Sikap objektif yang dimaksudkan di sini merujuk kepada penggunaan bahasa,bukan pendirian ahli sains itu sendiri, dalam mengemukakan atau menentangsesuatu hipotesis atau pendapat.
Ahli sains tentu sahaja mempunyai pendirian yang memihak kepadapenemuannya, tatapi penyampaian itu hendaklah mematuhi etika akademik yangtidak menjatuhkan orang lain. Dan penyampaian bermakna penggunaan bahasa,supaya antara lain apa yang subjektif tampil sebagai objektif.
Menurut Roland Barthes, seorang ahli pemikir Perancis, ada bebrbagaibagaibentuk image-repertoire (yakni bentuk-bentuk yang mewujudkan imejpenggunaan bahasa). Daripada bentuk-bentuk ini, yang paling digemari dalamwacana saintifik ialah bentuk persendirian (privative form).
Of these forms, the most specious is the privative form, precisely the one usually employed in scientific discourse, from which the scholar excludes himself in a concern for objectivity...
Tetapi ciri-ciri yang bagaimanakah yang disingkirkan dalam bahasa saintifik?Untuk memberi penjelasan tentang hal ini, eloklah diturunkan petikan dariBarthes sendiri.
...
yet what is excluded is never anything but the “person” (psychological,
emotional, biographical), not the subject; moreover, this subject is filled,so to speak, with the very exclusion it so spectacularly imposes upon of discourse
–
an inevitable level, we must not forget
–
is an image- repertoire ilke any other.
Penjelasan dan petikan-petikan ini menunjukkan bahawa ada perbezaan konsepantara persendirian dengan peribadian. Bahasa saintifik-akademik bersifatpersendirian tetapi tidak boleh bersifat peribadian.
Dalam perkataan lain, penonjolan diri pengarang tidak begitu disenangi keranasikap yang demikian dikhuatiri merupakan usaha menarik perhatian kepadapengarang sebagai individu, bukan kepada ideanya.