Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Syed Muhammad Naquib Al-Attas - 'Letakkan Masing-Masing Pada Tempatnya' [Wawancara]

Syed Muhammad Naquib Al-Attas - 'Letakkan Masing-Masing Pada Tempatnya' [Wawancara]

Ratings: (0)|Views: 32 |Likes:
Published by muhammad_alkahf

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: muhammad_alkahf on Jun 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2014

pdf

text

original

 
“LETAKKAN MASING-MASING PADA TEMPATNYA”:Wawancara bersama Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
1
 
Bahagian I
 Boleh Prof. ceritakan sedikit bagaiamana ISTAC ini dibina?
Pada mulanya hanya saya dengan Encik Mat Ali dan Haji Ali. Encik Mat Ali saya minta dariUniversiti Kebangsaan Malaysia, sebab dia sudah lama berkerja dengan saya. Kemudian, setahun lebih begitu, Dr. Wan Mohd. Nor pula. Jadi kita sahaja yang membuat ini semua. Pertama sekali mereka inisemuanya faham apa yang saya nak buat. Maknanya semua sekali turut serta dan dengan cergas. Tetapikalau sekiranya tiap-tiap sesuatu yang hendak dibuat itu mesti dimesyuaratkan dulu, panggil 30 atau 40orang, tidak akan jadi apa-apa. Bercakap dan bercakap sahaja, nanti ada yang tidak setuju itu dan tidak setuju ini, kerana kebanyakan mereka tidak tahu. Biasanya projek seperti ini sekurang-kurangnyamengambil masa lima tahun baharu siap. Itu pun kalau mereka buat dengan cergas, dan projeknya pula bukan seperti projek ini. Yang biasa siap dalam masa lima tahun itu projek-projek biasa, dengan bangunan yang biasa. Bukan macam ini. Apabila saya sebut ‘institut’, mereka fikir macam projek-projek  biasa itu. Saya pun tak nak cakap. Saya buat sahaja. Mereka fikir kita buat macam biasa itulah. Apabilasudah jadi baru mereka Nampak. Dan mereka pun hairan macam mana projek begini boleh siap dalammasa satu tahun setengah sahaja.
 Bagaiamana Prof. boleh mendapat autonomi begitu, untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan institut ini?
Itu pun kerja yang susah juga. Yang pertama sekali saudara Anwar Ibrahim pada tahun1986/1987 begitu, apabila berjumpa dengan saya dia mengatakan, “Sekarang Prof. boleh buatlah apayang dahulu Prof. rancangkan, dalam idea kita.” Saya memberitahunya saya boleh buat, tetapi syaratnyasaya mesti diberi autonomi. Autonomi di sini maksudnya institut ini bukan macam institut-institut lainyang ada. Dan yang saya tahu tak ada pun dalam dunia ini institut seperti yang kita nak buat ini. Objektif kita lain. Baca objektif sahaja sepatutnya orang sudah boleh memahami bahawa institut ini bukan sebuahinstitut biasa. Strukturnya pun lain. Kita kena buat institut ini menerusi Universiti Islam Antarabangsa bukan kerana apa, kerana institut ini institut antarabangsa, dan bahasa pengantarnya bahasa Inggeris.Kalau dibawa ke parlimen, nanti menimbulkan banyak masalah. Jadi dengan cara dibuat melaluiuniversiti barulah tidak menimbulkan masalah. Dan saya minta selepas itu jangan campur tangan dalamurusan kita. Maknanya biar saya buat sendiri. Hendak mendapat perkara itu memang susah, sebab banyak orang tak faham, dan macam-macam. Tetapi bagaimana pun setelah berbincang-bincang dengan saudaraAnwar dan juga kementerian, hampir dua tahun berbincang, akhirnya dapatlah juga.Yang dikatakan autonomi itu ialah dari segi pentadbiran, kewangan, dan juga akademik. Ini bermakna yang perlembagaan universiti pun mesti diubah untuk membolehkan institut seperti ituditubuhkan. Untuk mengubah itu lambat juga, kerana perkara itu perlu mendapat perkenan sultan, yangmenjadi
constitutional head 
. Tetapi akhirnya perubahan itu dibuat juga. Dari segi pentadbiran maknanyakedudukan saya ini sama dengan kedudukan naib canselor dalam universiti, bahkan dalam beberapa perkara naib canselor pun tak ada kuasa seperti yang ada pada saya. Autonomi dari segi kewanganmaksudnya kita membuat belanjawan, kita serahkan kepada kementerian, dan kementerian berikan wangitu langsung kepada kita, tidak melalui universiti. Cara ini cepat. Begitu juga cara saya membuat kerja ini pun cepat. Saya memang biasa cepat. Jadi mesti ada orang yang faham ini semua. Pustakawan kita mestitahu beberapa bahasa, sekurang-kurangnya bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Jadi saya ambil yang sayakenal. Dan dia pun kena buat kerja-kerja yang belum pernah dibuatnya. Kalau di tempat-tempat lain daiduduk di belakang meja saja, bagi arahan. Di sini tidak. Tulis-tulis surat arahan tidak perlu. Dia kena buatsendiri, semua. Begitu juga kalau sekiranya arahan kita hendak apa-apa daripada kementerian, biasanyasaya minta Cik Mat Ali supaya pergi lekas. Saya tulis, minta dia bawa surat itu ke sana, tunggu di sana, biar mereka jawab, dan bawa balik. Kalau hantar dengan pos nanti berbulan-bulan baru dapat jawapan.Jadi perkara-perkara macam ini kita buat semua, dengan cepat.Saya sendiri juga berurusan dengan banyak orang yang berkaitan dengan pembangunan institut
 
ini. Kita buat mengikut peraturan. Tidak terkeluar daripada prosedur. Saya sendiri yang mengarah merekasemua, bukan orang lain, bukan arkitek. Semua tugas arkitek saya ambil, melainkan juruteknik yang harusmembuat pelan yang akan dibawa ke Dewan Bandaraya dan lain-lainnya. Itu kita mesti gunakan mereka.Selain itu semuanya saya buat, dengan orang-orang yang berkaitan, seperti orang-orang yang membuat perabotnya, misalnya. Saya yang membuat reka bentuknya. Saya terangkan bagaimana yang saya hendak, begitu begini, dan saya pun pergi ke tempat membuatnya, dan lihat sama ada yang dibuatnya itu betulatau tidak. Kontraktor pun kita juga yang mengarahnya. Maknanya semua sekali kita buat, daripadamencari tanah untuk tapaknya, membuat lakaran … Daripada lakaran itu kemudian dibuat sukatannya.Kadang-kadang mereka tidak biasa membuat sukatan bangunan yang begini. Kalau dibandingkan dengan bangunan biasa, yang kita buat tiga tingkat ini biasa dibuat lima atau enam tingkat. Dan biasa orang buatada
 standard 
-nya. Silingnya, pintunya, semua ada
 standard.
Sekarang mereka kena buat semua tak ada
 standard. Dari segi sistem kerja, cara-cara kerjanya, Cuma menggunakan beberapa orang sahaja, tidak ramai pekerja, sedangkan kerjanya banyak. Mengapa Prof. memilih untuk berkerja dengan hanya beberapaorang, sedangkan…?
Kalau nak ikutkan kerjanya memang banyak, tetapi saya buat dengan Cik Mat Ali saja. Sebab, pertama sekali nak cari orang yang ikut apa perintah saya susah juga. Keduanya, saya fikir itu lebih cekapkerana saya sendiri berkerja begitu. Barangkali orang lain tidak buat begitu kerana cara bekerja merekalain. Dan pada fahaman saya, lebih sedikit staf lebih lancar kita berkerja. Kalau banyak sangat nanti banyak yang tidak ada kerja, atau banyak yang tidak buat seperti yang kita suruh buat. Banyak juga yangtak tahan kalau kena marah. Jadi ini maknanya orang yang faham betul baru tahu bahawa kalau kitamarah itu bukan marah dalam hati, marah di luar saja. Tujuannya supaya dia buat kerja dengan betul. Nak cari orang yang seperti itu tidak mudah. Jadi, itulah, maknanya macam satu orang yang buat kerja. Kalauada yang lain pun dia mesti ikut. Ya, hasilnya sekarang orang Nampak, bukan!
 Kalau Prof. boleh ringkaskan secara yang paling ringkas tentang falsafah di sebalik reka bentuk bangunanitu sendiri?
Gambaran institut ini semuanya datang daripada imaginasi kita. Bukan saya pergi ke satu-satunegeri tengok situ tengok sini, dan ambil sedikit di sana, sedikit di sini, tidak. Itu memang daripadakhayalan kita. Tetapi khayalan ini mesti memberikan satu watak ataupun peribadi Islam, mesti ada ciri-ciri Islam. Jadi kalau orang datang ke sini dapat dirasakannya ini bangunan apa, tanpa perlu kita sebut. Itunombor satu. Nombor dua, orang yang buat macam ini mesti tahu agama Islam dengan mendalam.Mustahil boleh buat ini kalau tidak tahu agama Islam. Banyak ilmu Islamiah yang dia harus tahu.Kemudian dia juga tentulah harus mempunyai imaginasi dan khayalan yang jelas dan agak lengkap.Kebanyakan orang tidak dapat mengkhayalkan bangunan. Mula-mula dulu ada orang bertanya sama adakita ada model atau tidak, sebab orang buat rumah pun ada model. Tetapi ini tidak perlu model.Semuanya sudah ada, kita sudah gambarkan, sudah berasa macam mana. Mesti ada perasaan juga, bukansahaja imaginasi. Yang penting sekali ialah hendak mengelaurkan cirri-ciri yang betul. Menurut fahamansaya, itu sudah tercapai, kerana pada malam perasmiannya itu, banya
 scholar 
Islam yang terkenaldatang, dan mereka saling mengatakan begitu—soal ciri. Mereka dapat merasakannya, antaranya yang berkaitan dengan ilmu, dengan tuntutan ilmu dan sebagainya.Dan kita buat itu tidak mahu kena-mengena dengan apa yang saya sebut sebagai sekular. Maksudsaya dengan sekular itu bukan soal-soal keduniaan. Itu fahaman orang awam. Maksud saya ialah yangtidak kena-mengena dengan hal-hal rohaniah, seperti bising, banyak kereta, dan sebagainya. Tentusahajalah kalau banyak masa, kita boleh buat dengan lebih baik. Saya boleh tambah macam-macam,dengan gambar dan sebagainya, tetapi mereka hanya tulis sahaja. Kalau disuruh buat begini, mereka tak  boleh buat. Kita tidak menulis tetapi kita buat, sebab semuanya itu sudah ada dalam perasaan. Tentulahorang-orang yang buat dulu pun bukan dia tulis; dia bukan penulis tentang kesenian, tetapi dia yang
3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
Pipit kesumawardani added this note
like this
1 hundred reads
sblackto12 liked this
riefull liked this
Fauzi Rochman liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->