Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
247Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia

Ratings:

4.79

(24)
|Views: 18,903 |Likes:
Published by siew chang yee
Pembentukan Negara Bangsa merupakan satu isu yang tidak pernah jemu dibicarakan oleh golongan akademik mahupun para politikus. Namun begitu usaha ke arah itu masih belum begitu menjadi dan ia dilihat sebagai satu wadah perbincangan akademik mahupun yang aspirasi yang masih belum mampu dilaksanakan selepas negara merdeka 51 tahun yang lalu.
Pembentukan Negara Bangsa merupakan satu isu yang tidak pernah jemu dibicarakan oleh golongan akademik mahupun para politikus. Namun begitu usaha ke arah itu masih belum begitu menjadi dan ia dilihat sebagai satu wadah perbincangan akademik mahupun yang aspirasi yang masih belum mampu dilaksanakan selepas negara merdeka 51 tahun yang lalu.

More info:

Published by: siew chang yee on Dec 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/18/2013

pdf

text

original

 
Pembentukan Negara Dan Bangsa Malaysia : Satu Perjuangan Yang Masih Belum SelesaiPersoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak selepas bekas perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya padatahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usahamenjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arahmembentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing. Walaupun begitu,rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Reaksimasyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Dari segi konseptual, ada yang menganalisis ‘bangsaMalaysia’ secara legalities dengan menghubungkannya dengan konsep ‘warganegara’ manakalaada yang melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong ( 2006 ) dalam Negara-Bangsa:Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa serra perasaansebangsa. Beliau turut membicarakan perbezaan pengalaman pembinaan negara bangsa diEropah dengan Malaysia. Namun begitu, pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.Proses ke arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British. Perubahan dasar Britishselepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Di mana salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsangkewarganegaraan berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahirandiperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atauSingapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secaraautomatik. Penentangan yang berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union denganPersekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam kompromi Inggeris – Melayu, British bersetuju dengan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang penting termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya.
1
 
 Namun begitu, kuasa serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan kepentingan orangMelayu terus dilindungi oleh British. Ia bertujuan mengelakkan orang Melayu menentang Britishsecara kekerasan dan pada masa yang sama timbul kekhuatiran akan tersebar pengaruh komunisdi kalangan orang Melayu.Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mendapat reaksi negatif daripadamasyarakat imigran termasuklah AMCJA yang telah melancarkan hartal kerana beranggapan perlembagaan baru itu menafikan hak golongan tersebut. Ia menyaksikan wujudnya kerjasamaantara kaum yang pertama dalam politik negara. AMCJA telah membentuk pakatan denganPUTERA, sebuah parti haluan kiri yang dianggotai oleh parti-parti radikal seperti PKMM, APIdan Awas. Perlembagaan Rakyat yang terdiri daripada 10 prinsip telah diluluskan pada April1947 (James P. Ongkili. 1985, 63). Ia menampilkan konsep bangsa iaitu bangsa Malaya yangterdiri daripada semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanah airnya sertamenunjukkan taat setia terhadapnya. Namun begitu, British enggan berunding mahupunmengiktiraf kerjasama AMCJA-PUTERA yang didalangi oleh PKM. Lantaran itu, British kekaldengan persetujuan yang dicapai hasil rundingan dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1948 yang dilaksanakan pada Februari 1948 dan kemerdekaan TanahMelayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah pembentukan negara bangsa. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk satu gandingan yangmantap dan seterusnya menerajui negara ke satu dimensi politik yang baru.Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur kaummembuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana konsep negara bangsa turut didefinisikan dalam Perlembagaan 1957 yangmenekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menjelaskan sfat dan ciri‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah bagikepada negara serta penguasaan terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan (Berita.Harian. 12 Nov. 2008 ). Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah
2
 
 perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Ia telah menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak dan memberi penekanan kepada beberapa aspek yang pentingtermasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, BahasaMelayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus dimantapkandengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan kemasukkan Singapura, Sabah danSarawak. Penggabungan tersebut telah membawa kepada satu perkembangan politik yang tegangdan diwarnai oleh sentimen-sentimen perkauman yang teramat sempit. Pemimpin PAP yanglantang memperjuangkan konsep negara ‘Malaysia-Malaysiandan secara terus terangmengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu ternyata mengenepikankontrak sosial yang telah dipersetujua sebelum ini. Ia terterusnya mengakibatkan penyingkiranSingapura pada tahun 1965 namun begitu, bibit-bibit perkauman yang tercetus masih belummampu diredakan. Pilihan Raya Umum 1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakanterus meniup sentimen perkauman apabila meneruskan perjuangan PAP yang mendesak  persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentuserta sarat dengan unsur-unsur perkauman telah mencetuskan rusuhan kaum sejurus Pilihan RayaUmum 1969 yang mengakibatkan parlimen digantung dan undang-undang darurat diisytiharkan.Tragedi berdarah itu dilihat merencatkan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia. Dimana kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat melebihi kepentingannegara dan seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsaMalaysia.Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 yang kemudiaan dimantapkan lagidengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan penggabunganwilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak gagal merealisasikan konsep ‘ Satu Negara SatuBangsa’. Ia jelas apabila kita masih dihantui pelbagai permasalahan yang bersifat perkaumanwalaupun setelah negara mencapai kemerdekaan yang ke-51. Di mana masyarakat masih terikatdengan identiti kaum masing-masing dan tidak wujud sebarang usaha yang proaktif ke arah
3

Activity (247)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Zainab Rahmat liked this
Zainab Rahmat liked this
Faezah Iberahim liked this
Syairah Dan liked this
Nelson liked this
Herawaty Arifin liked this
Norliza Mat Ali liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->