You are on page 1of 6

Pengenalan "Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus

yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.

Penerangan AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada : pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku

Asas Saintifik HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit. Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa : Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh. Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi. Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.

Penyebab Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh

dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti. HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti: Darah Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi) Rembesan faraj Susu badan

Perebakan AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya. Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut: 1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina 2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur 3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah

Transmisi/Jangkitan Virus AIDS Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut: Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain. Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ) AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti: Berpegangan tangan Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak Berjabat tangan Bekerja bersama

Bermain Ciuman ringan

Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan : berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah. proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS. menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.

Faktor-Faktor Risiko Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina Melakukan hubungan seks dengan pelacur Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah

Insidens AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Semenjak itu ia telah menjadi masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. Di Malaysia, 300 kes baru HIV yang baru dikesan setiap bulan. Sejumlah 448 kes AIDS dan 16,349 kes HIV dilaporkan sehingga 30 Jun 1996. Majoriti mereka yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 - 39 tahun, manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.

Tanda-tanda dan gejala Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah: Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang. Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus). Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Komplikasi Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah: Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta. Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu. AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari

Penyakit HIV/AIDSCara penyakit HIV merebakAnAk datUk K .. !@#$%^&*(*&%^^!!!! Jangkitan cacing ganggu tumbesaran kepala pening dan muntah Share this post on:

Penyakit HIV/AIDS :: Comments


nnbbbbbb

Re: Penyakit HIV/AIDS on 18/12/2008, 12:13 am by deeyan Enlarge this imageReduce this image Click to see fullsize

Enlarge this imageReduce this image Click to see fullsize

BENTUK VIRUS HIV (Human Immunodeficiency Virus)

You might also like