You are on page 1of 1

DOA SEMPENA

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BADAN BERUNIFORM

.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang
telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada petang yang berbahagia ini, di
dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Tertutup Unit Beruniform
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah
pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan
kesungguhan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, dan jauhkanlah kami daripada sebarang
perkara-perkara yang tidak diingini. Juga jadikanlah kami dalam kalangan insan yang berdikari,
mandiri dan mempunyai jati diri yang berkualiti.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan
keimanan dan ketaqwaan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan dapat melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.








.


.

You might also like