You are on page 1of 9

Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi k eruntuhan akhlak dan masalah sosial

dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia mel ibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disip lin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada sa ja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di s ekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang 1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa ? 2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mer eka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat lapor an kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PEN EGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua. 3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri? Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala c arca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini gur u-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara p aling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengat asi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langk ah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zam an 30 atau 40 tahun lalu. Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai ca ra paling berkesan menangani masalah disiplin pelajarditambah dengan sesi kaunse ling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan gu ru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru d iberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan s okongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindak an menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar. Situasi pada masa dahulu : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagusrasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil roti panjang ayah atas almari. Ayah ada nak ka si hadiah. Situasi pada masa sekarang : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye..(lebih ku rang macam itula) Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepa da ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. I a terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa gurutidak akan merotan tanpa seba b. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Huk uman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kec uali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya. Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan b agi mengawal masalah disiplin. BERKESAN? Tidak perlu dinyatakan keberkesanan ca ra itu kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap me mbimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya Kadang-kadang ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Konon nya ingin menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini , pemikiran sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan . Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di se kolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan.

Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan m enyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini. Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disipli n pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disi plin yang berlaku di depan mata. Yabetul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah seben arnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari in i. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan : Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tet api teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri. Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekola h, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kera na ada urusan kerja!!! Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat : Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak y ang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru , ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri. Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kera na sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yan g terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kement erian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri. Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar m enjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan sem ua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bap a adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan ti dak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi. Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik. Ini saya kongsikan beberapa aktiviti yang sering mengundang masalah disiplin pe lajar di sekolah : 1. Kalau waktu prep malam, akan ada yang fly(keluar daripada kawasan sekola h tanpa kebenaran) untuk makan malam dan ada juga yang turun ke bandar 2. Ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar -pelajar menggunakan masa tersebut untuk mengadakan sparing (berlawan/bergaduh) antara dua orang pela jar yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kebiasaan aktiviti seperti in i diadakan di lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden. 3. Pada waktu rehat, cuba lihat sendiri di tandas-tandas sekolah berkepul-k epul asap rokok pelajar yang berani melepaskan gian di sana. Itu waktu-waktu keb iasaan. Selain waktu selepas makan tengahari di asrama sekolah. Tidak percaya? C uba lihat sendiri nanti 4. Hujung minggu, pelajar-pelajar asrama kerap akan fly pada waktu malam me lalui pagar-pagar yang sudah digunting atau melalui kawasan yang gelap dan terso rok daripada perhatian warden. 5. Pada hujung minggu juga, di waktu awal pagi (antara 2 hingga 3 pagi) ada pelajar yang ada berbuat silap/kesalahan dengan kumpulan pelajar senior atau pu n daripada rakan-rakan sendiri yang mempunyai pengaruh untuk membelasah pelajar tersebut. Budaya ini banyak berlaku di sekolah berasrama yang mengandungi pelaja r daripada tingkatan 1 hingga 5. Kerana adanya istilah junior dan senior 6. Bagi sekolah berasrama yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ada sesetengah pasangan pelajar (couple) yang menggunakan masa yang ada untuk melep askan rindu 7. Bagi ibubapa rajin-rajinkanlah diri semak apa yang terkandung dalam tele

fon bimbit anak anda, komputer anak anda, apa yang ada di bilik anak anda. 8. High Council pernah dengar? Budaya High Council pernah menggemparkan neg ara dengan tertangkap pelajar tingkatan lima dari Sekolah Sains Tunku Abdul Rahm an, Perak yang dibuang sekolah kerana mengamalkan High Council. Sekarang ini pun , masih ada. 9. Dan banyak lagi.anda boleh tambah sendiri di ruangan komen bawah Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Seko lah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor di Seremban didapati bersalah ata s tuduhan membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarh am telah diikat kedua-dua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluru h badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah. Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukak an dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin te tap berlaku dan kadarnya makin meningkat. Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika k ita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yan g akan merosakkan mereka pada masa akan datang. Update pada 27 April 2010 !! KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didap ati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pel ajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tu juh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah u niversiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbag ai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu. Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dit uduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2 004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sum ber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberi kan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah T inggi Seremban, Datuk Azhar Maah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihu kum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh dita han dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kera na kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan. Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebas an lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tin ggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk memat uhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apa kah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dila kukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perh atian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka seh ingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka . Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tin dakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhn ya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini mem

uncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah meni mbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi , disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus me rosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-ja di. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Ra kan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang ga gal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus da lam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nam a sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindak an mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acu h tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar se makin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangan i masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat men ghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemuru s ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalan kan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup men ngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka da ripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepad a anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting d alam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh mas yarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadang an sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. MENANGANI MASALAH DISIPLIN MURID

Masalah disiplin murid terdapat dimana sahaja baik di kampung atau di kota hanya senarionya sahaja yang berbeza. Guru di kota mungkin akan berhadapan dengan masalah disiplin seperti keterlibata n murid dalam kegiatan merempit, berlepak di pasar raya atau menghabiskan masa m elayari internet di pusat siber. Manakala guru di kampung pula mungkin akan berh adapan dengan murid yang ponteng sekolah dengan alasan membantu keluarga menoreh getah, menangkap ikan atau melepak di simpang-simpang jalan. Walau apa sahaja j enis atau bentuk kesalahan yang dilakukan, guru terutamanya guru permulaan harus bijak menggunakan pelbagai strategi untuk menanganinya. Sudah menjadi kebiasaan bagi murid-murid menguji tahap kewibawaan guru-guru baru terutamanya guru-guru wanita. Murid-murid seumpama ini akan berasa megah apabil a seseorang guru permulaan itu mengalah atau menunjukkan reaksi lemah seperti me nangis atau marah ketika menghadapi situasi yang tidak menyenangkan dek karenah murid-murid. Dalam hal ini guru-guru permulaan harus bijak menggunakan pelbagai strategi. Gur u-guru tidak seharusnya emosional dalam menghadapi masalah ini. Seperti yang din yatakan luahan rasa marah atau sedih tidak banyak membantu menangani masalah ini malah ia merupakan satu senario drama yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mu rid-murid untuk ditonton. Beberapa strategi berikut mungkin mampu membantu menan ganinya dalam situasi tertentu. Mengenali murid Seseorang guru harus mengenali murid muridnya secara lebih dekat dengan penuh kem esraan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh memarahi mereka. Minat dam masalah m uri-murid harus dihayati dan ditangani. Tunjukkan kepada murid-murid melalui tin dakan dan perawakan bahawa guru ialah rakan pembimbing mereka yang sentiasa memp

unyai sifat keterbukaan dalam sebarang masalah. Memanglah diakui bahawa proses ini bukannya cepat tetapi memakan masa yang panja ng dan guru seharusnya banyak bersabar dan harus cekal dalam menghadapi sebarang cabaran. Komitmen yang ikhlas Dalam sebarang tindakan guru seharusnya dapat mempamerkan komitmen yang sepenuhn ya dengan seikhlas mungkin. Murid-murid dapat menilai diri guru sama ada pengaja ran yang dilakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran atau mampu memberi bimbingan dengan sepenuh hati. Dalam hal ini guru seharusnya mahir dalam sesi pengajarannya, mempunyai peribadi yang mulia dengan sedikit unsur-unsur kecindan yang mampu memecah kesunyian dal am sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Memang penat, letih dan kadangkala membosankan apabila menghadapi karenah sepert i ini, tetapi ingat anda telah membuat pilihan guru sebagai profesion anda. Ia bukannya mudah sepertimana yang disangkakan sehinggakan anda sanggup meningga lkan profesion lama semata-mata untuk menjadi guru yang mungkin pada ketika itu me mbayangkan kerja guru mudah, tidak meletihkan banyak cuti dan bermacam-macam lag i. Insya-Allah dengan azam baru, guru-guru permulaan akan terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa. Sumber maklumat : Utusan Malaysia http://beritasemasa.com/bongkar-punca-masalah-disiplin-pelajar-di-sekolah http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/14/punca-punca-dan-cara-cara-mengatasi-mas alah-disiplin-pelajar/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringka s/6893-menangani-masalah-disiplin-murid.html Masalah salah laku disiplin pelajar masih terkawal 2010/12/28 PUTRAJAYA: Masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar masih terkawal dan st atistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara t erbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-ki ra 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di neg ara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin. Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar s ekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit t ermasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes) , kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). "Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti pe nagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. "Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bag i menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pela jar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Geja la Disiplin Murid 2010 di sini, semalam. Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pel ajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

Berita Harian Online: 28 Disember 2010 DICATAT OLEH GURU_CIKGU DI 10:21 PTG LABEL: DISIPLIN PELAJAR http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/12/masalah-salah-laku-disiplin-pe lajar.html DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MEROSOT PENGENALAN Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar d an Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuk-tajuk be rita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berit a seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin d i sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yan g membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murn i tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemim pin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pem bangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah m embawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuha n akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi k esan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang diken ali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelaj ar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan je nis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Ma laysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai p ihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutam anya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang la in. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai la ngkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masa lah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-ana k mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih saya ng dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga berm asalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam ses ebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil ali h oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipingg ir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah sela ri dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak men jalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika an ak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekola h yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi ge lap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud a tau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap k ritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pe ndekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya se hingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97) Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekono mi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dala m kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pel ajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 ku mpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah pen glibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang p embentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah: Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya strukt ur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepad a perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan men jadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlia n tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di man a kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ket egangan. Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering dig unakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengl uasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan k umpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampu ng keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yan g lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan men gembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Sch midt dan Lunghofer (1993) iaitu: a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging, dikagumi dan kekuasaan. c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.

KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 dida pati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatka n kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang past i ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan mer ebaknya kegiatan salah laku di sekolah.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahaw a terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana p elajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa kegan asan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukka n sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpu lan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sek olah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidik an. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit . Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita mena ngani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwi bawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyar akat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak be rkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang b erkesan serta menyeluruh. CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani ma salah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekola h. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah l aku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng seko lah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu dilat ih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta do rongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seter usnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa aka n datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut dib eri sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuha n kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalang an pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan n ilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin in i, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan ma sa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pa da zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempun yai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana p ihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam a rus mengejar kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai mengho rmati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibara t nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pe lbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih l antang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai l agi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kal angan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. sumber maklumat : Internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringka s/5668-disiplin-sekolah-semakin-merosot.html KANGAR, 7 April Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu h ari ini. Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 3 7, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas. Bernama Online melaporkan, kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pe rgaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tua nku Fauziah (HTF) hari ini. Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menurut jurucakap itu Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bili k disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-t iba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdar ah. Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin te tapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah yang sama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros ketika dihu bungi dan mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya ada menerima dua laporan ber hubung kejadian itu. Katanya laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes tersebut akan disiasat meng ikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa belia u ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 32 3 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

You might also like