Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kosep Seni Visual

Kosep Seni Visual

Ratings: (0)|Views: 4 |Likes:
Published by Ervina Lee

More info:

Published by: Ervina Lee on Jun 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2013

pdf

text

original

 
Kosep seni visual
Konsep Seni Visual
 Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression),pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi danmesej, imej, form, content, benda
subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif,pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkansecara terperinci aspek-aspek berkenaan.
Penyataan Diri (self 
expression)
 Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atauluahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang bolehdicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri inidalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini.Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dantanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contohpelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataanperasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
 Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deriasentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakanproduk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Bahasa Seni (laras bahasa)
 Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sasteraada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyailaras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra,harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihattanpa makna.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)
 Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnyafotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding,catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskapoleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusiadan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakamansejarah dan budaya secara tampak.Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas olehpihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) ataupengkritik/audien.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->