You are on page 1of 39

KANDUNGAN

PERKARA 1 2 3 4 5 Penghargaan Unit 1: Sumber Semula Jadi Dan Kegunaannya Unit 2: Kegiatan Ekonomi Dan Lokasi Unit 3: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Unit 4: Implikasi Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam. MUKA SURAT

PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, DENGAN IZIN ALLAH JUA KAMI DAPAT MENYIAPKAN FOLIO KAJIAN TEMPATAN INI DENGAN SEADANYA. KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA IBUNDA DAN AYAHANDA KAMI YANG TERCINTA MEMBANTU KAMI DALAM MENYIAPKAN FOLIO INI. KAMI JUGA INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN KAMI YANG MEMBERIKAN KAMI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DALAM MENYIAPKAN FOLIO INI. AKHIR KATA, UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK SESIAPA JUA YANG TELAH MENOLONG DALAM MENYIAPKAN FOLIO INI.

UNIT 1 Sumber Semula Jadi dan Kegunaannya

Sumber semula jadi merupakan anugerah Tuhan untuk kegunaan manusia. Manusia memperoleh sumber semula jadi dari laut, dalam tanah, dan hutan. Sumber ini banyak kegunaannya.

Sumber semula jadi yang diperoleh mestilah digunakan dengan cara yang optimum. Apabila sumber sedia ada habis, sumber alternatif digunakan.

1. JENIS SUMBER
Kita amat bertuah kerana Negara dianugerahi dengan pelbagai jenis sumber kita semula jadi terdiri daripada sumber semula jadi. Sumber semula jadi terdiri daripada sumber mineral, hutan dan laut.Mari kita kaji.

Sumber hutan
Sumber mineral terdapat dalam tanah di darat dan di dasar laut.Sumber mineral dalam tanah di darat antaranya ialah arang batu,bijih timah dan emas. Sumber mineral yang terdapat di antara lapisan batuan di dasar laut antaranya ialah petroleum dan gas asli.

Sumber hutan

Pokok bakau Pokok jelutong

Pokok buluh

Pokok rotan

Pokok Tongkat Ali

Sumber laut

Rumpai laut

Tapak sulaiman

Sotong

Ketam

2.

Hasil dan Kegunaan Sumber

Kamu telah pun mengetahui sumber semula jadi. Sumber tersebut dapat diproses menjadi pelbagai jenis produk.Mari kita lihat produk dan kegunaan setiap jenis sumber tersebut.

Hasil Mineral
Petroleum merupakan sumber mineral utama negara kita. Petroleum mentah diproses di loji untuk menghasilkan pelbagai jenis produk. Jadual1.1 Petroleum diproses bagi menghasilkan produk untuk pelbagai kegunaan. Produk Petroleum Minyak petrol Minyak diesel Kerosin Nafta Bitumen Contoh Kegunaan Bahan bakar yang digunakan oleh kenderaan ringan seperti kereta,van dan motosikal. Bahan bakar yang digunakan oleh kenderaan berat seperti bas,lori dan jentera. Bahan bakar yang digunakan untuk membuat plastik. Bahan asas yang digunakan untuk membuat plastik. Bahan untuk menurap jalan raya. Minyak pelincir untuk enjin kenderaan.

Bijih timah dan emas diproses untuk menghasilkan pelbagai produk bagi kegunaan kita. Contohnya, bijih timah dan emas diproses menjadi barang perhiasan. Selain itu, bijih timah dan emas diproses menjadi barang perhiasan. Selain itu, bijih timah digunakan untuk menyadur tin supaya tidak berkarat. Arang batu digunakan sebagai bahan bakar untuk tenaga eletrik.

Hasil Hutan
Hutan negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Tumbuhtumbuhan ini banyak kegunaanya. Mari kita kaji.

Kayu balak
Pokok balak yang ditebang dibawa ke kilang. Kayu balak ini diproses menjadi kayu gergaji dan papan lapis.

Rotan
Rotan diproses bagi menghasilkan perabot seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Ubat-ubatan
Tumbuhan herba seperti mas cotek dan misai kucing diproses menjadi ubat-ubatan.

Hasil laut

Hasil laut seperti ikan, udang dan sotong merupakan sumber protein utama bagi penduduk negara kita. Selain itu, terdapat hasil laut yang boleh diproses menjadi ubat-ubatan dan barang perhiasan.

Penggunaan sumber secara optimum

Di negara kita terdapat banyak sumber semula jadi. Namun, sumber petrolium,hutan dan laut perlu digunakan secara optimum. Penggunaan optimum dapat mengelakkan sesuatu sumber daripada dibazirkan.

Tidak boleh bermain terlalu lama.

Sumber Alternatif

Sumber semula jadi akan habis jika digunakan berterusan dan tanpa kawalan. Oleh itu, bagi menguruskan pergantungan terhadap sumber semula jadi beberapa sumber alternatif boleh digunakan. Tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari dapat menghasilkan tenaga eletrik. Tenaga tersebut boleh digunakan untuk memanaskan air dan membekalkan tenaga untuk peralatan eletrik. Bahan sisa pertanian seperti kelapa sawit, sekam padi dan tebu boleh diproses bagi menghasilkan tenaga elektrik biomas. Tenaga ini dapat digunakan sama ada di rumah atau bagi keperluan industri.

Fotovoltaik memerangkap cahaya matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik.

UNIT 2 Kegiatan Ekonomi dan Lokasi


Di negara kita terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perhutanan dan perlombongan.

Kegiatan ekonomi tersebut menghasilkan barangan keperluan untuk kegunaan kita.

1)Perindustrian
Jenis industri yang terdapat di negara kita ialah industri pemprosesan, industri berat, industri ringan dan industri desa.

Industri pemprosesan
Industri pemprosesan melibatkan kegiatan memproses bahan mentah bagi menghasilkan barangan untuk pengguna. Bahan mentah utama yang diproses ialah petrolium, gas asli, buah kelapa sawit, kayu balak dan getah.

Pemperosesan minyak kelapa sawit

Industri berat
Industri berat ini terdiri daripada kilang yang menggunakan besi dan keluli. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis industri berat di negara kita.

Membuat kereta

Membuat kapal

Industri ringan
Industri ringan ini terdiri daripada kilang yang membuat pakaian, air minuman, makanan dan mengetin ikan sardin.

Industri membuat minuman

Industri membuat roti

Industri membuat pakaian

Industri desa
Industri desa terletak di desa atau kampung. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis industri desa seperti kain songket, membuat keropok lekor, mengukir kayu dan memproses kerepek pisang.

Industri membuat kerepek pisang

Industri menenun kain songket

Industri membuat keropok lekor

Industri mengukir kayu

Kawasan perindustrian
Di negara kita terdapat banyak kawasan perindustrian. Kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik, telekomunikasi dan air.

Industri Desa
Contoh: membuat labu sayong di Kuala Kangsar, Perak; kraf tangan di Melaka; makanan ringan di Kuala Selangor, Selangor;dan menenun kain songket di Kuala Terengganu, Terengganu.

Industri Berat
Contoh: Membuat labu sayong di Kuala kangsar, Perak dan Shah Alam, Selangor, dan membuat kapal di Sibu.

Industri Pemprosesan
Contoh: Memproses petroleum dan gas di Pasir Gudang, Johor; Bintulu dan Miri di Sarawak.

Industri Ringan
Contoh: Membuat pelbagai barangan pengguna di Perai, Pulau Pinang dan Likas, Sabah.

2)Pertanian
Kita bertuah kerana iklim dan tanih negara kita sesuai untuk kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian terdiri daripada kegiatan penanaman, penternakan, dan perikanan.

Penanaman
Hasil kegiatan penanaman ialah buah kelapa sawit, padi, getah dan sayursayuran. Contohnya kegiatan menanam padi terdapat di Dataran Kedah, Delta Kelantan dan Tanjong Karang. Kelapa sawit banyak terdapat di Jengka Labis, Trolak dan Sibu. Getah pula banyak ditanam terutamanya di Muar, Johor dan Tenom, Sabah. Nanas ditanam terutamanya di Pontian, Johor. Sayur-sayuran sederhana ditanam di Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang, Sabah.

Sawah padi di Sg Manik

- Sarah Nabila tinggal di Felda Lenga, Muar, Johor. Bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Kebun getah bapanya terletak di kawasan beralun, bertanih laterit dan bersaliran baik. Di samping itu, bapanya menggunakan baja penggalak untuk meningkatkan pengeluaran susu getah. Racun rumpai digunakan untuk menghapuskan rumput dan semak. Bapanya menggunakan teknik menoreh yang betul bagi mengelakkan kerosakan kulit batang getah. Selain itu, dengan teknik penorehan terbaru terbaru, iaitu G-Flex, lebih banyak susu getah dapat dikeluarkan. Melalui teknik ini, pokok getah boleh mengeluarkan susu getah sehingga enam hari selepas sekali ditoreh.

Penternakan
Ayam dan lembu banyak diternak di negara kita. Contohnya, kawasan penternakan ayam terdapat Manjung, Perak, manakala kawasan penternakan lembu tenusu terdapat di Kluang, Johor.

Ternakan ayam di Batu Pahat, Johor

Ternakan lembu di Kuala Selangor.

Low Siqng Tey tinggal di Manjung, Perak. Bapanya ialah seorang penternak ayam telur. Beliau mendapat khidmat nasihat tentang penternakan ayam daripada Jabatan Haiwan. Beliau menggunakan baka ayam yang terbaik. Di samping itu, ternakan ayamnya selalu disuntik ubat bagi mencegah penyakit. Oleh itu, ternakan ayamnya sihat dan menghasilkan telur yang bermutu tinggi. Telur-telur tersebut dipasarkan dalam negeri dan dieksport.

Perikanan
Kegiatan menangkap ikan di negara kita dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut. Selain itu, terdapat kegiatan akualtur. Pusat pendaratan ikan yang utama ialah Kuantan, Kuala Perlis, Chendering, Besut dan Tok Bali. Kegiatan utama akualtur pula terdapat di Bukit Merah, Perak dan Kukap, Johor.

Pusat Pendaratan ikan di Tok Bali, Terengganu.

Amirul tinggal di Chendering, Terengganu. Bapanya bekerja sebagai nelayan. Agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), telah membantu bapanya memasarkan hasil tangkapan ikan. Agensi ini juga membantu memberikan pinjaman membeli pukat dan bot berenjin. Pada musim tengkujuh, bapa Amirul tidak dapat menangkap ikan kerana laut bergelora dan berbahaya.

3)Perhutanan
Kawasan hutan ini mempunyai pokok-pokok balak yang bermutu tinggi seperti cengal, merbau, nyatuh, keruing, seraya dan meranti.

4) Perlombongan
Petrolium dan gas asli dilombong di dasar laut. Emas, arang batu dan timah pula dilombong di dataran.

UNIT 3 Sumbangan kegiatan Ekonomi


Di negara kita, terdapat banyak kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, penduduk memperoleh pendapatan daripadanya.

Negara perlu memperoleh pendapatan melalui pelbagai cukai termasuklah cukai yang dikenakan kepada penduduk. Pendapatan ini digunakan bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk.

I. Kepentingan Kegiatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan, menambah pendapatan negara, menyumbang kepada pembangunan negara, menyumbang kepada pembangunan negara dan mendorong pembangunan kawasan.

Kegiatan Ekonomi dan Jenis Pekerjaannya


Kegiatan ekonomi menyediakan pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang pertanian, perlombongan, perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan.

-Pertanian
Bidang pertanian meliputi kegiatan penanaman, penternakan dan perikanan. Kegiatan penanaman menyediakan pekerjaan seperti pesawah dan peladang kelapa sawit. Kegiatan penternakan menyediakan pekerjaan seperti penternak ayam, lembu dan rusa. Kegiatan perikanan pula menyediakan pekerjaan seperti nelayan dan penternak ikan kolam.

-Perkhidmatan
Bidang perkhidmatan menawarkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

-Perlombongan
Bidang perlombongan meliputi kegiatan seperti melombong petroleum, bijih timah, emas dan arang batu. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan seperti pengurus lombong, jurutera lombong, jurutera lombong, penyelia dan pekerja am.

-Pembinaan
Bidang pembinaan melibatkan kegiatan membina kemudahan seperti bangunan, jalan raya, lebuh raya, kabel elektrik dan peralatan telekomunikasi. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan seperti kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera, penyelia, juruteknik dan pekerja am.

-Perindustrian
Bidang perindustrian melibatkan pengeluaran barangan. Bidang ini menyediakan peluang pekerjaan seperti pengurus kilang, jurutera, juruteknik, kerani, penyelia, operator mesin, pemandu dan pekerjaan awam.

-Pekerjaan dalam Sektor Awam dan Sektor Swasta


Bidang pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sektor awam dan sektor swasta. Sektor awam merupakan sektor yang diuruskan dan dibiayai oleh kerajaan. Sektor swasta merupakan sektor yang diuruskan dan dibayai oleh syarikat, koperasi, keluarga dan individu.

Menambahkan Pendapatan Negara


Pelbagai kegiatan ekonomi boleh menambahkan hasil pendapatan kepada negara. Lihat teks di bawah.

Syarikat rimbun glokal sendiriaN berhad


Bapa Hafiz ialah pemilik Syarikat Rimbun Glokal. Syarikat ini mengeluarkan produk ubat-ubatan yang diperbuat daripada tumbuhtumbuhan herba. Produk syarikat ini dijual dalam negara dan dieksport ke negara eropah, Timur Tengah dan Afrika. Syarikat ini memperoleh memperoleh pendapatan daripada hasil jualan ubat-ubatan. Hasil daripada pendapatan, syarikat membayar gaji dan elaun kepada pekerja. Syarikat membayar cukai kepada kerajaan. Pekerja yang mendapat pendapatan juga membayar cukai pendapatan kepada kerajaan. Semua pendapatan dan cukai ini dapat menambahkan pendapatan negara.

Membangunkan Negara
Kegiatan ekonomi memberikan pendapatan kepada pihak pengusaha dan pekerja. Mereka termasuklah pekerja sektor awam dan sektor swasta. Mereka membayar cukai kepada kerajaan. Pendapatan daripada cukai tersebut digunakan oleh kerajaan untuk membuat projek pembangunan tersebut memberikan kemudahan kepada penduduk.

UNIT 4 Implikasi Kegiatan Ekonomi terhadap Alam Sekitar

Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan di negara kita. Kegiatan ekonomi tersebut memberikan kesan terhadap alam sekitar.Kegiatan ekonomi menyebabkan perubahan landskap, pencemaran dan kepupusan. Kesan ini boleh diatasi dengan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan.

Kegiatan Ekonomi dan Pencemaran


Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan terhadap alam sekitar. Kesan-kesan itu ialah perubahan landskap, pencemaran dan kepupusan.

Perubahan Landskap Akibat Kegiatan Ekonomi


Perindustrian
Pada hari ini, kawasan penanaman getah dan kelapa sawit telah menjadi kawasan perindustrian, perniagaan dan perumahan. Oleh itu, pokok-pokok kelapa sawit dan getah ditebang. Banyak kilang, bangunan perniagaan dan rumah dibina. Kegiatan perinustrian telah mengubah lanskap kawasan itu daripada kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.

Perlombongan
Kegiatan melombong mineral seperti bijih timah meninggalkan kolam air yang besar, tanah berpasir dan permukaan bumi tanpa tumbuh-tumbuhan.

Pembalakan
Kegiatan membalak menyebabkan kawasan hutan menjadi kawasan belukar. Setelah pokok balak yang berharga ditebang, yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil, lalang, palma dan semak samun serta jalan lori balak.

Pembinaan
Kegiatan pembinaan boleh mengubah kawasan hutan menjadi kawasan perumahan, kilang atau bangunan untuk pejabat dan perniagaan. Ada juga kawasan hutan yang dibina infrastruktur seperti lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan kabel elektrik.
SEBELUM SELEPAS

Kawasan hutan

Lebuh raya

Pertanian
Kegiatan pertanian telah menyebabkan kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan penanaman seperti ladang kelapa sawit dan getah.

Pencemaran
Kegiatan ekonomi yang tidak dikawal boleh menyebabkan pencemaran. Pencemaran boleh menjejaskan kehidupan manusia dan hidupan lain sama ada di darat atau laut.

Pencemaran udara
Kegiatan perindustrian boleh mencemar udara. Misalnya, kilang membuat simen yang melepaskan habuk ke udara tanpa kawalan. Habuk yang mengandungi habuk halus menjejaskan penafasan penduduk yang tinggal berhampiran kilang. Kilang memproses getah dan kilang kelapa sawit pula boleh mengeluarkan bau busuk. Bau busuk ini mengeluarkan bau busuk. Bau busuk ini mengganggu keselesaan penduduk sekitar. Pembakaran hutan untuk pertanian, perindustrian dan kegiatan ekonomi lain boleh menghasilkan asap dan debu yang banyak boleh menyebabkan jerebu. Jerebu menjejaskan kesihatan dan mengurangkan jarak penglihatan.

Asap kilang mencemari udara.

Pencemaran Air
Terdapat pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan sisa keladak terus ke dalam sungai. Kesannya, hidupan dalam sungai akan musnah. Pencemaran air laut boleh disebabkan oleh perlanggaran kapal tangki yang mengangkut petroleum mentah atau kapal pecah aakibat dilanda taufan. Pencemaran air laut oleh minyak boleh mengancam hidupan di dalamnya. Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia yang tidak terkawal boleh menyebabkan air sungai dan tasik tercemar. Kesannya, hidupan dalam sungai akan musnah. Kegiatan penternakan di kawasan berhampiran sungai boleh menyebabkan pencemaran air sungai. Pencemaran berlaku apabila air najis haiwan disalrkan terus ke dalam sungai. Air najis itu mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan boleh mengancam hidupan di dalamnya.

Pencemaran Darat
Sisa pepejal industri yang dibuang di merata tempat boleh menjadi tempat pembiakan haiwan seperti lipas, lalat dan tikus. Haiwan ini boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. Kilang kimia banyak menghasilkan sisa toksik. Pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik di merata tempat. Sisa toksik ini boleh meresap dalam tanah dan menyebabkan pencemaran air bawh tanah. Air yang tercemar jika igunakan akan menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.

Pencemaran Bunyi
Kegiatan perindustrian dan pembinaan boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Punca pencemaran bunyi termasuklah jentera di tapak pembinaan, stesen jana kuasa dan kenderaan berat.

Kepupusan Flora Dan Fauna


Kegiatan ekonomi seperti penerokaan hutan dan perindustrian yang tidak dikawal boleh menyebabkan tumbuhan, haiwan liar dan hidupan dalam air pupus.

Kepupusan Flora
Kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah pertanian boleh menyebabkan pokok dalam hutan berkurangan dan seterusnya pupus. Selain pokok balak, tumbuh-tumbuhan berharga lain seperti orkid hutan, pokok paku pakis, periuk kera dan bunga Rafflesia juga pupus.
Periuk kera antara tumbuhan yang mengalami kepupusan.

Kepupusan Fauna
Penerokaan hutan menjejaskan habitat haiwan liar seperti gajah, tapir dan burung merak. Haiwan tersebut sukar memperoleh haiwan dan membiak. Akhirnya, haiwan akan mati dan pupus. Pengusaha kilang, ladang ternakan dan lombong yang membuang bahan buangan ke sungai atau tasik boleh mencemarkan air. Bahan buangan menyebabkan kandungan oksigen dalam air sungai atau kolam berkurangan. Oleh itu, hidupan dalam air sukar bernafas dan akhirnya mati.

Kesan Kepupusan terhadap Kegiatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi berasaskan sumber semula jadi yang tidak dikawal boleh menyebabkan sumber itu mengalami kepupusan. Kegiatan pembalakan yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kepupusan hutan. Apabila hutan pupus, kegiatan pembalakan tidak dapat dilakukan pada masa hadapan. Kesannya tiada lagi peluang pekerjaan dalam bidang pembalakan. Sumber kayu balak dalam negara perlu mengimport kayu balak. Selaian itu, kepupusan hutan menyebabkan kegiatan rekreasi dalam hutan tidak dapat dijalankan. Kegiatan menangkap iakan menggunakan pukat tanda menyebabkan anakanak ikan turut tertangkap. Oleh itu, sumber ikan akan berkurangan. Tumpahan minyak dari kapal tangki pula menyebabkan permukaan laut dilitupi dengan minyak. Oleh itu, hidupan laut akan mati kerana tidak memperoleh cahaya matahari dan oksigen yang mencukupi.

Pukat tunda

Apabila sumber perikanan berkurangan peluang pekerjaan seperti nelayan dan peraih ikan akan terjejas. Sumber protein daripada hasil kegiatan perikanan menjadi kurang. Oleh itu, negara terpaksa mengimport sumber perikanan bagi keperluan penduduk.

Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan


Kesan alam sekitar akibat kegiatan ekonomi boleh diatasi melalui langkah pemeliharaan dan pemuliharaan. Sebagai waraga yang sayangkan negara, kita semua mestilah menyokong usaha ini.

Pemeliharaan
Pemeliharaan merupakan langkah melindungi dan memelihara sesuatu sumber semula jadi daripada tercemar atau pupus. Usaha ini menjamin sumber semula jadi terus wujud dan dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan.
Badak Sumatera merupakan haiwan yang hampir pupus

Pemuliharaan
Pemuliharaan merupakan langkah memulihkan sumber semula jadi yang sedang terancam dan hampir pupus supaya boleh terus hidup dan membiak. Di pusat pemuliharaan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang terancam dipuihara dengan rapi. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan dibiakkan.

-Kegiatan pembalakan Pemeliharaan Hutan


Kerajaan mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai hutan simpan kekal, dan taman negara. Dalam hutan simpan kekal, pembalakan dan pemburuan tidak dibenarkan. Bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan herba dan buahbuahan hutan boleh diambil dengan kebenaran Jabatan Perhutanan. Dalam taman negara, kegiatan pembalakan dan pemburuan tidak boleh dijalankan. Walaupun begitu, kegiatan rekreasi, pelancongan dan penyelidikan dibenarkan. Contoh kawasan taman negara ialah Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin di Johor, Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Bako di Sarawak.

Kawasan Taman Negara, Pahang

Pemuliharaan Hutan
Kawasan hutan yang telah dibalak ditanam semula untuk menggantikan pokok yang telah ditebang. Contohnya pokok jati bermutu tinggi ditanam di kawasan tersebut. Pokok ini dibiakkan di pusat pembiakan pokok hutan seperti di Mantin, Negeri Sembilan dan di Sandakan, Sabah. Pusat ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan.

Pemeliharaan Haiwan Liar


Kegiatan menebang hutan menyebabkan habitat haiwan terancam. Oleh itu, ada haiwan ditempatkan semula di pusat pemeliharaan haiwan. Contohnya gajah dipelihara di Pusat Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah, Pahang.

Kegiatan Pertanian
Pemeliharaan Contohnya, pada musim pertama kawasan tanah ditanam dengan pokok kacang panjang, pada musim kedua kawasan tanah yang sama ditanam dengan pokok cili. Pemuliharaan Penggunaan baja kimia secara berterusan menyebabkan tanih berasid dan tidak sesuai untuk tanaman. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara menggunakan baja organik dan menjalankan tanaman secara bergilir.

Kegiatan perikanan
Pemeliharaan Menangkap ikan menggunakan bom di laut atau tuba di sungai boleh menebabkan hidupan dalam air mati. Bagi mengatasinya Jabatan Laut mengadakan pemantauan. Penangkap ikan yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan undang-undang. Pemuliharaan Ancaman kepupusan ikan dalam sungai boleh dipulihkan dengan mewujudkan santuari ikan. Contohnya, ikan kelah yang hampir pupus boleh dibiakkan dan dilepaskan semula ke sungai atau tasik. Antara kawasan santuari ikan kelah termasuklah Tasik Kenyer, Terengganu.

Kegiatan Perlombongan
Pemeliharaan Kegiatan melombong dan mengangkut minyak ke pusat pemprosesan sering menyebabkan tumpahan minyak. Oleh itu, pemantauan dan tindakan segera terhadap pencemaran air laut dapat mengelakkan hidupan laut daripada musnah. Pihak yang melakukan pencemaran boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pemuliharaan Pencemaran air boleh menyebabkan hidupan seperti kerang, ikan dan penyu musnah. Oleh itu, langkah pemuliharaan hidupan ini perlu dilakukan. Contohnya, pusat pemuliharaan diwujudkan di Rantau Abang, Terengganu. Pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC).

Kegiatan Perindustrian
Pemeliharaan Terdapat pengusaha kilang memproses kelapa sawit yang tidak bertanggungjawab menyalurkan sisa keladak kelapa sawit ke dalam sungai. Tindakan ini boleh mencemarkan air sungai. Oleh itu, air sisa keladak perlu dialirkan ke dalam kolam takungan terlebih dahulu supaya keladak mendap. Selepas itu, air yang tidak mengandungi keladak dialirkan ke dalam sungai.

FOLIO TEMPATAN

KAJIAN

EKONOMI NEGARA
NAMA:

MUHAMMAD EHSAN BIN MOKHTAR NUR HAKIMIN BIN SATAR


NAMA GURU:

PUAN SITI ZAITON


sEkolah kebangsaan Perwira, km5, jalan changkat jong 36000, teluk intan

You might also like