Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
910 SP Bahasa Melayu (30.3.12)Portal Mpm

910 SP Bahasa Melayu (30.3.12)Portal Mpm

Ratings: (0)|Views: 409|Likes:
Published by QQLove

More info:

Published by: QQLove on Jun 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/17/2012

pdf

text

original

 
 
1
STPM/S910
PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM)
BAHASA MELAYU
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
 
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
 
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
 
 
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
 
 
 
1
PRAKATA
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan PelajaranBahasa Melayu sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi PersekolahanMalaysia pada tahun 2000. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012.Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaanpertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran BahasaMelayu ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysiaterhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistempeperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dancalon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis PeperiksaanMalaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasipengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasipengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akanmemberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang hal ehwal Bahasa Melayuyang meliputi tajuk-tajuk seperti Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu, Fonologi, Morfologi,Sintaksis, Wacana, Retorik, dan Semantik. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga memberi penekanandalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, berfikir secarakritis dan kreatif, serta berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan calon. Sehubungan dengan itu,adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon prauniversiti yang berfikiranmatang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan denganmenggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calonmenjalankan kerja kursus. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kerja kursus, calon bukansahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniahke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kerja kursus tersebut.Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja kursus pada peringkat yang lebihtinggi pada masa hadapan.Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikutpenggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikanoleh Y. Bhg. Profesor Dr. Zaharani bin Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada pensyarah universiti tempatan dan guru-guru yangberpengalaman luas dalam pengajaran bahasa Melayu di tingkatan enam. Bagi pihak MajlisPeperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapanMajlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calondalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran iniberjaya mencapai matlamatnya.Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->