Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAB 8 Etika Dan Nilai

BAB 8 Etika Dan Nilai

Ratings: (0)|Views: 113 |Likes:
Published by Jaisun Midin

More info:

Published by: Jaisun Midin on Jun 16, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

 
BAB 8 Etika dan Nilai-Nilai Murni Malaysia & Aplikasinya dalam Etika Pengurusan,Perniagaan & Alam Sekitar
2. Etika dan Nilai-Nilai Murni Malaysia Etika yang menjadi norma kepada masyarakatMalaysia dinamakan etika nilai-nilai murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yangmempunyai penduduk berbilang kaum, memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihatpada bahasa, agama, kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut.Natijahnya ialah berbilang budaya. Fenomena ini seharusnya dilihat sebagai suatu yangpositif, sesuatu aset atau kekuatan, bukannya punca pergeseran atau pertelingkahan. Satunatijah masyarakat berbilang bangsa ialah persoalan bagaimana hendak membina danmemantapkan Kebudayaan Kebangsaan.
3. Tiga prinsip menjadi dasar kepada Kebudayaan Kebangsaan iaitu: Berteraskankebudayaan rakyat asal rantau ini. Menerima unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai danwajar. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.Bersandarkan kepada prinsip-prinsip di atas, terdapat tiga objektif iaitu: Perpaduan bangsadan negara. Pemupukan dan pemeliharaan keperibadian kebangsaan. Pengayaan danpemeringkatan kualiti kehidupan dalam aspek kemanusiaan dan kerohanian.
4. Etika Dan Nilai-nilai Murni Malaysia Nilai-nilai murni merujuk kepada ciri-ciri yangbaik pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran, kesopanan dankesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan beretika, bersusila,berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas nilai yang diterap melaluipendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah merangkumiunsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat penghayatan normadan nilai-nilai ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami, menganalisis dan membuatkeputusan yang rasional, melibatkan pertimbangan moral dalam kehidupan seharian
 
mereka.Inilah bekal untuk mereka menempuh zaman kewarganegaraan sepenuhnya kelak,khususnya sebagai warganegara Malaysia dan amnya sebagai warga dunia
5. Enam belas nilai murni itu ialah: baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional semangat masyarakat.
6. Nilai-nilai Islam Nilai-nilai Islam juga merupakan landasan utama bagi membentuk perkembangan masyarakat Malaysia yang mempunyai asas-asas etika dan moral yang tinggi.Nilai-nilai Islam yang dipentingkan ialah nilai-nilai universal yang diterima dan sesuaidengan masyarakat Malaysia. Nilai Islam juga penting bagi membendung pengaruhsekularisme dan pengaruh kebendaan yang boleh melemahkan aspek kemoralan, keimanandan akidah masyarakat Islam di negara ini. Nilai-nilai Islam, bagaimanapun tidak dipaksakankepada kaum lain yang bebas berpcgang kepada kepercayaan agama masing-masing.Penonjolan nilai Islam dalam pentadbiran dan pengurusan dikira boleh mencorakkan nilaimoral dan etika yang kuat, di samping dapat mencegah nilai-nilai negatif dan amalan-amalanyang tidak sihat dalam merupakan nilai-nilai yang amat dipentingkan dalam Islam. Nilai-nilaimurni yang menjadi teras nilai Islam ialah amanah, kejujuran, bertanggungjawab, rajin,,ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggupberkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan menepati janji.
7. Berikut nilai-nilai dalam Islam: Percaya kehidupan selepas mati Persaudaraan sesamaIslam Kesabaran TakutkanTuhan dan keesaan-Nya Kehidupan seimbang Kesucian hatiKepatuhan Perkongsian Amanah Tanggungjawab Ikhtiar Dedikasi Kesederhanaan TekunBersih Berdisiplin Bekerjasama
8. Nilai-nilai Timur Malaysia merupakan blok negara timur yang kaya dengan pelbagaikebudayaan. Kcbudayaan ditonjolkan sebagai suatu kebanggaan dan identiti tradisi unggulmasyarakat timur. Selain kaya dengan adat istiadat, kepercayaan, dan norma-norma hidup
 
orang timur, nilai-nilai timur masih kuat mendasari identiti masyarakat Malaysia. Sifatkepelbagaian budaya menjadikan Malaysia kaya dengan pelbagai tradisi dan kepercayaannenek moyang penduduk yang masih lagi diamalkan walaupun pemodenan dan pengaruhnilai-nilai barat sudah bertapak begitu kuat dalam kehidupan menempuh perubahan alaf ke-21. Bagaimanapun nilai-nilai timur semakin terhakis disebabkan pengaruh hidup moden yangbertunjang kepada nilai-nilai barat. Nilai-nilai timur yang begitu tinggi dengan nilai budaya,moral, etika dan nilai-nilai kemanusiaannya perlu dipertahankan untuk membina kekuatanbangsa timur yang mampu men- capai perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai murni masyarakattimur juga perlu dipertahankan untuk membolehkan masyarakat timur lebih berupayamenangani dan mengatasi krisis moral yang sedang dihadapi.
9. Berikut Nilai-Nilai Timur yang perlu diamalkan: Kepatuhan dan kesetiaan KerjasamaMenghormati orang tua Memelihara kepentingan adapt Mementingkan " status quo" Merendah diri dan mengalah Sedia mengorbankan kepentingan sendiri Sabar Bersifatfeudal
10. Nilai-nilai Barat Malaysia sebagai negara membangun tidak dapat memencilkan diridaripada pengaruh barat. Nilai-nilai barat telah lama bertapak dan mencorakkan perubahanmasyarakat Malaysia sejak zaman penjajahan sehinggalah merdeka. Rakyat Malaysiamenyanjung tinggi kejayaan dan pemodenan yang disumbangkan oleh masyarakat barat.Pengaruh nilai-nilai barat telah berjaya merombak sistem sosial, ekonomi dan politik yangmembolehkan Malaysia membangun dengan lebih pesat selepas merdeka. Malahan nilai-nilaibarat masih kuat berakar umbi dalam semua sistem pentadbiran dan pengurusan negaraseperti perundangan, ekonomi, politik, pendidikan dan sistem sosial. Pengaruh pendidikanmenyemai dan menyebarkan nilai-nilai barat yang dikembangkan melalui pendidikan danpersekolahan di Malaysia telah menjadikan masyarakat Malaysia lebih berfikiran terbuka,

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->