Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Consistency

Consistency

Ratings: (0)|Views: 75|Likes:
Published by Nur Izzaty Rosli

More info:

Published by: Nur Izzaty Rosli on Jun 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/23/2012

pdf

text

original

 
Penyediaan penyata kewangan perlu mengambil kira perkara berikut :
Usaha berterusan
(going concern)
 
Apabila menyediakan penyata kewangan, pihak pengurusan perlu menilai keupayaan sesebuah perusahaan untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan. Penyata kewangan disediakandengan mengandaikan usaha berterusan kecuali perusahaan bercadang untuk membubarkan perniagaan atau menghentikan perniagaan, atau tidak ada pilihan kecuali menutup perniagaan.Andaian ini bermaksud sesebuah perniagaan itu dianggap akan terus beroperasi secara berterusansehinggalah perniagaan mengumumkan sebaliknya.Semasa membuat penilaian, jika pihak pengurusan sedar akan ketidakpastian yang matan/material berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang mungkin menimbulkan keraguan tentang keupayaan perusahaan untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan, ketidakpastian ini mestididedahkan.Jika penyata kewangan tidak disediakan dengan menggunakan andaian usaha berterusan, fakta inimesti didedahkan bersama-sama dengani)asas yang digunakan untuk menyediakan penyata kewangan danii)sebab mengapa perusahaan tidak dianggap sebagai satu usaha berterusan.
Asas akruan
(accrual basis)
 
Sesebuah perusahaan perlu menyediakan penyata kewangan mengikut asas akruan kecualimaklumat aliran tunai. Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabilaia berlaku (bukan bila tunai diterima atau dibayar). Ini bermaksud semua urus niaga direkodkansebagai urus niaga tempoh ia berlaku dan seterusnya dilaporkan dalam penyata kewangan dalamtempoh yang sama.Sebagai contoh, andaikan perniagaan membeli barang niaga pada bulan Januari X1 dan bayaranhanya dibuat pada bulan Januari X2. Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga ini perlulahdilaporkan dalam tahun perakaunan X1 bukan X2.Belanja diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan perkaitan langsung di antara belanjatersebut dengan hasil yang diperoleh. Oleh itu setiap urus niaga yang dilaporkan dalam sesuatulaporan perakaunan yang disediakan berdasarkan asas akruan adalah sememangnya berkaitantempoh yang diliputi oleh laporan tersebut. Ini bermakna sesuatu penyata pendapatan itu akanmencakupi semua hasil yang terjadi dalam tempoh yang dilaporkan serta belanja yang berkaitandengan tempoh laporan yang sama. Belanja dikatakan sebagai dipadankan dengan pendapatanyang berkaitan.
Kematanan/materialiti
(materiality)
Maklumat dianggap matan sekiranya maklumat itu, jika tidak didedahkan (undisclosed), bolehmempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berasaskan penyata kewangan.Kematanan bergantung kepada saiz dan sifat sesuatu item yang dinilai dalam keadaan tertentu.Kedua-dua ciri ini dinilai bersama. Salah satu ciri ini boleh jadi faktor penentu.Keperluan pendedahan spesifik piawaian MASB tidak perlu dipatuhi jika maklumat yangdihasilkan adalah tidak material.
 
Dari segi persembahan, setiap item yang matan/material perlu dipersembahkan secara berasingandalam penyata kewangan. Item yang tidak material perlu dijumlahkan dengan item yang sama sifatatau fungsinya dan tidak perlu dipersembahkan secara berasingan.
Offset (pengimbangan)
Dalam bidang perakaunan, satu ofset adalah pada dasarnya pengeluaran dari satu akaun untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap akaun lain. Satu contoh utama yang mengimbangi dalam perakaunan kerajaan berlaku pada masa ketidaktentuan kewangan dan defisit belanjawan, di mana potongan daripada program-program yang disifatkan tidak perlu menjadi untuk mengimbangi perbelanjaan perlu dengan matlamat akhir untuk mengimbangi buku. Prinsip umum yang samadigunakan kepada kedua-dua peribadi dan perakaunan perniagaan; bagaimanapun, dalam perakaunan peribadi dan perniagaan, menjalankan defisit jangka panjang tidak merupakan satu pilihan dan akan mengakibatkan kebankrapan. Ofset juga boleh merujuk kepada offset cukai,seperti mendakwa deduktibel pelbagai.
Tempoh pelaporan
Entity perniagaan dikhendaki membentangkan set lengkap PK, termasuk perbandingan PK sekurang2nya utk tempoh setahun
Maklumat perbandingan
Perlu didedahkn secara naratif/deksriptif utk tujuan penilaian trend dalam maklumat kewangan &tujuan peramalan
Ketekalan (consintency)
Persembahan dan klasifikasi item dalam penyata kewangan mesti dikekalkan dari satu tempoh ketempoh berikutnya kecuali:
terdapat satu perubahan yang signifikan dalam sifat operasi perusahaan; atau satu kajiansemula persembahan penyata kewangan menunjukkan bahawa perubahan (dalam persembahan dan klasifikasi) akan menghasilkan satu persembahan urus niaga dan peristiwa yang lebih sesuai; atau
terdapat satu perubahan dalam persembahan yang diperlukan oleh satu piawaian MASBatau sebarang pengumuman teknikal yang diterbitkan oleh MASB atau peraturan/arahanlain.Contohnya dalam isu kaedah susut nilai, sekiranya perusahaan telah memilih salah satu daripada beberapa kaedah yang dibenarkan mengikut peraturan Piawaian MASB sebagai dasar  perakaunannya, kaedah ini hendaklah dikekalkan dalam semua tempoh pelaporan perakaunankecuali jika salah satu ataupun kedua-dua situasi di atas timbul.
Catatan Pelarasan
-Belanja terdahulu (asset semasa)-hasil terdahulu / belum diperoleh (liability semasa)-belanja terakru (liabiliti semasa)-hasil terakru (asset semasa)

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->