Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
36541145-CONTOH-LAPORAN-AKTIVITI

36541145-CONTOH-LAPORAN-AKTIVITI

Ratings: (0)|Views: 14 |Likes:
Published by alfakir fikri

More info:

Categories:Types, Research
Published by: alfakir fikri on Jun 25, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/23/2013

pdf

text

original

 
TEMPAT :
Pusat Ekuin, UTM Skudai.
TARIKH :
02 Jun 2010
 HARI :
Rabu
 MASA :
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
BILANGAN YANG TERIBAT :
i. 18 orang muridii. 6 orang guruiii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid
BILANGAN KESELURUHAN :
25 orang
 AKTIVITI :
i. Menunggang kudaii. Melawat sekitar UTM, Skudai
1. PENGENALAN
Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitumenunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktivitipengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebihberkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan.Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan.Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cubamenunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK SenaiUtama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.
2. KELEBIHAN PROGRAM
Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :-i.
 
Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda.ii.
 
Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan.iii.
 
Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang awam.iv.
 
Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri.v.
 
Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.
 
3. KELEMAHAN PROGRAM
i.
 
Kawalan Murid 
Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang muridtidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baikdengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah.
ii.
 
Terapi 
Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Merekakelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untukmurid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri muridapabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda.
iii.
 
Kuantiti Kuda
Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK(T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, murid-murid tidak puas bermain dan menunggang kuda.
iv.
 
Masa
Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggangkepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalahterhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.
4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM
i.
 
Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktiviti-aktiviti luar bilikdarjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka.ii.
 
Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan.iii.
 
Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan menyentuhhaiwan terlebih dahulu.iv.
 
Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar bilikdarjah.
 
5. KOS SEBENARBIL BIL PERKARA KOS (RM)
1 Pakej(Tiket, fasilitator,makanan dan minuman)RM 15.00 x 25 orang 375.002 Pengangkutan RM 4 x 25 orang 100.00
JUMLAH 370.006. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas keranasedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana.Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul denganorang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program iniseharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akanmenjadi lebih bermakna.
Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh
……………………………………………..
 ( Pn Adibah Binti Md. Yunos )Guru Pendidikan IntegrasiSJK ( C ) Kulai 2
……………………………………………….
 ( En Adanan Bin Ramli )GPK Pendidikan Khas IntegrasiSJK ( C ) Kulai 2
…………………………………………………
 ( En Chua Lay Kah )Guru BesarSJK ( C ) Kulai 2

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->