Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
230Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Ratings:

4.77

(31)
|Views: 40,276|Likes:
Published by siew chang yee
Kontrak sosial yang sering diungkap oleh ahli-ahli politik kerap mengundang pelbagai perbahasan yang bersifat racist. Ia dilihat sebagai satu aspek dalam perlembagaan negara yang dibentuk pada tahun 1957 sebelum dimurnikan semula selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Kontrak sosial yang sering diungkap oleh ahli-ahli politik kerap mengundang pelbagai perbahasan yang bersifat racist. Ia dilihat sebagai satu aspek dalam perlembagaan negara yang dibentuk pada tahun 1957 sebelum dimurnikan semula selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

More info:

Published by: siew chang yee on Dec 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2014

pdf

text

original

 
 KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA:SATU PENILAIAN SEMULA DARI SUDUT SEJARAH 
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yangdiwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telahmeninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasioleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralismemalah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk.Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilangkaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negarakita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik.Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satukontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingankaum Melayu dalam negara.bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza.Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baruuntuk Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soalkewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.1
 
Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia masihrelevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa diMalaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori olehtokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, iamerujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadapkekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas.Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalamusha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B. Harian, 5 Nov. 2008).Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the TrueOriginal, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford University Press,1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orangyang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) danmereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary).Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dania amat penting dalam mengekalkan keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranyahubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang ingin dilakukannya.Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawakemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada system politik yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perludipelihara dan sebarang usaha untuk menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakalmengugat kestabilan negara ( The Star, 31.August.1986 ). Sejak diperkenalkan, kontrak sosialdikaitkan dengan konsep dominasi Melayu atau ketuanan Melayu. Di mana ia dilihat sebagai penerus kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadapkedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Malahan kontrak sosial dilihat2
 
semakin ‘rigid’ dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu tersebut sebagai modaluntuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu kontrak sosial mahupun ketuananMelayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO di mana para perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak sosial mahupun hak-hak orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilanMelaka Hasnoor Sidang Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Manakala perwakilan dari Terengganu pula member amaran bahawa hak orang Malayu tidak harusdipertikaikan dan jika ia berlaku orang Melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang ( Malaysiakini, 22.November 2006).Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778)yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral menciptaketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain ( B. Harian, 5 Nov. 2008 ). Oleh yang demikian,konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan denganhak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senangkaum lain ( B. Harian, 9 Mei. 2008). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelasyang lebih rendah daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negarayang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemenyang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di manamenurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orangMelayu hanya mahu menjadi ‘tuan’ tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada dirisendiri ( Utusan Malaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepadaorang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafantetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikankemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepadakerajaan.3

Activity (230)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Choiyen Ng liked this
Nexus Shukur liked this
Acik Zie liked this
Jane Khyun liked this
Lim Lim Chua liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->