Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
49Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pbs - Harmoni

Pbs - Harmoni

Ratings: (0)|Views: 7,090|Likes:
Published by Farah Fauzi
Nota PSV tajuk: harmoni.
Nota PSV tajuk: harmoni.

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Farah Fauzi on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen
HARMONI :
Objektif Kognitif : i. Mengetahui dan memahami konsep harmoni.ii. Meneliti prinsip harmoni pada objek buatan manusia, alam semula jadi dan hasil seni visual.
1. Harmoni merupakan salah satu prinsip dalam menghasilkan sesuatu rekaan seni visual.2. Berlaku apabila unsur-unsur seni disusun atau diatur secara berulang atau terancang.3. Susunan ini menimbulkan kesan tindakbalas tampak pada alam sekitar atau karya seni visual.4. Semua atau beberapa unsur seni tersebut digabungkan untuk menimbulkan rasa menarik,selesa, sesuai, seragam, bersatu dan tenang.5. Harmoni wujud pada benda alam semula jadi dan benda buatan manusia.6. Dalam pendidikan seni visual, gabungan asas seni reka penting bagi menampakkan kesanharmoni.7. Kesan harmoni pada unsur seni dapat digambarkan pada unsur seni melalui olahan berikut:
i. Harmoni garisan :
- Jika garisan yang bersuaian dengan bentuk sesuatu objek digunakan.- Contoh : garisan menggambarkan percikan bunga api, ombak, rintikhujan dll.ii.
Harmoni rupa
:- Dapat ditunjukkan jika rupa yang serupa disusun secara berulang-ulang untukmembentuk corak atau gubahan.- Contoh : rupa corak kertas pembalut hadiah.iii.
Harmoni bentuk
:- Terjadi jika terdapat keseimbangan dan kesesuaian dari segi saiz objek atau ulangansusunan bentuk. Contoh : kereta di jalan raya, tiang elektrik bersusun.
Nota ringkas
 
INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen
iv.
Harmoni jalinan
:- Berlaku jika jalinan yang sesuai dan seragam terdapat pada sesuatu permukaan,atau sekumpulan.- Contoh : rupa corak yang terdapat pada permukaan jubin yang disusun, jalinan padabeberapa ekor rama-rama, harimau di rumput kering.v.
Harmoni ruang
:- Merujuk kesesuaian penggunaan ruang yang kosong didalam hasil seni visual atau pada ruang semula jadi.- Dalam sesebuah penghasilan karya, pemilihan dan susunansesuatu bentuk dalam ruang akan menjadikan karya itu lebihmenarik.vi.
Harmoni warna
:- Dapat ditunjukkan apabila bersesuaian digunakan mengikut tema.- Contoh : warna neutral untuk menghasilkan pemandangan alam, warna monokromdigunakan untuk menghasilkan pemandangan senja, pakaian satu tema warna walaupunberbeza reka bentuk, dan bilik bertema warna tertentu.
Nota ringkas
 
INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen
8.
Harmoni pada alam semula jadi.
i. Harmoni wujud pada alam semula jadi di sekeliling kita.ii. Kehidupan kita berharmoni dengan elemen alam semula jadi dari segi warna, jalinan, rupa,bentuk dan ruang di sekeliling kita. Contohnya rumput yang tumbuh sama saiz danketinggian yang bergerak seiringan apabila ditiup angin, haiwan yang berharmoni dari segiwarna dengan habitatnya.iii. Harmoni pada bentuk, jalinan dan warna pada haiwan dengan alam sekitar membantuhaiwan itu untuk berlindung di sebalik alam sekitarnya. Perlindungan ini membantudaripada serangan pemangsa ataupun untuk berburu mencari makanan.iv. Harmoni pada alam juga menampakkan keindahan, ketenangan dan keselesaan.9.
Harmoni pada objek buatan manusia
i. Elemen harmoni alam semula jadi sering digunakan sebagai sumber ilham penghasilanbarangan buatan manusia.ii. Prinsip harmoni digunakan untuk menarik perhatian atau menimbulkan keindahan.iii. Contoh : penggunaan warna sepadan pada bangunan, gabungan jalinan dan susunan rekacorak pada hasil kraf, warna dan jalinan pada produk sofa yang sedondon, motif floradalam reka corak pada kain batik dan susunan barangan mengikut produk di pasar raya.iv. Penggunaan harmoni pada objek juga sering disesuaikan dengan tema dan jiwa penggunabagi menunjukkan harmoni atau keserasian. Contoh : tema flora pada pakaian wanita, tema jalur dan petak-petak pada kemeja lelaki, jam tangan bersaiz besar untuk lelaki dan keciluntuk wanita, aksesori barang kemas untuk wanita dan lelaki aksesori lebih maskulin untuklelaki.
Nota ringkas

Activity (49)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Onna Yii liked this
Onna Yii liked this
chepout liked this
jasalinamsaad liked this
Adenan Er Sempit liked this
Zmila AppleHijau liked this
Sop Sofis liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->