You are on page 1of 8

Rina, Veterinar! Watak-watak 1. Dr. Rina 2. Harimau 3. Zirafah 4. Ikan Mas 5. Hamster 6. Ayam Mula! Dr.

Rina

: Kalau orang sakit, jumpa doktor. Tapi kamu binatang! Kamu binatang! Syoh! Syoh! Syoh! Binatang! Kamu jumpa siapa? Haaaaaaaaaaah? Jumpa saya! saya, Rina! Rina veterinar! Hari-hari jumpa binatang, tapi saya tidak naik berang! Saya suka, sangat suka, sangat gembira merawat binatang..! Hari ini, hari ini, hari.........mau?!?

(Masuk seekor harimau.)


Harimau : Tolong tuan doktor...tolong... Sudah semalaman saya tak dapat tidur...nyut-nyut-nyut! Gigi saya berdenyut! Gigi geraham, susah nak membaham! : Tak mengapa jangan runsing, mari sini berbaring. Bukak mulut. Luas-luas biar nampak jelas! (memeriksa gigi harimau). Hmmm....kamu ni dari mana? Kenapa boleh jadi macam ni..? : Haya hi hahu halik hari hukan hukfha hi hehah! : Apa dia?(sambil mencabut gigi harimau) : Arrghh addoi Sukma!!!!!!!!!! : Ooo....Sukan Malaysia. Mai ke Kedah! Mai makan laksa Kedah! Ha haha!!! Dah siap! : Terima kasih doktor. Boleh tak saya nak tanya sikit? Macamana doktor boleh jadi doktor haiwan ni? Tak susah ke masa belajar? : Kamu nak tahu? Untuk masuk...

Dr. Rina

Harimau Dr. Rina Harimau Dr. Rina Harimau

Dr. Rina

(masuk Zirafah)
Dr. Rina Zirafah Dr. Rina : Eh! Kenapa kamu tiba-tiba masuk ni? : Tadi saya dengar doktor cakap,....... masuk! : Ye ke....hmm...baiklah! mari duduk sini. Awak (kepada harimau) kalau nak tahu tentang kerja saya, duduk di sebelah sana.

(Harimau bangun dan duduk di belakang)


Zirafah Dr. Rina : Dr....., tengkuk saya sakit... : Hmmmm..(memeriksa tengkuk zirafah), kamu tahu tak...leher...

Zirafah

: Saya tahu! Zirafah mempunyai bilangan tulang leher yang sama seperti leher manusia! betul tak? Adduih! : Eh! Macam mana kamu tahu apa yang saya nak cakap? Anyway, kenapa boleh jadi macam ni? : Saya...saya lapar sangat semalam. Saya cari pokok yang tinggi paras leher saya, semua dah takde. Semua dah habis kena tebang! Yang tinggal Cuma pokok renek yang paras lutut saya. Habis, asyik menunduk je 24 jam...sakit la... : Baiklah....(bercakap kepada harimau). Untuk masuk ke program veterinar kamu perlu mempunyai kelayakan yang tertentu. Secara akademiknya, kamu perlu ambil matapelajaran biologi dan perlu lulus cemerlang subjek sains ....Kalau dapat 9 .....

Dr. Rina Zirafah

Dr. Rina

(masuk Ikan Mas)


Ikan Mas Dr. Rina Ikan Mas Dr. Rina : Saya dah sampai! : Alamak! Siapa awak ni? Kenapa tiba-tiba masuk? : Tadi saya dengar Dr. Cakap 9! .giliran saya nombor sembilan... : Baiklah (kepada zirafah), tahan sikit ye,, hmmm...(membetulkan tulang tengkuk zirafah) dah o.k. pergi ambik ubat ye.. : Arrrghhhaaduiii! Wah ! dah lega! Err.. Dr., saya pun berminat nak tahu apa harimau nak tahu..boleh tak saya tunggu? Please...... : Boleh....kamu duduk sana.. : Ewah-ewah, saya doktor ke kamu doktor? Ya! Kamu sakit kat mana? : Eh! Saya buat apa kat sini? Kamu siapa? Bila saya sampai sini? Oh! Aduh! Mulut saya sakit! Tolong! Tolong!

Zirafah

Ikan Mas Dr. Rina Ikan Mas

Dr. Rina, Harimau, Zirafah : Kalau sakit mulut, jangan cakap banyak! Tutup mulut! Ikan Mas Dr. Rina Ikan Mas Dr. Rina Ikan Mas : o.k...(menutup mulut dengan siripnya) : Biar saya tengok..(memeriksa mulut ikan Mas) Macam mana boleh jadi macam ni? Isy! Isy! : Tak ingat la doktor... : Memang sah ingatan kamu ni singkat sangat. ( merawat mulut ikan Mas) : Saya teringin sangat nak makan pisang Mas. Sebab nama nya sama dengan nama saya. Awak tahu tak, emas 916, sekilo berapa harganya sekarang? Mahal tak? Eh! Apasal ada harimau dan zirafah kat belakang tu.

(harimau mengasah kukunya, zirafah menumbuk-numbuk telapak kukunya)

Ikan Mas Dr. Rina

: o.k saya diam. : (kepada harimau dan zirafah) Lepas kamu dah lepas SPM, kamu mohon masuk ke program veterinar di mana-mana universiti, samada tempatan atau luar negara. Kursus veterinar ni macam kursus. Doktor perubatan untuk manusia juga. Tapi kursus ni ikut sistem semester..

(masuk Hamster)
Hamster Dr. Rina Hamster : Dah giliran saya ke? : Belum! Kenapa masuk? : Tadi saya dengar .....ster! hamster la kan? Heheh! Takpe, saya boleh tunggu. (terus duduk di lantai) : Berapa tahun kena belajar di universiti? : Kena belajar matematik tak? : Kalau gagal periksa tahun pertama, mak bapak marah tak? : Diam laa...Hah! Mulut kamu dah saya rawat. Pergi luar ambik ubat. Lepas tu balik rumah berehat! : o.k... tapi saya tak ingat rumah saya kat mana...saya tinggal dalam akuarium ke dalam igloo? Ataupun, saya ni dari masyarakat nomad? Kamu tahu tak? : Huisy! Takpe la!, awak boleh duduk sebelah zirafah tu sementara ni.

Zirafah Harimau Ikan Mas Dr. Rina

Ikan Mas

Dr. Rina

(Ikan Mas duduk di sebelah zirafah)


Hamster : Dr., saya selalu sakit perut. Selalu gatal-gatal. Selalu cirit birit. Badan saya jadi lemah. Nak lari-lari pun dah tak larat. Biasa saya boleh lari dalam roda, 200 pusingan seminit. Sekarang ...

Dr. Rina : Baiklah. Biar saya periksa. Hmm....kamu ni, kecacingan ni... (terus merawat Hamster) Tadi saya cakap apa? ........oh! ye! Secara mentalnya pula, kamu mesti ada perasaan sukakan binatang! Harimau, Zirafah, Hamster Ikan Mas Dr. Rina : Cakap baik sikit! Haiwan! Bukan binatang!

: Mak saya kata saya ni ikan.... : Oh! Maafkan saya..Haiwan...Hmmm apa lagi ye...Hah! Kur...ehhmm (sakit tekak)...Kur...

(masuk ayam)
Ayam Dr. Rina : Saya .....hah...hah...hachummm!!!! : Apasal kamu masuk? Bersin pulak tu?!

Ayam Dr. Rina Hamster Harimau Zirafah Ikan Mas

: Saya dengar Dr. Panggil, Kur...Kur...KurSaya masuk la... : Saya nak cakap kursus! : Hei...tengok tu...paruh dia ada hingus.... : Pengotor la awak ni... : Kalau dah bersin tu cakaplah excuse me ke, ucap syukur ke...apa la.. : Nah! Tisu! Kesat hingus tu...ambik la....eh! apasal saya nak bagi awak tisu ni? Eh! Takpe la ambik la... : Terima kasih...(mengesat hingus)

Ayam

Harimau, Zirafah, Hamster, Dr. Rina : Kamu ada Flu!!!! (takut) Ikan Mas : Flu tu seruling kan? Oooo awak pandai tiup flu ya...pandai main seruling? Boleh main lagu Khidmat Negara tak? Ataupun lagu Menuju Puncak? Gemilang? : Semua ambik face mask dan pakai sekarang!

Dr. Rina

(Kesemua kecuali Ayam memakai face mask) Semua senyap seketika.


Ikan Mas pakai! Dr. Rina Ikan Mas Hamster Ikan Mas Ayam : Eh! Apasal awak tak pakai topeng ni?(kepada Ayam) Yang lain semua pakai! Nah ! ambik ni

: Mas! Jangan bagi! Awak pakai sendiri! : Eh! Nama saya bukan Mas..saya kena pakai ke? takpe ke? : Kalau awak pakai, awak akan nampak lebih jelita.... : Iye? Baiklah.(memakai mask) : Apa semua ni? Tolong la doktor...saya dah seminggu selsema. Tak semestinya semua selsema adalah selsema burung..tolong la rawat saya..saya nak masuk ujibakat program realiti ni! Saya nak jadi penyanyi!... : Sedap ke suara tuuu.....bersin pun lari pitching... : Huish! Tak baik cakap macam tu tau...! : Hei! Hei! Apa ni? Apa ni? Kita tengah dalam situasi yang cemas ni! Awak semua faham tak ? selsema pada haiwan dari keluarga burung amat merbahaya! : Jadi macam mana ni doktor? Nak tolong saya ke tak mau?! (mula nak menangis)....Hachumm!!!! : Kot iye pun doktor, bagi la dia satu topeng muka ke, periksa keadaan dia dulu ke...

Harimau Zirafah Dr. Rina

Ayam

Ikan Mas

Dr. Rina

: Baiklah. Kamu yang lain duduk di sana( menyuruh haiwan selain ayam ke satu sudut). Kamu (kepada ayam), mari sini.

Ayam menghampiri doktor. Ia mengeluarkan sesuatu dari bawah ketiaknya.


Harimau : Dr.! Hati-hati!!!!!!!!!! ( melompat dan menangkap Dr. Rina dan menyebabkan mereka berdua tertiarap di lantai) : Adduh!!! Sakitnya pinggulku...huih! iskh! !!! adduh! Apa kena kamu ni Mak belang? Dah rosak ke pemikiran kamu? : Apa pasal pulak ni!!!! Ha! Ha! Hassyuum! : Dia(kepada ayam) keluarkan sesuatu dari badannya! Jangan-jangan senjata yang berbahaya! Mungkin senjata api! : Ini?(menunjuk ke barang yang dikeluarkan) ini kan minyak cap kapak! Apa la awak ni..bikin saya sakit jantung saje... : Dah! Rimau! Kamu pegi duduk sana dengan yang lain. Addui!!

Dr. Rina

Ayam Harimau

Ayam

Dr. Rina

Dr. Rina mula memeriksa keadaan sang Ayam. Dr. Rina akhirnya mengambil sampel hingus dan darah sang Ayam dan di masukkan ke dalam mesin diagnostik yang canggih.
Dr. Rina : Baiklah. Sampel dari en. Ayam, telah saya masukkan ke dalam mesin diagnostik berkomputer tadi. Kita akan dapat tahu keputusannya nanti. Sementara ni, anggaplah yang kita semua telah mendapat virus selsema dari si ayam...jangan panik! Bukan semua virus selsema burung boleh membawa maut! Hanya virus H5N1 yang paling merbahaya! : Jadi doktor, kami semua ni dah terjangkitlah ye! Makkk!!!! Saya belum nak mati lagi! Maakkkk! Ampunkan dosa saya! ( hendak berlari keluar)

Hamster

Harimau dan zirafah menahan Hamster. Mereka membawa hamster kembali ke tempat duduknya.
Dr. Rina : Jangan panik, jangan takut, setahu saya, virus H5N1 hanya bahaya kepada manusia. Tapi itu tak bermakna, haiwan lain macam kamu semua terkecuali dari mendapat kesannya...

Zirafah Doktor nak menakut-nakutkan kami ke? saya dah nak terkencing ni...

Dr. Rina Toilet ada di sana. Pergi cepat. Saya sudah pun memaklumkan situasi kita kepada pihak kementerian kesihatan dan yang berwajib. Dan...klinik ini telah pun dikepung dan telah dikuarantin daripada orang ramai. Tak percaya tengoklah kat tingkap.

Semua menuju ke tingkap dan meninjau. Zirafah terus ke toilet.


Ikan Mas : Wah! Ramainya kat luar tu...

Ayam Harimau belah bawah... Dr. Rina Ayam Dr. Rina Hamster Harimau Dr. Rina Ikan Mas

: Eh! Apasal mereka semua pakai baju tutup penuh dari hujung kepala sampai ke hujung kaki? : Apa salahnya....kan baik macam tu, dari pakai baju ketat sana, sendat sini, singkat atas,

: Itu adalah untuk memastikan agar mereka tidak dijangkiti virus flu ni. : Lambat lagi ke, keputusan nak keluar? : Sabar..lagi 5 minit je.... : Hacchum! : Hassyium! : Hacchi! : Hiittchiu!

Zirafah baru keluar dari toilet juga bersin. Zirafah : Huussyiu!

Seterusnya ..Semua bersin serentak!


Semua kecuali Ikan Mas dan Dr. Rina Ikan Mas : Habislah kita!!!!!

: Apa yang habis?? Makanan ikan ke?? ataupun bihun sup?

Dr. Rina berpaling ke arah mesin diagnostik. Keputusan ujian telah diperolehi.
Ayam Dr. Rina : Macam mana doktor?!! : Hah! Keputusan ujian ni ....

Tiba-tiba, sang Hamster jatuh dan tidak sedarkan diri.


Ayam : Doktor! Apasal dia tuuu!?

Tiba-tiba Zirafah pula jatuh dan tidak sedarkan diri


Ikan Mas : Aik! Si leher panjang pun pengsan?

Tiba-tiba juga Harimau pula jatuh dan tidak sedarkan diri


Dr. Rina : Hai! Harimau pun pengsan?!!

Tiba-tiba ikan Mas pulak jatuh dan tak sedarkan diri


Ayam :Alamak! Apa dah jadi ni?

Ayam dan Dr. Rina cuba mengejutkan kembali haiwan-haiwan yang pengsan. Mula-mula, mereka berjaya mengejutkan Hamster
Hamster Dr. Rina Hamster Dr. Rina : (menguap). Ye ?ada apa? Kenapa awak berdua kejutkan saya? : Kamu tak apa-apa ke? : Saya memang macam ni. Kalau dah ngantuk, mana-mana pun boleh tidur.. : Hish!! Tidur pulak dia...!!

Dr. Rina dan Ayam berjaya mengejutkan Harimau pula


Harimau Dr. Rina dan Ayam Harimau Dr. Rina Harimau Dr. Rina dan Ayam : Adduh!!! : Hah! Kenapa?? : Sakitnya perut saya...lapar nyaa!!!! : Lapar?!! : Saya kalau terlalu lapar, saya akan tidur, nak bagi hilang senak perut! : Huh!

Mereka berjaya mengejutkan Zirafah pula.


Zirafah : Terima kasih! : Apasal pengsan?!!!

Dr.Rina, Hamster, Harimau dan Ayam Zirafah Dr.Rina Zirafah Semua

: Ni haaa!!(menunjukkan sesuatu di bawah tapak kakinya) : Kulit pisang??? : Ye la!!! Saya terpijak tadi, tergelincir, jatuh kepala terhantuk! Pengsan la kejap! : Oooo!!!! Jadi, Ikan Mas! Kamu pengsan betul-betul ke olok-olok???!!!!

Ikan Mas bangun sambil terpinga-pinga.


Ikan Mas : Saya tak pengsan. Saya tengok yang lain baring, saya pun baring lah! Ingatkan kena baring...sori...he..he..he.. Dr. Rina : Sudah! Dengar sini semua! (membaca keputusan ujian sampel hingus dan darah Ayam di kertas) Negatif untuk selsema burung! Atau bird flu! Maknanya kita semua o.k tak apa-apa!!! Ayam Cuma salah makan je....alahan saja...allergik! (mengucap syukur) : Yeaaahhhh!!! Syukur!!!! Yahoooo!!! Hip-hip horreeeiii!!!!

Semua yang lain

Ikan Mas Harimau Zirafah Hamster Ayam Dr. Rina Semua Dr. Rina

: Jangan-jangan terlalu suka, suka-suka akibatnya duka... : Mari kita bersamalah sama... : Membaca amalan yang mulia! : Adik-adik dan kawan-kawan! : Membacalah buku pelajaran! : Suratkhabar dan buku cerita.. : Untuk faedah kita semua! Membaca amalan yang mulia!!! : Jadi ingat semua...belajrlah rajin-rajin, dengan ilmu, kita dapat membantu menjadikan negara kita bertambah maju dan jaya! : Betull tu!!! : Saya nak balik mana ni???

Semua yang lain Ikan Mas TAMAT.

You might also like