Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SOALAN 1B

SOALAN 1B

Ratings: (0)|Views: 42 |Likes:
Published by Rajaish Krishnan

More info:

Published by: Rajaish Krishnan on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2012

pdf

text

original

 
1
SOALAN 1BGuru X yang bertugas di sekolah Kebangsaan Dusun Muda telah ditahan olehSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuattuntutan perjalanan palsu. Beliau telah direman bagi membolehkan satu siasatandijalankan untuk membolehkan beliau dibawa ke mahkamah untuk prosiding.
(i)
Jelaskan tatacara jika prosiding jenayah dimulakan terhadap Guru X.
Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan inimengandungi peraturan dan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan olehseseorang pegawai awam. Pelanggaran ke atas sebarang peraturan yangditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib diambil.Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya danPerkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikutibagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturansupaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan padamasa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepadaprosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Sebaik sahaja guru tersebut ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) beliau boleh dikenakan Penahanan Kerja atau Penggantungan Kerja.Penahanan Kerja merupakan satu perintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertibberkenaan untuk menghalang seseorang pegawai daripada menjalankan tugas beliaumengikut Perkara 43 dan 44. Manakala Penggantungan Kerja pula merupakan satuperintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan untuk menghalangseseorang pegawai daripada menjalankan tugas apabila pegawai itu disabitkan oleh
 
2
mahkamah atas kesalahan jenayah atau dikenakan perintah tahanan atau sekatan.Perintah ini adalah menurut Perkara 45. Namun perintah Penahanan Kerja danPenggantungan Kerja ini bukanlah merupakan tindakan tatatertib terhadap gurutersebut. Ianya adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata.Tahan Kerja terhenti dengan sendirinya sebaik sahaja prosiding jenayah dimulakandi mahkamah. Dibawah pekara 28, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Guru Xialah beliau perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan serta merta apabila prosiding jenayah dimulakan terhadapnya. Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong KananPendaftaran Mahkamah akan menghantar pertuduhan, tarikh dan waktu tangkapan, ikat jamin dan maklumat lain berkaitan kepada Ketua Jabatan guru terbabit. Ketua Jabatanpula perlu mendapatkan laporan daripada mahkamah dan kemukakan maklumattersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan beserta syor sama ada guru inipatut ditahan kerja atau tidak. Secara umumnya laporan tersebut hendaklahmengandungi perkara-perkara berikut:i. keterangan mengenai Guru X dan jawatannya;ii. kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.iii. butir-butir mengenai perbuatan salah laku serta fakta tarikh,masa atau tempohmasa kesalahan dilakukan.iv. keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukanperaturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar;v. bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya.vi. apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas Guru X itu.vii. Seterusnya surat pertuduhan akan di serahkan kepada Guru X serta memintasurat bela diri dalam tempoh 21 hari.Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor Ketua Jabatan boleh mengambil tindakantahan kerja guru terbabit di bawah Peraturan 44(4). Sebaik sahaja prosiding jenayahselesai, Ketua Jabatan mestilah mendapatkan keputusan daripada mahkamah danmaklumat rayuan jika ada seterusnya kemukakan ia kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.
 
3
Jika Guru X disabitkan kesalahan, Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai kuasauntuk membuang kerja atau turun pangkat. Guru ini akan digantung daripadamenjalankan tugas mulai tarikh sabitan sementara menunggu keputusan PihakBerkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 28 (6). Namun jika guru terbabit dibebaskandan tiada rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, guru ini dibenarkan bertugas semula danberhak menerima emolument yang tertahan dan juga cuti rehat tahunan seperti yangtertakluk di bawah Peraturan 28 (7). Tetapi Peraturan 28 (8) turut menyatakan bahawa jika pegawai dibebaskan dan rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, Pihak BerkuasaTatatertib akan membuat keputusan sama ada atau tidak guru ini patut ditahan kerjasehingga rayuan diputuskan.Jika pegawai disabitkan, tetapi atas rayuannya dan dia dibebaskan maka guru inidibenarkan menjalankan tugas dan berhak menerima emolument yang tertahan dan juga cuti rehat tahunan menurut Peraturan 28 (9). Jika guru ini dibebaskan tetapi atasrayuan kemudiannya dia disabitkan bersalah maka Pihak Berkuasa Tatatertibhendaklah menggantung kerja pegawai itu mulai tarikh sabitan [Peratauran 28(10)].

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->