You are on page 1of 6

a. Berikan definisi sekolah dan huraikan kepentinganya kepada masyarakat.

Sekolah didefinisikan sebagai sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala universiti, kolej, institut, maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama iaitu memberi pendidikan (mengajar dan belajar ). Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Sekolah merupakan ajen penting dalam pembinaan masyarakat. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai.

Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti atau mayarakat boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan masyarakat dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Dalam sistem persekolahan, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Penerapan nilai murni akan diamalkan dalam sesebuah masyarakat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai yang baik dalam diri masing-masing. Penerapan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai. b. Huraikan aspek-aspek keberkesanan di sekolah dan huraikan peranan guru di sekolah yang berkesan Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Aspek-aspek keberkesanan sekolah dilihat dari segi kepimpinan Pengetua. Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan. Pengetua yang berkesan ialah pengetua yang memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran dan pemimpin yang tegas dari segi kuasa dan kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan.

Iklim sekolah juga turut mempengaruhi keberkesan di sekolah. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik dan perlu membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut. Sekolah yang berkesan boleh dibahagikan kepada 4 faktor iaitu perhubungan Interpersonal, Pengajaran dan Pembelajaran, Kepimpinan Pentadbiran, dan kemudahan fizikal. Keberkesan di sekolah juga dipengaruhi oleh pencapaian pelajar. Sekolah yang berkesan mengesan kemajuan murid secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan. Seterusnya ialah pelaksanaan disiplin pelajar. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan memberi keutamaan kepada proses pengajaran. Sekolah sanggup mengorbankan tenaga dan perhatian yang lebih untuk memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah. Keupayaan murid menguasai kemahiran akademik sangat perlu diberi keutamaan dibandingkan kemahiran lain pengurusan sekolah. Dalam membuat keputusan atau melaksanakan sesuatu tugas, guru perlu bekerja atau merancang secara berkumpulan melalui satu sistem penyeliaan dan penyelarasan oleh guru kanan. Ini memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah hasil kerjasama atau komitmen semua pihak di sekolah. Dalam situasi kepelbagaian fungsi dan tugas, setiap guru perlu bertindak secara

bersepaduan terhadap matlamat sekolah. Sekolah yang berkesan ialah pengurusannya dibina berasaskan tindakan guru secara menyeluruh serta bersepadu dan tidak secara beraingan. Guru-guru di sekolah berkesan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran dan sosial di sekolah mereka. Walaupun guru mempunyai banyak tanggung jawab lain selain daripada mengajar, tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas mengajar merupakan tugas utama guru. Peranan guru di sekolah bukan sahaja sebagai memberi ilmu malah sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan pengawal. Justeru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah memahami elemenelemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran- kemahirannya. Peranan pertama guru adalah kemahiran mengelola (mengurus). Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar. Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut. Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka belajar. Disamping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi. Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesunguhnya segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan cirri pembelajaran. Hal ini adalah memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Jesteru itu, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan 4

mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengurusan persekitaran pengajaran-pembelajaran juga merupakan salah satu peranan guru dalam menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Organisasi bilik darjah KBSRdan KBSM mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu disamping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, ruang Pendidikan Seni, ruang bacaan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas. Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan- rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul. Kesimpulan, sekolah merupakan organisasi yang penting dalam pembentukan

sesebuah negara. Sistem pendidikan dan keberkesanan amat penting untuk melahirkan pelajar atau generasi yang berkesan dalam pendidikan. Pendidikan berkesan sebagai panduan dan amalan dalam sesebuah pentadbiran. Pemimpin sekolah harus bijaksana menggunakan bidang kuasa yang ada padanya untuk membuat perubahan ke arah yang lebih mantap. Guru-guru juga mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan pelajar yang hebat dalam sesebuah negara.

Rujukan Abdul Aziz Mohd. Sultan(2000). Latihan mengajar: penilaian atau penyeliaan? Jurnal Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia Abdul Rahim Abd Rashid et al.(2001). Panduan Latihan Mengajar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Alimuddin bin Haji Mohd Dom(2006). Sekolah berkesan: Faktor-faktor keberkesanan sekolah. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke -13. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. http://www.teachersrock.net/Hubungan%20Sekolah%20Komuniti.pdf

You might also like