You are on page 1of 1

3.

Geseran

Daya geseran wujud antara dua permukaan keras yang bersentuhan antara satu sama lain. Apabila sesuatu objek ditarik atau ditolak maka daya geseran bertindak menentang daya tarikan/tolakan. Daya geseran berada dalam arah yang bertentangan dengan arah gerakan objek tersebut. Daya geseran juga adalah suatu vektor iaitu ia mempunyai magnitiud dan arah. Semasa menyelesaikan masalah pengiraan berkaitan daya geseran maka daya geseran juga boleh diuraikan kepada komponen-komponen vektor. Apabila kita menolak sebuah kotak yang berat, kadang-kadang setelah beberapa kali percubaan barulah kotak tersebut bergerak. Kita memerlukan suatu takat daya tolak/tarik yang tertentu barulah kotak itu mula bergerak. Ini menunjukkan bahawa daya geseran mempunyai satu nilai yang maksimum, Ff. Ff = R, dimana ialah pekali geseran statik dan tiada mempunyai unit. R ialah daya normal pada objek yang mengalami daya geseran tersebut.

http://badafizik.wordpress.com

You might also like