Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
4Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
karangan upsr

karangan upsr

Ratings: (0)|Views: 1,275|Likes:
Published by ashajoy_89

More info:

Published by: ashajoy_89 on Jun 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/12/2013

pdf

text

original

 
Berita: Banjir
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga harisebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerahTemerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilandabanjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidakbersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan pendudukkampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempatyang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantaidi kebanyakan rumah penduduk kampung.Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapatempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukanpenyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehinggabanjir surut.Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman danhaiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur keranasetakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeriakan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban pendudukkampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasabersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.
 
 
Biografi
Pakcik saya seorang penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari kebun getahnya. Setiappagi jika tiada urusan penting, selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akansegera pergi menoreh getah dengan menunggang basikalnya.Semasa di kebun getah, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu di depannyasupaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun suasana waktu itu masihgelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam dari sebatangke sebatang pokok getah hinggalah semua pokok getahnya selesai ditoreh.Pakcik saya selesai menoreh kira-kira pada pukul 10.00 pagi atau 3 jam kemudian.Sebelum dia pulang ke rumah, dia akan memestikan keadaan kebunnya dalam keadaanbaik seperti tiada lalang yang panjang dan sebagainya. Jika tidak, dia akan melakukankerja-kerja penyelenggaraan kebunnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.Kira-kira seminggu menoreh, pak cik saya akan menjual hasil kebun getahnya. Dia akanpergi mengutip ketulan-ketulan getah yang dipanggil getah buku di setiap pangkal pokokgetah dengan baldi atau guni. Getah buku itu akan dikumpulkan di satu tempat sementaramenunggu pembeli getah tiba.Hasil daripada jualan getahnya, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaannyasekeluarga. Selain daripada menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur danmenternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya bangga melihat kerajinan pakciksaya.
 
 
Surat kiriman rasmi
Pegawai Daerah,Kompleks Kerajaan,27100 Kuala Lipis,Pahang. 24 APRIL 2012Tuan,Pencemaran di Kampung MerapohSaya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapioleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekaslombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.2. Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini mengakibatkan rumah pendudukkampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asmadan batuk sejak akhir-akhir ini.3. Selain itu, lori-lori yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan membahayakankeselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapohitu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanyalaluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar.4. Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk kampung kini telah dicemari denganbahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadikeruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yangmenjadi tempat penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.5. Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan mengambil tindakan yangsewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.Sekian, terima kasih.Yang benar,.................................(WAHAB BIN ALI)Setiausaha,JKKK Kampung Merapoh,27210, Kuala Lipis,Pahang.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Cat Cambridge liked this
sk kubu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->