You are on page 1of 22
 
SinopsisMalayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House Kuala Lumpur merupakan satu dasar baru yang telah pun dirangka oleh oleh Satu Unit  Perancangan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada Julai 1943. Iamelibatkan beberapa siri rundingan yang telah diadakan di antara Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang untuk merangka satu sistem pentabdiran baru bagiTanah Melayu. Pada 31 Mei 1944, Kabinet Perang telah meluluskan syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukan oleh Unit  Perancangan yang diketuai oleh Major-General H R Hone. Ia seterusnyamembawa kepada pengenalan Malayan Union yang telah pun diumumkan secararasmi oleh George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan dalam Parlimen British pada10 Oktober 1945. Malayan Union sehinggakan hari ini masih diselubungi pelbagai misteri. Polisi yang telah dirancang ketika dunia masih dalam kancah peperangan dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Lantaran itu, kertas kerja ini menumpukan perbincangan kepada reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Di mana terdapat pelbagai reaksi yang timbul lantaran daripada dasar kontroversi British. Rata-rata orang Melayumenentang Malayan Union walaupun terdapat segelintir yang menyokongnya.Manakala penerimaan golongan imigran pula agak dingin dan pada masa yang  sama, Malayan Union turut mendapat kecaman daripada bekas pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
Pendahuluan
Era Pasca Perang Dunia Kedua telah menyaksikan perubahan ketara dalam polisi Britishdi Tanah Melayu. Dasar pro-Melayu yang diamalkan sebelum ini dilihat sebagai tidak sesuai lagi sebaliknya British cuba memperkenalkan satu dasar baru yang dianggap perlu bagi menangani senario politik di negara ini selepas perang. Dasar baru itu menjurus kearah sebuah kesatuan yang dilihat mampu mewujudkan suatu pentadbiran yang lebihcekap dan seragam. Ia dianggap penting dalam menjimatkan kos pentadbiran selaindaripada memperkukuhkan pertahanan British. Pada masa yang sama, London turut berpendapat sudah tiba masanya bagi memikirkan kedudukan serta nasib golonganimigran di Tanah Melayu. Perkembangan ini selaras dengan perubahan demografi negaraini dari sebyah negeri Melayu ke sebuah negara majmuk yang dikenali sebagai ‘
 plural  society
’. Ia jelas dalam populasi penduduk Tanah Melayu di mana pada tahun 1911, orang1
 
Melayu membentuk 53.5% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu tetapi menjelangtahun 1931 mereka telah pun kehilangan majoriti itu dan hanya membentuk 41%daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun 1941.
1
Justeru itu, suatu perubahan perlu dilakukan demi untuk menjamin serta memperseimbangkan hak golongan imigrandi Tanah Melayu.
Malayan Union
Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula pada tahun 1920 lagi.Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi Pesuruhjaya TinggiBritish pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebuahnegara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersatu.
2
 Walau bagaimanapun, desentralisasi itu tidak dapatdilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepundi Tanah Melayu pada tahun 1941.Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk PulauPinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura. Ia akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan MajlisUndangan. Di peringkat negeri pula, Majlis Kerajaan negeri diadakan dan diletakkandibawah penyeliaan seorang Pesuruhjaya Negeri. Manakala kedaulatan serta kekuasaanraja-raja Melayu pula akan dihapuskan dan mereka cuma berada dalam Majlis Raja-rajaMelayu yang tertakluk kepada kuasa Gabenor British. Ia bukan sahaja menyatukan TanahMelayu dan membantu ke arah keseragaman pentadbiran tetapi juga menjimatkan perbelanjaan pentadbiran yang dianggap janggal dan mahal.
3
 
1
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, Oxford University Press, Oxford,1991, hlm.15.
2
James de V. Allen, The Malayan Union, Yale University, United State, hlm. 5.
3
Ibid, hlm. 4.
2
 
Dalam usaha membentuk sebuah bangsa Malaya Union dan menghargaisumbangan golongan imigran dalam pembangunan ekonomi Tanah Melayu, dasar kerakyatan yang liberal telah diperkenalkan. Kewarganegaraan yang berlandaskan prinsip jus soli iaitu hak kerakyatan diberikan berdasarkan tempat kelahiran seseorang.
4
Di manataraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayuatau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin disana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
5
Ia telah dikaitkandengan perasaan anti-Melayu di kalangan pegawai British yang mensyaki orang Melayutelah bekerjasama dengan Jepun. Ia dapat dilihat dalam laporan V. Radharkrishnan,seorang sukarelawan Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial di London yang menyatakan bahawa:
“ The Japanese were very cordial with the Malays…There was much fifth columnwork favour of the Japanese…When the Japanese entered Singapore manyMalays came with them some of whom wore the same uniform as the Japanese soldiers. I myself saw two Malays dressed in this way’.
 
British terkilan dengan perkembangan itu dan beranggapan orang Melayu telah punmengkhianati mereka semasa Perang Dunia Kedua. Sebaliknya mereka bersimpatidengan MPAJA dan orang Cina yang telah menentang pemerintahan Jepun di TanahMelayu. Kelonggaran dalam soal kerakyatan itu dilihat sebagai satu insentif kepadakaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan British semasa pendudukan Jepun.
 REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION
4
Malayan policy: Cabinet memorandum by Mr Hall, 26 Fenruari 1946, in CAB 129/7, CP ( 46 )81.
5
Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General HR Hone to War office, 23 February 1946, in CO 537/ 1528, no 43.
6
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.71-72.
3

Reward Your Curiosity

Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505