You are on page 1of 10

BAHAGIAN A KOMPONEN II ( Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)

SOALAN 2B
Bagi memastikan imej negatif terhadap penjawat awam dapat ditangani, etika perkhidmatan awam telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru etika ini perlu difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh semua penjawat awam terutamanya guru baharu yang menyertai perkhidmatan awam.

(i) Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan. (10 markah) (ii) Huraikan enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut. (15 markah)

Jawapan (i) :

Sebab-sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan


Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah dilancarkan pada tahun 1979 oleh Ketua Setiausaha Negara bagi mewujudkan Etika Perkhidmatan Awam. Ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab kepada negara dan rakyat. Matlamat utama sektor awam adalah untuk memenuhi aspirasi negara. Untuk membolehkan agensi sektor awam melaksanakan strategi bagi mencapai matlamat masing-masing, Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai agensi pusat yang mengurus sumber manusia (dalam menjaga kepentingan awam) perlulah memastikan bahawa setiap agensi mempunyai keupayaan untuk melaksanakan misi masingmasing. Berikut adalah sebab-sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan:

Permintaan Perkhidmatan Awam meningkat Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan untuk memenuhi permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam yang terus meningkat. Rakyat mahukan sebuah pentadbiran yang dapat memberi dan menyalurkan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan. Keperluan dan permintaan rakyat terhadap perkhidmatan yang berkesan menyebabkan anggota Perkhidmatan Awam terpaksa menanggung beban kerja yang kian bertambah. Oleh itu, Etika Perkhidmatan awal diwujudkan agar penjawat awam dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang. Azam kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu Perkhidmatan Awam Etika Perkhidmatan Awam dijadikan sebagai matlamat dan azam kerajaan untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu Perkhidmatan Awam. Melalui etika ini, pihak kerajaan mengharapkan agar tahap kualiti dalam perkhidmatan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan. Ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kemahiran masingmasing menerusi latihan, pembacaan serta seminar atau bengkel yang dianjurkan.
2

Curiga atas kemampuan Perkhidmatan Awam Terdapat banyak teguran dan aduan mengenai kemampuan dan keupayaan jentera pentadbiran Perkhidmatan Awam kerana terdapat kelewatan dalam menunaikan permintaan rakyat dan wujud sikap tidak mementingkan permohonan serta kepentingan rakyat. Ada juga tuduhan yang mengatakan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Ini telah melahirkan rasa syak wasangka dan curiga terhadap keupayaan perkhidmatan awam di negara ini. 4. Faktor lain Antara faktor-faktor lain yang mendorong kepada penggubalan Etika

Perkhidmatan Awam adalah seperti faktor kemelesetan ekonomi dan kewujudan gejalagejala yang tidak sihat. Gejala-gejala yang tidak sihat ini adalah termasuk rasuah, penipuan serta penyelewengan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan bagi mengatasi masalah-masalah dan gejala-gejala yang tidak sihat ini agar tidak berlaku dalam kalangan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, kita perlu mematuhi semua Etika Perkhidmatan Awam yang telah ditetapkan agar dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada agama, bangsa dan negara.1

INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Jawapan (ii) :

Enam amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan Etika Perkhidmatan Awam
Setiap penjawat awam perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam. Oleh itu, sesebuah organisasi kerajaan perlu sentiasa memberi kesedaran kepada anggota Perkhidmatan Awam tentang kepentingan Etika

Perkhidmatan Awam untuk dipatuhi. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan bagi merealisasikan Etika

Perkhidmatan Awam; 1. Anugerah atau pengiktirafan dan penghargaan Anugerah dan penghargaan yang berbentuk pengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian dan cenderamata bagi mereka yang telah memberi perkhidmatan cemerlang dalam perkhidmatan. Anugerah dan penghargaan ini penting bagi merangsang semangat dan meningkatkan prestasi penjawat awam. 2. Sesi dialog dan perbincangan Sesi dialog dan perbincangan untuk menerangkan tatacara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk memberi semangat kepada penjawat awam agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang. 3. Makalah jabatan Sesebuah organisasi kerajaan perlu menghasilkan makalah jabatan. Rencanarencana berkaitan dengan Etika Perkhidmatan Awam boleh dimasukkan ke dalam makalah ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada penjawat awam tentang etika tersebut. Di samping dapat menerealisasikan etika tersebut, secara tidak langsung ia dapat menerapkan amalan membaca dalam kalangan penjawat awam.

4. Majlis jamuan minum teh atau hari keluarga Majlis jamuan minum teh atau hari keluarga atau majlis-majlis lain yang sesuai boleh dijalankan pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh pihak jabatan. Majlis seperti ini memberi peluang dan kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan untuk beramah dan bergaul mesra antara satu sama lain di samping dalam menanamkan semangat kekitaan. 5. Kursus atau latihan Kursus atau latihan yang sesuai boleh diberikan kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat agar dapat menambahkan kecekapan bekerja. Melalui aktiviti ini juga mereka dapat memperbaharui kemahiran, menambah ilmu pengetahuan dan dapat menjamin Perkhidmatan Awam terus relevan. Contoh kursus atau latihan yang boleh dijalankan adalah seperti kursus ICT, kursus pengurusan fail dan juga kursus integriti. 6. Manual kerja atau jadual kerja Pihak organisasi kerajaan juga perlu menyediakan manual kerja atau jadual kerja serta buku panduan jabatan atau unit. Ini menjadi garis panduan kepada penjawat awam dalam menjalankan tugas masing-masing agar tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mereka.

Kesimpulannya, setiap penjawat awam perlulah sentiasa menghayati Etika Perkhidmatan Awam agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap etika yang telah ditetapkan dan setiap penjawat awam wajib mematuhi etika tersebut.2

Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, ms 12, Jun 2008.

BAHAGIAN B KOMPONEN II (Dasar-dasar Kerajaan) SOALAN 2A Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir Dasar Pembangunan Nasional (DPN) kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi Petikan: Objektif DPN Berdasarkan petikan di atas, huraikan bagaimana Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan seterusnya mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional( DPN ). (25 markah)

JAWAPAN 2A : DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu: 1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka. 2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. 3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira keduadua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan dan ancaman komunis. 4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.

5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.3 Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua rakyat Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. 2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi
3

Ibrahim Saad, 1995. Sejauh mana penyesuaian dasar pendidikan negara (DPN) dilakukan untuk menghadapi cabaran perubahan / Ibrahim Saad Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21 (1995 : Bangi): 125-139p.

bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.4 3) Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). 4) Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

Ishak Ramly, Okt. 1996.Pelaksanaan dan perkembangan bahasa melayu dalam dasar pendidikan Negara. Jurnal Dewan Bahasa 40(10): 895-901.

5) Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna bagi meningkatkan kualiti hidup kita.5

Wan Zahid Mohd Noordin, 1995. Dasar pendidikan kebangsaan : ke arah pemantapan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara selaras dengan tuntutan wawasan 2020/Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21 (1995 : Bangi): 10-23ms.

10

You might also like