You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TAJUK: KEUPAYAAN BAHASA MELAYU BERSAING DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN DI DUNIA

ANI BINTI MISRAN (691008-01-5350)

PENSYARAH: PN. MAHNITA BINTI MAMAT

SEMESTER: MEI/2011
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU dalam masa yang ditetapkan walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amat bersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat, secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pn.Mahnita binti Mamat selaku tutor tugasan ini atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping itu, buat suami dan anak-anak serta ahli keluarga yang disayangi, terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan. Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan negara. Ani Binti Misran 691008015350 Mei 2011

ISI KANDUNGAN Penghargaan 1.0 2.0 Pengenalan Faktor-Faktor Yang mengatakan Bahasa Melayu Telah Hilang Upaya Bersaing 5 2 4

2.1 2.2 2.3 2.4 3.0

Penerimaan sepenuhnya masih belum dicapai Bentuk bahasa itu sendiri Sikap Orang Melayu Terhadap Bahasanya Sendiri Persepsi Politik Yang Salah Terhadap Dasar Bahasa Yang Ada

5 6 7 8

Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu. 10 13 14

4.0

Penutup

Bibliografi

1.0

Pengenalan

Tidak dapat disangkal bahawa hari ini Bahasa Melayu menghadapi satu zaman cabaran yang paling hebat. Pada masa dahulu Bahasa Melayu telahpun menghadapi berbagai-bagai cabaran seperti pada waktu negara kita mula-mula mencapai kemerdekaan dan Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara baru itu. Pada waktu itu, cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu ialah cabaran penerimaan (recognition) akan statusnya yang baru. Kemudian,

timbul pula cabaran selanjutnya iaitu persaingan dengan Bahasa Inggeris, serta sifat ketidaktegasan pihak-pihak yang menjalankan pelaksanaan dasar Bahasa Melayu. Ini menjadikan kedudukan Bahasa Melayu waktu itu sungguh terumbang-ambing, dan mengakibatkan reaksi-reaksi yang kurang menyenangkan dalam kalangan pejuang Bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang sering diperkatakan oleh sarjana-sarjana tempatan sebagai satu bahasa dunia oleh kerana jumlah bilangan penuturnya. Akhbar tempatan The Star telah melaporkan pada tahun 2002 bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang keempat banyak bilangan penuturnya, selepas Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol (Collins 2009). Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, berbeza dari segi etnik, budaya, agama dan bahasa dan telah merdeka 53 tahun telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta diangkat menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah dan dikebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu juga telah berupaya menjadi bahasa ilmu melalui sistem pendidikan di negara kita yang dimanipulasi untuk melahirkan bangsa Malaysia. Pendidikan ini pula disampaikan melalui Bahasa Kebangsaan. Hasrat ini termaktub dalam Penyata Razak (1956), yang mahu "budak-budak ini hendaklah belajar perkara yang sama melalui Bahasa Kebangsaan yang sama" untuk melahirkan bangsa yang bersatu dan "menganggap Persekutuan Tanah Melayu ini sebagai negara mereka". Oleh sebab Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Melayu, maka pada Bahasa Melayu itulah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia. Tetapi adakah persoalan Bahasa Melayu sudah selesai? Dapatkah kita berpuas hati dengan keadaannya sekarang? Bagi saya soalnya jauh dari selesai, jauh dari menyenangkan hati. Bahkan, sudah timbul pula suara-suara yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Mengapa hal ini boleh berlaku? Huraian seterusnya menjelaskan faktor-fakor yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. 2.0 Faktor-Faktor Yang mengatakan Bahasa Melayu Telah Hilang Upaya Bersaing. Terdapat beberapa faktor yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu telah hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini. Berikut dijelaskan faktor-faktor tersebut.

2.1

Penerimaan sepenuhnya masih belum dicapai Walaupun kita telah merdeka hampir 54 tahun, telah berjaya mengadakan atau

melaksanakan dasar pelajaran Bahasa Melayu, telah berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam situasi-situasi formal seperti upacara-upacara rasmi, pidato-pidato umum, sebagai bahasa pentadbiran negara, di parlimen dan mahkamah-mahkamah, namun pada hakikatnya soal total acceeptance (penerimaan sepenuhnya) masih belum dicapai. Ini pada saya satu faktor yang besar kepada Bahasa Melayu. Kita masih mendengar rungutan-rungutan tentang betapa tidak wajarnya kita mendaulatkan Bahasa Melayu dan mengetepikan Bahasa Inggeris, dan rungutan-rungutanini bukannya daripada orang-orang biasa, tetapi yang dibuat oleh orang-orang yang berpengaruh dan terkenal juga. Kita juga sentiasa melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kita sangat gemar menggunakan Bahasa Inggeris dalam ucapan-ucapan mereka, walaupun diketahui bahawa yang hadir itu semuanya dapat memahami Bahasa Melayu, sebab kononnya its easier to express that in English Kita juga dapat melihat dan membaca dalam akhbar-akhbar tempatan dalam Bahasa Inggeris membesar-besarkan ucapan tokoh-tokoh terkenal memuji dan menekankan kepentingan Bahasa Inggeris, dengan tidak memasukkan pujian tokoh-tokoh yang sama terhadap Bahasa Melayu. Jadi soalnya, kalau 54 tahun telah berlalu, berapa tahun lagikah yang diperlukan untuk mencapai taraf total acceptance ini? Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menyakinkan bahawa keadaan bilingualisme Melayu-Inggeris itu lebih baik daripada monolingualisme Bahasa Inggeris, dari segi semangat nasionalieme? Berapa tahun lagikah yang diperlukan oleh orangorang Malaysia sehingga dapat mereka menyatakan sesuatu dengan mudah dalam Bahasa Melayu? 2.2 Bentuk bahasa itu sendiri Faktor kedua yang menarik minat saya, ialah aspek struktur atau bentuk bahasa itu sendiri. Kita semua tentu sedar akan perubahan-perubahan yang telah berlaku kepada Bahasa Melayu dalam masa lima puluh empat tahun. daripada bahasa satu golongan etnik tertentu, Bahasa Melayu berubah menjadi bahasa berbagai-bagai golongan etnik, bahasa bagi bangsa Malaysia;daripada

bahasa agung, yang digunakan di istana-istana dan sebagai bahasa kesusateraan. Bahasa Melayu dihimpit oleh bahasa penjajah, tercampak ke tepi longkang, lalu menjadi bahasa di rumah, di kedai-kedai kopi, dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah, sekolah yang mengajar orangorang Melayu menjadi good farmers and good fishermen . Kemudian Bahasa Melayu berubah pula ke taraf yang agung sekali lagi, menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan, bahasa yang memperkatakan buah fikiran yang tinggi dan abstrak, bahasa yang digunakan di parlimen dan mahkamah serta bahasa yang memperkatakan sains dan teknologi. Dalam masa lima puluh empat tahun, perbendaharaan katanya telah ditambah sebanyak lebih dua juta perkataan. Dalam masa yang sama juga Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang-bidang yang tidak pernah diceburinya lima puluh tahun dahulu. Ini memerlukan penggunaan penyampaian yang berbeza, yang tidak kurang pula dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa asal gejala-gejala baru, misalnya Bahasa Inggeris, dan juga bahasa pertama penutur-penutur yang menggunakan Bahasa Melayu dengan luasnya untuk perhubungan sehari-hari, yakni bahasa-bahasa Cina dan Tamil. Soal yang timbul selanjutnya ialah apakah yang telah terjadi kepada Bahasa Melayu sehinggakan tidak dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Jawabnya, Bahasa Melayu yang telah berkembang dan berubah, telah jauh berlainan sifatnya berbanding dengan Bahasa Melayu lima puluh tahun dahulu. Tetapi, selaras dengan perubahan ini, berlaku juga perubahanperubahan yang kurang baik, yang jika dibiarkan tanpa sekatan akan membawa kesan yang buruk terhadap Bahasa Melayu dan terhadap masa depannya sebagai sebuah bahasa saintifik yang cekap dan efektif. Dengan kata lain, aspek-aspek kekacauan bahasa yang sedang berlaku hari ini kepada bentuknya, sebagai hasil perkembangan yang tidak sihat pada bahasa itu merupakan antara faktor penyebab Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Apa yang saya maksudkan di sini ialah penggunaan Bahasa Melayu yang salah pada peringkat formal, iaitu bahasa itu digunakan untuk tontonan atau pendengaran ramai seperti dalam siaran-siaran radio dan tv, di iklan-iklan, di papan-papan kenyataan, dalam arahan-arahan serta nama kedai dan bangunan Begitu juga dalam penggunaan penulisan sistem pesanan ringkas (sms) yang menggunakan huruf-huruf yang ringkas dan sukar difahami. Dalam konteks ini penggunaan Bahasa Melayu adalah pada peringkat rasmi, yang dilihat, dibaca dan didengar oleh setiap orang

termasuk pelajar-pelajar sekolah. Implikasi yang menakutkan ialah bahawa dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, secara yang paling sistematis kita sedang menghasilkan satu generasi yang akan menggunakan Bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Generasi inilah yang akan menyebabkan Bahasa Melayu hilang keupayaannya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. 2.3 Sikap Orang Melayu Terhadap Bahasanya Sendiri

Selain masalah persepsi yang salah terhadap Bahasa Melayu dalam hubungannya dengan kemajuan bangsa Melayu, seperti yang telah disentuh di atas, perkembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi atau sebagai bahasa pemikiran selalu menghadapi masalah kelemahan budaya bahasa orang Melayu sendiri. Hal ini dapat kita lihat pada mutu bahasa Melayu yang digunakan oleh kebanyakan orang, baik dalam komunikasi tidak formal mahupun dalam komunikasi formal. Paling ketara ialah penggunaan ragam bahasa campuran Melayu-Inggeris atau EnglishMalay/Malay-English code-switchings dan code-mixtures, khususnya dalam komunikasi lisan. Orang Melayu seolah-olah menganggap bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik tidak penting bagi kemajuan mereka. Kita tahu bahawa bahasa bukanlah hanya sistem linguistik. Bahasa juga dan mungkin lebih penting lagi ialah sistem budaya dan sistem kognitif atau pemikiran. Ilmu dan budaya tinggi tidak dapat dicetuskan melalui bahasa yang salah, bahasa ragam rendah, bahasa pasar, dialek setempat dan sebagainya. Ilmu dan fikiran yang tidak dapat disampaikan melalui bahasa loghat Kedah atau loghat Kelantan, misalnya. Apabila orang Melayu tidak lagi mampu menguasai bahasanya dengan baik kesannya buruk kepada kemajuan fikiran orang Melayu. Mereka tidak akan dapat berfikir dengan jelas, mendalam, teratur dan kreatif dalam bahasanya sendiri. Inilah kesan budaya yang amat buruk yang boleh berlaku kepada budaya dan kemajuan sesuatu bangsa apabila bangsa itu tidak lagi mampu menggunakan bahasanya untuk berfikir, untuk mencipta dan mengembangkan ilmu, menghasilkan karya-karya ilmu, sains dan kesusasteraan yang besar dan bermutu dalam bahasanya. Sekiranya hal sedemikian berlaku bagaimanakah Bahasa Melayu hendak bersaing dengan bahasa-bahasa lain yang ada di dunia ini. 2.4 Persepsi Politik Yang Salah Terhadap Dasar Bahasa Yang Ada

Satu faktor lagi yang boleh menggugat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia ialah persepsi yang salah terhadap matlamat atau peranan politik bahasa kebangsaan (iaitu Bahasa Melayu). Apabila Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia, Bahasa Melayu tidak lagi menjadi hanya bahasa kebangsaan bangsa Melayu tetapi sudah berubah menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa atau golongan etnik. Tetapi, kaum bukan Melayu sehingga kini, mereka tidak dapat membezakan antara bahasa Melayu sebagai penanda identiti bangsa Melayu (dan ini fungsi sosiobudaya bahasa Melayu itu) dengan fungsinya sebagai bahasa pembangunan negara merentas sempadan etnik dan bahasabahasa etnik yang lain. Seringkali kerajaan menganggap bahawa pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini ialah sebagai alat perpaduan etnik atau perpaduan nasional. Kaum bukan Melayu menolak gagasan ini kerana menganggap itulah adalah matlamat politik yang tidak mungkin tercapai. Mana mungkin orang Cina di Malaysia yang mempunyai bahasa ibundanya sendiri disatukan secara cultural oleh bahasa Melayu? Demikian hujah mereka, dan hujah ini benar. Kita pun tahu selama ini tidak kelihatan tanda yang jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai etnik di negara ini. Bahkan keadaan menunjukkan bahawa penduduk Malaysia berpecah melalui bahasa yang berbezabeza. Bagaimanapun, kita tidak perlulah memberikan perhatian yang terlalu serius terhadap fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum, takut nanti akhirnya bahasa Melayu akan hanya tinggal sebagai bahasa kebangsaan simbolik sahaja seperti halnya dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pinggiran di Singapura. Lebih penting, dasar bahasa yang ada hendaklah menegaskan pentingnya peranan atau fungsi dan nilai bahasa kebangsaan ini (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pembangunan atau kemajuan negara yang dikembangkan melalui dasar pendidikan, dasar pembangunan ekonomi dan teknologi negara dan melalui sistem pendidikan tinggi negara. Dasar atau matlamat mengembangkan taraf atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pembangunan atau kemajuan negara lebih penting dan mudah dicapai daripada matlamat untuk menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan kaum berdasarkan tiga sebab: (a) bahasa Melayu

ialah bahasa yang maju sejak abad ke-14, seperti yang telah kita jelaskan tadi; boleh dikatakan bahawa bahasa Melayulah yang menjadi alat utama pembinaan tamadun supraetnik di seluruh rantau ini sejak abad ke-16 atau ke-17 lagi, mengatasi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia yang lain; (b) bahasa inilah yang lebih banyak diketahui oleh penduduk Malaysia daripada bahasa-bahasa lain; (c) melalui pendidikan dalam bahasa ini selepas kemerdekaan ribuan pakar, sarjana dan ahli profesional dalam pelbagai bidang ilmu telah dilahirkan; dan yang paling penting, (d) bahasa ini bukan bahasa penjajahan; penduduk Malaysia tidak mengalami perbezaan keadaan ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan budaya antara kaum disebabkan bahasa ini. Kesimpulannya: perancangan bahasa di Malaysia hendaklah memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap matlamat untuk mengembangkan bahasa sebagai alat pembinaan dan kemajuan negara Malaysia serta berupaya bersaing dengan bahasa-bahasa lain. Kalau kita menggunakan teori Kelman (1972) tentang fungsi instrumental bahasa, kita dapat mengandaikan bahawa orang akan tertarik kepada bahasa Melayu sekiranya ...the language policy meets the needs and interests of all the people in the state effectively and fairly '. Dengan kata lain, orang akan tertarik dengan bahasa ini sekiranya mereka melihat bahasa ini mempunyai nilai sebagai bahasa kemajuan. Jadi, menurut Kelman, language policies therefore must foster instrumental attachments both to the language and the state '. 3.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu. Sebenarnya kita sudahpun memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita juga sudah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Kita juga sudah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sebenarnya pemartabatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di negara ini diterajui oleh golongan intelektual yang bertujuan memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya

pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan Bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu Bahasa Melayu. Bagi beliau, sekiranya nahu Bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap Bahasa Melayu. Katakata Munsyi Abdullah ini bolehlah dikatakan beliau merupakan golongan intelektual Melayu yang berjuang memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. Seterusnya, tokoh besar dunia Melayu yang berjuang mmeperkasa bangsa Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Zaba. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) Bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu Bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu Bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu Bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu Bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati Bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu Zaba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu. Pelita Bahasa Melayu (2) merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Jelas menunjukkan bahawa Zaba menggunakan Bahasa Melayu bertujuan memperkasa bangsa Malaysia melalui hasil tulisannya. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu. Bahasa Melayu, bahasa yang akan memperkasa bangsa Malaysia. Sumbangan yang diberi oleh wartawan, sasterawan, budayawan, dan guru-guru Melayu memperakui bahawa golongan intelektual berdiri sama teguh,sama gagah berjuang menggunakan Bahasa Melayu untuk memperkasa bangsanya, iaitu bangsa Malaysia. Negarawan Abdul Razak dan Abdul Rahman Talib merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab besar meletakkan batu asas menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah negara ini melalui Penyata Razak (1956), dan Penyata Rahman Talib (1960). Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kita mula mengambil langkah memperkenalkan identiti kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang merdeka dan bermaruah. Akhirnya jadilah kita bangsa Malaysia yang perkasa dengan menggunakan bahasa sendiri iaitu Bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat juga beberapa tokoh intelek yang menulis, menterjemah dan menghasilkan buku mengenai perubatan, matematik, dan sejarah. Antara kitab awal yang ditulis dalam Bahasa Melayu ialah Sirat-al-Mustaqim yang ditulis oleh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1644 M. Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612. Buku yang berkaitan dengan istana Taj al-Salatin ditulis oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1630. Abdul Samad al-Palembani menulis kitab tasawuf Hidayat al-Salikin pada tahun 1792 dalam Bahasa Melayu. Mohd Zain Jalaluddin Acheh menterjemahkan Umm-al Barahin ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuk Bidayat al-Hidayat pada tahun 1757. Kitab Taj alarus Ibnu Ataillah diterjemahkan oleh Syeikh Uthman al-Pontiani pada tahun 1902. Dalam bidang bahasa, raja Haji menulis Kitab Pengetahuan Bahasa pada tahun 1858 Tradisi persuratan Melayu pada zaman itu turut memperlihatkan perkembangan ilmu tentang ketatanegaraan dan undang-undang dalam Bahasa Melayu. Kita mengenali buku tentang hukum yang terkenal, iaitu Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Johor, Undang-undang Perak dan Undang-undang Kedah (Awang Sariyan, 1995:29).

Buku tajwid yang awal dalam Bahasa Melayu dihasilkan oleh Aminuddin Nuruddin. Buku yang bertajuk Risalah Tajwid itu diterbitkan pada tahun 1869. Kitab mengenai ilmu pengiraan falak yang bertejuk Minhaj al-Qawin pada mengetahui Hisab dan Taqwim ditulis oleh Syeikh Abdul Rahman Muhammad al-Fatani pada tahun 1893. Pada tahun 1895 Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani menulis kitab mengenai perubatan yang bertajuk Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan dalam Bahasa Melayu. Syeikh Ahmad menghasilkan karya sejarah yang bertajuk Tarikh Fatani sekitar tahun 1228H, dan men jelang tahun 1220H, Majalah Ahkam Johorpula diterbitkan. Contoh karya dan dokumen yang dihuraikan adalah mercu tanda awal golongan intelektual menggunakan Bahasa Melayu untuk memperkasa bangsa Malaysia pada waktu itu. Sebenarnya, banyak lagi karya ilmiah yang bermutu ditemui dalam bentuk manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Islam, perpustakaan universiti tempatan, sekolah agama, dan dalam koleksi pertubuhan serta koleksi perpustakaan. Di samping itu, terdapat juga satu koleksi besar manuskrip dalam Bahasa Melayu yang ada tersimpan di perpustakaan luar negara, seperti di School of Oriental and African Studies, London, di Universiti Leiden, di perpustakaanyang terdapat di negara Jerman, Perancis dan banyak lagi. Karya-karya agung zaman silam yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa tulisannya memperlihatkan betapa bangsa Malaysia waktu itu merupakan suatu bangsa yang amat maju dan perkasa 4.0 Penutup Saya telah membincangkan beberapa faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang keupayaan untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia, dengan agak panjang lebar. Soal selanjutnya ialah: Apakah penyelesaiannya? Bagi saya ada beberapa perkara yang harus ditonjolkan antaranya ialah kedaulatan Bahasa Melayu hari ini tidak boleh dipersoalkan lagi kerana telah termaktub dalam perlembagaan, sudah dilaksanakan dalam dasar pelajaran kebangsaan, dan sudah diterima oleh masyarakat umum. Keupayaannya sebagai satu bahasa moden, sebagai satu bahasa pergantar di institusi pendidikan, dan sebagai satu bahasa perhubungan semua golongan masyarakat sudah tidak dapat disangsikan lagi. Tidak ada siapa yang dapat dan harus menggoncang kedudukannya. Kata Hang Tuah, Tak kan Melayu hilang di dunia. Saya ingin menambah: selagi bahasanya dituturkan dengan baik di tanah pusaka ini. Dalam perbincangan

ini saya juga telah membincangan peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. Di atas bahu merekalah terletaknya martabat Bahasa Melayu. Jika mereka terus leka dengan sikap acuh tak acuh terhadap Bahasa Melayu, maka terjerumuslah Bahasa Melayu ke dalam longkang kehinaan.Tetapi, jika mulai dari sekarang kita menjalankan tindakan-tindakan tegas, maka berkembangkanlah Bahasa Melayu dengan baiknya, mekar dan harum, sehingga akhir zaman. Sesungguhnya, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia atau bahasa peradaban dunia bukanlah sesuatu yang mustahil. Memang masih banyak faktor yang melemahkan ke arah itu, namun banyak pula kekuatan yang dipunyai Bahasa Melayu. Bibliografi

Abdullah Hassan, 1976, Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat Malaysia Baru, dalam Dewan Bahasa, Oktober 1976 hlm. 545-565. Awang Sariyan, 1995, Sinarnya Satu Idealisme, Pelita Bahasa 7, Januari: 30-31 Awang Sariyan, 2006, Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya Pemerkasaannya, Kertas Kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7. Mohd Taib Osman. 2004. Budaya dan Bahasa Melayu: Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Wan Hashim Wan Teh (2007), Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Jalan Berliku dalam Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara Editor Zaharani Ahmad dan Noraziah Ali, Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaitul Azma Zainon Hamzah (2007), Bahasa Melayu di Persimpangan Globalisasi dalam Bahasa Melayu Wahana Pembangunan Negara Editor Zaharani Ahmad dan Noraziah Ali, Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like