Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Berbanggalah Dengan Zakat Yang Diagih

Berbanggalah Dengan Zakat Yang Diagih

Ratings: (0)|Views: 1|Likes:
Published by SyaFiq KZaman

More info:

Published by: SyaFiq KZaman on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/20/2012

pdf

text

original

 
BERBANGGALAH DENGAN ZAKAT YANG DIAGIH
 
 – 
Mohd Syahir Sulaiman
 
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagisebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebajikan dan mencegah berbuat kejahatan, dan mendirikansembahyang, dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71)
 
Ada teman yang meminta saya membantu beliau membuat kajian impak yang terhasil daripada instrumen danprogram agihan dana zakat kepada golongan asnaf, dalam agenda pembangunan sosio-ekonomi umat Islam di
Malaysia. “Mahu dirungkai beberapa kekusutan”, katanya. Saya tidaklah keberatan untuk menghulur tangan
membantu, sekadar diberi tugasan membelek lembaran laporan tahunan beberapa majlis agama dan baitulmalnegeri, menghadam angka-angka yang tercatit, dan menelaah beberapa kajian akademik dan empirikal yangtelah dijalankan sebelum ini.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada beberapa cendekiawan negara yang bukan sahaja telah mengkaji danmenganalisa impak zakat secara empirikal dengan mengaplikasi indikator gini-coefficent dan indikator-indikator ekonomi lain yang rumit, malah tampil mengemukakan cadangan solusi yang praktikal demipenambahbaikan sistem yang sedia ada.
 
Ruang penulisan yang terhad ini bukanlah bertujuan untuk membahas hasil penemuan tersebut, cuma sekadaringin berkongsi beberapa pemerhatian yang boleh dijadikan muhasabah bersama, khususnya kepada tanganyang diberikan tanggungjawab untuk mengurus amanah ummah yang besar ini.
 
Besar kutipan, besar amanahnya
 
Umum mengetahui, dana zakat yang terkumpul di Malaysia adalah amat besar nilainya dan sentiasa meningkatdari tahun ke tahun. Ini terhasil daripada peningkatan kesedaran umat Islam terhadap tanggungjawabmenunaikan zakat, kaedah pembayaran zakat yang dipermudahkan di samping aktiviti promosi yang dijalankanoleh pihak lembaga zakat. Saiz dana tersebut bukanlah kecil. Jika digabungkan hasil kutipan zakat di Selangor,Kuala Lumpur, Perak dan Johor, jumlahnya boleh mencecah angka berbilion ringgit.
 
Sebagai contoh, dana pendapatan terkumpul Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun2010 mencecah angka RM410 juta, di mana pendapatan dari hasil zakat berjumlah RM280 juta. Daripada hasilzakat yang bernilai RM280 juta ini, RM186 juta diagihkan terus kepada golongan asnaf manakala RM68 jutadibelanjakan untuk urusan pengurusan, harta modal, projek pembangunan, dan pegangan saham subsidiari.
 
Nilai RM186 juta agihan oleh MAIWP kepada golongan asnaf ini adalah setara dengan jumlah peruntukanperbelanjaan pengurusan oleh Kerajaan Negeri Perlis di dalam unjuran Bajet 2012 yang berjumlah RM181 juta,sedangkan hasil Kerajaan Negeri Perlis hanya diunjurkan pada nilai RM74 juta.Ini bermakna, kekuatan ekonomi MAIWP adalah jauh lebih besar daripada kekuatan ekonomi kerajaan negeriPerlis.
Hanya 60% hasil zakat diagih?
 
"Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-
orang miskin, ‘amil yang 
mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang terputus)dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang difardhukan oleh Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 60)
 
Meneliti kembali angka-angka yang dilaporkan oleh MAIWP, kita dapati daripada hasil zakat yang bernilaiRM280 juta pada tahun 2010, hanya 66% atau RM186 juta diagihkan terus kepada golongan asnaf manakala24% atau RM68 juta lagi dibelanjakan untuk urusan pengurusan, harta modal, projek pembangunan, danpegangan saham subsidiari. Manakala bagi tahun 2009, nisbah agihan kepada asnaf adalah pada kadar 54%daripada RM248 juta zakat yang dikutip.
 
Laporan Tahunan MAIWP 2010
 
(juta)
 
(%)
 
 
Pendapatan terkumpul
 
410
 
Perbelanjaan penuh
 
326
 
Pendapatan hasil zakat
 
280
 
Perbelanjaan zakat
 
254
 
91%
 
Agihan zakat asnaf 
 
186 
 
66% 
 
Agihan zakat (pengurusan, pelaburan, pembangunan)
 
68 
 
24% 
 
Lebihan
 
26
 
9%
 
Nisbah agihan sekitar 60% juga dapat dilihat di dalam laporan operasi Yayasan Taqwa, sebuah organisasi dibawah naungan MAIWP yang objektif utama penubuhannya adalah untuk menerima dan menguruskan danaperuntukan dari MAIWP, sumbangan-sumbangan individu, kumpulan dan organisasi dari dalam dan luar negarabertujuan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan, sosial dan kemajuan agama Islam.
 
Memetik Laporan Tahunan MAIWP 2010, “Y
ayasan Taqwa telah membelanjakan sebanyak RM4.98 juta bagisumbangan kepada masyarakat Islam iaitu 64% daripada pendapatan yang diterima sebanyak RM7.78 juta. Bagibelanja pengurusan, Yayasan Taqwa telah membelanjakan sebanyak RM2 juta merangkumi perbelanjaan
 pentadbiran pejabat dan perbelanjaan program/aktiviti.”
 
Yayasan Taqwa 2010
 
(juta)
 
(%)
 
Pendapatan
 
7.78
 
Perbelanjaan sumbangan masyarakat
 
4.98
 
64%
 
Perbelanjaan pengurusan
 
2.00
 
26%
 
Selain kos pengurusan dan operasi yang agak signifikan, peruntukan besar turut diberi kepada golongan amilyang merupakan sebahagian daripada golongan asnaf. Meneliti pecahan agihan zakat MAIWP kepada asnaf yang berjumlah RM186 juta pada 2010, 12% atau RM23 juta diagih kepada golongan amil, berbanding 2% atauRM4 juta diagih kepada golongan muallaf.
 
Laporan Tahunan MAIWP 2010 turut menyatakan nilai pendapatan dari keuntungan pelaburan bagi tahun 2010adalah sekitar RM5 juta, atau hanya 1% daripada jumlah pendapatan terkumpul MAIWP yang berjumlahRM410 juta.
 
Apa yang lebih memeranjatkan, tercatit di nota 17 dan nota 27 kepada Lembaran Imbangan (Balance Sheet)MAIWP 2010, MAIWP ada menanggung pinjaman berjumlah RM448,865 di mana sejumlah RM39,368 adalahmerupakan pinjaman konvensional sewa-beli yang dikenakan caj pinjaman 5.50%. Ini amat serius danmendukacitakan.
 
Pemerhatian ini menuntut kepada nilai amanah dan ketelusan oleh pihak pengurusan, khususnya di pihak atasan.
 
Berilah zakat kepada mereka
 
Bukanlah hasrat penulis untuk menafikan kejayaan program-program yang dibuat oleh pihak baitulmal serta justifikasi untuk menampung kos operasi dan pengurusan yang tinggi.
 
Pastinya, 1001 alasan boleh diberi untuk justifikasi penggunaan dana zakat untuk tujuan pelaburan, kos gaji danelaun lembaga pengarah dan pegawai, kos kenderaan dan tuntutan perjalanan, kos penyelenggaraan bangunanyang tersergam indah, pembelian dan pemerolehan, serta kos sewaan kanopi dan jamuan untuk majlis danprogram yang dianjurkan. Namun setiap ringgit yang dibelanjakan untuk tujuan ini menuntut kepadaakauntabiliti dan integriti oleh pihak pengurusan yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagih hasil zakat,agar maqasid kefardhuan zakat dapat dinatijahkan mengikut piawaian Allah s.w.t.
 
Seulas saranan untuk merealisasikan maqasid agihan zakat ini, pastinya ia menuntut sinergi dari semua pihak,terutama pihak baitulmal, kerajaan, dan golongan asnaf sendiri.
 
Pihak baitulmal perlu mengkaji semula nilai dan bentuk agihan zakat agar munasabah dan berimplikasimembina-upaya, seba
gaimana yang diungkapkan oleh Saidina Umar r.a., “Apabila engkau memberi zakat,kayakanlah mereka”. Keyakinan pembayar zakat terhadap kejayaan agihan zakat perlu ditingkatkan. Penulis

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->