You are on page 1of 36

http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2011_07_01_archive.

html

Karangan : Kecurian kenderaan - punca dan langkah mengatasi


Isu : Kecurian kenderaan Kehendak Soalan : Punca dan langkah mengatasi. Pendahuluan

kenderaan dilarikan daripada pemilik yang sah motosikal, kereta, lori kenderaan dicuri - untuk dijual bagi mendapatkan duit, komponennya sebagai alat ganti, digunakan untuk melakukan jenayah lain Punca 1. kecuaian pemilik kenderaan

meninggalkan kunci kenderaan tidak mematikan enjin kenderaan untuk urusan tempoh pendek. meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan - kereta meletak kenderaan di tempat sunyi dan gelap meletak kenderaan di kawasan terlindung lokasi kecurian kenderaan - kompleks beli belah, tempat letak kenderaan hotel 2. ketiadaan ciri-ciri keselamatan tambahan pada kenderaan

tiada penggera / penggera yang rendah kualitinya tiada kunci / mangga tambahan bagi motosikal tiada pengunci gear, pengunci stereng 3. permintaan tinggi untuk alat ganti kenderaan terpakai

alat anti terpakai mempunyai permintaan tinggi - menjimatkan kos kerana harga lebih murah berbanding alat ganti tulen pelumba motosikal haram - curi motor untuk dapatkan alat ganti. terdapat sindiket yang berkerjasama dengan pemilik bengkel haram yg. sanggup membeli alat ganti yang dicuri. Langkah mengatasi 1. Pemasangan alat keselamatan tambahan

penggera , kunci tambahan untuk roda, 'gear' dan 'klac' sistem pengesanan kenderaan(GPS) boleh kesan kedudukan kenderaan ukir nombor pendaftaran kederaan pada bahagian yang mudah dilihat - cermin sisi 2. Berhati-hati

letak kenderaan di kawasan yang dikhaskan letak kenderaan di kawasan terang dan mudah dilihat oleh orang ramai

memastikan kenderaan telah dikunci 3. pemantauan pihak berkuasa

kerap meronda kawasan panas kerap adakan operasi mengesan kenderaan curi pencuri bimbang, takut

Kelemahan ketara pelajar dalam karangan ialah aspek isi-isi karangan.Ini sebahagian sahaja isi yang sempat difikirkan. Banyak lagi idea yang boleh memantapkan huraian. Baiki segera kelemahan. Banyak sumber untuk rujukan. Cuma mahu ambil tahu atau tak mahu layan.

di 1:16:00 PM Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Karangan.

http://nsembilan.uitm.edu.my/V2/images/stories/keselamatan/akta6.pdf

PANDUAN KESELAMATAN PENCEGAHAN JENAYAH


KECURIAN KENDERAAN
Tempat-tempat di mana kecurian berlaku Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini. CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA: Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik. Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentisa dikunci. Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu. Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta. Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting) CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL: Letak motosikal di tempat yang dikhaskan. Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu. Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri. Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

http://sarjana.tripod.com/cemar1.html PENGENALAN Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' . Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini . Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ? Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit . Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini . Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah . Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini . Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Jenis-jenis pencemaran Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: a. Pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . b . Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . c . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Kesan-kesan Pencemaran

Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton . Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut . Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati . Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat . http://cgsyed.blogspot.com/2012/05/v-behaviorurldefaultvmlo_24.html

Kempen berbasikal 2012 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia


S. M. 23 Mei 2012 MOHAMED IDRIS

BERBASIKAL merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar. Sehubungan itu, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sejak 2006, CAP dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah menganjurkan 11 Kempen Berbasikal di Pulau Pinang, Butterworth, Alor Setar, Ipoh, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kangar, Jawi dan Balik Pulau. Setiap kali kempen diadakan, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Kami berasa amat gembira apabila melihat kempen yang dianjurkan oleh pihak kami berjaya menarik minat pelbagai NGO di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis dan kami menggalakkan mereka menganjurkan acara berbasikal atas inisiatif mereka sendiri di bandar mereka sendiri. Malah bilangan mereka yang menggunakan basikal turut meningkat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka dan semoga dapat menganjurkan lebih banyak acara untuk menggalakkan lagi orang ramai berbasikal. Aktiviti berbasikal telah dipraktikkan sebagai satu bentuk senaman dan rekreasi tetapi CAP ingin melihat berbasikal ini sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar. Kempen Berbasikal ini akan diadakan pada hari Ahad, 15 Julai 2012, jam 8.00 pagi, bermula di tepi Dewan

Milenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Para peserta akan berbasikal melalui jalan-jalan di sekitar Pekan Kepala Batas dan berakhir di tempat permulaan dengan jarak keseluruhan perjalanan sejauh 10 kilometer.

Tujuan kami mengadakan kempen tersebut adalah kerana sebab-sebab yang berikut:- Rakyat Malaysia dikatakan kurang mengamalkan senaman dan melalui kempen ini secara tidak langsung membolehkan mereka berbasikal untuk ke sekolah dan ke tempat kerja serta untuk bergerak dalam jarak yang dekat. - Dengan berbasikal juga akan meningkatkan kesihatan kerana berbasikal secara tetap menjadikan kita kurang menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan penyakit lain (Sumber: British Heart Foundation).

- Basikal adalah murah, mudah, boleh dipercayai dan bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan bil minyak serta murah untuk diselenggara. - Apabila rakyat sihat, kerajaan juga dapat berjimat dari segi belanjawan kesihatan kerana rakyat yang sihat tidak perlu lagi berjumpa doktor serta dapat menjimatkan wang dan meningkatkan produktiviti. - Basikal tidak mencemar (dan juga lebih senyap), tidak seperti kereta, yang menghasilkan berjuta tan asap beracun dan merupakan punca utama pencemaran udara di Malaysia. Oleh itu berbasikal membantu mengekalkan udara yang lebih bersih bagi pernafasan, dan mengurangkan pencemaran bunyi. - Basikal menggunakan sedikit ruang di jalan raya, tidak seperti kereta, yang menelan berbilion ringgit wang orang awam untuk membina lebuh raya, jejambat dan tempat meletak kereta bertingkat. Oleh itu, berbasikal menjimatkan tenaga dan ruang, serta melindungi seseorang daripada kesan penggunaan automobil yang merosakkan kesihatan. Kami mendapati bahawa kempen ini telah menjadi satu platform bagi rakyat daripada semua kumpulan etnik dan lapisan masyarakat untuk bergaul dan beramah mesra sebelum dan selepas berbasikal yang secara tidak langsung mewujudkan semangat muhibbah serta semangat kesukanan untuk semua. Berdasarkan kepada perkara di atas, kami bercadang

untuk menganjurkan Kempen Berbasikal di pelbagai bandar, luar bandar dan kawasan perumahan di seluruh negara dalam usaha untuk mempopularkan basikal sebagai satu bentuk sukan rekreasi dan satu bentuk pengangkutan. Banyak kebaikan yang dapat diperolehi daripada berbasikal yang bukan hanya untuk tubuh yang sihat sahaja tetapi juga dapat melindungi alam sekitar, menjimatkan minyak dan wang. Apa yang kerajaan boleh lakukan:- Menyediakan lorong untuk basikal yang selamat di semua jalan raya dan lebuh raya baru. - Mengubah suai bebendul jalan untuk memudahkan laluan basikal dan pejalan kaki. - Mengadakan papan tanda basikal yang jelas pada laluan basikal. - Memperkenalkan reka bentuk jalan raya yang menggalakkan keselamatan dan persekitaran yang sempurna bagi berbasikal. Ini perlu dimasukkan langkah-langkah meredakan lalu lintas untuk mengurangkan kelajuan kereta. - Melindungi keselamatan penunggang basikal. Ini boleh dijalankan, misalnya, dengan mengehadkan penggunaan kenderaan bermotor di jalan raya pada waktu sibuk.

- Menyediakan ruang meletak basikal yang selamat, mudah dan percuma bagi penunggang basikal. - Memperkenalkan program perkongsian basikal awam dengan membina tempat meletak basikal secara layan diri di kawasan bandar untuk kemudahan pelancong dan penduduk tempatan untuk bergerak di sekitar bandar dengan lebih cepat. Program perkongsian basikal telah berjalan dengan baik di Eropah, Amerika Syarikat dan terbaru di HangZhou, China. - Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam Kempen Berbasikal ini dengan menggunakan basikal biasa, basikal lumba, dan basikal bukit. Kempen ini juga adalah percuma.
S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

http://temerlohpahang08.blogspot.com/

Basikal adalah cara berulang-alih dengan murah - ia juga adalah bagus untuk alam sekitar dan kesihatan diri. Masalah sekarang adalah kita takut membawa basikal di jalanraya. Artikel: Kita harus membina jalan/lorong basikal serta tempat letak basikal (di mana tuan punya boleh mengunci basikal mereka di tempat letak basikal tersebut) Lorong pejalan kaki juga harus disediakan. Kini hanya jalanraya untuk kereta dan motosikal sahaja ada. Jika jalan kaki pun akan terpaksa berjalan di atas jalanraya sama atau berjalan atas rumput/celah. Basikal adalah cara berulang-alih dengan murah - ia juga adalah bagus untuk alam sekitar (tiada pencemaran), dan juga merupakan aktiviti baik untuk kesihatan diri. Masalah sekarang adalah kita takut membawa basikal di jalanraya di Temerloh, yang semakin lama lebih banyak kenderaan yang bergerak laju. Sangat bahaya...dan inilah sebabnya jarang kita melihat pemandu basikal.

Dahulu kebanyakan murid sekolah mengunakan basikal -tetapi keadaan bahaya di jalanraya, serta kurang tempat letak basikal yang selamat melihat perubahan kepada cara budak-budak sekolah pergi-balik daripada rumah dan sekolah. Bayaran bas sekolah juga tinggi - di mana dengan adanya kemudahan berbasikal akan membantu rakyat setempat. Di Jepun, England, France dan kebanyakkan negara maju, cara pengangkutan mengunakan basikal adalah sangat biasa. Di Malaysia, malangnya ini tidak digalakkan. Mungkin kita boleh memulakan satu kempen mengunakan basikal demi alam sekitar.. demi kesihatan...dan demi menjimat duit. Mungkin MP dan ADUN kita boleh adakan program berbasikal di kawasan bandar Temerloh, Mentakab, Lancang, dsb. Kalau mahu jogging pun sukar kerana terpaksa pergi ke Taman - laluan pejalan kaki di semua tempat akan semestinya mengembangkan fenomena jogging di semua tempat. Majlis Perbandaran Temerloh ada tanggungjawab menyediakan kemudahan supaya rakyat Temerloh ada mempunyai pilihan untuk berbasikal, berjalan (atau jogging) dengan menyediakan lorong basikal, lorong pejalan kaki di semua jalanraya Daerah Temerloh. Pengunaan basikal harus diperkembangkan... Sumber dari blog: http://temerlohpahang08.blogspot.com/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lorong Lorong
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Lorong terus di Lebuhraya Montague di Lembah Silikon.

Lorong merupakan satu bahagian jalan raya yang ditandakan untuk digunakan oleh satu barisan kenderaan untuk mengawal aliran trafik pemandu serta mengurangkan konflik. Kebanyakan jalan raya awam mempunyai sekurang-kurangnya dua lorong - selorong bagi setiap hala - serta dipisahkan oleh garisan penanda lorong. Lebuh raya utama mempunyai dua bahagian jalan yang dipisahkan oleh pembahagi jalan, setiap satunya mempunyai berbilang lorong. Jalan raya selorong pula berkongsi satu lorong yang sama untuk lalu lintas di keduadua arah. Sesetengah jalan raya perbandaran menggunakan nama "lorong" walaupun mempunyai dua lorong atau lebih, misalnya Lorong Maarof di Bangsar, Kuala Lumpur. Jalan raya kecil luar bandar selalunya dirujuk sebagai jalan kampung.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Jenis-jenis lorong 2 Lebar lorong 3 Sejarah 4 Lihat juga 5 Pautan luar

[sunting] Jenis-jenis lorong


Lorong trafik - merupakan lorong-lorong utama bagi sesebuah jalan raya, tidak termasuk bahu jalan serta lorong tambahan. Lorong terus - lorong trafik untuk lalu lintas bergerak terus tanpa membelok, ditandakan dengan anak panah terus ke hadapan pada persimpangan. Lorong membelok - lorong trafik yang diasingkan daripada lorong terus untuk kenderaan yang membelok, terdiri daripada lorong paling kanan atau kiri pada persinpangan. Di persimpangan lampu isyarat, lorong membelok juga menyimpan sementara kenderaankenderaan yang hendak membelok sehinggalah lampu hijau menyala. Lorong memotong - lorong tambahan yang disediakan di sesetengah jajaran jalan raya untuk membolehkan sesebuah kenderaan memotong kenderaan lain yang lebih perlahan tanpa perlu beralih ke lorong trafik dari arah hadapan. Di kawasan bukit pula, dia turut dikenali sebagai lorong mendaki untuk membolehkan kenderaan bergerak perlahan seperti lori dan bas beralih ke tepi supaya tidak mengganggu kelancaran aliran trafik. Bagi jalan raya tunggal dua lorong, lorong trafik dari arah hadapan boleh dijadikan sebagai lorong memotong di kawasan yang ditandakan dengan garisan putus-putus di tengah jalan, biasanya di jajaran jalan raya yang lurus dan rata. Lorong pengumpul digunakan oleh kenderaan bergerak perlahan serta lalu lintas tempatan yang keluar basuk berikutan terdapat banyak persimpangan jalan kecil di sepanjang lorong. Ia disediakan sebagai langkah kawalan masuk jalan raya yang lebih baik di lebuh raya perbandaran. Lorong ekspres digunakan oleh kenderaan laju yang bergerak terus di lebuh raya. Lorong kecemasan atau bahu jalan dikhaskan untuk kenderaan rosak serta kenderaan kecemasan. Bagi jalan raya tunggal pula, bahu jalan membolehkan pemandu beralih ke tepi apabila kenderaan dari arah hadapan hilang kawalan serta memasuki laluan trafik ke arah hadapan. Lorong basikal - bahagian jalan raya atau bahu jalan yang dikhaskan untuk digunakan oleh penunggang basikal.

Lorong motosikal mengasingkan motosikal daripada kenderaan lain di jalan raya yang sibuk untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal. Lorong bas dikhaskan untuk bas dan teksi sahaja untuk memberi keutamaan kepada kenderaan pengangkutan awam tersebut. Sesetengah negara turut membenarkan motosikal menggunakan lorong bas.

[sunting] Lebar lorong


Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menetapkan lebar minimum jalan raya mengikut kelas piawaian masing-masing. Kebanyakan jalan raya di Malaysia mempunyai lebar lorong antara 3.25 - 3.5 m, manakala lebuh raya mempunyai lebar lorong minimum 3.5 m. Jalan raya selorong pula mempunyai lebar lorong minimum 5 m termasuk bahu jalan, bagi membolehkan kenderaan berselisih dengan selamat.

[sunting] Sejarah
Sepanjang sebahagian besar sejarah manusia, jalan raya tidak perlu ditanda kerana kebanyakan orang berjalan kaki atau menunggang kuda pada kelajuan yang perlahan. Selain itu, penandaan permukaan jalan juga mempunyai kos penyelenggaraan yang mahal. Semasa kereta, lori dan bas mula digunakan secara meluas sepanjang dua dekad pertama abad ke-20, pelanggaran berdepan semakin kerap berlaku. Terdapat dua orang yang dinamakan dalam penciptaan penandaan jalan. Pada tahun 1911, Edward N. Hines, pengerusi Suruhanjaya Jalan Raya Wayne County, Michigan cuba menjadikan jalan raya lebih selamat. Dia mendapat idea mengecat garisan tengah bagi mengasingkan lorong-lorong trafik setelah menunggang di belakang sebuah lori susu yang tertumpah ke atas jalan sehingga meninggalkan garisan. June McCarroll, seorang doktor dari Indio California mula bereksperimen dengan mengecat garisan pada jalan raya pada tahun 1917 setelah dia dilanggar oleh seorang pemandu lori. Pada November 1924, setelah bertahun-tahun dilobi oleh Dr. McCarroll dan sekutunya, California akhirnya menerima secara rasmi dasar mengecat garisan pada jalan raya. Sebahagian jajaran Interstate 10 berhampiran Indio dinamakan sebagai Lebuhraya Memorial Dr. June McCarroll atas jasa-jasanya. Menjelang 1939, penandaan lorong menjadi begitu popular sehinggakan ia mula diseragamkan di Amerika Syarikat, sebelum sistem tersebut ditiru di seluruh dunia.

[sunting] Lihat juga


Jalan raya Penandaan permukaan jalan raya Bahu jalan Jalan kampung

CARA-CARA MENDAPATKAN LESEN MEMANDU MALAYSIA

Cara-cara untuk mendapatkan lesen memandu

1) Pastikan Jenis Lesen Yang Mahu Diambil Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur anda sekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun. (mengikut hari lahir) 2) Mendaftar Dengan Sekolah Memandu Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut. Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM800 RM950 manakala lesen motorsikal RM450 RM550. Anda boleh mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan, mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan P di JPJ. Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan bayaran deposit. Pastikan resit pembayaran diterima. 3) Senarai Kelas Yang Wajib Diikuti Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah: i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu). ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya. iii) Kursus Pra L teori 3 jam dan amali 3 jam. iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I. v) Ujian praktikal J.P.J. 4) Meghadiri kursus K.P.P. 5 jam Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya kelas bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, berseluar panjang bagi lelaki manakala bagi perempuan mestilah berpakaian sopan serta menutup aurat dan berkasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku selama 1 tahun. 5) Ujian Undang-Undang Berkomputer Selepas 2 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undangundang, anda diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun. 6) Menghadiri Kursus Pra L Teori 3 Jam dan Amali 3 Jam Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B. Dengan ini anda akan dapat Lesen L kira-kira seminggu dari tarikh anda menghadiri kursus ini. 7) Belajar Memandu Kereta Atau Motorsikal

Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 5 kelas atau 8 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar. 8) Ujian Pra Atau Q.T.I. Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ. 9) Ujian Praktikal J.P.J. Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM150 RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu. 10) Lesen P Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda : i) 1 keping gambar. ii) 1 keping salinan fotostat MyKad. iii) 1 keping salinan lesen L. iv) Bayaran Lesen Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.

http://newpaces.com/members/profile/2265/blog-view/konsep-masyarakat-majmuk_1314.html KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALL

PENGENALAN Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem

sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk The Development Of a Plural Society In Malaya beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu,

Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di sini. Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan

yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam

bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini, masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum tertentu.

Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orangorang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan

penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.

Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan

sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.

Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompokkelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut: i. Politik Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan

Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undangundang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi ii. Ekonomi Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. iii. Sosial Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan

bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah. Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan prbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain. Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat

perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat clan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual clan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988). Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza. i. Melayu Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu, sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun, keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam

pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor perdagangan dan perniagaan. ii. Cina Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat mi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kiang. iii. India Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam. iv. Etnik-entik lain Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya. Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum iaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan keseuaian dan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi golongan India pula kegiatan perladang

getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan mengikut cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusat untuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stetestet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.

KESIMPULAN Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan.

Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini, Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.

RUJUKAN Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige USA. Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Graham Saunders The Development Of a Plural Society In Malaya. Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld. J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and

Netherlands India (Indonesia). J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press. (Asalnya diterbit pada tahun 1948). J.S Furnivall,. (1967). Netherlands India: a study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press.

JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU): FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR) TAHUN: 4 , 5 DAN 6 BIL 1 PERKARA Jenis Instrumen Ujian Objektif 2 Jenis Item Aneka Pilihan 3 Bilangan Soalan 40 soalan 4 Jumlah Markah 80 markah 5 Pemberatan 80% 6 Tempoh Ujian 40 minit 7 Wajaran Konstruk Pengetahuan 60% Kefahaman 40% 8 Cakupan Konteks Semua Bidang dari Tahun 4, 5 dan 6 9 Aras Kesukaran: Rendah Sederhana Tinggi R S T Rendah 5 Sederhana 3 Tinggi 2 Rendah 5 Sederhana 3 Tinggi 2 Semua Bidang dari Tahun 4, 5 dan 6 Aplikasi Kemahiran 40% 60 % 20 minit 20% 20 markah 10 soalan Gabungan/Padanan/Isi Tempat Kosong Ujian Objektif BAHAGIAN A BAHAGIAN B

Keseluruhan R:S:T=5:3:2

10

Alatan Tambahan Tiada Tiada

JADUAL: JPU 1b

JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU): CAKUPAN KONTEKS MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH BIL 1 PKBS PKBS 1 TAHUN SKOP: TOPIK/SUBTOPIK 1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 4 a. Keselamatan dan Organisasi Bengkel b. Kreativiti dan Reka Cipta i. Pengenalan Kreativiti ii. Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk iii. Pendokumentasian CATATAN Soalan bhg. A tertumpu kepada pengenalan alatan dan kegunaan.

1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI a. Kreativiti dan Reka Cipta b. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 2. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK a. Penghasilan Projek Elektronik

Soalan bhg. A tertumpu kepada pengenalan alatan dan kegunaan /fungsi

1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI a. Kreativiti dan Reka Cipta i. Penghasilan Projek Reka Cipta ii. Pendokumentasian 2. ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK a. Penghasilan Projek

Soalan bhg. A tertumpu kepada pengenalan alatan dan kegunaan/fungsi

PKBS 2

2. REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK a. Mereka Bentuk dan menghasilkan Projek gabungan Kayu dengan bahan Kitar Semula Bukan Logam 3. ELEKTRIK DAN ELEKRONIK a. Penghasilan Projek Elektrik 4. BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN a. Penyelenggaraan Alat Tangan

3. BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN

a. Penyelenggaraan bahagian Bangunan 4. JAHITAN a. Membaiki Pakaian

3. BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN a. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah. b. Penyelenggaraan dan membaiki kerosakkan kecil pada perabot. 4. JAHITAN a. Penghasilan Artikal 5. TANAMAN SAYURAN a. Penyediaan Tapak b. Penanaman dan Penjagaan c. Pemugutan Hasil

PKBS 3

3. TANAMAN HIASAN a. Pengenalan b. Pemilihan Biji Benih c. Penanaman d. Penjagaan 4. PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Barang Jualan b. Merancang dan menyediakan Jualan c. Mempromosi Jualan d. Mengurus Jualan e. Merekod Jualan

Soalan juga termasuk dlm.bhg.: 1. Rekabentuk dan Teknologi. 2. Elektrik dan Elektronik 3. Baik Pulih dan Penyelenggaraan.

5. IKAN HIASAN a. Pengenalan b. Penyediaan Bekas c. Pengurusan 6. PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Merancang dan menyediakan Jualan b. Menpromosi Jualan c. Mengurus Jualan d. Mengurus Perbelanjaan Diri 6. PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN a. Merancang dan Menyediakan Jualan i. Membuat Rancangan Jualan ii. Menyediakan Barang Jualan b. Mempromosi Jualan

Soalan juga termasuk dlm.bhg.: 1. Rekabentuk dan Teknologi. 2. Elektrik dan Elektronik 3. Baik Pulih dan Penyelenggaraan. 4. Jahitan. Soalan juga termasuk dlm.bhg.: 1. Rekabentuk dan Teknologi.

i. Promosi melalui Katalog c. Mengurus Jualan i. Mengurus Atur Barang d. Risiko Dalam Perniagaan i. Risiko dan mengurangkannya e. Sikap Pengguna yang Bijak i. Mendapatkan Maklumat barang ii. Etika Perniagaan dan Hak Pengguna

2. Elektrik dan Elektronik 3. Jahitan 4. Tanaman Sayuran.

You might also like