You are on page 1of 3

Soalan dan jawapan

Temu Bual Pertama Nama: Lee Chye Seng Umur: 56 Perniagaan : Menjual Ikan

1.Apakah yang menjadi inspirasi kepada anda untuk membuka perniagaan ini? Sumber inspirasi saya ialah ketekunan dan kegigihan ayah saya dalam memikul tanggungjawab yang beasar bagi menyara kehidupan anak-anaknya.Selain itu,keadaan yang sukar dan miskin yang saya dan keluarga bermastautin juga mendorong saya untuk meningkatkan imej keluarga saya.

2.Apakah kepentingan pasar malam di sini ? Terdapat banyak kepentingan . Antaranya ialah menyediakan peluang pekerjaan. Pasar malam ini telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di sini. Selain itu, pasar malam di sini berjaya meningkatkan taraf hidup para peniaga. Hal ini demikian kerana punca pendapatan peniaga meningkat setelah berniaga di sini.

3.Apakah kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di sini ? Pertamanya, terdapat masalah sosial di tempat perniagaan ini. Murid-murid sekolah akan berlepak dan melakukan perbuatan yang menjolok mata di sini selepas waktu persekolahan mereka. Lebih-lebih lagi, terdapat pencemaran di sini. Setelah pasar malam ini tamat, terdapat beberapa peniaga yang tidak membuang sampah mereka dalam tong sampah. 4. Pada pendapat Encik Lee, apakah cadangan untuk megurangkan keasan negatif di pasar malam ini ? Pada pendapat saya, pihak berkuasa harus menyediakan barangan asas. Tong sampah perlu lebih disediakan di sini supaya pencemaran kurang berlaku.

Temu Bual Kedua Nama: Bhalvinder Singh a/l Jagjit Singh Umur: 49 Pekerjaan: Doktor 1.Adakah Encik membeli barangan keperluan di sini ? Ya , saya mengunjungi pasar malam ini 3 minggu sekali untuk membeli barangan keperluan.

2.Apakah kepentingan pasar malam di sini ? Pada pendapat saya antaranya ialah menyediakan peluang pekerjaan. Pasar malam ini telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di sini. Selain itu, pasar malam di sini menjual barangan yang segar.

3.Apakah kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di sini ? Pertamanya, terdapat masalah sosial di tempat perniagaan ini. Murid-murid sekolah akan berlepak dan melakukan perbuatan yang menjolok mata di sini selepas waktu persekolahan mereka seperti berpegang tangan. Lebih-lebih lagi, harga barangan di sini tidak tetap. Terdapat kemungkinan besar pengunjung lain akan ditipu oleh peniaga. 4. Pada pendapat Encik , apakah cadangan untuk megurangkan keasan negatif di pasar malam ini ? Pada pendapat saya, pihak berkuasa harus menyediakan barangan asas. Tong sampah perlu lebih disediakan di sini supaya pencemaran kurang berlaku. Selain itu, pihak berkuasa harus mengawal harga barangan di sini.

Temu Bual Ketiga Nama: Muhd Ilmi Bin Azian Umur: 38 Pekerjaan : Usahawan

1.Adakah Encik kerap mengunjungi pasar malam ini ? Sebenarnya tidak. Saya hanya mengunjungi pasar malam ini sekali sebulan sahaja.

2.Apakah kepentingan pasar malam di sini ? Terdapat banyak kepentingan . Antaranya ialah pngunjung boleh membeli barangan yang segar. Selain itu, peniaga dapat memasarkan barangan persendirian seperti buah-buahan.

3.Apakah kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di sini ? Pertamanya, terdapat masalah sosial di tempat perniagaan ini. Murid-murid sekolah akan berlepak dan melakukan perbuatan yang menjolok mata di sini selepas waktu persekolahan mereka dan adanya murid sekolah yang melakukan perbuatann vandalisme di sini. Lebih-lebih lagi, terdapat barangan yang tidak berkualiti seperti madu palsu. 4. Pada pendapat Encik, apakah cadangan untuk megurangkan keasan negatif di pasar malam ini ? Pada pendapat saya, pihak berkuasa harus menyediakan barangan asas. Tong sampah perlu lebih disediakan di sini supaya pencemaran kurang berlaku. Lebih-lebih lagi, undangundang mesti diperketatkan untuk menghukum peniaga-peniaga yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang

You might also like