Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
1.5 Teknik Pengukuran Yang Baik

1.5 Teknik Pengukuran Yang Baik

Ratings: (0)|Views: 395|Likes:
Published by Abdul Qayyum-Khoi

More info:

Published by: Abdul Qayyum-Khoi on Jun 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/17/2012

pdf

text

original

 
1.5 Teknik pengukuran yang baik
 Eksperimen Fizik memerlukan pengukuran yang jitu dan persis. Langkah berikutdapat menghasilkan pengukuran yang baik.1. Pilih alat pengukuran yang sesuai.2. Mengukur menggunakan alat pengukuran dengan mengikut aturan berikut:a. Mengikut arahan yang diberikan untuk menggunakan alat pengukurantersebut.b. Berhati-hati semasa membuat pengukuran.c. Memahami berbagai bentuk ketidakpastian/ralat(uncertainties/errors) yang wujud. Supaya kita boleh mengelakkandaripada membuat ralat semasa membuat pengukuran.
1.5.1 Ketidakpastian/ralat dalam pengukuran
Semasa melakukan ujikaji, kita akan mengambil bacaan-bacaan daripada alatan yangdigunakan. Kebiasaannya terdapat ralat daripada bacaan yang diperolehi. Ada dua jenis ketidakpastian dalam pengukuran, iaitu ralat sistematik dan ralat rawak.
Ralat sistematik
ialah ketidakpastian yang diperolehi dalam pengukuran dimana
nilainya secara konsisten lebih besar atau kurang daripada nilai sebenar setiap kalibacaan dibuat semasa ujikaji tersebut
.Berikut diberikan sumber-sumber ralat sistematik:(i)
Ralat sifar
ialah ralat yang terdapat pada instrumen pengukuran sepertiangkup vernier, ammeter, voltmeter, dan sebagainya dimana jarum penunjukinstrumen tidak menunjuk kepada nombor sifar dengan tepat. Oleh itu untukmengelakkannya, pelajar hendaklah memeriksa terlebih dahulu peralatansebelum melakukan ujikaji samada mengandungi ralat sifar atau tidak.Sebagai contoh, jarum penunjuk ammeter hendaklah betul-betulmenunjukkan kepada angka sifar. Sekiranya penunjuk ammeter tidakmenunjuk kepada angka sifar, lakukan sedikit pembetulan pada kedudukan jarum penunjuk dengan memusing tombol pelaras jarum supaya jarummenunjuk betul-betul kepada nombor sifar semasa tiada arus melaluinya.(ii)
Ralat paralaks
ialah cara pelajar membuat bacaan secara yang kurang tepatdengan konsisten semasa membuat bacaan pada instrumen seperti ammeterdan voltmeter. Untuk ammmeter, cara ini dapat dielakkan dengan
 
melaraskan pandangan pelajar supaya penunjuk dan imej penunjuk adalahsejajar pada cermin rata yang diletakkan pada bawah skala ammeter.(iii)
Instrumen telah ditentukur dengan salah
. Untuk mengesan instrumen yangtelah ditentukur dengan salah sebagai contoh ialah gunakan ammeter-ammeter yang sama jenis untuk mengukur arus yang sama, sepatutnyabacaan yang diperolehi adalah sama. Sekiranya terdapat ammeter yangmemberikan bacaan berbeza ini menunjukkan ammeter tersebut telahditentukur dengan salah.(iv)
Faktor persekitaran.
Sebagai contoh iaitu
 
kipas angin syiling yang berpusingtelah menjejaskan bacaan pada neraca pemberat yang sensitif sepanjangujikaji berlangsung. Oleh itu sebelum menjalankan ujikaji, persekitaranhendaklah diperhatikan samada terdapat aspek-aspek persekitaran yangboleh mewujudkan ralat pada alat pengukuran tersebut semasa membuatbacaan pengukuran dalam ujikaji seperti kesan angin, bunyi, pencahayaandan sebagainya.
Ralat rawak
ialah ketidakpastian yang diperolehi dalam pengukuran dimana
nilainyadalam keadaan rawak/keadaan tidak teratur iaitu lebih besar dan kurang daripadanilai sebenar setiap kali bacaan dibuat semasa ujikaji tersebut.Contoh untuk ralat rawak:
(i) Seorang pelajar yang mengambil bacaan untuk tempoh masa pergerakansebuah troli, mengulang semula mengambil bacaannya sebanyak tiga kali. Pelajar inimungkin tercepat atau terlambat semasa memulakan atau memberhentikan jamrandiknya.
1.5.2 Menganggar ralat rawak
 Berikut diberikan dua senario untuk memahami bagaimana untukmenganggar ralat bacaan daripada suatu pengukuran yang dibuat.
Senario 1:
Ahmad Firdaus mengukur panjang sebatang pensil sekali sahaja denganmenggunakan pembaris pendek. Dia menulis seperti berikut.Ini menunjukkan senggatan terkecil pada pembarisnya ialah 0.1 cm, makaketidakpastian pembaris tersebut ialah 0.1 cm juga dan cara menulis adalah sepertipada contoh di atas. Untuk perhatian, kaedah ini digunakan sekiranya baacaandibuat sekali sahaja, jika lebih daripada sekali ada kaedah untuk menulisketidakpastian bacaan tersebut.
Panjang pensil = 14.4 ± 0.1 cm

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->