You are on page 1of 26

Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

7 Cara
Mengatasi Masalah
Kekurangan Wang

THINKERICH

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih berinspirasi dan


terkini tentang motivasi kekayan, motivasi kewangan dan
motivasi diri, sila lawati Blog

www.PemikirKaya.com

Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

THINKERICH ENTERPRISE

7 Cara Mengatasi
Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Diterbitkan oleh : Thinkerich Enterprise


Untuk www.BajetWang.com
E-mel : info@bajetwang.com

Hakcipta © Khairulnahar a.k.a Thinkerich 2008

Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga
bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
penerbit.

Edisi Pertama November 2008

Kandungan eBook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat


umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai
mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang
dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin
dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta
penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya
nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat
profesional dari pakar yang berkelayakan.

Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih
berinspirasi, sila lawati www.pemikirkaya.com

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Pendahuluan

Kekurangan wang bukanlah suatu masalah sebenarnya. Ia hanyalah kesan


dan akibat daripada kesilapan anda dalam menguruskan wang. Ianya berkait
rapat dengan tingkah laku dan tabiat anda ke atas wang dan bagaimana anda
menggunakannya.

Apa yang pasti mengalami masalah kekurangan wang adalah saat paling
sukar dalam hidup ini. Apa tidaknya dalam dunia serba moden hari ini segala-
galanya memerlukan wang. Bermula daripada anda bangun tidur di siang
harinya sehinggalah anda kembali tidur pada malamnya, semuanya
memerlukan wang.

Bagi kebanyakan orang berhadapan dengan masalah kekurangan wang adalah


perkara yang paling merunsingkan fikiran mereka. Semakin difikirkan perkara
ini, maka semakin buntulah fikiran mereka.

Dalam dunia hari ini kita semua dapat lihat bahawa lebih banyak masalah itu
berpunca daripada masalah kekurangan wang. Kes penceraian, kecurian,
rompakan, penipuan, salah guna kuasa, peras ugut, rasuah dan pelbagai
masalah dan gejala sosial lain lagi berpokok pangkal daripada perkara ini.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah masih ada sinar harapan untuk anda
keluar daripada belenggu ini? Bagi saya, ianya sudah tentu ada! Tiada
masalah yang tidak dapat diselesaikan selagi ada kemahuan dan
kesungguhan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memahami


kedudukan kewangan anda secara menyeluruh. Anda perlu tahu di mana
tahap kewangan anda, apa matlamat kewangan anda, dan apa pula
perancangan yang perlu anda buat untuk memastikan tindakan dapat
dilakukan selaras dengan matlamat kewangan anda. Untuk itu anda perlulah
memahami istilah kewangan dalam pengurusan wang anda. Perkara ini
penting untuk anda laksanakan supaya anda tidak terkeliru apabila
berhadapan dengan aset dan liabiliti. Dengan memahaminya adalah lebih
mudah untuk anda menguruskan dan merancang aliran wang anda. Perkara
ini akan dibincangkan dalam Cara#1.

Perkara kedua setelah anda memahami istilah kewangan, anda perlu


menguruskan wang anda dengan cara yang betul. Ramai yang merasakan
bahawa selama ini mereka telah menguruskan wang mereka dengan betul
tetapi perkara sebaliknya berlaku. Maka tidak hairanlah terlalu ramai orang
Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com
Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

sering menghadapi masalah kekurangan wang. Anda akan mempelajari cara


menguruskan wang dengan terperinci dalam Cara #2.

Perkara ketiga sudah tentunya adalah dengan meningkatkan pendapatan anda


kerana apabila mengalami kekurangan wang, anda tidak boleh hanya duduk
diam dengan kaedah ‘berjimat cermat’ sahaja seperti mana saranan popular
sesetengah pihak. Berjimat cermat adalah langkah dan tindakan sementara
supaya anda dapat bertahan dalam keadaan kekurangan buat masa itu.
(tetapi ianya langkah berterusan yang perlu diambil oleh anda sebaik sahaja
anda mengatasi masalah kekurangan wang agar ianya tidak berulang!)
Sebaliknya anda perlu bertindak pantas dan segera menambah pendapatan
wang anda. Anda akan ditunjukkan bagaimana cara yang terbaik untuk
meningkatkan pendapatan wang anda dalam Cara #3.

Perkara keempat, setelah meningkatkan jumlah wang yang anda ada, sudah
tentulah langkah seterusnya adalah membuat simpanan. Tahukah anda tanpa
melakukan simpanan, cita-cita anda untuk bebas daripada masalah
kekurangan wang adalah mustahil! Ianya tak ubah seperti “Menunggu Bulan
Jatuh Ke Riba!” Ini kerana hanya dengan simpanan sahaja yang akan dapat
membuatkan anda sentiasa memiliki wang. Tak begitu? Logik bukan! Apabila
anda mulai menyimpan bermakna anda sentiasa mempunyai wang. Anda
bakal didedahkan dengan pelbagai strategi dan kaedah simpanan yang akan
membantu anda mengatasi masalah kekurangan wang anda dalam Cara #4.

Perkara kelima pula adalah kesinambungan hasil daripada simpanan yang


anda bentuk. Sekiranya anda simpan sahaja wang anda tanpa usaha untuk
menggandakannya, adalah mustahil untuk anda dapat lari daripada masalah
kekurangan wang. Anda perlu tahu di manakah wang anda harus disimpan
agar ianya dapat memberikan pulangan yang menguntungkan. Anda akan
mengetahui caranya dalam Cara #5.

Perkara keenam adalah perkara paling penting untuk anda ambil tahu dan
memahaminya. Saya percaya sepertimana kebanyakan orang lain, anda juga
tidak boleh lari daripada melakukan pinjaman dan membuat hutang. Ini
kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk anda memiliki kenderaan atau
rumah kediaman secara tunai jika anda sendiri mengalami masalah
kekurangan wang. Malangnya hutang inilah yang menjadi faktor utama
kepada masalah kekurangan wang yang sedang anda hadapi sekarang.
Percaya atau tidak, sama ada anda sedar atau tidak, itulah realiti dan
kebenarannya. Jadi anda akan lebih memahami sekiranya anda mengikuti apa
yang saya sarankan, agar berhenti dan hapuskan hutang anda dengan segera
di dalam Cara #6.

Perkara ketujuh dalam ebook ini juga akan menyedarkan kepada anda
bahawa dalam dunia kewangan ini jika anda tidak prihatin dan tiada asas

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

pendidikan mahu pun ilmu kewangan yang kukuh anda mungkin mengalami
masalah kehilangan wang pula. Sudah tentu apabila anda kehilangan wang
maka sudah pasti anda akan berada dalam kedudukan kekurangan wang!
Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Cara #7.

Kesimpulannya, hasil daripada ketujuh-tujuh cara berkenaan, saya selitkan


juga cara terkahir yang merupakan prinsip yang mesti anda pegang
sepenuhnya jika ingin mengatasi masalah kekurangan wang.

Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan serta saudara saudari yang saya kasihi
sekalian, tanpa kita perlu melengahkan masa, apa kata kita mulakan mencari
jawapan ke arah penyelesaian ‘7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan
Wang’.

Selamat membaca!

Semoga berjaya!

Salam kekayaan,

Thinkerich
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Blogger Motivasi Kekayaan & Kewangan Peribadi

www.PemikirKaya.com

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

CARA # 1

FAHAMI ISTILAH KEWANGAN

Boleh dikatakan ramai di kalangan mereka yang mengalami masalah


kewangan pada hari ini tidak tahu dan mungkin tidak pernah ambil tahu
tentang makna dan istilah kewangan yang sebenarnya dalam kehidupan
mereka.

Apa yang mereka tahu, apabila memperolehi wang, mereka hanya tahu belanja
dan menghabiskannya sahaja. Sekiranya terdapat sesuatu perkara yang
berada di luar kemampuan mereka, maka jalan penyelesaian yang mereka
ambil adalah dengan membuat pinjaman atau berhutang.

Malangnya ada juga segelintir di antara mereka ini yang begitu arif tentang
istilah berkenaan, bahkan begitu cekap dalam menguruskan kewangan orang
lain terutama majikan mereka, seperti Akauntan, Pegawai Kewangan,
Pengurus Kewangan dan sebagainya yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan kewangan, tiba-tiba menjadi hilang arah sebaik sahaja
berhadapan dengan pengurusan wang milik mereka sendiri.

Memiliki pendapatan yang besar sekalipun tidak akan menjamin anda


menyelesaikan masalah kekurangan wang, apatah lagi untuk mencapai
‘kebebasan kewangan’!

Mengapa?

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Memahami Liabiliti

Seperti yang telah dinyatakan, liabiliti merupakan sesuatu yang anda


tanggung. Ini merangkumi bil-bil yang belum dilangsaikan seperti kad kredit,
pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan anda dengan banyaknya. Untuk


mengatasi masalah kekurangan wang, anda perlulah mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan liabiliti anda dengan melangsaikan segala bentuk
hutang dan tanggungan anda dengan secepat mungkin.

Sekiranya anda masih berhutang, anda terpaksa membayar faedah hutang


tersebut. Lebih lama anda mengekalkan liabiliti anda, maka semakin tinggilah
beban hutang yang anda perlu tanggung!

Ini terjadi apabila anda gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi
berbanding caj faedah yang perlu dibayar.

Sekiranya anda merujuk kembali pada Jadual 1, anda akan mendapati


bahawa Amir mempunyai Nilai Bersih pada kadar NEGATIF (-)!

Ini menunjukkan bahawa Amir perlu mengambil tindakan SEGERA bagi


memulihkan kedudukan Nilai Bersih kewangan dirinya. Jika tidak beliau akan
terus berada di dalam masalah kewangan yang serius sepanjang masa.

Nilai semasa rumah anda (harga pasaran semasa) adalah ASET;

manakala baki pinjaman perumahan pula adalah LIABILITI.

Katakanlah rumah anda kini bernilai RM150,000,


tetapi baki pinjaman anda adalah RM100,000.

Ini bermakna EKUITI rumah anda adalah RM50,000!

Anda mungkin tidak dapat melihat kedudukan Nilai Bersih kewangan anda
sekiranya anda tidak melakukan perkara yang sama seperti Amir. Apa kata
anda dapatkan sebatang pen dan kertas dan lakukan perkara yang sama
seperti Jadual 2 di bawah.

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

CARA # 2

MULAI MENGURUS WANG ANDA

Mendapatkan wang adalah perkara yang pertama, dan


keduanya adalah menguruskannya.
Anda tidak boleh memiliki yang pertama,
sekiranya anda tidak melaksanakan perkara kedua.
-Thinkerich

“Dari mana harus saya mulakan?”

“Saya selalu kehabisan wang! Kadang-kadang belum sempat setengah bulan,


poket sudah kosong!”

“Baki di mesin ATM (Auto Teller Machine) tinggal RM10.32 sahaja!”

Itulah soalan dan keluhan yang sering saya dengari setiap kali memberi
khidmat runding kewangan kepada mereka yang menghadapi masalah
kekurangan wang.

Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama?

Saya hampir dapat meneka apa jawapan anda!

Jawapannya adalah, Ya!

Kenapa saya berani berkata demikian?

Ini kerana anda sedang membaca ebook ini ☺!

Benar bukan?

Baiklah bagi mengurangkan tekanan darah anda daripada terus meningkat


pada paras berbahaya, biar saya jelaskan kepada anda.

Sebenarnya tiada cara lain yang boleh membantu anda menyelesaikan


masalah ini melainkan anda duduk bertenang dan mulai belajar dan ambil
tahu tentang cara sebenar mengurus wang anda.

Ya, saya ulangi sekali lagi! “Cara sebenar!”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Untuk mempunyai kawalan ke atas wang anda, maka anda MESTI


menguruskan wang anda terlebih dahulu!

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah kekurangan wang sering


memberi alasan berikut;

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup


untuk diuruskan.”

Inilah masalahnya jika anda juga bersependapat dengan kenyataan ini. Anda
telah melihat dan berfikir dengan cara yang tidak betul sepertimana tidak
betulnya anda menguruskan wang anda. Anda mungkin hanya akan berkata
seperti berikut;

“Apabila saya mempunyai wang yang banyak,


barulah saya akan mengurus wang saya.”

Saya ingin bertanya kepada anda secara jujur,

“Bolehkah anda mendapatkan wang yang banyak sekiranya jumlah


wang yang kecil pun tidak mampu anda uruskannya dengan baik?

Sudah pasti tidak!

Jika anda terus membina alasan ini di dalam fikiran anda, saya percaya
sampai bila-bila pun anda tidak dapat mengatasi masalah kewangan anda.

Sebaliknya kenyataan yang sepatutnya anda pegang dan yakini ialah;

“Sebaik sahaja saya mulai mengurus wang, maka saya akan


mempunyai lebih banyak wang untuk diuruskan!”

Nah! mulai sekarang anda kena tukar cara berfikir anda berdasarkan
kenyataan dan realiti hidup yang sebenarnya, bukannya dengan terus
memberi alasan seperti sebelum ini!

Ingat !

Orang Kaya sering mencari jawapan dan bertindak menyelesaikan sesuatu


perkara tetapi orang Miskin hanya tahu merungut dan memberi ‘Alasan’
sepanjang masa.

Sebab itulah mereka terus berada dalam kemiskinan!

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

CARA # 3

TINGKATKAN PENDAPATAN ANDA

Baiklah setelah kita telah faham konsep pengurusan wang yang


betul pada bab sebelumnya, kini barulah anda boleh memulakan
usaha untuk meningkatkan jumlah pendapatan anda.

Namun begitu, setiap kali membicarakan tentang meningkatkan


pendapatan, sudah pasti tergambar di fikiran kita untuk mencari
pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan.

Perkara ini adalah lumrah dalam kehidupan masa kini! Jika ditanya tentang
pekerjaan seseorang, sudah pasti pertanyaan berikut diajukan terlebih
dahulu;

“Berapa gaji atau pendapatan anda?”

Kenapa soalan ini begitu popular?

Jawabnya, sudah pasti kerana wang!

Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita, malah ada
yang menyamakan kejayaan dengan wang ringgit dan menyangka semua
masalah boleh diselesaikan dengan wang.

Seringkali kita menganggap seseorang yang menerima pendapatan bulanan


yang tinggi dan lumayan adalah golongan yang berada dan kaya raya.

Sebaliknya golongan yang di ‘anggap kaya’ ini pun menghadapi masalah


kewangan yang sama dan kadangkala lebih teruk daripada yang anda
sangkakan.

Oleh itu, pergantungan kewangan bukanlah semata-mata membabitkan


jumlah wang di tangan anda tetapi lebih kepada kebijaksanaan anda
mengendalikan wang tersebut.

Ada pula yang menyatakan “wang bukanlah segalanya, tetapi segala-galanya


memerlukan wang”.

Inilah kenyataan sebenar hidup di zaman serba moden ini. Kekurangan wang
menjadi satu perkara biasa.

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Masalah ini tidak akan berkesudahan jika kita tidak cuba mencari
penyelesaiannya. Ramai yang beranggapan untuk menyelesaikan perkara ini
ialah dengan berusaha mendapatkan wang yang lebih besar jumlahnya.

Lumrahnya sama ada berpendapatan tinggi, sederhana mahu pun kecil,


masalah kekurangan wang masih tetap dialami.

Bagaimana perkara sebegini ini boleh terjadi?

Pada kebiasaannya, setiap kali berurusan dengan wang, apa yang bermain di
dalam fikiran kita hanyalah dua perkara iaitu,

Pertamanya ;

“ Bagaimana untuk kita mendapatkan wang? ”

Keduanya ;

“ Kemana kita hendak belanjakannya? ”

Itu sahaja!

Kebiasaannya dalam anda memenuhi keperluan diri dan keluarga, apa yang
selalu terjadi adalah situasi di mana perbelanjaan sentiasa melebihi
pendapatan. Maka tidak hairanlah wang anda sentiasa tidak mencukupi!

Adalah tidak salah untuk memenuhi kehendak atau kemahuan anda tetapi
harus diingat ianya hanya boleh dipenuhi jika anda merancang cara
memperolehinya, menyimpan seperti mana kaedah pengasingan yang telah
saya nyatakan sebelum ini.

Saya ingin memetik kata-kata billionaire, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,
tokoh korporat Melayu, dalam satu temu bual yang telah dibuat dengannya
oleh pihak media. Di antara kata-katanya yang ingin saya petik untuk kita
semua jadikan pegangan adalah;-

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Dimanakah Wang Saya Harus Di Simpan?

Ini merupakan soalan yang sering menjadi tanda tanya


dikalangan kita semua!

Apakah ianya harus disimpan didalam tabung buluh, tin,


atau tabung simpanan yang dijual di kebanyakan kedai?

Atau disimpan sahaja di bawah tikar, bawah bantal atau bawah permadaini di
dalam bilik anda?

Tunggu!

Sebelum anda ambil apa-apa tindakan, anda perlu tahu dan mengambil kira
keselamatan wang simpanan/tabungan tersebut serta matlamat simpanan
anda.

Adalah lebih baik anda simpan di Bank yang berlesen kerana deposit anda
akan diinsurankan oleh Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM)
sehingga had perlindungan RM60,000.

Jadi sebelum membuka akaun simpanan di sesebuah bank, anda perlu


pastikan bahawa bank tersebut merupakan bank atau institusi kewangan
yang bernaung di bawah PIDM. Kebiasaannya pemberitahuan perkara tersebut
dinyatakan di pintu masuk sesebuah bank.

Baiklah jika anda ingin menyimpan di dalam Akaun Simpanan, anda harus
sedar bahawa wang yang anda simpan dalam akaun simpanan biasa akan
di’makan’ oleh INFLASI!

“Apa itu Inflasi?, mungkin ada dikalangan anda bertanya!

Saya akan jelaskannya pada Cara#7 dalam ebook ini nanti, atau anda juga
boleh dapatkan jawapannya di www.PemikirKaya.com

“Jadi bagaimana kesan Inflasi ke atas wang simpanan saya dalam akaun
simpanan?” anda mungkin bertanya lagi.

Ini kerana akaun simpanan hanya memberikan faedah atau dividen tahunan
kurang 0.2% setahun apa akan jadi jika sekiranya kadar Inflasi negara pula
berada pada kadar 3% hingga 5% setahun!

Jika keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak menentu kadar
inflasi mungkin akan meningkat dengan lebih tinggi.

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

CARA # 5

GANDAKAN WANG ANDA

Baiklah setelah anda mengetahui akan pentingnya simpanan dalam bab yang
terdahulu, kini tibalah masanya untuk anda menggandakan simpanan
tersebut.

Ini kerana anda perlu sedar bahawa simpanan yang dibuat di


tempat yang tidak betul akan mengakibatkan anda kehilangan
nilai ke atas wang tersebut kerana dihakis oleh inflasi! Ianya
tidak ubah seperti perbuatan yang sia-sia!

Maka di sini anda perlu merancang dan menggandakan wang


anda dengan cara yang betul. Apabila disebut penggandaan tentang wang,
saya tidak nampak cara lain yang paling baik untuk menghasilkannya
melainkan melalui pelaburan.

Pelaburan adalah asas kepada kekayaan anda. Tanpanya langkah menuju


kekayaan akan memakan masa yang amat panjang. Pelaburan seolah-olah
roket yang mempercepatkan proses pengumpulan kekayaan anda.

Pelabur terkaya di dunia yang juga manusia nombor satu terkaya di dunia
bagi tahun 2008, sebagaimana yang dilaporkan oleh Forbes iaitu Warren
Buffet, pernah berkata;

“Janganlah berfikiran bahawa anda boleh menjadi seorang KAYA


sebelum anda menjadi seorang pelabur. Anda perlu BELAJAR untuk
menjadi seorang Pelabur jika anda ingin menjadi seorang KAYA”

Maka jelaslah di sini untuk mengumpul kekayaan anda mesti memulakan


asas PELABURAN dalam setiap perkara dan tindakan yang melibatkan wang
anda. Oleh itu, mari kita lihat apakah asas pelaburan yang perlu anda pelajari
untuk anda mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan wang
anda!

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Apakah Jenis-Jenis Faedah?

Apabila anda terlibat dengan hutang mahu pun pinjaman perkara utama yang
perlu anda fikirkan terlebih dahulu adalah berkenaan faedah yang dikenakan.
Tidak ramai di antara kita yang mengambil tahu tentang perkara ini.
Kebanyakan daripada kita apabila melibatkan pembiayaan pinjaman, mereka
mahukan nilai pinjaman yang tinggi.

Jika boleh mereka mahukan nilai pinjaman penuh 100%, tempoh pinjaman
yang panjang dan yang paling penting pada mereka ialah ansuran bulanan
yang paling rendah yang perlu dibayar oleh mereka.

Mereka berpendapat, jika ansuran bulanan yang dikenakan rendah maka


mereka mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan yang lain.

Tetapi tahukah anda? Semakin panjang tempoh pinjaman anda maka


semakin besar jumlah wang yang perlu anda bayar kepada pihak bank.

Ini belum lagi mengambil kira bentuk faedah yang dikenakan. Terdapat empat
jenis dan bentuk faedah yang biasanya dikenakan oleh bank kepada para
peminjam. Yang manakah lebih baik dan menguntungkan anda?

Cuba kita lihat contoh di bawah:-

Faedah Kadar Tetap

Pada asasnya kadar tetap dikira berdasarkan kepada jumlah tahunan


dan fedah tetap yang dikenakan.

Harga jualan kenderaan : RM50,000.00


Tempoh pinjaman : 9 Tahun
Faedah : 5%
Harga termasuk faedah : RM72,500.00

(RM50,000 x 5% x 9 tahun + RM50,000.00)

Ansuran bulanan : RM672.00


Jumlah faedah : RM22,500.00
Peratusan faedah : 45% daripada nilai pinjaman

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

CARA # 7

JAGALAH WANG ANDA DARIPADA KEHILANGAN

"TAMAK itu adalah apabila kita membuat terlalu banyak duit dengan masa
yang terlalu singkat, dengan terlalu banyak cabang dan dengan kemahiran
yang terlalu rendah."

~ Peter Spann,
Penulis buku “From Broke to Millionaire in just 7 years”

Baiklah kini kita telah sampai pada cara ke 7, untuk


mengatasi masalah kekurangan wang anda! Kenapa anda
perlu jaga wang anda daripada kehilangan? Jawabnya
mudah!

Kerana sejarah menunjukkan di luar sana terlalu ramai penyangak yang ingin
mengambil kesempatan di atas kelemahan dan ketamakan orang lain!

Namun anda bertuah, kerana sebagai pembaca eBook ini, anda sekurang-
kurangnya tahu dan mula berwaspada dengannya!

Mari Jadi Kaya Dengan Cepat!

Wah, satu saranan yang amat mengujakan anda!

Apa yang sedang anda fikirkan sebaik mendengar saranan ini?


Mungkin anda terfikir bahawa saya akan menunjukkan kepada anda
langkah dan kunci untuk mencapai kekayaan dengan segera!

Lagi pun, bukankah ebook ini berkisar tentang cara-cara untuk mengatasi
masalah kekurangan wang, maka adalah penting untuk didedahkan cara
untuk menjadi kaya dengan cepat!

Maafkan saya, kerana saya tidak dapat memenuhi impian anda itu. Sebaik
mendengar “Menjadi Kaya Dengan Cepat!”, jangan terlalu ghairah dengannya.

Apabila anda mendengar seseorang melaung-laungkan kata-kata hebat


seperti ini, saya minta anda cepat-cepat sedarkan diri anda daripada lamunan.

Mengapa? Anda mungkin bertanya!

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com


Versi SAMPLE “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”

DAPATKAN VERSI LENGKAP DI

http://www.bajetwang.com

- Masih banyak cara dan kaedah yang perlu anda


pelajari dan amalkannya…

- Anda mesti membaca versi penuh yang lebih


PADAT!

Pesan Sekarang
KLIK DI SINI

Hak Cipta Terpelihara © BajetWang.com

You might also like