You are on page 1of 5

abckidz

Kisah 3
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Al-Miqdad bin al-Aswad


Hijrah

Rasulullah (saw) mengarahkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Madiah. Mereka berhijrah seorang demi seorang dan kumpulan demi kumpulan. Kemudian Allah (swt), mengarahkan Rasulullah (saw) untuk berhijrah ke Madinah secara keseluruhannya.

Hijrah

abckidz

Al-Miqdad amat mementingkan keselamatan Rasulullah (saw). Beliau amat terharu dan berbangga dengan seorang pemuda Islam yang bernama Ali bin Abi Talib (kwj) yang menjadikan nyawanya sebagai galang ganti demi menyelamatkan Rasulullah (saw) dari pedang-pedang penyembah berhala. Imam Ali (as) cuba mengaburi pihak kafir Quraish dengan berbaring tempat tidur Rasulullah (saw) pada malam penghijrahan.

abckidz

Hijrah

Setelah Rasulullah (saw) berhijrah ke Madinah, penyembahpenyembah berhala yang berada di Mekah telah menyerang dan merompak rumah-rumah orang Islam yang ditinggalkan. Habis harta benda dirompak dan rumah mereka dirosakkan dan ada yang dibakar. Oleh sebab itu, Rasulullah (saw) tidak senang dengan perkara itu, Baginda (saw) membuat perancagan untuk menyekat pedagang-pedangan Quraish sebagai hukuman.

Hijrah

abckidz

Hamzah bin Abdul Mutallib mengetuai pasukan pertama dan menuju ke al-Ays kawasan berhampiran dengan Laut Merah. Di sana Hamzah bertemu tentera para penyembah berhala yang diketuai oleh Abu Jahal. Tidak ada petempuran berlaku kerana ketua-ketua kabilah itu menyelesaikan permasalahan yang timbul melalui perbincangan kedua-dua belah pihak.

abckidz

Hijrah

Pada Syawal tahun pertama Hijrah, sebuah pasukan Islam telah keluar dari kota Madinah. Seramai 60 orang dalam pasukan itu. Tujuan mereka adalah untuk menakluk Lembah Rabagh bagi menyekat pedangang-pedagang Quraish berdagang ke negeri Syam.

You might also like