah (( )) Surah al-Baqarah: 245 dan kalimah (( ))Surah al-Araf : 69 dengan huruf sin. 20. Harus pada kalimah (( )) )) (( dua wajah iaitu: (a) Al-Izhar bersama dengan Saktah Latifah tanpa bernafas pada huruf Ha(( ))dan inilah yang paling baik. (b) Dibaca dengan Idgham. Harus waqaf pada kalimah (( )) waqaf

yang sempurna dengan mengambil nafas. Ini kerana ia adalah permulaan ayat dan waqaf pada permulaan ayat merupakan sunnah secara mutlak. 21. Hukum kalimah menjadi Idgham Kamil apabila dihilangkan sifat al-Istila bagi huruf qaf dan disebut dengan huruf kaf yang bertashdid (bersabdu) tashdid yang sempurna. Dan ia menjadi Idgham Naqis dengan mengekalkan sifat al-Istila padanya iaitu pada kalimah (( )) daripada firman Allah Taala di dalam Surah al-Mursilat: 20 22. Bacaan Hafs daripada Asim daripada semua turuqnya pada kalimah )) di dalam firman Allah Taala di dalam Surah Hud: 41 Adalah secara Imalah huruf alif selepas ra secara Imalah Kubra. Tiada bagi Hafs pada kalimah yang mengandungi huruf ra' dibaca dengan Imalah kecuali pada ayat ini. 23. Dibaca secara Tashil mengikut riwayat Hafs daripada Asim pada semua turuqnya satu wajah sahaja iaitu pada huruf hamzah kedua di antara hamzah dan alif pada kalimah (( ))pada firman Allah Taala di dalam Surah Fussilat: 44 Posted by Pak Long at 11:40 PM

You might also like