You are on page 1of 2

Refleksi Bagi menyiapkan Tugasan Projek Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik, kami telah diminta oleh pensyarah

kami untuk menyiapkan tiga sub-tugasan. Untuk Tugasan A, kami perlu mengumpul maklumat berkaitan Kemahiran Proses Sains Bersepadu/Intergrasi. Kami perlu mencari maklumat melalui buku rujukan, sumber daripada internet, sumber daripada jurnal dan sebagainya. Tugasan ini merupakan tugasan individu. Setelah bukti pembacaan dibuat, saya mendapati saya kini lebih faham dengan baik kesemua kemahiran proses sains bersepadu sekali gus membantu saya untuk menjawab soalan semasa peperiksaan nanti. Manakala, untuk Tugasan B pula, tugasan ini juga merupakan tugasan individu. Saya perlu melaksanakan aktiviti 1 hingga 12 secara berpasangan tetapi laporan perlu dibuat secara individu. Melalui tugasan ini, saya mampu berdikari untuk menyiapkan laporan ini. Saya juga mampu untuk mencari maklumat dengan baik untuk dijadikan rujukan bagi menyiapkan laporan tersebut. Sub-tugasan seterusnya ialah Tugasan C, untuk tugasan ini kami perlu melaksanakan satu penyiasatan sains yang melibatkan kemahiran proses sains yang telah dipelajari secara berpasangan. Tetapi laporan hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan ialah secara individu. Saya telah bekerjasama dengan Syafiqah binti Mat Yusof untuk menyiapkan tugasan ini. Kami telah membuat kajian bertajuk Membandingkan kapasiti paru-paru atlet dan bukan atlet bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui nilai kerjasama amatlah penting dalam melaksanakan apa jua tugasan. Saya bersyukur kerana mendapat rakan kumpulan yang sangat komited dalam kerja dan berjaya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, keyakinan diri saya turut meningkat setelah melaksanakan kesemua tugasan ini. Saya semakin yakin untuk menghadapi sebarang

rintangan dan dugaan yang mendatang dalam hidup ini sepanjang bergelar seorang pelajar. Bantuan dan sokongan daripada rakan sekelas menguatkan lagi semangat saya untuk terus tabah menghadapi apa jua masalah yang mendatang. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan sepanjang tugasan ini dijalankan. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah saya dan Syafiqah mengambil masa yang agak panjang untuk mencari tajuk bagi kajian kami. Malah tajuk kajian kami telah ditolak oleh pensyarah pada awalnya. Dengan itu, kami perlu mencari semula tajuk kajian yang sesuai. Namun, daya usaha yang tinggi membolehkan kami mencari tajuk yang sesuai untuk kajian kami dan melaksanakannya dengan baik. Selain itu, tugasan ini memerlukan komitmen yang cukup tinggi bagi melaksanakannya. Hal ini kerana, sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, kami perlu belajar untuk membahagikan masa dengan sehabis baik kerana begitu banyak tugasan subjek lain yang perlu disiapkan. Namun demikian, atas dorongan dan semangat jitu yang terbina daripada ahli kumpulan saya, kami telah berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Secara kesimpulannya, tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa kerjasama dan semangat yang jitu amat diperlukan untuk menyiapkan sebarang kerja. Sekiranya, kerjasama dari semua pihak yang terlibat tidak diberikan dengan cukup baik, maka segala perkara tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

You might also like