Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
13Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Piagam Madinah

Piagam Madinah

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 5,008|Likes:
Published by radioopascal

More info:

Published by: radioopascal on Jan 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

12/18/2012

 
Piagam Madinah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Piagam Madinah
telah digubal oleh Nabi Muhammads.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertamaHijrah,merupakan  perlembagaanbertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentanghubungan antara umatIslam sesama umat Islam iaitu antaraAnsar danMuhajirin,manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaituYahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negaraIslam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Isi kandungan
[sunting] Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbinganwahyudan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambiloleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
[sunting] Langkah pertama
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjidsebagai tempat orang Islam  beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiranRasulullah.
[sunting] Langkah kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahamandan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
[sunting] Langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dariancaman luar.
 
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
 Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesamasendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomidan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yangtercatat dalam piagam tersebut,
[sunting] Tujuan Piagam Madinah
Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Mewujudkan keamanan di Madinah
Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dankeluarga di Mekah.
[sunting] Prinsip Piagam Madinah
Al-Qurandan Sunnahadalah sumber hukum negara.
Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukumanQisasdan sebagainya telahdicatatkan
Kebebasan beragama
 
Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
[sunting] Kandungan Piagam Madinah
Fasal 1
Dengan namaAllahyang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dariQuraisy dengan penduduk Yathribdan orang-orang yang bersama mereka lali masuk  ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka salingtanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama merekadalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang beriman.
Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiaptaifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengancara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari merekahendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari merekahendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Cik Cemot liked this
Hamdan Zaen liked this
Mef0611 liked this
Sani Sunny liked this
Siti Nazirah liked this
nature8891 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->