Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sistem Pendidikan Pondok Di Malaysia

Sistem Pendidikan Pondok Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 390|Likes:
Published by papa_terakhir
Institusi pondok pada permulaannya merupakan sebuah institusi yang mengasingkan diri dikawasan-kawasan pedalaman untuk mengelak daripada pengaruh negatif atau dari pengaruh asing.
Institusi pondok pada permulaannya merupakan sebuah institusi yang mengasingkan diri dikawasan-kawasan pedalaman untuk mengelak daripada pengaruh negatif atau dari pengaruh asing.

More info:

Published by: papa_terakhir on Jun 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/19/2013

pdf

text

original

 
Sistem Pendidikan pondok
Oleh ustaz
Mohd Sukki Bin Othman
Perkataan pondok dalam bahasa Arab adalah bererti rumah tumpangan atau hotel. Manakaladalam bahasa Indonesia pula ia di kenali dengan nama “Pasentren” iaitu dari perkataan “Santri”yang beerti pelajar-pelajar agama. Manakala menurut kamus dewan pondok memberi ertimadrasah dan asrama tempat mengaji dan belajar agama. Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan Islam tradisional yang berasal dari Pattani Thailand.Sistem pondok bermula apabila ulama’ Acheh melarikan diri ke tempat lain termasuk Pattanisemasa berlakunya perang paderi (perang salib 1821-1838) dan perang Atjeh (1878-1904) diSumatra. Antara pondok yang cukup terkenal pada masa ini ialah seperti pondok Dala, Bermin,semela, Dual, dan Pondok Teluk Manak. Pondok-pondok ini bukan sahaja menjadi tumpuan penuntut tempatan, malahan juga penuntut luar negeri seperti dari Sri Lanka, Burma, Kemboja,Vietnam, Tanah Melayu, Filipina, dan Indonesia.Institusi pondok pada permulaannya merupakan sebuah institusi yang mengasingkan diridikawasan-kawasan pedalaman untuk mengelak daripada pengaruh negatif atau dari pengaruhasing. Pendidikan pondok bukan sahaja memfokuskan orientasinya kepada akhirat ataumengajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan sahaja, bahkan ia juga mengajar tentangilmu-ilmu yang lain seperti ilmu hisab dan ilmu kaji bumi.Pendidikan pondok di kelantan bermula sejak awal abad ke 19 masihi lagi. Ia telah dipeloporioleh ulamak yang berpendidikan dari Pattani. Daripada kajian yang dilakukan, pondok yang pertama didirikan di kelantan ialah pada tahun 1820. pondok ini telah didirikan oleh Haji AbdulSamad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) yang lebih di kenali dengan nama Tok PulaiChondong. Pondok ini terletak di jalan Kuala Krai kira-kira 28 kilometer dari bandar KotaBharu.Setelah kematian beliau, institusi tersebut telah di teruskan oleh anaknya Haji Arshad. Padatahun 1880 pondok tersebut telah mencapai kemajuan dalam peningkatan jumlah murid iaitumeningkat kepada hampir 800 orang. Selepas perjanjian Bangkok pada Julai 1909, negeri-negeri di utara tanah melayu telah diserahkan kepada Inggeris menyebabkan pengajian pondok semakin berkembang di Kelantan dan di ikuti oleh negeri Kedah. Pembangunan sistem pendidikan pondok pada awal abad 19 adalah mengikut corak sistem pembangunan yang diterajui oleh ulama’ seperti Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh ( Tuan Tabal), Haji WanAli bin Haji Abdul Rahman (Tok Wan Ali Kutan), Haji Nik Daud bin Wan Sulaiman, HajiAwang atas Banggol, Hakim Haji Abdullah dari Johor, Haji Wan Ismail bin Jamaluddin danHaji Nik Abdullah.Sekolah pondok pada masa tersebut adalah lebih formal dan berpusat di sekitar Ibu Negeri.Sebahagian besar dari ulama’ pondok juga menjadi pengajar sambilan di masjid negeri dan pada masa yang sama mereka merupakan peneraju pondok di kawasan masing-masing.Golongan ulama’ ini di gelar sebagai “Tok Guru” oleh masyarakat tempatan. Dari segi rujukan pula pelajar pondok belajar menggunakan kitab-kitab lama (kitab kuning) yang ditulis dalam bahasa melayu asli (jawi) dan hanya sedikit menggunakan teks arab. Ini adalah berbeza denganmetod yang digunakan pada akhir abad 19 yang mana ketika itu teks arab digunakan meluasdan guru akan memberi penjelasan tentang makna kepada para pelajar. Dari segi kedudukannyaia tidaklah begitu jauh dari masjid bagi memudahkan mereka untuk berulang alik ke masjid.
 
Metod pengajian ini tersebar di sekitar Kota Bharu dan kemudiannya tersebar keseluruh jajahandi Negeri Kelantan. Pelajar yang datang untuk belajar di sini bukan sahaja rakyat tempatan,malah dari seluruh Asia Tenggara. Metod pengajian ini kemudiannya di teruskan oleh Ulama’generasi yang kedua seperti Haji Muhammad Yusof (Tok Kenali), Haji Pak Chik Musa binAbdul Rahman, Haji Wan Daud bin Husain, Haji Cik Idris bin Haji Hassan, Haji Cik Ibrahim bin Yusof, Haji Wan Musa bin Abdul Samad dan banyak lagi.Pada masa yang sama juga terdapat Ulama’ yang datang dari luar Kota Bharu yang telahmembuka pondok masing-masing seperti Haji Abdul Rahman bin Haji Othman (Tok Selihur)dan Haji Uthman bin Haji Muhammad (Tok Bachok). Dari segi Organisasi pula sekolah pondok di tadbir oleh seorang guru yang di panggil dengan gelaran “Tok Guru”. Rumah Tok guru, pembantu dan masjid biasanya akan dikelilingi oleh pondok-pondok yang didirikan oleh para pelajar. Pada kebiasaannya, pelajar yang menetap di pondok telahpun menamatkan pengajian asasnya di kampung atau di negeri masing-masing sebelum melanjutkan pengajianmereka di pondok dengan lebih mendalam. Pada mulanya, pembelajaran di pondok tidak dikenakan sebarang bayaran, namun selepas itu sedikit bayaran di kenakan untuk tujuan penyelenggaraan masjid dan juga untuk menganjurkan majlis-majlis agama seperti sambutanmaulidurrasul dan sambutan hari Assyura. Dari segi sukatan pelajaran pula, Tok guru akanmenetapkan kitab yang di fikir sesuai untuk digunakan oleh pelajarnya.Sukatan dan kitab yang digunakan di susun untuk di sesuaikan mengikut kategori pelajar.Perkara asas yang diajar ialah Nahu Soraf dan Balaghah. Pelajar di kehendaki mahir dalammata pelajaran berikut sebelum beralih kesukatan lain seperti Syariah, Tajwid, Tauhid, Sirah Nabi, Tafsir Hadith, Fiqah, Usul Tafsir, Ulum Hadith, Usul Fiqh dan lain-lain. Ini keranadengan memahami perkara asas tersebut akan memudahkan mereka untuk memahamimatapelajaran lain. Mereka yang belajar di pondok terbahagi kepada dua golongan iaitugolongan penadah dan golongan pendengar.Golongan penadah ialah mereka yang mempelajari agama secara serius dan menggunakankitab-kitab semasa hadir di dalam sesuatu jemaah pengajaran guru-guru. Tujuan merekamenadah kitab ialah untuk membolehkan mereka menjadi alim kelak. Golongan pendengar  pula ialah mereka yang hanya sekadar datang ke dalam jemaah pengajaran semata-mata untuk mendengar pengajarannya. Kehadiran mereka ialah untuk mengambil pengajaran guru ituuntuk dijadikan panduan kepada kehidupan mereka. Golongan penadah terdiri dari golonganlelaki sahaja, manakala golongan pendengar pula pada umumnya terdiri dari golongan lelakidan perempuan dan kebanyakannya adalah orang-orang tua. Pada awalnya pengajian dengancara menadah ini tidak dibuka kepada golongan perempuan. Namun atas desakan orang ramai,kini pengajian cara ini dibuka kepada golongan perempuan. Sebagai contohnya di pondok Terusan Pasir Tumbuh Kelantan telah membuka kepada golongan perempuan untuk turut belajar sama. Kaedah pembelajaran dengan cara “menadah kitab” ialah setiap pelajar dikehendaki menyediakan kitab masing-masing. Bagi mereka yang tidak mampu untuk membelikitab, mereka mengambil inisiatif dengan menyalin kitab tersebut.Guru akan mengajar dari kulit ke kulit dan setiap persoalan yang timbul akan di terangkandengan terperinci. Kaedah ini biasanya akan mengambil masa selama 10 tahun untumenghabiskan semua sukatan. Segala pengajaran dijalankan di masjid, rumah Tok Guru dan dirumah pembantu kerana mereka tidak mempunyai bilik darjah. Pengajian di mulakan selepassubuh sehingga pukul 10 malam ( termasuk waktu rehat). Pengajian tidak di adakan pada hariJumaat, dan pada kebiasaannya pelajar yang tinggal berhampiran akan pulang ke kampung

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->