You are on page 1of 18

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 SK BINJAI JAYA BIL MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

8.00am

Ucapan alu-aluan Yang berbahagia USTAZ AHMAD ZAMRI BIN SHAMSUDIN, Penolong pengerusi majlis Pengarah Bahasa Arab, sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,

Pengerusi 1

2 Yang berusaha TUAN HAJI ABDUL LATIF BIN YAAKOP, GURU BESAR SK BINJAI JAYA

Pengerusi 1

Yang berusaha EN. MOHD YATIM BIN PAAT, YANG DIPERTUA PIBG SKBJ

Guru Penolong Kanan kurikulum En. Shakir bin Mohamed Johar Guru Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Hasimah binti Mokhtar Guru Penolong Kanan ko-kurikulum En. Zulkipli bin Sarbini Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi Pn. Norhayati Binti Hamid
1

Guru-guru Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Binjai Jaya Ibu bapa

seterusnya

Tuan-tuan & puan-puan yang dirahmati ALLAH S.W.T sekalian Sirih berlipat sirih pinang, 3 8.10am Sirih dari Pulau Mutiara, pantun Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka kata. Pengerusi 2


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana Ucapan pengerusi majlis dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-27 SKBJ Pengerusi 2

Kerjasama masyarakat amnya serta ibu bapa khasnya sangat penting bagi menjamin tanggapan tentang peranan pendidik serta menjamin kelangsungan kecemerlangan anak didik. Berpegang pada hakikat

pemuafakatan ini, maka pada hari yang berbahagia lagi diberkati Allah ini, kita sekali lagi berkumpul bagi sama-sama menjayakan mesyuarat agung PIBG SK Binjai Jaya bagi tahun ini. Bagi pihak jawatan kuasa mesyuarat agung PIBG dan seluruh warga SK Binjai Jaya, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ahli-ahli 4 jawatan kuasa PIBG, dan ibu bapa ke majlis ini. Pengerusi 2

BACAAN DOA
Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan rahmat, 8.20am Bacaan doa Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Pengerusi 1

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Syamsul Afandi Bin Badulzaman.

Saya mewakili majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin 6

Pengerusi 1

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Syamsul Afandi Bin Badulzaman atas bacaan doa itu tadi.

CERAMAH MOTIVASI
Para hadirin yang dihormati, Pengerusi 2

8.30am Ceramah motivasi 7

Mesyuarat Agung PIBG SKBJ merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan setiap tahun. Acara ini juga merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah.

Hadirin sekalian, di dalam merealisasikan hasrat wawasan , maka amat perlu kita insafi peri pentingnya hubungkait yang rapat antara pendidikan dan wawasan. salah satu strategi untuk mengoperasikan hasrat falsafah pendidikan negara ke arah pembentukan insan dan rakyat Malaysia yang beriman, berilmu, berketrampilan, beraklak mulia,

bertanggungjawab dan berbakti adalah melalui pemuafakatan. Atas dasar membina muafakat di dalam pendidikan maka persatuan ibu bapa dan guru telah ditubuhkan pada tahun 1973.

Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan ceramah motivasi yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zamri bin Shamsudin, Penolong Pengarah Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz.

Untaian madah ceramah nasihat Untaian ingatan sepanjang hayat 8

Pengerusi 1

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zamri kerana sudi menyampaikan ceramah motivasi untuk panduan dan ingatan kita bersama-sama.

REHAT
tinggi sungguh pohon kelapa buahnya lebat tidak terkira 9.30am 9 Rehat, jamuan ringan hidangan kami tidak seberapa sudilah kiranya menjamu selera. Pengerusi 1

Majlis kita berhenti rehat seketika, dijemput hadirin sekalian menjamu sajian yang telah disediakan.
5

MESYUARAT AGUNG PIBG


Mesyuarat pibg, 10.00am 1.pembubaran ajk 2. Perlantikan ajk baru 10 3.Pembentangan belanjawan Kota Samarahan aman sentosa Pendidikan Gemilang misi utama Dengan tidak melengahkan masa Kita mulakan Majlis Utama Pengerusi 2

Sidangan hadirin sekalian, tibalah kita kepada majlis utama iaitu MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BINJAI JAYA KALI KE - 27.

Dengan ini, saya mewakili majlis menjemput EN. MOHD YATIM BIN PAAT, YANG DIPERTUA PIBG SKBJ untuk mengendali dan

mempengerusikan mesyuarat agung PIBG pada hari ini.

Dipersilakan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG PIBG


Pengerusi 1 11.30am 11 Majlis perasmian penutup Diumumkan ketibaan yang dihormati EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD.

Pengerusi 1 Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis dengan segala hormatnya 12 memohon semua hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

13

Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan semua hadirin, duduk. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

Pengerusi 1

Pengerusi 2

14

Yang dihormati EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD. 15 Yang berbahagia USTAZ AHMAD ZAMRI BIN SHAMSUDIN, Penolong
7

Pengerusi 2

Pengarah Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Yang berusaha TUAN HAJI ABDUL LATIF BIN YAAKOP, GURU BESAR SK BINJAI JAYA

Yang berusaha EN. MOHD YATIM BIN PAAT, YANG DIPERTUA PIBG SKBJ

Guru Penolong Kanan kurikulum En. Shakir bin Mohamed Johar Guru Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Hasimah binti Mokhtar Guru Penolong Kanan ko-kurikulum En. Zulkipli bin Sarbini Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi Pn. Norhayati Binti Hamid

Guru-guru Ajk-ajk pibg Ibu bapa

Dan seterusnya

Tuan-tuan & puan-puan yang dirahmati ALLAH S.W.T sekalian


8

Pengerusi 1 sirih di puan buat laksamana pinang beracik sebagai teman hadir tuan amat bermakna dikenang diingat sepanjang zaman 16 Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD, kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKBJ.

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG


Para hadirin yang dihormati 11.45am Adat berbahasa menyampaikan pesan Adat upacara menyampaikan ucapan aluan 17 Untuk itu pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Yatim Bin Paat, Yang Dipertua PIBG SK Binjai Jaya untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.
9

Pengerusi 2

Pengerusi 2 Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. 18 Mohd Yatim Bin Paat di atas ucapan beliau tadi.

UCAPAN GURU BESAR SK BINJAI JAYA


Pengerusi 1 Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya 12.00tgh Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, 19 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Latif Bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya. Untuk itu dipersilakan Tn. Hj. Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar naik ke pentas untuk memberi sedikit ucapan.

Pengerusi 1 Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abdul Latif di atas ucapan itu 20 tadi.

10

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


Pengerusi 2 Bunga melati putih dan suci 12.15tgh Harum mewangi di waktu pagi Ucapan Perasmi memang dinanti Berilmu tinggi bijak bestari

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL 21 KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD, untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BINJAI JAYA KALI KE-27.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Tuan menyerikan majlis Warga dewan tampak ceria 22 Kesudian Tuan merasmikan majlis Bangganya kami tidak terkira
11

Kain pelikat panjang sembilan Tersusun corak cantik warnanya Tuan pemimpin disegani watan Kami menumpang sinar cahayanya

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD, di atas ucapan perasmian beliau tadi.

PELANCARAN KEMPEN PONTENG SIFAR


Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan acara Pelancaran kempen ponteng sifar. 12.30tgh 23 Tuan-tuan & puan-puan, Pengerusi 2

kempen ponteng sifar ini ialah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap
12

masa pengajaran dan pembelajaran.

Didapati kadar ponteng sekolah para pelajar di seluruh Malaysia semakin meningkat. Kebanyakkan pelajar yang ponteng sekolah didapati melibatkan diri dalam pebagai gejala negatif seperti penyalahangunaan dadah, vandalism, gangsterism, melepak dan sebagainya.

Kempen ini juga bermatlamat untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar dan semua guru betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas. Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekaligus menaikkan reputasi SK BINJAI JAYA.

Dengan ini majlis sekali lagi menjemput EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD, untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan PELANCARAN KEMPEN PONTENG SIFAR SK BINJAI JAYA yang bertemakan JOM KE SEKOLAH .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


13

24 Terima kasih diucapkan kepada EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID.

Pengerusi 2

PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA


Pengerusi 1 Kelebihan Nabi dengan mukjizat Kelebihan umat dengan muafakat 12.40tgh Pisang sesikat gulai sebelanga Teruskan muafakat bersama-sama

Demi menjamin kecemerlangan sekolah, peranan PIBG tidak dapat 25 dinafikan kepentingannya. Peranan ini dapat digambarkan melalui ungkapan : Agar dapat menokok barang yang kurang, Agar dapat menggulas mana yang senteng, Agar dapat menghubung mana yang pendek, Usang-usang minta diperbaharui, Lapuk-lapuk minta dikajangi, Yang singkat tolong sambungkan, Yang panjang tolong keratkan, Yang koyak minta ditampal.
14

Demikian eratnya kerjasama yang sepatutnya dijalin antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan menghargai sumbangan ahli-ahli jawatankuasa PIBG SK BINJAI JAYA yang telah banyak berkhidmat dan memberi sumbangan kepada sekolah demi meningkatkan mutu dan prestasi sekolah ini.

Untuk itu, majlis menjemput Tuan Haji Abdul Latif Bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya diiringi oleh En. Shakir bin Mohamed Johar bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan cenderamata.

Dipersilakan.

15

berhampar lapik berlicin daun bagai lesung dengan antan purnama pula berganti tahun jasamu tuan kekal di ingatan

Pengerusi 1 Terima kasih diucapkan kepada 26 Tuan Haji Abdul Latif Bin Yaakop dan En. Shakir bin Mohamed Johar

CABUATAN BERTUAH
Pengerusi 2 Seterusnya, majlis menjemput EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID, 12.50tgh 27 KETUA HAL EHWAL KERAJAAN DAN KOMUNIKASI, JABATAN

KOMUNIKASI KERAJAAN, TENAGA NASIONAL BERHAD diiringi oleh En. Zulkipli bin Sarbini untuk membuat cabutan bertuah dan

menyampaikan hadiah kepada pemenang yang bertuah pada hari ini.

Majlis, mempersilakan.

16

Pengerusi 2 Terima kasih diucapkan kepada EN. AHMAD ZAKI BIN HAJI RASHID 28 dan tahniah kepada yang mendapat cabutan bertuah.

BERSURAI
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Inilah yang dikatakan, 1.00pm Umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, 29 kita telah pun berada di hujung acara. Pengerusi 1

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
17

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa Billahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

18

You might also like