You are on page 1of 2

2.

2 Grafik operasi tambah dalam vektor Rajah satu vektor dapat diwakili oleh satu garisan lurus dan mempunyai satu anak panah pada garis lurus tersebut. Contoh 1: Lukis satu vektor menunjukkan halaju arus air 4 m/s dan bergerak arah ke timur.
4 m/s 4 m/s

atau

Lukis garis lurus bermagnitiud 2 cm atau 4 cm untuk mewakili 4 m/s. Untuk menunjukkan arah pergerakan air menuju ke timur, buat anak panah pada garisan tersebut, arah anak panah hendaklah menuju arah ke timur. Contoh 2: Aliran sungai mengalir arah ke timur pada 3 m/s. Sebuah bot menyeberangi sungai dengan halaju 4 m/s ke utara merujuk kepada kedudukan air. Padakah vektor paduan bagi aliran sungai dan bot tersebut.
aliran sungai 3 m/s

halaju bot 4 m/s

Satu Vektor yang diwakili oleh paduan (hasil tambah) dua vektor tersebut adalah:

Rajah di atas menunjukkan cara melakukan penambahan untuk 2 buah vektor. Cara untuk melukis penambahan 2 vektor tersebut ialah: (i) Lukis vektor pertama iaitu lukis garisan sepanjang 3 cm arah ke timur, kemudian tandakan 1 anak panah pada atas garisan tersebut. (ii) Di hujung garisan vektor pertama, sambungkan dengan melukis vektor kedua iaitu dengan melukis garisan sepanjang 4 cm arah ke utara (merujuk kepada aliran air sungai) dan letakkan satu anak panah atas garisan tersebut menunjuk arah ke utara. (iii) Jawapan hasil penambahan 2 vektor ialah lukis satu garisan yang menyambungkan dari titik awal ke titik akhir. Arah vektor adalah menuju dari titik awal ke arah titik akhir, letakkan dua anak panah pada garisan tersebut iaitu untuk membezakan antara vektor aliran sungai dengan vektor pergerakan bot. Untuk mengira magnitiud paduan hasil tambah dua vektor bagi halaju air dan halaju bot: Oleh kerana rajah hasil tambah kedua vektor tersebut adalah segi tiga bersudut tepat, maka gunakan teorem pithagoras untuk mendapatkan magnitiud paduan 2 vektor tersebut.

Magnitiud dan arah juga boleh diperolehi sekiranya rajah dilukis dengan mengikut skala yang tepat. Anda boleh cuba. Sila buktikan!!!

You might also like