You are on page 1of 24

KELUARGA BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA Definisi/Takrifan: Menurut Fiqh Munakahat, Keluarga dianggap sebagai elemen sistem sosial yang

akan membentuk sebuah masyarakat. Adapun lembaga perkawinan, sebagai sarana pembentuk keluarga adalah lembaga yang paling bertahan dan digemari seumur kehadiran masyarakat manusia. Generalisasinya: dengan menggunakan kaca mata Islam yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah, Institusi yg membangun modal insan dalam kelompok yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak-anak yang harmoni pencetus akan lahirnya sebuah Negara yang aman.. Isi 1- Keluarga Sakinah, Penggerak Ummah 2Kesimpulan : Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimann dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.

AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74). Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja. Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa

mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan hidup di akhirat semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini. Tiada yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan penilaian manusia itu berbeza-beza tentang konsep bahagia itu, ada hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan maqam atau martabat masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan ketakwaan. Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan yang dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit. Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang hakiki. Al-Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran". Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 74, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.
Kunci: Keluarga Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah INTEGRITI TERAS KEKUATAN UMMAH

PULAU PINANG, 20 Mac 2012 Pendekatan integriti akan diterapkan dalam aspek pembangunan ko-kurikulum dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membangunkan generasi cerdik pandai yang tinggi dengan nilai-nilai murni sebagai ummah.

Naib Canselor USM, Prof. Dato Dr. Omar Osman berkata, usaha itu akan dilaksanakan dengan penglibatan khusus Pusat Islam bersama-sama bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar. Katanya, pendekatan integirti dapat mengukuhkan kekuatan ummah yang bersepadu dan ia turut berada selari dengan nilai-nilai di bawah tujuh teras Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) universiti. ``Usaha ini akan dilihat secara lebih mendalam khasnya dalam membangunkan kursus-kursus yang sewajarnya, katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Maulid Al-Rasul peringkat USM di sini semalam. Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas. Turut hadir ialah Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff. Tun turut melancarkan dua buah buku terbitan Pusat Islam USM bertajuk Etika Kerja Dalam Islam dan Surah Yasin terbitan khas tulisan tangan dengan Resam Uthmani. Tambah Omar, USM sebagai sebuah institusi ilmu perlu mengembangkan lagi peranan kesenian Islam khususnya dalam mengangkat semula kearifan tempatan yang yang berteraskan Islam, yang menjadi asas kekuatan ummah pada hari ini. ``Perkara penting yang perlu dilaksanakan ialah dengan memperkukuhkan usaha yang dilakuakn secara bersama, menggunakan segala ilmu yang ada untuk manfaat masyarakat secara keseluruhannya, ujarnya. Beliau turut berkata, USM kini bekerja keras dalam membuat pemetaan hubungan antarabangsa dan sehingga kini berjaya menjalin hubungan akademik bersama-sama Arab Saudi, yang menjadi negara kedua terbesar berkolaborasi dengan USM selepas Jepun. `` Menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan usaha mengembalikan maruah dan martabat umat Islam melalui penggemblengan tenaga dan kekuatan bersama terutamanya melalui ilmu pengetahuan, katanya. Dalam pada itu, pengisian sambutan Maulid Al-Rasul yang dianjurkan Pusat Islam USM berjaya menarik kira-kira 2,000 peserta yang memenuhi ruang dalam Dewan tuanku Syed Putra USM. Majlis turut diserikan dengan ceramh khas oleh Pendakwah Bebas, Dato Dr. Fatma AzZahra melalui ceramah khas beliau bertajuk Kualiti Ummah Berpandukan Sunnah Rasulullah S.A.W. Penyanyi nasyid, dulunya artis dangdut terkenal tanah air yang kini melakukan penghijarahan dalam hidupnya, Iwan Syahman turut menghiburkan audien dengan nyanyian lagu-lagu kerohanian yang dipetik dari albumnya, Allah Segalanya.

Pergaulan ikhwan dan akhawat menurut Islam


Dengan nama Allah, Tuhan yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih Salam sejahtera buat semua pengunjung blog. Post ku kali ini, merupakan satu artikel tazkirah yang bagiku sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama di ruangan ini untuk tatapan diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan juga saudara/i muslim serta muslimahku Ianya berkenaan pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut kaca mata Islam Semoga kita dapat mengambil peringatan dan memperbetulkan diri andainya perbuatan kita termasuk dalam perkara yg haram yg dinyatakan.. Artikelnya ialah seperti berikut: Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram. Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik. Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu menjadikan kita seperti masyarakat barat. Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Firman Allah: Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka (Surah An-Nuur:30,31) 2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak, iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (Surah An-Nuur: 31) Perkara ini adalah berdasarkan kepada tafsiran yang dibuat oleh beberapa orang sahabat mengenai maksud apa yang lahir daripadanya ialah muka dan dua tapak tangan.

Di antara hikmat berpakaian sedemikian ialah seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; Maksudnya:cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. (Al-Ahzaab: 59) Iaitu bahawa dengan pakaian yang menutup aurat inilah kita dapat membezakan di antara wanita merdeka yang memelihara kehormatannya dengan wanita yang jalang. Wanita yang berpakaian sedemikian akan terselamat daripada gangguan, kerana pakaiannya yang begitu di samping akhlaknya yang baik menyebabkan orang yang melihat akan menghormatinya. 3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki: a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang menggoda atau memberahikan. Firman Allah; Maksudnya: Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzaab: 32) b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib sebagaiman firman Allah: Maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka (An-Nuur:31) Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t: Maksudnya:Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu (Al-Qasas:25) datang

c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maailaat (menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan jahiliah moden. 4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya seperti wangi-wangian dan sebarang makeup (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum lelaki. 5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar kita membiarkan kayu api duduk hampir dengan api yang sedang marak menyala. Lebih-lebih lagi jika bersunyi-sunyian itu adalah dengan salah seorang kaum kerabat si suami. Ini jelas dalam suatu hadis: Maksudnya:Jauhilah kamu daripada masuk kepada wanita. Sahabat pun bertanya:Wahai Rasulullah! Bagaimana jika yang masuk itu adalah mertua? Lalu dijawab oleh Rasulullah: Mertua adalah maut! Makna maut disini ialah sebab kebinasaan kerana kadangkadang mertua duduk dan berbual lama. Ini adalah suatu bahaya yang cukup besar. 6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting, perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak. Dan yang terakhir sekali, ingin ku selitkan gambar yang agak menarik, yang turut mempunyai kaitan dengan post kali ini Sama-sama kita ambil pengajaran.. Allah jualah penunjuk kepada jalan yang benar! g. Meskipun demikian, menjaga etika pergaulan seperti menundukkan pandangan adalah sangat dianjurkan (wajib hukumnya, dalam erti kata, tidak melihat dengan syahwat). Namun inti dari ajaran ini adalah bagaimana kita menjaga kebersihan dan kesucian hati. Istilahnya, untuk apa kita menundukkan pandangan atau menghindar dari pertemuan dengan lawan jenis jika hati tidak kita tundukkan? Firman Allah: Dia (Allah) Mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (Surah Ghoffar:19). Semua bergantung pada niat kita. Contohnya, dalam suasana kerja atau organisasi di mana kita dituntut untuk berinteraksi dengan orang ramai, baik laki-laki ataupun wanita, kita tentu saja diperbolehkan mengadakan kontak dengan lawan jenis (berbeza jantina, lelaki dengan perempuan). Pada prinsipnya, jika maksud kita untuk kebaikan dan batasan-batasan syariat tetap dijaga, semuanya dibolehkan dalam Islam. Islam tidaklah pernah bertujuan untuk mempersulitkan sesuatu, tapi justeru mempermudahkan hidup kita. Segala yang disyariatkan sudah barang tentu demi kebaikan umat manusia.

HaJI

Falsafah perpaduan yang diterjemah sepatutnya menjadi inspirasi penyatuan ummah MERENTASI sejarah ibadat haji, ia adalah syariat yang dibawa Rasulullah SAW menyambung apa yang dilakukan Nabi Ibrahim dan pada tahun keenam hijrah, umat Islam menerima perintah melakukan Rukun Islam kelima itu. Firman Allah yang bermaksud: ?Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitillah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk. (Surah Ali-Imran, ayat 97) Dalam perjalanan hidup Rasulullah SAW, baginda sempat menunaikan haji sekali saja iaitu yang dinamakan sebagai Hajjat al-Wida dan Baginda menyampaikan khutbah yang panjang di hadapan ribuan umat Islam. Antara isi khutbah berkenaan ialah, Wahai manusia, tiada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnahku. Umat Islam seharusnya mengambil sikap proaktif menilai perjalanan hidup mereka dengan memantapkan akidah dan pada masa sama, mengukuhkan perpaduan ke arah pembentukan jati diri yang semakin baik dan berkembang. Hakikatnya, ibadat haji mempunyai misi jelas bagi membentuk keyakinan dan perpaduan bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Disebabkan itu, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sering diulang cerita setiap kali tiba Aidiladha. Ujian getir yang dilalui kedua-duanya patut menjadi pengajaran untuk membina keyakinan kepada Allah. Betapa bumi Makkah yang dulunya kering-kontang, kini menjadi pusat bagi mendapatkan air terbaik di dunia iaitu zam zam. Bukan setakat itu, ia menjadi tempat tumpuan jemaah haji dari seluruh dunia dan ini adalah rahmat dicurahkan Allah hasil keyakinan yang dipraktikkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melalui pelaksanaan amalan secara konsisten. Segala perbezaan kaum, bangsa, darjat dan keturunan dihapuskan ketika umat Islam berada di tanah suci. Ini dapat dilihat apabila mereka memakai ihram yang melambangkan persamaan dan perpaduan dengan niat sama, menunaikan segala rukun haji yang sudah digariskan. Alangkah baiknya, jika falsafah perpaduan yang ditunjukkan melalui ibadat haji menjadi sumber inspirasi menyatukan umat Islam di bawah ajaran Islam yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Rasulullah SAW sudah menterjemahkannya apabila Baginda menyatukan puak Aus dan Khazraj yang digelar sebagai Ansar. Mereka menolong golongan Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah. Peristiwa persaudaraan itu dinamakan sebagai al-muakhat yang memperlihatkan umat Islam adalah masyarakat yang bersatu melalui ikatan akidah, bukannya dengan pertalian darah atau kawan dan kesatuan itu membawa kejayaan Rasulullah SAW membina tamadun madani dibuktikan di Madinah. Menyedari hakikat ini, sewajarnya umat Islam menjadikan ibadat haji sebagai penjana kekuatan perpaduan berasaskan keimanan yang tulen, suci dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan yang boleh menjejaskan keimanan. Segala perkara yang membawa kepada perpecahan dan perbezaan pemikiran harus diketepikan. Dengan ini, pembangunan sosial, politik dan ekonomi menurut acuan agama dapat dijayakan sekali gus menjadikan umat Islam sebagai masyarakat berkualiti. Haji merupakan perjalanan manusia menemui Allah. Haji adalah persembahan simbolik falsafah pengorbanan, kesabaran, perpaduan dan kesatuan umat. Setiap tahun kaum muslimin dari seluruh pelusuk dunia diundang untuk menyertai perhimpunan haji yang agung ini. Mereka semua adalah sama.Tidak ada diskriminasi dari segi perbezaan bangsa, jantina atau status sosial. Haji merupakan manifestasi penolakan terhadap falsafah hidup yang kosong. Falfasah hidup untuk memenuhi keperluan hariannya atau tujuannya hanya untuk hidup dan makan. Namun begitu, keadaan ini dapat diubah melalui pengalaman mengerjakan haji yang mengandungi hikmat yang amat besar. Haji adalah perjuangan untuk mematahkan godaangodaan syaitan yang selama ini membelenggu diri manusia, sekaligus membenamkan sifat tamak, permusuhan dan kecurangan. Apabila Allah mensyariatkan sesuatu ibadat ia terikat kepada waktu dan tempat. Ada juga ibadat yang tidak terikat kepada masa dan waktu seperti mengucap dua kalimah syahadah yang mana kita boleh mengucap hanya sekali seumur hidup, sama ada waktu siang mahupun malam, di rumah atau di tempat kerja atau dalam perjalanan.
Perpaduan dalam islam

8. Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah S.A.W. hendaklah dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding berbanding dengan penganut kristian dan yahudi yang mendominasi madinah ketika itu.Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusanIslam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu , maka tertegak akhirnya sebuah negara tang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W 9. Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba? adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan

sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syar?iah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia. 10. Nabi Muhammad S.A.W juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khuzraj yang sekian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan. 11. Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama.Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah. Rasulullah S.A.W memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah, ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang bermaksud: ? ...Ya!, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah S.A.W : ? Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.?? 12. Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan Islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinatul Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya. (Al-Huzraj:10) Ya Allah kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, ke atas negeri kami, Negeri Selangor Darul Ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu-padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan, fitnah-memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian, negeri Selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

PERPADUAN DALAM ISLAM

Usaha pertama Baginda Rasulullah saw untuk membina masyarakat di Madinah, ialah dengan mendirikan masjid sebagai asas perpaduan.

Seterusnya Baginda mempersatukan dua golongan yang telah beratus tahun bermusuhan sesama sendiri iaitu golongan Khaus dan Khazraj, lalu dikenali golongan ini sebagai Ansar. Seterusnya Baginda mempersatukan golongan yang datang daripada mekah yang diberi nama golongan Muhajirin. Hasilnya, terbentuklah satu masyarakat yang bersatu padu yang disatukan dengan ikataan ukwah Islamiah bercirikan kehendak Allah dan Rasul. Sebagaimana firmanNya ; Artinya, Sesunguhnya orang- orang Mukmin itu bersaudara maka perbaiklah diantara saudara kamu .

Islam adalah agama yang mendapat keredhaan Allah dan penuh dengan hikmah dan keberkatan.Sebagai contoh, perasaan bukanlah sessuatu yang boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Namun apabila hati manusia tersebut diikat dengan Islam dan iman, ianya akan tertambat dan berpaut menjadi satu. Ini merupakan kurniaan yang besar daripada tuhan kepada hambanya yang beriman sahaja.

Mari kita sama-sama fikirkan, kita mempunyai seorang kawan baik yang bukan Islam dan mengajak ke rumahnya untuk menjamu selera. Sudah pasti kita menolaknya. Tetapi jika dia seorang Islam, tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Ini menunjukkan Islam menjadi titik tolak perhubungan sesama manusia. Dan Allah swt menceritakan pautan hati di kalangan Islam adalah dengan kurniaan Allah yang maha besar sebagaimana firmanNya;

Artinya, Dan yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakaan semua harta kekayaan yang berada dibumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesunguhnya dia maha perkasa lagi maha bijaksana . Al- Anfal 63

Peribahasa yang biasa kita dengar, Bersatu Teguh Bercerai Roboh merupakan ungkapan ke arah perpaduan. Hadis Nabi tidak terkecuali dalam memupuk dan menggalakkan umat Islam agar menghayati nilainilai perpaduan seperti kasih-sayang, hormat menghormati, dan bertolak ansur sesama Islam.

Sebagaimana hadis yang masyhur kita dengar, Arinya :- Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.

Maka dengan penerangan Hadis dan Al-Quran tersebut fahamlah kita, perpaduan termasuk dalam urusan agama dan amat dituntut di dalam Islam. Manakala sifat yang suka kepada permusuhan dan perbalahan sesama Islam, amatlah di benci Allah dan Rasulnya. Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu, Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan ( Riwayat bukhari dan muslim )

Firman Allah swt ini menunjukkan kepada kita supaya menghulurkan perdamaian jika pihak musuh ingin berbuat demikian. 16 - Maksudnya : Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui al- anfal 61

Manusia yang memusuhi perpaduan adalah mereka yang telah memasuki perangkap syaitan dan kuncu- kuncunya. Perasaan dendam dan taksub tidak mengira tempat menjerumuskan seseorang ke kancah permusuhan dan perpecahan. Musuh-musuh Islam samaada yang boleh dilihat oleh mata seperti orang- orang kafir ataupun yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitulah syaitan, amat suka jika umat Islam berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri. Sebagaimana firman Allah swt, 35 - Artinya Dan katakanlah kepada hamba- hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik ( benar ) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka . Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu - Al-Israk ayat 53

Untuk memupuk perpaduan sekalipun, bukannya mudah. Namun adalah sesuatu yang tidak mustahil, tidak semestinya pada sudut politik sahaja. Banyak sudut lain atau perkara yang menjadi persamaan di antara kita umat Islam.

Langkah pertama untuk kita memupuk semangat perpaduan ialah, Kedua-dua pihak perlu mengikhlaskan diri kerana menuntut keredhaan Allah, Bukannya ada agenda tersembunyi untuk mendapatkan sesuatu kepentingan samada politik atau lainnya. Dan Insyaallah, niat yang murni akan membuka jalan yang positif.

Langkah kedua, mengkurangkan polemik berpolitik. Kedua-dua pihak hendaklah menjuruskan ke arah isu kepentingan bersama, seperti isu agama. Contohnya isu hak penjagaaan anak, apabila salah seorang ibu bapa yang bukan Islam memeluk Islam, maka hendaklah hak penjagaan anak tersebut diserahkan kepada ibu bapa yang Islam. Begitu juga isu murtad. Kedua-dua pihak boleh mengambil pendekatn bersama. Tidak kurang juga isu hak keistimewaan bumiputra yang boleh merapatkan jurang perpecahan.

Langkah ketiga, pihak yang berkuasa memegang tampuk pemerintah hendaklah mengurangkan tekanan kepada pihak yang satu lagi dan tidak menganak-tirikan golongan yang satu lagi samada dari sudut politik mahupun ekonomi.

Langkah keempat, setiap individu muslim hendaklah melihat sesuatu perkara dengan neraca fikiran, berlapang dada dan tidak menggunakaan sentimen kepartian semata- mata. Di samping itu individu muslim hendaklah berada di atas ikatan 'makasidul syariyyah' yang mengajak kita melakukan pengislahan dan menjauhkan kerosakan.

Islam menetang sebarang bentuk assabiah iaitu semangat perkauman dan menyokong kumpulannya dengan melulu tanpa berfikiran waras. Jika dahulu, assabiah boleh diertikan taksub kepada kaum sendiri, bangsa sendiri, atau kumpulan sendiri. Dan assabiah boleh diertikan juga, mereka yang melulu dan mengunakan sentimen kepartian semata- mata tanpa menilik kepada kesan jangka panjang sesuatu masalah yang dihadapi.

Rasulullah saw bersabda, bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepaada assobiah, bukan dari golongan kami mereka yang berpegang atas asobiah, dan bukan dari golongan kami, sesiapa yang mati atas dasar assobiah( Abu Daud)

Jika orang Islam bersatu, tidak ada golongan lain samaada bukan Islam ataupun Islam yang rugi dan terpinggir, kerana umat Islam telah tersohor sebagai manusia yang baik dari dahulu hinggalah sekarang. Terkadang, mereka sanggup melepaskan hak mereka untuk kebaikan bersama. Tetapi, jika umat Islam berpecah, pasti ada golongan yang 'menangguk di air yang keruh' untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.

Ibnu Kasir di dalam kitabnya 'binayah wannihayat' menceritakan sejarah peperangan Jamal di antara Saidina Ali dan Aisyah. Punca perbalahannya ialah, pembunuhan Saidina Othman. Apabila ada tanda perdamaian di antara kedua pihak ini, golongan yang telah melakukan pembunuhan terhadap Saidina Osman membuat tipu helah dengan melakukan penyerangan pada malam hari di keduadua belah tentera ini. Maka di sangkakan pembelotan telah berlaku di kalangan tentera Saidina Ali, dan begitu juga Aisyah. Akhirnya, berlakulah peperangan

yang memakan korban yang tinggi di kalangan umat Islam sendiri. Pada hakikatnya, Abdullah bin Saba dan kumpulannya ingin menyembunyikan bahawa sebenarnya, merekalah yang membunuh Saidina Osman. Tetapi dengan helah yang licik, mereka terselamat daripada hukuman.

Rasulullah ada bersabda yang maksudnya secara umum demikian, Janganlah kamu bersangatan membenci seseorang kerana mungkin suatu masa nanti ia akan menjadi sahabat kamu dan janganlah kamu melampau mengasihi seseorang kerana kemungkinan suatu hari kelak ia menjadi musuh kamu . Oleh itu, sama-samalah kita merenungkan sesuatu yang amat tingi nilainya disi Allah dan penghidupan kita.
Dosa besar meruntuhkan aklak Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa tabiat judi hidup dan berkembang dikalangan masyarakat kita.Judi dikategorikan sebagai aktiviti munkar yang telah lama wujud di dunia ini. Malah menurut catatan sejarah,raja parsi bernama Ardasyir bin babak merupakan orang pertama mencipta permainan dadu. Dalam masyarakat melayu, kita dihidangkan sejarah Pak Kaduk dan mempertaruhkan kampungnya sebagai taruhan. Akibat tipu daya raja, Pak Kaduk kalah dan kampungnya tergadai. Cerita ini menunjukkan aktiviti judi berakar-umbi sejak zaman -berzaman tanpa mengira status dan keturunan. berjudi sebenarnya telah melakukan keingkaran kepada Allah S.W.T dan hidupnya tidak berada dalm ketenangan semasa di dunia lagi. Selain dikira sebagai perbuatan keji, judi boleh merosakkan akidah, memporak perandakan syariat dan meruntuhkan akhlak hingga ulamak mengatakan bahawa perbuatan mengajak berjudi itu sudah dikira berdosa. Sebagaimana Imam Al-Zahbi mengatakan dalam kitab Al-Kabair: Kalau hanya mengajak berjudi sudah berdosa, apatahlagi bermain judi, maka sudah tentu dosanya besar. Tabiat berjudi bukan sahaja membawa keburukkan dalam urusan dunia, tetapi juga urusan agama. Malah pribahasa Tahi judi itu sendiri menggambarkan bahawa ia sesuatu yang menjijikkan lagi najis dan tidak diterima oleh islam.

Cuba kita renungkan, belum pernah berlaku orang yang memenangi perjudian menjadi kaya raya. Jika pun ia menjadi kaya, ia merupakan kemurkaan dari Allah. Apabila ia dapat mendirikan rumah besar sekali pun, belum tentu ia bahagia atau selesa di dalam kedamaiannya. Jika ia membuka gedung perniagaan, belum tentu perniagaannya akan bertambah maju. Ini adalah kerana punca perolehan hasil adalah dari sumber yang tidak berkat lagi haram. Sesungguhnya tabiat berjudi boleh merosakkan akidah, bila mana mereka terlibat dengan unsurunsur pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor. Kegiatan memuja kubur, pohon besar, keris hikmah, tangkal azimat boleh membawa syirik kepada Allah. Terdapat juga peminat nombor ekor yang menemui bomoh nombor untuk mendapatkan nombor bertuah. Bomoh tersebut tersebut akan menggunakan sihir dan tipu daya bagi memenuhi hajat pemohon dengan memuja atau melalui amalan menurun. Perbuatn ini jelas merosakkan akidah, kerana kita meminta pertolongan kepada pihak lain dan bukan kepada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Sahabat bertanya apakah perkara-perkara itu ya rasulullah?. Baginda menjawab:Syirik kepada allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan membuat tuduhan jahat keatas perempuan mulia lagi beriman. (Hadis riwayat Bahari) Kerosakkan dari sudut syariat pula dapat kita lihat apabila kaki judi ini kalah. Mereka akan membuat perkara yang dilarang syarak bagi mendapatkan wang atau modal untuk berjudi seperti mencuri, peras ugut dan merompak. Institusi keluarga menjadi musnah. Tanggungjawab kepada isteri dan anak akan terabai. Nafkah tidak terjaga, kerana segala harta yang ada dihabiskan untuk berjudi. Malah mereka sanggup meminjam kepada along bagi mendapatkan wang segera untuk berjudi bagi memenuhi impian menjadi kaya yang tidak pernah menjadi realiti. Kekalahan dalam perjudian juga menyebabkan seseorang menjadi pendendam hingga boleh membawa kepada pembunuhan. Tabiat berjudi juga menyebabkan seseorang suka berhutang. Apabila hutang tidak dapat dilunaskan, maka satu tabiat lagi yang menyerlahkan akhlak yang buruk ialah suka menipu. Ia akan memberi pelbagai alasan apabila pemiutang datang untuk menuntut haknya. Tabiat berjudi juga menyebabkan individu dihinggapi penyakit keluh kesah. Ini berlaku apabila ia leka berjudi menyebabkan jiwanya khusyuk dan lidahnya kering dari berzikir sedangkan zikir adalah benteng kegelisahan. Apabila berada dalam kegelisahan, ia mudah diperdaya oleh syaitan. Sedarlah!, bahawa berjudi tidak membawa sebarang manfaat, malah boleh menjerumuskan seseorang kepada memakan harta haram atau harta orang lain secara batil, yang mana ini amat ditegah oleh allah s.w.t sebagaimana firmannya dalam surah al-baqarah ayat 188: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syarak). Dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).

Maka jangan salahkan anak kita jika ia tidak cerdik, menjadi kaki rempit, terbabit dengan bohsia atau suka melawan kata kedua ibu bapa. Ini adalah kerana sebagai ibu bapa mungkin telah memberikan nafkah makan minum dan pakaian dari sumber yang haram melalui kegiatan berjudi. Perlu juga dijelaskan bahawa berjudi bukan dikira sebagai mencari rezeki. Malah harta yang diperolehi dari perjudian tidak boleh dibersihkan dengan menggunakan untuk beramal jariah seperti bersedekah atau menjamu selera rakan taulan. Ia bukan sahaja tidak membawa apa-apa kesan selain mendapat dosa dan menempah tempat dalam api neraka. Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa yang memperolehi harta dari sumber dosa (haram seperti judi dan sebagainya), lalu dia menggunakannya untuk menghubungkan silaturrahim atau bersedekah atau berderma pada jalan allah, maka dikumpulkan semua dan diciptakan bersamanya (orang tersebut) kedalam neraka jahanam. (Riwayat Abu Daud) Sebagai umat islam,kita perlulah bersama-sama mencegah kemunkaran dan membasmi kegiatan judi ini. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah berusaha menjauhkan anak-anak kita daripada mendekati aktiviti-aktiviti perjudian, yang tanpa disedari seperti tikan gula-gula mainan, judi internet dan lainlain lagi. Selain bertaubat nasuha, satu langkah bagi membersihkan diri dari harta tersebut adalah dengan menyerahkannya kepada baitulmal, bagi menjalankan kebajikan kepada masyarakat. Sesungguhnya syitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu). (Al-Maidah ayat 91)

AQIDAH DAN TUNTUTANNYA


OBJEKTIF

1. Ahli usrah memehami pengertian aqidah Islamiyyah. 2. Ahli usrah mengetahui bagaimana bentuk aqidah Islamiyyah dalam diri dan unsure-unsur pembentukan aqidah.
KANDUNGAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pengertian Aqidah Unsur-unsur Pembentukan Aqidah Aqidah Pembentuk Peribadi Ciri-ciri Aqidah Keistimewaan Aqidah Islamiyyah Perbezaan Aqidah dan Ideologi

PENGERTIAN AQIDAH

Aqidah berasal daripada perkataan Arab (Aqada) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang manawi. Dari maksud lahiriah perkataan aqidah bermaksud ikatan atau simpulan manawi yang terkhusus di dalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak dapat mungkin tercerai atau terurai. Fahaman praktikalnya aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya. Aqidah Islamiyyah sahajalah yang benar dan yang betul, manakala yang lainnya adalah palsu dan batil. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan Islam sebagai Iman.
UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH

Sarjana Islam berpendapat bahawa unsure-unsur pembentukan aqidah terdiri daripada : 1. Unsur aqal atau pemikiran. 2. Unsur iradah atau pemilihan. 3. Unsur wujdan atau perasaan Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian dan kuat. Kesempurnaan aqidah adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulan dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini. Yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsure tadi terjalin dan searah jalan tanpa pertentangan; iaitu pembuktian dan kelojikan aqal; kerelaan hati serta kehangatan peraan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang membentuk kesempurnaan peribadi atau syakhsiyyahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentukan corak dan warna hidupnya sama ada dalam lingkungan individu, mahupun dalam lingkungan keluarga, atau pun dalam lingkungan masyrakat yang lebih besar. Hakikatnya cirri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan aqal atau intelek, demikian juga tidak cukup berada di paras penerimaan dan pengakuan sahaja. Tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentiment yang sihat.
AQIDAH PEMBENTUK PERIBADI

Aqidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorakkan amalan dan perbuatan muslim. Sebagaimana acuan dapat membenuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah halnya dengan akhlak . ia dapat membentuk individu yang mengambilnya menepati hakikat dan tabiat keinsanan yang tulen seperti kehendak Allah. Jelasnya, akhlak dapat membentuk sifat-sifat naluri Muslim, aqal fikirannya, iradahnya, dan perasaannya. Aqidah Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan aqidah Rabbaniyyah yang tetap, sempurna dan menyeluruh. Hanya aqidah yang kukuh sahaja dapat membentuk manusia yang kukuh dan teguh. Kekukuhan dan

keteguhan aqidah inilah yang menjadi sumber kekuatan Islam. Inilah hakikah kekuatan umat Islam; kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya menjadi asas kekuatan jasmaninya.
CIRI-CIRI AQIDAH

Aqidah Islam mengandungi cirri-ciri atau rukun-rukun asas. Cirri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga:

1. Marifatullah (mengenali Allah)

Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah subhaanahu wa taaala, nama-nama-Nya yang mulia serta sifat-sifatnya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-buki yang ada di alam ini.

2. Marifatur Risaalah(mengenali kerasulan)


Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariatnya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang haq dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.

3. Marifatul Batsi (mengenali hari kebangkitan)


Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada yang baik atau yang buruk untuk diberikan balasan pahala atau siksaan dan di sana juga adanya sirathol Mustaqim, syurga dan neraka.
KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAMIYYAH

Aqidah itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang mana ia membuktikan kesucian dan keluhurannya:

1. Aqidah yang menyeluruh

Aqidah Islam adalaj aqidah yang menyeluruh merangkumi kedua-dua sumber kejadian manusia; rohani dan jasmani. Ia tidak menerima perubahan atau pengembangan, tidak ada permulaan dan akhiran, dan mengakui persambungan atau kelangsungan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan akhirat.

2. Aqidah yang kekal


Aqidah Islam kekal kerana tidak berubah disebabkan perubahan keadaan atau zaman. Ini berbeza dengan ideology yang berasaskan dasar yang lemah dan luntur. Contohnya ideology yang berasaskan kebendaan dan perkauman yang menjadikan kebendaan dan perkauman itu sebagai asas dan dasar kehidupan.

3. Aqidah yang sesuai sepanjang masa


Aqidah Islam bersifat kekal dan sesuai untuk sepanjang masa.

4. Aqidah Islam yang praktikal.

Aqidah Islam bukan hanya bersifat aqliyyah (yang dapat diterima oleh aqal), tetapi pada waktu yang sama bersifat nafsiyyah (kejiwaan) dan amaliyyah (praktikal). Keimanan kepada Allah dan hari akhirat bukan hanya suatu teori benar yang boleh dibincangkan tetapi bertapak dan sebati di dalam hati. Aqidah yang sedemikian akan menjadi tenaga penggerak untuk membebaskan umat manusia.

5. Aqidah Islam penyusun nilai hidup


PERBEZAAN AQIDAH DAN IEOLOGI

Aqidah dan ideology adalah kepercayaan atau pun fahaman yang amat berbeza. Ideology merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang tidak bersumberkan AlQuran dan Hadeeth dan meninggalkan kesan yang merbahaya kepada manusia sama ada disedaria atau tidak umat Islam perlu kenal dan tahu perbezaan antara kedua-duanya agar tidak terjebak kekancah yang tidak diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala. Aqidah Islamiyyah yang datang dari Allah pastinya sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Sebaliknya ideology ciptaan manusia yang banyak kekurangan sudah pasti dilingkungi oleh banyak kelemahan. Aqidah Islamiyyah sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkankepada asas yang tepat iaitu Al-Quran dan Hadeeth. Ia tidak berubah walau apapun yang melanda dan tidak berubah kerana peredaran zaman. Sementara itu ideology mudah berubah dan bertukar mengikut hawa nafsu manusia itu sendiri. Sebagai contonya ideology nasionalisme kepercayaan tidak sesuai untuk pegangan hidup seluruh umat manusia. Ideology juga tidak merangkumi seluuh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan, akhlak dan lain-lain). Contohnya komunisme dan kapitalisme hanya menjurus kepada bidang ekonomi. Ideology tidak mampu menjadi menjadi penyelamat umat berbanding dengan aqidah Islam. Terdapat ideology yang menjaga kepentingan pemerintah dan tasub perkauman sehingga berlakunya penindasan kepada sesama manusia serta terbukti dalam sejarah berlakunya pergaduhan di kalangan umat manusia.
BAHAN RUJUKAN

1. Pengantar Aqidah Mohd Sulaiman Bin Hj. Yasin 2. Konsep-konsep Umum Islam Abu Urwah 3. Asas Kefahaman Islam, Pusat Kajian Strategik
1. Apakah yang dimaksudkan dengan aqidah Islamiyyah? 2. Bagaimanakah untuk membentuk aqidah Islamiyyah dalam diri?

SOALAN PERBINCANGAN

IBU BAPA MITHALI KELUARGA DIHORMATI

Naluri Ingin dan Kasihkan Anak-Anak.

Kasih sayang yang mendalam terhadap anak-anak adalah naluri dan fitrah manusiawi. Naluri dan fitrah ini sebenarnya sangat murni. Anak-anak adalah cahaya rumahtangga, kehadirannya adalah penyejuk mata dan memilikinya bak permata berharga. Ia adalah anugerah Allah paling istimewa kepada pasangan suami isteri. Cuma seperti naluri dan fitrah yang lain, jika tidak disinari pancaran cahaya al Quran dan terdidik dengan ajaran Islam, pasti ia akan pudar dan tercemar kerana syaitan akan mengambil kesempatan menyelewengkan fitrah yang murni. Akhirnya, Ibubapa yang sepatutnya menumpahkan kasih sayang dan menjamin kesejahteraan anak-anak, tiba-tiba menjadi punca kepada malapetaka dan bencana kepada masa depan mereka. : . Bermaksud : Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah saw : Setiap bayi yang lahir, kelahirannya adalah mengikut fitrah ( naluri yang suci murni iaitu Islam ). Tiba-tiba Kedua ibubapanya mengubahnya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.[1] : . . Bermaksud : Dari Iyyaadh ibn Hammad r.a pula, sabda Rasulullah saw : Allah berfirman : Sesungguhnya aku telah mencipta hamba-hambaku suci bersih ( muslim ) tiba-tiba datanglah syaitan-syaitan [2] lalu menyesatkan mereka dari agama mereka. Bapa mithali. Al Quran memaparkan kepada kita kisah tauladan manusia pilihannya bagaimana mereka menghargai nikmat mendapat anak sebagai anugerah Allah. Para nabi-nabi a.s adalah bapabapa mithali sebagaimana mereka juga suami-suami mithali. Firman Allah swt : : 38 . Menjadi sunah nabi-nabi berkahwin dan membina kehidupan keluarga Islam. Sabda Rasulullah saw : " : " Bermaksud : Empat perkara menjadi sunnah ( cara hidup ) para rasul ; memakai bauan wangi, berkahwin, menggosok gigi dan memakai inai Al Quran mencerita kisah Nabi Ibrahim as hanya menjadi bapa ketika tuanya. Nabi Ibrahim

a.s berhijrah meninggalkan ibubapa dan kaum keluarganya, kampung halaman dan negeri asalnya kerana kekufuran mereka setelah lama berdawah mengajak mereka ke jalan Allah. Baginda a.s kesunyian kerana tidak mempunyai anak dan bimbang pula tiada pewaris kepada perjuangannya. Lalu memohon dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh yang boleh mewarisi agama dan perjuangannya. Allah mengurniakan kepada baginda ketika tuanya Ishak dan Ismail a.s.al Quran menceritakan ; ) ) 101 ) ) 001 ) ) 99 ) ) 201 Demikianlah Allah mengurniakan kepada baginda anak yang benar-benar mewarisi agama, keyakinan dan perjuangannya dengan penuh taat kepada perintah Allah hingga sanggup menjadi korban sembelihan kerana menunaikan perintah Allah. Lebih dari itu, Nabi Ibrahim memohon supaya semua zuriat keturunannya menjadi pemimpin orang beriman. ) 421 ) . Ketika meninggalkan isteri dan anaknya di wadi kontang ( Mekah ), baginda berdoa semoga zuriat baginda dipelihara Allah agar mereka berbakti kepada Allah dan dimurahkan rezki. ) ) 73 ) ) 93 ) ) 83 ) ) 04 Demikian juga Nabi Zakaria a.s yang mahukan anak untuk menghidupkan suasana Islam dan ketaatan di dalam keluarganya, yang hidup melakukan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan khusyunya. Allah swt mengurniakan kepadanya Yahya, seorang sangat taat berbakti. ) )98 )09 ) Ibu Mithali. Ibu tempat bergantungnya kasih sayang anak dan manusia yang paling rapat dengan si anak. Justeru, kefahaman dan kesedaran ibu terhadap peranan dan tanggungjawabnya dalam melahirkan generasi islam amatlah penting.[3] Penyair Ahmad Syauqi menyebut ; * Ibu sebenarnya institusi persekolahan tersendiri, jika engkau berjaya mempersiapkanya,

pasti engkau berjaya mempersiapkan suatu bangsa yang tinggi budi pekertinya . Perhatikan al Quran al Karim memaparkan bagaimana cita-cita dan kehendak seorang ibu yang solehah. )53 ) . ) 63 ) Lihatlah bagaimana Isteri Imran ingin melihat anak di dalam kandungannya lahir sebagai seorang yang bebas berkhidmat kepada agama Allah. Alangkah dukacitanya dia apabila melahirkan anak perempuan kerana sangkaannya anak perempuan tidak sebebas anak lelaki dapat berkhidmat kepada agama. Sebaliknya, Allah memaqbulkan harapannya dengan menjadikan anak perempuannya, Maryam memberi sumbangan yang paling berharga apabila melahirkan Isa a.s dengan izin Allah. Seorang Ibu solehah adalah seperti Asma binti Abu Bakar yang meniupkan semangat juang dan jihad kepada anaknya, Abdullah bin al Zubair yang menentang kerajaan zalim dan fasiq ketika itu sehingga dia terbunuh. Asma berkata : Matilah sebagai seorang yang mulia, atau hiduplah sebagai seorang yang perkasa. Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yang pasti. Seorang ibu solehah adalah seperti Khunsaa yang mempunyai tiga anak lelaki, satu demi satu gugur syahid di medan jihad. Semasa anak pertama dan keduanya syahid dia ketawa. Namun apabila anak ketiganya syahid dia menangis. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab : Aku menangis bukan kerana sedih dengan kematian mereka, sebaliknya kerana tiada lagi anak untuk ku hantar ke medan jihad. [1] Yahudi , Nasrani dan majusi sebenarnya mewakili semua cara hidup yang menyeleweng dari Islam sebenar. Yahudi mereka yang mendapat pentunjuk kitab Allah tetapi kerana ego dan sombong lalu mereka mengingkarinya. Nasrani mereka yang mendapat petunjuk tetapi melampau dalam mengamalkannya kerana jahil. Majusi pula mereka yang tidak mendapat petunjuk dan menyembah kebendaan. [2] Syaitan dua jenis ; Jin dan manusia. Justeru itu, ibubapa, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan kerajaan yang menjadi persekitaran yang mempengaruhi kehidupan manusia itu, semuanya boleh menjadi syaitan jika melakukan kerja menyesat dan melalaikan manusia

dari agama Allah. [3] Dirujuk Muslimat Pembangun Umat : Tuan Guru Hj Harun Taib m.s 46

You might also like