You are on page 1of 1

Impak globalisasi terhadap sistem pendidikan negara. Impak boleh didapati dalam bentuk positif mahupun negatif.

Untuk Impak positif globalisasi terhadap sistem pendidikan negara yang pertama ialah, meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan. Menerusi proses globalisasi, kita dapat lihat perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan itu sendiri selaras dengan keadaan semasa. Melalui perubahan ini, sistem pendidikan sedia ada mampu diperbaiki setelah diteliti segala aspek kelemahan yang ada dengan sistem pendidikan yang baharu yang lebih baik, sekaligus memantapkan lagi kualiti pendidikan di negara kita. Yang kedua ialah,meningkatkan kesedaran berkenaan dengan kepentingan sistem pendidikan negara dalam arus globalisasi kini. Hal ini kerana, globalisasi memerlukan sesuatu yang baharu seiring dengan pergerakan arusnya yang sekaligus mampu menghasilkan sistem pendidikan yang lebih baik dan boleh terima sejagat. Dengan ini, pendidik dan pelajar yang terlibat mampu dan lebih bersedia menghasilkan sesuatu produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan permintaan pasaran global. Yang ketiga ialah, meningkatkan aktiviti penyebaran teknologi maklumat. Ini bermakna, sistem pendidikan negara dapat dipertingkatkan dan terdedah dengan kemasukan teknologi maklumat yang dikongsi oleh negara luar yang lebih maju seperti Amerika dan Jepun. Ini sesuatu yang baik kerana menerusi penyebaran dan perkongsian teknologi maklumat, kita mampu menghasilkan sistem pendidikan yang setanding dengan negara luar. Manakala, dalam aspek impak negatif kewujudan arus globalisasi terhadap sistem pendidikan negara pula, ialah berlaku penindasan berikutan berlakunya perkongsian teknologi maklumat. Fenomena ini terjadi di antara negara kaya dan miskin, yang mana negara miskin memerlukan bantuan menerusi negara kaya untuk memantapkan lagi sistem pendidikan mereka setelah menyedari bahawa melalui pendidikanlah mereka mampu mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara mereka. Dan, menerusi pertukarana ini, ia memerlukan negara miskin untuk mengorbankan apa sahaja yang menjadikan mereka ditindas oleh negara kaya yang hanya mengutamakan kepentingan mereka sahaja. Antaranya ialah dengan merampas sumber dan kepentingan yang ada di negara miskin untuk majukan sistem pendidikan negara mereka sendiri sahaja.

You might also like