Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yangmemesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelaspekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar,peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.
1.
Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkanpengeluaran makanan di England.2.
Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telahmendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.3.
Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yangdipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak sepertiarang batu dan bijih timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh empayarEngland di luar negara.
4.
Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalantenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negaradan empayar luar England.
5.
England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaanyang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagainegara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat persaingandaripada negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.
6.
Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitugolongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki kekayaan danpengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang diterima secara terbukadan mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.7.
Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestanyang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadappengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantuperkembangan rovolusi perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalamindustri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidangindustri.
8.
Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesinpembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakankuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaanmesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia danmeningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan sebagaisumber bahan mentah dalam sektor industri.