You are on page 1of 3

Definisi Pembelajaran secara pemerhatian dikenali sebagai teori pembelajaran sosial, berlaku apabila perlakuan pelajar berubah selepas

memerhati atau meniru perlakuan seorang guru atau model. Perlakuan perubahan ini dipengaruhi oleh kesan positif atau negatif seseorang guru atau model. Pembelajaran secara pemerhatian adalah satu aplikasi kemahiran asas yang merangkumi pendekatan berpusatkan guru, guru sebagai mentor atau fasilitator dan berpusatkan pelajar.

Prinsip Asas Terdapat beberapa prinsip asas pembelajaran secara pemerhatian: Pelajar akan meniru perlakuan seorang guru atau model sekiranya perlakuan itu menarik minat pelajar seperti bakat, sikap atau kepandaian Pelajar akan memberi reaksi atau bertindak kepada bagaimana seseorang guru atau model itu diperlakukan, contohnya apabila perlakuan seseorang guru atau model itu diperakui dan dihargai, pelajar akan meniru perlakuan tersebut dan sebaliknya Pelajar boleh memperolehi sesuatu perlakuan dengan pemerhatian tanpa melakukan perlakuan tersebut. Dalam sesuatu situasi yang bersesuaian, perlakuan itu akan ditonjolkan atau dipamerkan

Proses Pembelajaran secara pemerhatian melibatkan empat proses: 1. Penumpuan (Attention) Pelajar memberi tumpuan kepada persekitaran. Proses ini dipengaruhi oleh faktor seperti ciri-ciri atau karektor seseorang guru atau model seperti setakat mana pelajar suka atau apakah jangkaan pelajar terhadap beliau. 2. Penyimpanan (Retention) Pelajar tidak sahaja mengenali perlakuan yang diperhatikan tetapi mengingati apa yang diperhatikan. Proses ini bergantung kepada keupayaan pelajar untuk menstrukturkan maklumat dengan kaedah yang mudah untuk diingati atau dipraktiskan. 3. Penghasilan (Production) Pelajar berkemampuan untuk menghasilkan perlakuan secara fizikal atau intelek. Penghasilan ini memerlukan latihan berulangan. 4. Motivasi (Motivation) Secara umumnya, pelajar akan melakukan sesuatu perlakuan sekiranya mendapat motivasi atau mempunyai sebab untuk melakukannya. Kehadiran pengukuhan atau dendaan samada kepada guru/ model atau secara langsung kepada pelajar, menjadi satu perkara penting dalam proses ini.

Kaedah Kaedah-kaedah yang digunakan adalah eksperimen, simulasi (main peranan, permainan, model/ lakonan).

Kesan pembelajaran secara pemerhatian kepada pembelajaran Kurikulum Pelajar mestilah mendapat peluang untuk memerhati dan meniru perlakuan yang membawa kepada satu pengukuhan yang positif. Arahan Guru mestilah memberi galakan kepada pembelajaran kolaboratif, kerana pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran Penilaian Guru mestilah menyediakan insentif dan satu persekitaran yang menyokong kepada perlakuan tersebut.

Contoh Senario: Seorang guru menunjukkan cara bunyi dihasilkan dengan menggunakan barangan dapur kepada pelajar. Kemudian, beliau juga menunjukkan bagaimana badan manusia boleh menghasilkan bunyi. Contohnya, berdengkur, hentak kaki, tepuk tangan, petik jari dan tepuk paha. Kemudian pelajar diminta menyatukan semua bunyi bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama muzik bunyi.

You might also like