You are on page 1of 20

Biodata

Nama: Raffizah Binti Rajinan No. Kad Pengenalan: 900922-12-5824 No. matriks: 7021 Unit: PISMP Prasekolah Ambilan: Januari 2011 Subjek: Bina Insan Guru Fasa: 3 Nama Pensyarah: Ustaz Mohamad Ziyad bin Mukhtar

BINA INSAN GURU FASA 3 KHIDMAT MASYARAKAT

Pengenalan

Kursus Bina Insan Guru (BIG) fasa 3/2012 yang melibatkan kelas Prasekolah, dan Kelas Pemulihan Ambilan Januari 2011. Program ini telah diadakan di Sk. Hampalan, Pulau Bumbum, Semporna pada 24 Februari, 2012. Program Bina Insan Guru kali ini adalah program berkhidmat kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti mengecat astaka dan tiang gol padang bola sepak, membersihkan taman permainan, melukis mural, dan aktiviti kunjungan ke rumah-rumah orang kampung. Program ini bermatlamat membina guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai.

Objektif

Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar akan dapat: 1. Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa 3 2012. 2. Melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam

pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan, atau aktiviti melibatkan reality sebenar seorang guru. 3. Bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih dengan penduduk kampung. 4. Memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat setempat. 5. Menghayati konsep kerjaya guru sebagai ibadah. 6. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. 7. Menunjukan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidik dengan masyarakat. 8. Menilai kesesuaian ciri personality kendiri dan kerjaya keguruan. 9. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Refleksi

Refleksi Bina Insan Guru

Diri sendiri

Kerjaya

Organisasi

Komuniti

1.1

Kepentingan kepada diri

Program bina insan guru pada fasa 3 ini lebih banyak memberi impak kepada diri saya terutamanya pengalaman yang diperolehi sangat mencabar dan mengukir suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebermulanya pada pagi yang indah itu, saya dan beberapa orang rakan telah mendahulukan diri ke Semporna kerana terpaksa menemani pensyarah pembimbing. Jarak perjalanan yang jauh dan mengambil masa selama satu jam lebih sudah mula menguji kesabaran saya untuk bertahan duduk didalam kereta. Namun begitu saya cuba untuk menenangkan hati dengan membayangkan suatu hari nanti saya akan ditempatkan disebuah sekolah yang lebih jauh daripada yang saya hadapi sekarang, sudah tentu saya akan mensyukuri apa yang saya lalui pada masa ini.

Sepanjang perjalanan ke Semporna saya secara automatiknya saya telah muhasabah diri, tatkala melihat pemandangan yang menghijau yang berada di sekeliling saya. Saya mula menyedari betapa kayanya negeri Sabah dengan tumbuh-tumbuhan dan hutan tropika yang belum diterokai. Saya yakin dan percaya dengan kekayaan hutan semulajadi yang masih suci daripada peneroka Sabah dapat menyelamatkan bumi daripada pemanasan global yang

menyebabkan suhu bumi meningkat. Walaupun tidak begitu luas namun, mampu mengurangkan statistik peningkatan suhu bumi. Lamunan saya begitu jauh, dalam isu penlesterian alam semula jadi mungkin inilah yang sepatutnya di lalui bagi setiap guru pelatih dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang guru. Tugasnya bukan terhad untuk mengajar sahaja malah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dalam penjagaan alam sekitar, terutamanya pelanggan tetap seorang guru iaitu kanak-kanak.

Bina Insan Guru Fasa 3, ini juga telah mengajar saya bagaimana cara membawa diri ke tempat orang lebih-lebih lagi tempat tersebut sangat asing dengan kahidupan yang saya lalui seharian. Bak kata pepatah, di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Pertama kali menjejak kaki ke Semporna, saya melihat persekitarannya yang indah dan sememangnya dipenuhi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Namun, komunikasi antara saya dengan penduduk agak rumit sedikit memandangkan dialek di tempat itu sukar untuk saya fahami. Pengalaman tersebut, memberi saya pengajaran di mana sebagai seorang guru komunikasi merupakan mekanisme terpenting dalam kehidupan. Saya berasa

sedikit kesal, kerana selama 2 tahun setengah berada di Institut, saya tidak pernah bersembang mengenai tempat tersebut mahupun bahasa di daerah Semporna walaupun saya di kelilingi oleh rakan-rakan pelatih daripada daerah tersebut.

Pengalaman berada dalam suasana kampung di sebuah pulau yang indah, membuatkan perjalanan hidup saya lebih mencabar. Kehadiran saya bersama-sama rakan ke Sk. Hampalan, Pulau Bumbum memberi berjuta makna, dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Tatkala melihat persekitaran tempat tinggal yang bagaikan terapung di atas air, bagi saya sudah cukup mengagumkan. Uniknya pada pandangan saya terhadap penduduk Kg.

Hampalan, walaupun mempunyai tanah di pulau tersebut tetapi mereka tetap ingin terus tinggal di atas air. Kerana mereka sudah sebati dengan kehidupan laut yang merupakan sumber pendapatan utama rata-ratanya penduduk kampung tersebut. Begitulah jawapan yang diberikan oleh ketua Kg. Hampalan setelah diajukan pelbagai soalan. Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dijalankan, perpaduan dalam kampung tersebut sangat tinggi dan patut dicontohi oleh rakan-rakan guru pelatih.

1.2

Kepentingan kepada kerjaya

Menerusi program Bina Insan Guru yang dijalankan, terlalu banyak kebaikan yang boleh dijadikan teladan kepada guru pelatih seperti saya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang insan yang berjanji memegang

profesionperguruan dengan sebaiknya. Semasa dalam program Bina Insan Guru, saya sangat tertarik dengan usaha pihak pentadbiran SK. Hampalan dalam menyambut kedatangan kami ke sekolah tersebut. Dalam keadaan sekolah yang mengalami sedikit kekurangan tenaga pengajar, pondok kantin yang kecil dan infrastruktur sekolah yang kurang lengkap, namun pihak sekolah tetap terus menerima baik kedatangan kami. Contoh yang baik seperti itulah yang selayaknya dijadikan panduan kepada seluruh sekolah di Malaysia khususnya, kerana kekurangan infrastruktur tidak bermakna aktiviti seumpama ini tidak dapat dijalankan.

Selain daripada itu, saya juga sangat mengagumi Guru Besar Sk. Hampalan kerana, walaupun beliau baharu sahaja ditempatkan di sekolah tersebut, namun berdasarkan penerangan beliau sekolah tersebut mampu

mengalami sedikit kemajuan walaupun tidak begitu ketara. Kewibawaan seorang pemimpin seperti itulah yang harus dicontohi oleh guru pelatih apabila menjadi seorang pemimpin kepada anak-anak murid di sekolah kelak. Bukan sahaja bijak mengendalikan pentadbiran sekolah malah, cepat bertindak mengalami kekangan. walaupun

Program Bina Insan Guru ini, sangat membina jati diri saya sebagai seorang guru. Bukan sahaja boleh mengajar, sebagai seorang guru juga perlu bijak mengurus sekolah dengan baik. Hal demikian secara tidak langsung, dapat meningkatkan kepercayaan ibu bapa murid kepada tanggungjawab guru sekaligus mengangkat martabat profesion perguruan di mata dunia.

1.3

Kepentingan kepada organisasi

Dalam menjalankan tanggungjawab sesebuah organisasi, kerjasama amatlah diperlukan. Program kali ini sangat memberi cabaran kepada organisasi. Ahlijawatankuasa yang terlibat tidak begitu mencukupi untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar fizikal dan mental. Dalam aktiviti mengecat astaka, saya amat kagum dengan kerjasama yang diberikan. Walaupun mengalami kekangan peralatan yang tidak lengkap serta kelembapan tiang kayu akibat tempias air hujan, kerjasama dan usaha untuk bergerak dalam satu kumpulan tetap dijalankan. Para perserta BIG fasa 3 kali ini, sangat bertanggungjawab ke atas peranan masing-masing.

Bukan itu sahaja, masing-masing memainkan kesemua peranan yang terdapat dalam organisasi tersebut. Tidak kira, tugasan yang dilaksanakan telah selesai para peserta BIG akan membantu melakukan kerja-kerja yang lain pula. Semangat kerja berpasukan seperti inilah yang perlu ada dalam setiap guru. Selain, menerapkan nilai-nilai bantu-membantu dan berkerjasama, malah program BIG juga dapat melahirkan seorang guru yang serba boleh dalam mengurus aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan.

Lebih bermakna lagi, melalui program ini juga saya dapat mengeratkan silaturahim antara peserta BIG daripada kelas lain. Kolaborasi dan perbincangan yang dijalankan telah membuahkan hasil ikatan persahabatan yang baik. Selain

dapat mengenali personaliti orang lain, saya juga dapat mempelajari beberapa kemahiran hidup yang jarang sekali dilihat dalam kehidupan seharian di institut, iaitu memanjat pokok kelapa. Walaupun terlalu biasa dengan kemahiran tersebut namun, perkongsian bersama rakan-rakan merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Mencontohi cara pengurusan rakan peserta BIG yang lain juga amat bermakna dalam sesebuah organisasi. Memandangkan pada fasa kali ini, saya tidak terlibat dalam proses pengurusan kertas kerja, oleh yang demikian pemerhatian terhadap tindakan rakan yang lain sudah memberi saya gambaran akan tanggungjawab seorang ketua itu perlu sentiasa rajin bergerak. Malah jika memerlukan pengorbanan sekalipun seorang ketua terpaksa berkorban dari segi wang ringgit, dan masa demi mencapai kelulusan kertas kerja program yang dijalankan.

1.4

Kepentingan kepada komuniti

Kepentingan program BIG ini terhadap komuniti pula sangat besar, memandangkan program kali ini lebih kepada berkhidmat untuk masyarakat. Tugas membantu memperbaiki kemudahan sedia ada akan dapat melahirkan perspektif yang baik masyarakat terhadap profesion perguruan. Hal demikian sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan guru untuk mendidik anak-anak mereka bukan sekadar menjadikan mereka pandai membaca malah tahu berdiri dikaki sendiri.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap masyarakat Kg. Hampalan ini, statistik kanak-kanak yang tidak bersekolah masih lagi dalam keadaan yang tidak memuaskan. Saya dengan yakin menyatakan sedemikian kerana, kehadiran kami ke kampung tersebut adalah ketika dalam hari persekolahan. Namun begitu, masih ramai kanak-kanak yang tidak berpakaian sekolah dan berlegar-legar di kawasan tempat tinggal mereka. Walaupun anggapan saya tidak tepat tapi, saya berharap agar program seperti ini akan menyemarakan lagi semangat kanak-kanak di kampung tersebut untuk keluar daripada kepompong kehidupan yang masih mundur dari segi mentalitinya.

Selain daripada itu, program BIG ini juga mampu merubah mentality ibu bapa kampung tersebut agar tidak mengabaikan pendidikan anak-anak mereka. Apa yang dapat saya perhatikan, kanak-kanak seawal usia 7 tahun sudah diajak

ke laut untuk mencari rezeki sedangkan kanak-kanak di tempat lain sedang sibuk menyelak buku, belajar membaca dan mengira. Saya sangat sedih melihat nasib kanak-kanak yang tercicir dari arus pendidikan kini, dimana mereka sepatutnya berada disekolah menimba ilmu bukannya menjadi nelayan sepanjang hayat.

Semasa melakukan aktiviti bersama warga Kg. Hampalan, saya mendapati ramai kanak-kanak dikampung tersebut memiliki potensi dari segi fizikal mereka terutamanya dalam bidang sukan. Kebanyakan mereka gemar bermain bola dan mempunyai stamina yang tinggi. Adalah sangat rugi jika mereka hanya mampu beraksi diperingkat sekolah sahaja, tanpa

mengembangkan lagi bakat tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. Saya bukan menyarankan mereka untuk sekadar menjadi atlet, tetapi jika diberi peluang untuk mengkaji bidang yang mereka minati, tidak mustahil suatu hari nanti akan lahir guru Pendidikan Jasmani daripada Sk. Hampalan, mahupun Jurulatih Persendirian. Perkembangan positif itu mampu merubah nasib keluarga penduduk kampung tersebut.

Saya berharap dengan kehadiran kami menerusi program BIG ini, akan dapat merubah pemikiran negatif masyarakat terhadap pendidikan. Disamping itu, peranan seorang guru dalam memberi motivasi dan sokongan kepada golongan masyarakat yang tercicir ini amatlah diperlukan. Sesungguhnya mengangkat martabat sesebuah masyarakat itu juga suatu ibadah yang mulia.

Penutup

Aktiviti seumpama Program BIG ini sangatlah berkesan dalam membentuk keperibadian seorang guru. Bukan semata-mata memakan gaji buta setiap bulan, tetapi tugas mendidik perlulah diutamakan. Saya tertarik dengan kata-kata yang telah disampaikan oleh Guru Besar Sk. Hampalan, beliau menyatakan tatkala kita menandatangani perjanjian sebagai seorang guru, bermakna hubungan kita dengan keluarga akan terputus. Jika setiap insan menghayati maksud ayat tersebut sudah pasti dia telah menjiwai makna seorang pendidik. Tidak kira dimana sekalipun seorang guru itu berada, dia tidak akan lari dari tanggungjawab untuk melahirkan manusia yang berguna.

BINA INSAN GURU FASA 3 PROGRAM CERAMAH ETIKA SOSIAL DAN PROTOKOL

Pengenalan

Program ini di hadiri oleh tujuh kelas Ambilan Januari 2011, dan diadakan di Dewan Al-Khawarizmi pada jam 2 petang tanggal 16 Februari 2012. Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan,

khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif.

Objektif Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar akan dapat: 1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. 2. Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif. 3. Menguji daya ketahanan fizikal, rohani, mental dan emosi. 4. Menguasai kemahiran bekerja secara berkumpulan serta memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Refleksi

Sesi ceramah mengenai Etika Sosial dan Protokol ini telah memberi saya panduan untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan, dan menghayati ciriciri keguruan yang positif. Dalam erti kata lain, ceramah tersebut perlu dijadikan sebagai garis panduan seorang insan apabila telah bergelar seorang guru. Pelbagai ilmu yang saya perolehi berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang guru, dari aspek kendiri, sosial dan pengurusan kerja yang mengikut etika.

Program ini telah membuka mata saya untuk lebih menghayati etika sebagai seorang guru yang sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Sebagai lumrah kehidupan, seorang guru merupakan antara contoh terbaik untuk dijadikan idola. Penampilan seorang guru perlu kemas, bersih, dan sopan dalam tingkah laku mahupun dalam komunikasi. Oleh yang demikian pengetahuan tentang etika keguruan itu perlu ada dan diaplikasikan dengan sebaik-baiknya. Saya telah muhasabah diri mengenai penampilan dan tutur kata yang selama ini saya lakukan. Saya sedar dalam proses latihan guru ini saya masih mempunyai kelemahan dari aspek yang telah diterangkan.

Ceramah ini sangat menarik minat saya untuk menumpukan perhatian, kerana melalui ceramah ini saya mempelajari sesuatu yang baharu. Di samping itu, saya juga dapat menyediakan diri dengan penampilan yang sepatutnya

terutama

sekali

ketika

menghadiri

majlis

makan

malam

yang

formal.

Pengetahuan ini sebenarnya mampu menyelamatkan maruah saya sebagai seorang guru juga kaum wanita yang sangat sensitif mengenai penampilan diri.

Bukan itu sahaja, didalam bidang pengurusan pula penyusunan sesuatu majlis yang formal perlu mengikut protokol yang telah digariskan. Oleh yang demikian, ceramah protocol ini telah menerangkan kepada saya akan rasional suatu tindakan yang dilakukan. Sebagai contohnya, penyusunan tempat duduk tetamu jemputan perlu mengikut prosedur dan urutan mengikut pangkat jawatan masing-masing. Begitu juga dengan gelaran kepada para tatamu kehormat dan orang-orang penting. Ilmu pengetahuan mengenai protokol sangat penting untuk dipelajari oleh seorang guru, memandangkan pengurusan aktiviti sekolah tidak pernah lekang dengan majlis rasmi dan formal.

Penutup

Sebagai seorang guru, pembinaan personaliti yang menarik itu amat diperlukan demi menjaga nama baik profesion perguruan. Menerusi program seperti Ceramah Bina Insan Guru inilah, kita mendapat perkongsian ilmu yang akan menjadi panduan hidup sebagai seorang guru walaupun secara teori. Pengaplikasian mengenai pengisian melalui ceramah itu dapat dilaksanakan bukan sahaja di sekolah ketika Program Pengalaman Berasaskan Sekolah dan praktikum malah dalam kehidupan seharian di kampus mahupun luar kampus.

Berdirinya kita dalam kalangan masyarakat, hanya tingkah laku, ketrampilan dan komunikasi yang mampu membezakan kita dengan orang lain. Hal demikian kerana, bergelar sebagai seorang guru membawa tanggungjawab besar dalam menjaga maruah profesion yang dianggap mulia berbanding profesion yang lain. Justeru, melengkapkan tanggungjawab sebagai seorang guru bukan sahaja kelihatan hebat, berkarisma dan berketrampilan dihadapan murid-murid malah juga dimata masyarakat.

You might also like