You are on page 1of 2

LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh


syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para
salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam
inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi
malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa
untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal


1000 bulan atau lebih 83 tahun

Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk
dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin
muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul


Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)

Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'

Membaca Al-Quran

Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Berdoa dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih


kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"

Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga
berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh


malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu


Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Isnin


Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan
Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Khamis


Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Sabtu


Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan

You might also like