Upload_transparent

KENAPA PPSMI PERLU DITERUSKAN

 
 
 
 
 
Value This
Doc
Scribd
Average
     
Pages: 12 43
Words: 2695 13640
Characters: 20990 81678
Lines: 89 623
     
     
Letters per word: 7.79 5.99
Words per line: 30.28 21.89
Words per page: 224.58 317.21

Add to your reading list

Flag_red Flag this document

Document Information

17,468 Reads | 70 Comments

Description

SUATU TINJAUAN INTERNET BERKENAAN KONFLIK,ALASAN,MASALAH DAN JAWAPAN KEPADA PPSMI.

Word_16x16 12 Pages


Date Added

12/30/2008

Category
Tags
Groups
Awards

Flame Rising

Copyright

Traditional Copyright: All rights reserved

More info »

 

or use Facebook Connect

zafidma

zafidma

Bagaimana hendak saya nyatakan ini. Saya dapat melihat kesungguhan pendidik-pendidik mengimplikasikan dasar ini. Kekecewaan jelas terbayang di wajah mereka. Hasil dari sistem dikaji secara keseluruhan mungkin ada juga penyelengan. Persoalannya . Bagaimana dengan generasi yang terlibat? Kesan rentetan dari sistem ini akan mereka bawa sehingga dewasa. Adakah program untuk membaikpulih akan dijalankan .

10/06/2009
laji87

laji87

saya rasa ppsmi ini kalau dilihat secara mendalam, ia lebih membawa kepada kebaikan. kenapa kita perlu bantah dasar ini sedangkan kita belum melihat lagi hasilnya yang sebenar dalam jangka masa panjang??? penilaian terhadap prestasi pelajar dilihat pada waktu awal pelaksanaannya. pelajar baru nak menyesuaikan diri dengan ppsmi.kenapa perlu dimansuhkan??? alasan yang mengatakan bahawa PPSMI ini akan menengelamkan bahasa ibunda ternyata bukanlah hujah yang munasabah. kononnya nak memartabatkan bahasa kita menjadi bahasa yang dikenali dunia padahal kita sendiri masih banyak meminjam istilah dalam bahasa Inggeris. tun mahathir yang melaksanakan dasar ini merupakan seorang yang berpandangan jauh.beliau boleh berfikir dan melihat ke arah mana sistem pendidikan kita pada masa akan datang. ternyata ramai yang berfikiran sempit dalam isu ini. saya kecewa la dgn pemansuhan ini.kita telah rugi berjuta2 ringgit melaksanakan dasar ini.akhirnya, dimansuhkan juga. sedarlah bahawa kita masih jauh ketinggalan dan pemansuhan ppsmi ini memburukkan lagi imej negara yang kononnya ingin berjaya seperti negara lain padahal kita sendiri tidak boleh menerima pembaharuan. begitulah pemikiran rakyat Malaysia !!

09/04/2009
Rozaini Mohamed

Rozaini Mohamed

mengapakah kalian tidak mahu meminta pandangan dari pelajar sekolah yang mengalami PPSMI ini sendiri daripada hanya memikirkan tentang akibat buruknya sendiri? saya seorang pelajar sekolah menengah yang menggunakan akaun ayah saya disini, dan apabila melihat komen yang diterima, semuanya seperti mahu menyalahkan kerajaan kerana pelaksanaan PPSMI. Di sekolah, kebanyakan pelajar tidak mempunyai masalah dalam pelaksanaan PPSMI malah menggemarinya. Kepada pelajar yang kurang menyukai dasar ini, saya ingin nyatakan disini bahawa mereka merupakan pelajar kelas bawahan yang tidak langsung menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pernahkah ibubapa sekalian pergi ke sekolah (SMK, SK) dan melihat jumlah pelajar bumiputera di kelas bawahan ? Kerajaan tidak mempunyai masalah sekiranya rakyat mahu terus mundur dalam pencapaian, namun rakyat sendiri yang selalu membesarkan isu ini. Apa salahnya kalian berhenti melihat skop besar dan fokus terhadap skop PERSEKOLAHAN kerana dari situ lahirnya MANUSIA dan ANAK-ANAK kalian. Terima Kasih.

09/02/2009
pencakalam

pencakalam

komen saya: saya akui ppsmi idea tun dr mahathir, dan saya masih ingat ucapan beliau pada satu majlis rasmi yang berbunyi "apa salahnya sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris". bagi saya ini hanya pandangan beliau. tetapi apa yang berlaku ada ahli politik yang berpandangan jauh (untuk mengisi kocek sendiri dan kroni)mengmabil ini sebagai jalan terbaik untuk membuat duit. Untuk melaksanakan ppsmi kerajaan berbelanja terlalu banyak, notebook, lcd, kursus kepada guru dan berbagai lagi kemudahan. Tapi tak siapa tahu disebalik penyediaan peralatan tersebut kerajaan telah membazir, bayang kan sebagai contoh notebook yg biasanya berharga 2k, tapi untuk bekalan kesekolah pada peringkat awal mencecah 4 - 5k, fikir sendiri. Penyediaan couseware, panggil guru duduk di hotel2, buat buku teks kursus ppsmi kepada guru, bayangkan berapa banyak perbelanjaan yang disalurkan. Memang banyak syarikat bumiputra yang muncul dan terlibat dalam PPSMI, sebagai contoh syarikat yang dilantik untuk maintenance notebook, setahun 4 atau 5 kali datang ke sekolah, apa yang dibuat? Ambil kad kew 312, salin no siri, isi borang penyenggaraan, balik, kata dah servis komputer. sedangkan komputer semakin teruk. Maklum hari ini, kata nak datang esok, datang tgh atau petang, ini contoh kerajaan buang duit demi PPSMI. Banyak lagi, rasanya tak cukup nak di coretkan kat sini. Alangkah baiknya jika perbelanjaan tadi disalurkan untuk pembinaan sekolah sekolah baru di penempatan yang ramai penduduk. Rakyat mendapat ruang pembelajarany yang selesa, banyak jawatan untuk guru dan kakitangan diwujudkan, dan matlamat sekolah satu sesi dapat dilaksanakan. Dan akhirnya hanya guru yang tahu kesan PPSMI kepada murid, bukan ahli politik, bukan pegawai yang duduk di bilik berhawa dingin, bukan cendikiawan dan bukan media. Hakikatnya "HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM"

08/19/2009
kejora@

kejora@

komen yang saya berikan ini berdasarkan pengalamna yang pernah saya lalu. sebagai manusia kita memepunyai otak kanan dan otak kiri. iaitu otak bahasa dan otak matematik. ada orang yang dianugerahkan tuhan dengan kemahiran berbahasa. ada orang yang dianugerahkan dengan kemahiran mengira. ada orang yang boleh menguasai kedua-duanya. kebanyakkan ahli keluarga saya mempunyai kemahiran mengira. pengalaman saya merujuk kepada adik saya yang kini mengambil master dalam bahagian kejureteraan elektrik di utm. adik saya semasa peringkat sekolah rendah memang teruk tumpuan belajarnya dan kemahiran berbahasanya apabila dia memasuki tahun empat barulah dia boleh menumpukan perhatian di dalam kelas. namun begitu subjek bahasanya selalu cukup makan sahaja. saya memikirkan jika ppsmi diperkenalkan ketika adik saya bersekolah tentu adik saya tidak sampai ke tahap sekarang. hal ini demikian minatnya untuk belajar agak lambat iaitu bermula di tahun 4 dan bayangkan ketika minatnya terhadap matematik mula berkembang dia terpaksa belajar dalam bahasa yang tidak difahami, ini akan membantutkan minatnya. adapun adik saya sekarang ini dapat menghasilkan esei yang baik dalam bahasa inggeris. Ini bermakna bukan beliau bodoh terus cuma minat dan kemahiran berbahasa ini agak lambat berkembang. pengalaman yang kedua ialah saya berhadapan dengan anak buah saya yang bersemangat untuk membuat kerja sekolah matematik tetapi tidak dapat membuatnya kerana ibunya dan ahli keluarganya tidak faham kehendak soalan yang tentunya dalam bahasa inggeris. saya yang agak berpendidikan ini pun terkial-kial merujuk buku teks. dan yang penting sekali marilah kita bersama-sama merujuk keputusan TIMMS 2007. itulah kayu pengukur yang diiktiraf

08/05/2009
zakieyalhafiz

zakieyalhafiz

sebagai seorang guru bahasa inggeris lulusan universiti, saya dengan terbuka hati menerima apabila kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan ppsmi 6 tahun yang lalu. sejajar dengan itu, fakulti pendidikan di mana saya bernaung telah menukar sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran subjek wajib fakulti dalam bahasa inggeris kepada penuntut b

07/28/2009
mujahid_yusof

mujahid_yusof

Saya cukup hairan dengan rugutan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.Nak belajar memang perlukan duit,kalau tak nak keluarkan sikit duit untuk belajar,pakai tak mengajilah anak-anak kita.Lagi satu,saya rasa komen Abu Atiyah81 lebih menonjolkan rasa kesal terhadap kerajaan Malaysia (Barisan Nasional).Untuk pengetahuan semua,kita sedang membincangkan PPSMI,hal-hal lain seperti politik dan emosi yang tidak tentu hala tolonglah diketepikan sementara.Nasihat Abu Atiyah81 itu memang bagus,tapi biarlah bertempat.Mungkin saya masih jahil dan bodoh,namun saya melihat nasihat saudara tidak ada kaitannya dengan PPSMI.Orang kata ‘lari topik’.

07/17/2009
abu atiyah81

abu atiyah81

Assalamualaikum.. Kita perlu tahu dan belajar bahasa asing..tak kiralah English mahupun Arab..Tapi adakah anda tahu ia memerlukan wang??? Kenapa saya kata begitu...Ibu bapa hanya mengharapkan guru-guru... Ia tidak mencukupi..Guru-guru di sekolah hanya guru-guru pelengkap jadual..Cukup masa balik..suruh pergi kelas petang MARAH..Sistem pemikiran kita telah diajar untuk hanya mementigkan diri...Cinta untuk sesama umat memang tiada..Nak taknak ibubapa hantar ke tuition class...kenelah keluar duit...tapi berapa ramai yang mampu??? Yang mampu Bolehlah bayar..PPSMI....ADA @ TIADA sama je...Sifat orang Malaysia perlu diubah...Kesedaran untuk membantu perlu ada...Mungkin kita perlu baca sejarah dan kaji macamana revolusi pemikiran boleh berjaya...Baca sirah NABI MUHAMMAD(S.A.W) dan para SAHABAT...Atas rasa tanggugjawab, pengorbanan,rasa cinta terhadap manusia dan bantuan ALLAH ISLAM itu berjaya..Ini yang kita fikir hanya untuk sekarang dan PROPAGANDA POLITIK...Untuk akan datang ADA????? Saya sebagai (orang biasa) dah naik bosan..Apa-apa pun saya ingin menyatakan KITA PERLU berubah sikap kalau kita rasa kita khalifah..Saya berharap akan ada yang pandang ke bawah dan dengar masalah kami...Undian kami yang membuat anda diatas....Disebab kami juga anda bekerja di atas..

07/09/2009
mujahid_yusof

mujahid_yusof

SAH! PPSMI dimansuhkan.Seluruh sekolah di Malaysia sekarang tengah binggung memikirkan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik hendak dikembalikan ke dalam Bahasa Melayu setelah puluhan ribu ringgit setiap sekolah habiskan semata-mata untuk PPSMI.Guru-guru termasuk yang menentang dasar ini pula telah banyak menerima elaun khas untuk PPSMI.Alasan yang diberi cukup mudah iaitu guru-guru kurang cekap mengajar dalam BI dan indeks penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar yang menjunam.Habis,kita nak tunggu semua guru di Malaysia speaking macam air baru kita ajar dalam BI?Sebelum ini kata penguasaan pelajar kita dalam Sains dan Matematik sangat baik.Kerajaan tunjukkan segala macam indeks dan laporan yang membuktikan kata-kata mereka,kini mereka tunjukkan pula laporan lain yang membawa maksud sebaliknya.Mana satu yang betul?Saya masih komited dengan pandangan saya berkenaan PPSMI.Oleh itu,saya akan terus siarkan artikel ini sebagai suatu protes terhadap pemansuhan PPSMI yang kita semua tahu dilakukan menjelang pilihan raya di Manik Urai.Ini saja yang kita dapat lakukan kerana seperti kata Chia Weilim,“Kita bukan orang tinggi,orang besar dan orang berpengaruh,suaranya tak laku”.

07/09/2009
chiaweilim

chiaweilim

PPSMI dimansuhkan? Logic ke? Dah implementasikan diteruskan aje la dan apa salahnya our future generation learn more language.Kita harus membuat anjakan paradigma,tepuk dada tanya minda. Whatever it goes,sorrylah my adik-adik,kesian lah koorg nak kampuih kat U nanti yang syllabusnya all in English especially student from science stream... ♥ ♥ ♥ GOOD LUCK MALAYSIA.. Inilah hakikatnya kita...kita sayang kat anak2 Malaysia,kesian dikatakan ketinggalan pada arus globalisasi.Bak kayta perpatah Sepuluh jong masuk ke pulau anjing masih bercawat ekor.Tetapi dah pihak kementerian memutuskan PPSMI dimansuhkan,apa yang dapat kita buat? Tengok je la. Kita bukan orang tinggi,orang besar dan orang berpengaruh,suaranya tak laku =) Anyways MALAYSIA I hope u r always on the hit...

07/09/2009
mujahid_yusof

mujahid_yusof

Apa-apa pun kita tunggu keputusan mengenai perlaksanaan dasar kontroversi ini.Menurut pemerhatian saya,mungkin PPSMI akan DIBATALKAN.Selepas PPSMI,kerajaan merancang pula untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib untuk lulus SPM.Bagi saya,PPSMI sekurang-kurangnya masih ada dwibahasa,tapi kalau subjek Bahasa Inggeris sendiri? Gagal Bi = gagal SPM = tiada sijil = tiada kerja = jadi penjenayah = masuk penjara = mati. Belajar lebih 10 tahun tak dapat satu sijil pun,nampak sangat yang kita betul-betul bodoh tahap serius.Berbeza dengan PPSMI,kalau gagal sains,paling tidak boleh juga sijil untuk mohon kerja.Orang pun tak kata kita bodoh sangat.Selepas keputusan mengenai PPSMI diumumkan kabinet,rasanya tiada maknanya lagi kita memberikan komen berkenaan artikel yang saya keluarkan ini.Walau bagaimanapun,terima kasih kepada semua yang telah memberikan pendapat anda.

07/08/2009
turbogunhawk

turbogunhawk

MNOR 98..xder masalah untuk kita mempelajari bahasa asing..xder saper-saper nak marah kita..tapi adakah anda fikir budak skolah yang berada di kampung dapat flow up sgala apa yang diajar, sedangkan mereka xpaham bahasa inggeris..kalau asas pn mereka xpaham,macam ner diorang nk flow time belajar..andai kata diorang tahu asas bagi sesuatu mata pelajaran, insyaallah mereka boleh ikut..saya pn student juga..saya pn nk blajar bahasa inggeris jugak..tapi, matematik dan sains ajarlah dalam bahasa melayu..supaya kita paham asas..skang saya duk kt kL..saya sendiri tengok anak buah saya xdapat nk kuasai bahasa matematik dan sains..sebabnya, bila saya tny diorang,diorang xpaham asas..di report card math n sains masih merah..bila tgk soalan,sumer mudah..tapi mereka masih xboleh jawab..coz diorang xpaham konsep sains dan math itu sendiri..anda perlu paham..

07/05/2009
Mnor98

Mnor98

Analoginya seperti menanam pohon...setahun dua sibuk membaja...lama-lama berbuah jua...

06/14/2009
Mnor98

Mnor98

...berhempas pulas menterjemah buku buku khususnya bidang sains agar dapat kami fahami. Ini menyebabkan CGPA semester awal agak rendah kerana kekangan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris. Sokong PPSMI agar anak bangsa kita MAJU! Tak kan Melayu hilang di Dunia! Hang Tuah pun kuasai bahasa asing...Wasalam...

06/14/2009
Mnor98

Mnor98

Assalamualaikum...semua.., pada dasarnya, saya sokong PPSMI dilaksanakan. Sebagai seorang guru yang mengajar matapelajaran berkaitan saya nampak kebaikan PPSMI kepada pelajar dan guru di sekolah. Saya tiada kepentingan maupun terlibat dalam mana mana kegiatan politik tetapi bersyukur dengan adanya PPSMI ini para pelajar kita akan lebih selesa apabila melanjutkan pelajaran di IPT kelak khususnya pelajar yang asal dari kampung dan tidak ada kekuatan ekonomi seperti saya dulu terpaksa berhempas pulas

06/14/2009