Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Koleksi Iktibar Dan Pengajaran

Koleksi Iktibar Dan Pengajaran

Ratings: (0)|Views: 22,767 |Likes:
Published by cikguleh

More info:

Published by: cikguleh on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/25/2014

pdf

text

original

 
KOLEKSI IKTIBAR DAN PENGAJARAN UNTUK SOALAN MEMINTAPENDAPAT CALON.
SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 4
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIAContoh soalan: Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorangpemimpin untuk membawa kemajuan kepada masyarakat ?
-Setiap tamadun berkembang daripada perkampungan menjadi negara kota.-Di kota-kota itu telah berlaku perkembangan kegiatan ekonomi yang pesatdan juga pertumbuhan penduduk.-Kepelbagaian ekonomi telah membawa kepada pengkhususan kerjadan juga keperluan infrastruktur seperti jalan dan kawalan undang-undang.-
 Setiap tamadun awal itu adalah unik dan istimewa.
 -Contohnya tamadun Mesopotamia memperlihatkan usaha manusia untuk hidup lebihaman melalui pengenalan
Undang-undang Hammurabi.
-Tamadun Mesir Purba pula dengan
keajaiban seni binanya
 -Tamadun Indus dengan keunikan
sistem perancangan bandarnya.
-Tamadun Hwang Ho, kecekalan para pemerintah dan masyarakatnya
mengawal aliranHwang Ho
agar tidak memudaratkan kegiatan pertanian mereka-Hikmah dan faedah ini hanya akan dapat dihasilkan sekiranya manusia bersikap
cekaldan bertindak secara inovatif.
Sifat dan sikap begini masih tetap relevan pada zamanmoden untuk membina tamadun masa kini.
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUNContoh soalan: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah negaraboleh mencapai kemajuan?
-
Peningkatan dalam tamadun menggambarkan bahawa manusia sentiasa
bersikapinovatif 
dan
sentiasa berusaha
membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada.
-
Kesemua ini berlaku kerana wujudnya
peluang yang berbentuk keamanan negara,sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti pemerintahan demokrasi danrepublik 
,
-
serta
adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat
seperti
 Augustus Caesar, Alexander the Great, Chandragupta Maurya, Asoka dan Shih Huang Ti.
Kita kini tahu bahawa hasil daripada pembangunan pengetahuan baik daripada segikeagamaan, falsafah ataupun sains dan teknologi, begitu banyak perubahan telah berlakudari masa ke masa.
 
-Pada hari ini kita melihat sendiri bagaimana
dengan peluang yang ada, kita berupayauntuk meningkatkan tamadun yang telah kita bina selama ini untuk mencapaikehidupan yang lebih baik sama ada dari aspek politik, ekonomi ataupun sosial.
-Satu pengajaran yang dapat diteladani daripada tamadun awal ini ialah keperluanmempunyai
kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku
seperti yangterdapat pada masyarakat zaman dahulu.
-
Dunia kian berubah kerana
ilmu kian bertambah dan teknologi terus bercambah
dan buktinya telah dapat kita lihat.
-
Oleh itu,
kita patut terus meningkatkan pemikiran dan kemahiran kita dengan caramenambahkan ilmu yang ada atau meneroka bidang baru untumempertingkatkan tamadun kita.
Hal ini penting supaya pencapaian kita pada hari inidapat diwarisi atau dinikmati dan dibanggai oleh generasi akan datang.
BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARAContoh soalan: Pada pandangan anda, bagaimanakah sesebuah masyarakat boleh munculsebagai masyarakat yang maju?
-Dengan
kecekalan
, masyarakat kerajaan pertanian (agraria) akhirnya telah dapat berkembang serta membentuk 
sebuah kerajaan yang berdikari
dan mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur.
 -Mereka juga telah
berusaha untuk menguasai alam sekitar
seperti membina sistem
dapat membaiki taraf hidup
dan seterusnya
berjaya membina rumah ibadat yangterkenal.
-Jadi, kita boleh mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju sekiranya
mampumemanfaatkan setiap kurnian Tuhan
dengan sebaik-baik mungkin dan yang pentingkita perlu
berusaha dan jangan mudah berputus asa
.-Kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai keturunan yang mahir dan beranimelayari lautan luas beberapa abad lalu atau mempunyai bahan tinggalan sejarah yang boleh dilihat di muzium.
-
Yang lebih penting daripada itu ialah
generasi sekarang seharusnya mempunyaisemangat
 
meneroka.
Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita padazaman moden ini dapat dipelbagaikan.
-
Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut
malah
bercita-citamenghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan lampau dalam bidangpelayaran dan perdagangan maritim.-Kedudukan negara kita yang strategik di perairan Nusantara
yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaiankerajaan sekarang memanfaatkan keadaan ini.
 
-Pembinaan, penambahan dan pembaikan kemudahan pelabuhan Kelang dan TanjungPelepas di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada rakyat dannegara.-Langkah tersebut, membawa keuntungan melalui
peningkatan hasil daripadaperdagangan antarabangsa dan menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
-
Kalau pada masa dahulu penganutan unsur luar dapat disesuaikan dengan keadaansetempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini, iaitu kitasebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan
mempertahankan tradisi asalbudaya sendiri.
 
-
Dengan itu kita akan
dapat mempertahankan diri daripada mudah terpengaruhdengan unsur budaya luar yang bersifat negatif.SPM 2007Soalan 1(e)
Senaraikan
tiga
iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripadamasyarakat kerajaan maritim.Jawapan : - Semangat meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.- Kemahiran pelayaran- Kemahiran membina kapal untuk perdagangan jarak jauh.- Kemahiran astronomi – melihat bintang untuk menentukan arah- Kemajuan pelabuhan menjadikan orang Melayu pemegang kuasa politik - Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka terulung di AsiaTenggara.- Berani menceburi perdagangan laut.
BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DIMAKKAH.
-
Kemunculan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencorakkan tamadun baru bagi masyarakat Arab Jahiliah Semenanjung Tanah Arab, iaitu tamadun Islam.-Kemunculan tamadun ini telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepadasuatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur.
-
 Nilai-nilai murni telah diterapkan dalam kehidupan, misalnya
amalan bekerjasama dansaling membantu
antara satu sama lain.-Kemunculan tamadun Islam memberi rahmat kepada seluruh manusia dan ini bermula diSemenanjung Tanah Arab, seterusnya ke negara-negara lain di dunia.-Faktor utama yang menjayakan perkembangan tamadun Islam di Makkah adalahdisebabkan
ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpinberkaliber
 
dan bijaksana di samping kegigihan dan kesabaran baginda
dalammenangani masalah dan halangan yang ditempuh.

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
Farah Rahimah liked this
贝晓芬 liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
cuksam27 liked this
8445581 liked this
Sin Ling Tan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->