Seharusnya bahasa ibunda ini tidak menjadi beban kepada masyarakatpenuturnya. Malangnya masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu dewasa ini begitu ketara. Hal ini terbukti melalui keputusan-keputusanpeperiksaan yang dikeluarkan. Walaupun ada pihak yang berpendapat bahawakelemahan bahasa para pelajar tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan keputusanyang mereka perolehi, namun layak dijadikan sandaran terbaik bagi mengukur masalahyang berlaku.Masalah-masalah yang wujud dan kebimbangan yang dilahirkan ini seharusnyadifikirkan dan diberi perhatian kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi masadepan para pelajar tersebut akibat kegagalan dalam bahasa Melayu, tetapi jugamempengaruhi masa depan bahasa Melayu pada masa akan datang. AwangMohammad Amin (1987:199) pernah menyuarakan pendapatnya mengenai golonganpelajar seperti ini.
Menurut beliau:“Pelajar-pelajar yang tamat persekolahan, SPM contohnya masihmelakukan kesalahan bahasa dan mereka ini merupakan ‘nyamukaedes’ yang paling merbahaya kerana mereka berada dimana-
1
Awang Mohd. Amin. (1987). Kekerapan kesalahan bahasa peringkat kata (morfologi)bahasa Melayu “(satu tinjauan khusus terhadap prestasi kemahiran bahasa tulisan pelajar-pelajar Melayu tingkatan 4)” kesalahan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
2